Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Mengenal yang Mana ialah Guru, Biksu atau Paderi Sebenar, Bahagian 4 daripada 10

2024-08-15
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Selepas itu, saya berkahwin, tinggalkan rumah, menjadi biksuni, kemudian saya tinggalkan pakaian biksuni untuk bekerja di dunia, menjadi lebih dekat dengan orang dan juga berniaga untuk menampung kerja kami supaya saya tak perlu bergantung pada kononnya anak murid saya. Juga, ketika saya memakai jubah biksu Buddha, banyak orang mengkritik saya, berkata saya nak ambil anak murid mereka atau apa-apa saja. Saya tak boleh memakai jenis pakaian mubaligh Katolik atau agama lain kerana mungkin saya akan alami masalah yang sama. Jadi saya berfikir saya akan memakai pakaian biasa saja atau pakaian yang saya sendiri reka bentuk, jadi saya juga boleh menjadi model dan menjual pada masa yang sama.

Tuhan memelihara saya untuk peroleh wang yg cukup bagi menampung apa-apa saja yang saya nak buat dan membantu orang lain – menjaga pasukan saya, sesetengah ahli pasukan saya, biksu dan biksuni yang mengikut saya, orang miskin atau susah, atau tujuan baik di merata tempat. Saya gembira dengan itu tetapi saya tiada rumah yang besar atau apa-apa, kalau-kalau anda ingat saya gunakan wang itu untuk miliki rumah yang baik. Pada kali yang lain, saya telah beritahu anda bahawa bilik saya sangat kecil. Saya ada satu bilik saja, seperti studio. Jika kita sewa studio, itu lebih murah daripada rumah atau pangsapuri. Studio juga ada bilik air dan sebagainya, begitu mudah. Jika kita memasak dengan mudah, kita boleh memasak di dalam studio juga. Rasanya saya malah ada gambar untuk diberikan kepada anda supaya anda boleh lihat bgmn saya hidup.

Okey. Di sini saya tinggal di satu bilik, seperti yang saya beritahu anda. Gambar pertama ialah seluruh bilik dari tempat meditasi, rehat hingga ke hujung dapur. Foto kedua adalah dari hujung sudut dapur, ada pintu depan. Dapur berada di pintu depan dan bertentangan dengan bilik mandi kerana bilik mandi ada pengalih udara dan tingkap. Foto ketiga adalah untuk menunjukkan kepada anda, apabila saya tutup penyekat, dapur dan bilik mandi diasingkan dari ruang tamu di mana saya duduk dan bekerja serta bermeditasi dan berehat. Yang keempat ialah bilik mandi – kecil tetapi cukup bagi saya. Sekarang anda tahu tempat bersembunyi rahsia saya. Harap-harap anda tidak beritahu lebih daripada seratus orang.

Maklumlah, jika anda hidup macam itu, anda akan rasa sangat gembira. Bagi saya, saya rasa gembira kerana ada segalanya di hujung jari kerana saya begitu sibuk. Masa saya begitu berharga. Meskipun tidak sibuk, saya perlu banyak bermeditasi. Saya lebih suka tak perlu pergi dari bilik ke bilik, jika ada rumah pun, untuk mencari dan menjumpai benda yang saya perlukan. Cara saya hidup sekarang, atau baru-baru ini, beberapa tahun ini, semasa bersuluk, hampir macam itu sepanjang masa. Meskipun saya bertukar ke tempat lain, akan sederhana macam itu. Hanya satu bilik dah cukup kerana kita takkan perlukan banyak semasa tinggal berseorangan – hanya beberapa helai pakaian, sedikit makanan dan sudut kecil supaya kita boleh bekerja, kerana saya banyak bekerja bersama pasukan Supreme Master Television dan jika saya asyik pergi dari bilik ke bilik, nikmatinya dan bersenang-senang, maka saya memang tak dapat ada masa untuk lebih banyak membuat kerja dalaman, kerja meditasi untuk dunia.

Jika saya berseorangan dan tidak dipanggil sebagai Guru, maka saya tak perlu bekerja begitu keras. Saya akan nikmati masa saya, seperti dulu beberapa hari saya ‘bercuti’. Beberapa hari, saya rasa empat atau lima hari, sesuatu macam itu. Oh, itu Syurga! Itu Syurga. Jika saya duduk bermeditasi, saya masuki samadhi dengan serta-merta. Begitu tenang dan begitu... Saya tak tahu bgmn nak beritahu anda. Itu ceria, gembira dan tenang sepenuhnya. Apabila saya mula bekerja semula lepas beberapa hari, tidak sama lagi, tak begitu tenang dan bebas tanpa runsing macam itu lagi. Saya masih rindui hari-hari itu, waktu saya sangat rendah di bawah dan perlu berehat. Saya sangat rindui hari-hari itu tetapi kita tak boleh mementingkan diri dan hanya memikirkan diri sendiri. Saya harap saya boleh mementingkan diri dan hanya memikirkan diri sendiri.

Cara saya jalani kehidupan, kadangkala saya tak cukup masa untuk makan ubat, atau jika jatuh sakit, saya hanya kata, “Okey, sembuhlah saja.” Saya memberitahu diri, “Sembuhlah, sembuh, sembuh.” Kemudian entah kenapa, berkesan. Tidak sentiasanya – bukan semasa saya bersama anak murid atau orang, atau berkhutbah, bercakap atau bersuluk bersama anak murid. Lagi banyak orang lagi tak dapat saya sembuh. Tetapi jika saya berehat selepas itu, maka saya dapat sembuh. Kadangkala saya tak dapat, kemudian secara fizikal perlukan doktor atau benda farmasi yang saya tak suka kerana ubat adalah baik untuk kita semasa ia sembuhkan penyakit kita tetapi juga meninggalkan kesan yang tidak baik di dalam diri kita. Jadi saya tak begitu suka ubat. Ketika saya masih kecil lagi, bapa saya sentiasa perlu benar-benar memaksa saya makan apa-apa saja ubat yang beliau rasa saya perlukan. Kadangkala beliau perlu letak saya di atas lantai dan ibu saya perlu menghimpit saya di atas lantai. Mereka perlu buka mulut saya dengan sudu untuk memasukkan ubat. Saya benar-benar enggan memakan ubat daripada bapa saya sama sekali.

Sekarang ini, saya rela jika saya tahu tak dapat sembuhkan diri dengan cukup pantas kerana saya ada kerja lain untuk dibuat. Kita dapat menyembuhkan diri daripada segalanya jika kita ada masa yang mencukupi untuk berehat dan tidak risau tentang apa-apa pun, tidak menanggung tanggungjawab, khususnya apabila kita cukup bermeditasi, maka badan akan sendiri sembuh. Badan akan menjadi begitu! Ini apa yang berlaku banyak kali kepada saya apabila saya ada masa yang mencukupi untuk berehat. Sewaktu saya ada anak murid yg kurang, saya tak perlukan itu pun. Ia akan sembuh dengan cepat, apa-apa pun yang berlaku. Atau saya hanya makan sedikit ubat selesema semula jadi, bersenam, bernafas, lakukan meditasi tambahan atau pergi berjalan di dalam hutan atau hutan kecil di kawasan terbuka, maka saya sembuh dengan cepat sekali, dalam masa dua hari, atau tiga, empat hari. Sekarang ini, bukan macam itu, bergantunglah – banyak bergantung.

Buddha berkata bahawa apabila Buddha wafat, selepas 500 tahun Dharma (Ajaran Sebenar) baik, Dharma kembang maju, 500 tahun yang seterusnya masih Dharma baik, kemudian 500 yang seterusnya menjadi Dharma simbolik saja, kemudian 500 yang seterusnya masih Dharma simbolik, dan 500 tahun yang terakhir selepas Nirvana Buddha, itu Zaman Penghujung Dharma, iaitu sekarang. Jika kita kiranya, maka itu sekarang, sudah lebih 2,500 tahun selepas Nirvana Buddha. Jadi sekarang ialah Zaman Penghujung Dharma. Buddha berkata bahawa pada zaman ini, semua kuasa negatif – Raja Mara – saudara-mara dan anak-anak-Nya akan masuk ke dalam sistem agama Buddha dan menjadi biksu dan biksuni juga.

Anda akan terkejut dengan orang kata malah ada biksuni di (Âu Lạc) Vietnam yang banyak berjudi dan sebagainya, dan sesetengah biksu malah makan daging orang-anjing. Oh, Āmítuófó. (Amitābha)! Saya harap ini hanyalah khabar angin tetapi mereka ada gambar dan segalanya tentang kisah itu.

(Makan daging anjing dalam tujuh masakan) Hari ini, kami makan daging anjing. Daging anjing sangat sedap. Ada tujuh masakan yang berlainan. Daging anjing sangat sedap dan berkhasiat!

Sejak zaman dahulu lagi, ada suatu peribahasa: biksu apa akan makan daging anjing? Hari ini, kami akan paparkan klip yang bertajuk ‘Biksu makan daging anjing!’

Ini bukanlah hanya gosip di luar tingkap saya dengan jiran atau apa-apa. Saya tidak lakukan ini, dah tentu. Tingkap saya tak dapat dibuka. Kita hanya dapat buka bahagian atas. Bukan dengan tenaga elektrik atau apa-apa. Kita perlu… Saya sangat kecil, jadi saya perlu memanjat ke atas kerusi, bangku kecil untuk buka bahagian atas tingkap. Satu-satunya cara kita dapat keluar dari rumah, bilik adalah melalui pintu utama. Kita tak dapat keluar dari tingkap dan tak dapat bukanya. Agaknya orang binanya macam ini supaya ada keselamatan. Tetapi saya lebih suka tinggal di bangsal atau sesuatu macam itu. Jika boleh, saya sentiasa buat begitu.

Jika saya ada taman dan bangsal, saya akan pergi tinggal di bangsal, lebih dingin pada musim panas. Pada musim sejuk, kita hanya perlukan pemanas yang sangat kecil. Kita tak perlu bazirkan banyak wang untuk memanaskan atau mendinginkan seluruh rumah. Tetapi saya perlu menerima apa-apa saja yang ditawarkan kpd saya di jalanan, ke mana-mana saja saya pergi. Saya gembira di mana-mana pun asalkan cukup tenang dan selamat untuk bekerja, dapat berhubung dengan anda melalui sesawang, melalui Supreme Master Television kami. Maka anda tahu sekurang-kurangnya bahawa saya masih di sini dan ambil berat tentang anda secara senyap, tak perlu duduk bersama anda, mengisahkan cerita dan sebagainya.

Anda sentiasa boleh baca banyak cerita hari ini. Anda boleh beli buku atau lihat di tapak sesawang. Anda akan jumpai apa-apa saja yg anda mahukan, sangat mudah hari ini. Saya perlu bersyukur kepada Tuhan dan semua Guru pada semua zaman atas segala kemudahan dan pahala yang kita ada ini. Tetapi ada keburukannya juga kerana lagi selesanya kita lagi banyak kita mahukan ini dan itu seperti jiran dan lupa akan cara hidup spiritual yang harus kita jalani. Kita harus jalani kehidupan spiritual, bukan kehidupan material. Cara hidup material hanyalah untuk bantu kita menampung diri fizikal, badan fizikal supaya kita dapat terus beramal, masuki peringkat alam spiritual yang lebih tinggi untuk membantu orang lain di sekeliling kita juga, bukan kita seorang diri saja.

Photo Caption: Bukankah Tuhan Artis yang Terbaik!

Muat turun Foto   

Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android