Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

‘Semua Alam Semesta meluluskan dan Tuhan mengurniakan Kuasa kepada seorang Buddha untuk selamatkan roh yang tidak terkira. Buddha, Guru Agung bukanlah hanya gelaran saja!’, Bahagian 8 daripada 10

2024-08-29
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Tolonglah fikir tentangnya dan jauhkan diri dari daging orang-haiwan, dari pembunuhan, pembunuhan makhluk tak berdosa seperti orang-lembu – mereka begitu manis, lemah lembut. Mereka besar. Mereka malah dapat bunuh kita dalam sekelip mata saja tetapi mereka tidak buat begitu. Jadi mengapa kita harus kurang mulia dan lemah lembut daripada orang-lembu yang ada segala kekuatan tetapi tidak gunakannya utk cederakan orang? Kita tiada kekuatan sebesar orang-lembu atau -gajah tetapi kita cuba siang dan malam, memikirkan cara untuk membunuh orang-haiwan yang tak berdosa ini untuk mendapatkan gading, kulit atau daging mereka dan makan mereka. Sesetengah orang malah makan secara mentah, darah menitis di dalam mulut macam itu. Siapakah kita macam itu? Tolonglah fikirkan diri anda yang mulia. Anda ialah anak Tuhan. Anda ada Sifat Buddha di dalam. Anda ialah Buddha masa depan. Tolonglah bertindak seperti itu!

Jangan berdoa kepada Syurga jika anda tidak seperti Syurga. Tolonglah ada sesuatu untuk buktikan bahawa anda layak didengari oleh mana-mana Makhluk Syurga. Kita buat segala jenis perkara dahsyat terhadap makhluk lain… dan pergi ke gereja, masukkan dolar ke dlm kotak, atau pergi ke tokong, membawa epal untuk Buddha dan bawa pulang untuk dimakan selepas itu. Kemudian kita pulang ke rumah, membunuh atau fikirkan cara membunuh atau makan daging haiwan yang dibunuh, maka bagaimana kita rasa kita layak untuk berdoa di tokong suci sana itu pun? Dan bagaimana kita layak untuk didengari? Jadi kajilah diri, risau tentang diri sendiri, fikirkan diri sendiri – bagaimana memperbaik diri, bagaimana lihat ke dalam cermin dan nampak, “Okey, saya layak untuk hidup sebagai manusia, jalani kehidupan yang baik.” Anda perlu mengkaji diri. Janganlah mengkaji orang lain.

Saya harap saya tak perlu bercakap tentang sesiapa kecuali apabila Tuhan perintahkan. Begitu pun, saya keberatan. Jadi saya tanya Tuhan secara berulang kali. Kemudian saya tanya semua Guru di Syurga. Mereka semua kata, “Engkau perlu. Itu demi orang lain, menyelamatkan orang lain apabila mereka mengikut arah yang tak betul, boleh pergi ke neraka akhirnya.” Belum kata lagi sudah hancur dalam hidup fizikal ini, mengikut guru yang tak betul, guru jahat yang menyamar. Mereka menyedut tenaga baik anda dan berikan tenaga buruk kepada anda. Sebab itulah anda bernasib malang, jatuh sakit, keluarga porak-peranda atau perlu menjual rumah anda, kerana mereka terus membuat anda kehausan tenaga, tak dapat berfikir pun, belum kata lagi penderitaan fizikal badan.

Testimony by a former follower of Ruma Trần Tâm: Saya seorang saudara seamalan dari Âu Lạc (Vietnam). Sebelumnya saya telah menerima inisiasi daripada Trần Tâm tetapi sekarang saya diinisiasi oleh Mahaguru Ching Hai. Saya ingin berkongsi pengalaman saya, berharap dapat menyedarkan orang yang tak tahu apa-apa, disebabkan kejahilan, mengikut guru palsu Trần Tâm. Semasa saya beramal dengan Trần Tâm, saya alami pengalaman yang sangat menakutkan. Lepas beramal untuk suatu tempoh masa, kehidupan saya tak bertambah baik tetapi bertambah buruk. Banyak pengamal baharu pada mulanya kelihatan sangat menawan tetapi lama-kelamaan mereka menjadi pucat, sakit dan mati. Dalam meditasi, saya hanya nampak imej gelap dan menakutkan seperti hantu. Saya tak pernah alami Cahaya (Syurga dalaman) Buddha atau dengar sebarang Bunyi (Syurga dalaman) suci. Saya rasa bahawa amalan di sana bukan jalan yang betul, jadi apabila mendapat tahu tentang Guru, saya berdoa dengan ikhlas kepada Guru agar segera berkati saya dengan inisiasi untuk terus berada di jalan amalan menuju pembebasan yang sentiasa saya inginkan. Selepas menerima inisiasi daripada Guru, kehidupan saya telah berubah kepada bab baharu yang sangat bahagia. Saya telah alami banyak Cahaya dan Berkat Guru. Apabila saya buka Supreme Master TV, saya sering nampak Guru melangkah keluar dari skrin. Ketika bermeditasi, saya berasa ringan dan dapat capai tumpuan dgn senangnya. Saya ada pengalaman dalaman di mana Guru memakai jubah putih yang cantik, dan Cahaya yang dipancarkan dari-Nya sangat terang, menerangi persekitaran dengan cantik sekali. Setiap hari, saya rasai Berkat Guru yang sangat kuat. Saya bekerja pada siang hari dan bermeditasi pada waktu malam secara berterusan tanpa berasa letih. Terima kasih, Guru yang dikasihi, kerana selamatkan roh saya. Saya amat rindui Guru.

Jadi berhati-hatilah dengan siapa yang anda ikut, demi anda sendiri. Anda perlu sihat sejahtera untuk menjaga keluarga. Berseorangan pun, anda perlu menjaga diri supaya tak perlu menyusahkan masyarakat, doktor, jururawat dan sebagainya. Mereka dah pun sentiasa bekerja terlalu keras tanpa anda menambahkan diri kepadanya.

Dan tidak terjamin pun bahawa anda pergi jumpa doktor dan ke hospital, kemudian anda akan menjadi sihat kerana kadangkala ubat juga membuat badan anda menjadi lebih letih dan lebih teruk di jenis bahagian yang lain. Jadi jika peparu anda sembuh, mungkin ubat itu akan merosakkan hati anda, misalnya macam itu, atau mengganggu jantung anda, atau menyebabkan bekuan darah dan menyekat aliran darah dan sebagainya. Sama seperti sekarang mereka mengaku bahawa vaksin mereka, AstraZeneca, ada bahan berbahaya di dalamnya yg menyebabkan darah orang membeku. Ini bermakna darah tak dapat mengalir dengan baik. Jika darah tak dapat mengalir dgn baik, kita akan mati tak lama lagi. Suatu kali, seorang doktor, dengan segala keberanian, beritahu orang bahawa vaksin ini akan bunuh kita dalam dua, tiga tahun, dan banyak orang mati dalam dua, tiga tahun disebabkan oleh bekuan darah.

Excerpt from an interview with Prof. Dr. Dolores Cahill on Asia Pacific Today – May 21, 2021: Jadi sebenarnya orang yang dapatkan suntikan ini berfikir bahawa sistem imun mereka akan terangsang supaya mereka akan dilindungi. Tetapi sebenarnya sebabnya tiada suntikan atau vaksin mRNA ini yang diberikan lesen ialah mRNA ini sebenarnya meningkatkan sistem imun bukan untuk lindungi mereka drpd virus tetapi sebenarnya buat sistem imun anda sendiri menyerang badan anda sendiri dengan agak cepat. Jadi sebenarnya mRNA meningkatkan penyakit. Ia meningkatkan penyakit. Vaksin mRNA meningkatkan sistem imun untuk menyerang protein virus. Ia mengubah orang yang disuntik menjadi organisma terubah suai secara genetik. Anda membuat protein virus. Sistem imun anda telah berevolusi selama berjuta-juta tahun untuk menyingkirkan protein virus. Protein virus boleh berintegrasi ke dalam sel dan organ anda, jadi sistem imun anda sendiri mula menyerang. Sekarang, bergantung kepada bagaimana anda bergerak balas. Ini berkaitan dengan berapa kali anda menemui apa-apa saja agen jangkitan dalam vaksin, atau sama ada anda pernah divaksin sebelumnya, anda akan membuat sel-T dan -B gerak balas imun. Ia akan mula cuba menyingkirkan protein virus. Jika protein virus berada di dlm jantung, limpa, pankreas atau peparu anda, sistem imun anda akan menyerang sel anda sendiri. Anda akan dengan cepat sekali, apabila hadapinya, mengalami letih kronik, kemudian anda akan menjadi letih lesu. Organ anda akan mula gagal, kemudian anda akan meninggal. Anda akan menjadi seseorang yang mengalami sepsis atau pada asasnya hampir mati.

Saya telah berkata pada tahun lalu, orang tak harus menerima ini. Saya rasa ujian klinikal di dunia harus dihentikan kerana selama berdekad-dekad jika ada kematian dan kesan mudarat dalam ujian klinikal di seluruh dunia, ia harus dihentikan. Di satu rumah penjagaan saja di Ireland, pada 20 Januari, 51 orang disuntik dan 26 daripada mereka mati dalam masa lima minggu. Jadi dalam ujian klinikal normal di seluruh dunia, itu akan menjadi suatu tanda. Kita tahu lapan orang mati di satu rumah penjagaan di Berlin akibat suntikan pertama. Jumlahnya 19 orang mati drpd 31 orang di rumah penjagaan yang sama itu selepas dua suntikan. Jadi di dua buah rumah penjagaan saja, ada 57 kematian secara langsung dalam masa dua hingga lima minggu selepas suntikan. Jadi apa yang berlaku? Orang itu hampir mati disebabkan sistem imun terangsang, menyebabkan mereka sakit tenat dan mati dalam masa beberapa minggu. Tetapi orang yang lebih muda akan mati dalam bbrp bulan, jika bukan bbrp tahun. Saya akan berkata bahawa jangka hayat mereka akan berkurangan secara signifikan, malah orang berusia 30-an, 40-an, 50-an. Tiada sesiapa yang harus mengambil mRNA ini lagi.

Jadi ini orang yang kesian. Banyak orang tak berani mengambil vaksin kerana mereka tahu akannya. Mereka menolak vaksin, kemudian kerajaan memecat mereka atau tak benarkan mereka pergi bekerja. Bos mereka tak benarkan mereka bekerja. Keluarga mereka menjadi lapar dan miskin. Jadi jika orang tidak bunuh mereka dengan vaksin, orang bunuh mereka dengan memecat mereka. Pada masa itu, oh, hati saya bergolak setiap hari! Saya tak tahan. Ya Tuhan.

Jadi banyak Buddha berkati badan fizikal ini dengan lebih banyak Kasih Sayang suci, kecerdasan, kebijaksanaan, IQ, belas kasihan, sifat pengasih, simpati dan kepekaan. Ia membuat badan ini rasa begitu sensitif, terlebih sensitif. Saya boleh menangis setiap hari. Setiap kali saya lihat penderitaan, saya menangis setiap kali. Bukan sahaja air mata tetapi juga hati di dalam. Saya menangis dari hati dan sangat menyakitkan. Itu sesuatu jenis neraka, saya boleh kata kepada anda. Itu tidak menyenangkan. Tidak. Dan segala-galanya diambil daripada kita, bukan itu saja, tetapi kita ada rumah, tak boleh diaminya. Kita ada kereta, tak boleh gunakannya. Kita ada akaun bank, mereka tidak benarkan kita keluarkan wang untuk digunakan. Hanya berikan kepada badan amal pun, mereka tidak benarkan. Mereka cari segala jenis alasan. Apa-apa pun yang berikan sedikit penenangan dan kegembiraan kpd kita, seperti orang-anjing, orang-burung kita dll, apa-apa pun, akan dipisahkan dari kita! Buat kita alami kesedihan, rasa bersimpati dgn haiwan kesayangan kita yang begitu kasihi kita dan suka bersama kita!

Sesuatu sistem yang bodoh. Kemudian mereka kata, “Komunis sangat banyak mengawal.” Siapa yang kata? Siapa yang kata komunis sangat banyak mengawal? Anda jangan menyalahkan komunis atas ‘无神论’ – tiada kepercayaan, tiada agama. Kerana jika anda lihat, jika semua orang lihat biksu saling melawan untuk kemasyhuran dan kekayaan, macam saling ‘menggigit’ hanya untuk untung material, lebih banyak pengikut, tokong yang lebih baik, kereta yang lebih baik atau jam tangan yang lebih mahal, misalnya macam itu, dan sentiasa saling ‘menggigit’, maka mana boleh orang percaya bahawa Buddha wujud? Jika anda ialah anak murid Buddha tetapi buat begitu, maka orang, dah tentu, rasa sukar untuk percaya, kekal beriman dan terus pergi ke tokong. Itu saling mempengaruhi. Meskipun satu tokong buruk saja, orang berfikir tokong lain mungkin begitu juga. Satu atau dua orang biksu adalah buruk dan orang berfikir semua biksu berada dalam senarai mencurigakan.

Dan jika paderi di kedudukan tinggi, dari Vatican ke bawah terus merogol wanita, kanak-kanak, bayi dan lelaki juga, maka mana dapat orang di dunia yang bergolak, penuh tekanan dan menyeksakan cari tempat berlindung di gereja, dalam mana-mana paderi? Sesetengah orang tinggalkannya kerana tak dapat cari lebih banyak keberanian atau kekuatan untuk terus percaya kepada Tuhan atau Nabi Isa lagi. Kemudian mereka saling menyalahkan kerana orang lain ‘tidak baik’ dan orang itu ‘lebih suci’.

Bukan sahaja pendeta yang buruk difitnah, dihina atau diinjak-injak tetapi juga pendeta yang baik. Meskipun kita suci dan baik, kita juga berada dalam situasi berisiko, ada alasan untuk difitnah dan/atau ‘dibunuh’. Saling ‘membunuh’ dengan memfitnah, memarahi, mengumpat atau bergosip, segala-galanya. Hari ini lagi teruk kerana mereka ada internet. Mereka boleh kata apa-apa saja. Adalah sangat sukar untuk sentiasa membuktikan, mengawasi dan cuba menjelaskan diri kita. Saya salah satu mangsanya, jadi saya tahu sangat.

Saya harap sesawang yang bertanggungjawab akan sentiasa berjaga-jaga untuk bersihkan subjek yang tidak baik seperti syaitan berpura-pura menjadi suci, melawan Yang Sebenar kerana mereka nak ganggu fikiran orang yang tak tahu apa-apa, atau cerita yang tidak sesuai tentang bilik tidur orang dewasa dll… untuk membantu dunia kita kekalkan getaran yang baik bagi terus hidup, melindungi kanak-kanak yg tak berdosa, tak dapat pertahankan diri drpd mudarat dari semua belah. Baru-baru ini saya mendapati betapa senangnya untuk mencari apa-apa saja di sesawang dengan hanya iPhone lama tanpa SIM!!

Mereka boleh katakan apa-apa saja. Kita tak tahu siapa yang mereka katakan walaupun mereka sebut nama kita. Macam itulah. Jadi sangat sukar bagi penganut ada keberanian, masa, ketenangan dan kedamaian yang mencukupi untuk pergi cari biksu yang benar-benar baik, paderi yang suci untuk dapatkan perlindungan, mempercayai, memimpin mereka ke arah kebaikan, belum kata lagi tentang Nirvana, Alam Buddha. Bagi penganut, adalah sukar bagi mereka mengenal pasti paderi yang mana benar-benar boleh dipercayai kerana begitu banyak ratus ribu kanak-kanak diperkosa dan wanita dirogol. Remaja lelaki dirogol di dalam gereja dan mana-mana tempat yang lain.

Photo Caption: Membongkok adalah Mempertahankan Diri

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (8/10)
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android