Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Tempat Duduk di Alam yg lebih tinggi terjamin dengan kerajinan jujur, Berkat Guru dan Belas Kasihan Tuhan, Bahagian 4/19

2024-09-04
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Pada waktu inisiasi, kami dah kata tentang itu, bahawa anda harus berdiam. Anda tak harus dedahkan apa yang anda pelajari kepada orang lain kerana arahan lisan saja adalah tidak berkesan. Kuasa Gurulah yang menaikkan anda, bersihkan anda dan membantu anda meningkat lagi dari segi rohani.

Tetapi anda tak dibenarkan untuk keluar dan beri inisiasi sendirian macam itu. Hanya apabila Guru hantar atau beritahu anda – setiap kali. Bukan hanya beritahu anda satu kali, kemudian anda boleh terus lakukannya sepanjang hidup – bukan macam itu kerana anda tiada kuasa yang mencukupi untuk bantu orang, naikkan orang ke Syurga yg lebih tinggi dan melindungi mereka daripada segala bahaya di jalan. Anda tak tahu nak memimpin mereka ke mana kerana anda sendiri tidak mengetahui jalannya. Hanya Guru tahu akannya, kemudian Guru menugasi anda untuk menginisiasi dengan nama Guru bermakrifat penuh dan anda biarkan Guru mengetahui nama mereka, maka mereka akan diinisiasi secara rasmi dan Guru akan bertanggungjawab, tetapi tanpa izin Guru, anda tak boleh buat apa-apa pun. Dalam masa yang singkat, tiada lagi Berkat dan Perlindungan Guru. Anda dan semua pengikut anda akan terjerumus ke dalam cengkaman Mara, syaitan di neraka yang menjerat! Saya sendiri menggeletar memikirkan kegerunan itu!

Masih ingat ketika Milarepa menderita dan benar-benar mahu mendapat inisiasi, isteri Marpa, Guru-Nya, menulis surat yang menyatakan bahawa Milarepa boleh diinisiasi? Tetapi Guru-Nya tak tahu akannya. Jadi apabila Milarepa pergi untuk diinisiasi oleh wakil Marpa, Beliau tiada apa-apa pun. Tiada pengalaman dalaman. Tiada Cahaya (Syurga dalaman), tiada Bunyi (Syurga dalaman), tiada apa-apa pun. Jadi wakil yang merupakan anak murid sangat terkejut, berfikir atau berkata kepada diri sendiri atau Milarepa bahawa mungkin Guru tidak benarkan ini dan sebab itu ia berlaku. Walaupun pada masa itu Milarepa seorang ahli sihir yang sangat berkuasa dan juga bantu Guru-Nya uruskan banyak orang jahat juga, namun tak boleh mendapat pun apa yang tak nak diberikan oleh Guru-Nya kepada Beliau atau apa yang Beliau belum sedia kerana Beliau begitu berdosa sehingga badan-Nya, diri-Nya tak dapat menerima sebarang Kuasa Suci kerana percampuran dua tenaga yang bertentangan boleh membunuh Beliau.

Tak banyak… jarang, tetapi sesetengah anak murid juga kata mereka tak mendapat apa-apa pun sewaktu inisiasi. Mungkin kerana perhatian mereka dialihkan, tak dengar arahan baik-baik atau tidak buat dengan baik apa yang harus dibuat ketika bermeditasi. Mereka tak bertumpu juga, atau mungkin orang itu tak benar-benar ikhlas nak diinisiasi – tidak hormati Guru, tidak percayai Guru, hanya masuk untuk seronok-seronok, atau mengikut wanita atau lelaki masuk untuk tujuan duniawi atau rendah. Jadi mereka takkan ada inisiasi sebenar. Saya telah bertemu sekurang-kurangnya satu daripada mereka seperti itu. Dia merungut bahawa orang lain juga tidak alami pengalaman dalaman dan dia sendiri tiadanya. Kemudiannya saya tahu sebabnya: Dia mahukan wang daripada saya. Selepas inisiasi, dia berpeluang untuk jumpa dgn saya dan mahukan wang sebanyak €100,000, €200,000. Saya kata saya tiadanya. Pada masa itu, kami perlu gunakan semua wang itu untuk bina Ashram baharu.

Maklumlah… Kejayaan atau kegagalan, semuanya disebabkan anda. Anda memutuskan sama ada anda mahukan Tuhan atau tidak mahu. Jika anda mahukan Tuhan, Tuhan sentiasa ada di sisi anda, sentiasa terlalu gembira berada di sisi anda. Guru akan sentiasa terlalu gembira berada di sisi anda, tetapi jika anda tidak mahukannya, jika anda benar-benar tidak ikhlas dalam hati dan masuk hanya atas sebab duniawi atau apa-apa saja yang tidak wajar disebut, maka anda takkan mendapat apa-apa pun. Sesetengah orang yang ada kepercayaan yang sangat sedikit mendapat sesuatu – mungkin sedikit pada waktu inisiasi – tetapi selepas itu akan kehilangannya kerana mendedahkannya. Mereka beritahu orang lain. Ini dilarang. Mereka tak harus beritahu orang lain kerana mereka berdua akan merosot kembali, akan alami mudarat, takkan diberkati dan dilindungi oleh Syurga selepas memberitahu atau buat perkara yang tidak harus dibuat. Jadi ini bukan sesuatu yang boleh anda main dengan kejahilan, kesombongan dan ketakikhlasan anda. Sekarang anda tahu.

Jadi bagi mana-mana anak murid Tuhan di bawah bimbingan saya, jika anda telah buat segala perkara tak betul yang telah saya sebut sebelumnya, anda harus hentikannya. Jangan melompat masuk untuk mempelajari beberapa arahan saja, kemudian melompat keluar dan beri inisiasi kepada orang, kemudian dengan tak tahu malu bercakap besar tentang diri anda ialah Guru atau malah Guru Agung. Anda mesti memohon ampun kepada Tuhan kerana tidak hormati Tuhan Yg Maha Berkuasa dan cuba memperdaya anak-Nya yang berharga, tak berdosa. Oleh sebab karma anda terlalu berat, anda perlu terus bertaubat sepanjang hidup anda, berharap Tuhan akan ampuni anda.

Guru berikan amaran lindungi diri kepada semua orang yang meminati amalan spiritual Quan Yin: Disebabkan oleh banyak penyalahgunaan kemurahan dan kelembutan hati kami oleh orang yang jahil dan syaitan yang tersembunyi dlm bentuk manusia, mulai hari ini, 21 Ogos 2024, sebelum dan selepas hari ini, sesiapa yg berpura-pura sebagai pengutus Quan Yin atau cuba mengajarkan Kaedah Quan Yin tanpa kebenaran rasmi daripada Guru dan pengesahan daripada FG Pusat, mesti dielakkan Jika anda sengaja cuba yang bertentangan, kami tidak bertanggungjawab atas sebarang mudarat yang dibuat terhadap anda atau/dan keluarga. Anda mungkin tidak diterima jika anda datang kepada kami selepas itu untuk inisiasi baharu. Mesti berhati-hati bagi semua orang hubung, semua pusat meditasi, semua saudara seamalan dan bakal saudara seamalan. Semua orang harus melapor kepada M secepat mungkin jika kejadian buruk sebegini berlaku lagi.

Untuk menjadi Buddha, anda perlu sudah beramal selama bereon-eon, Tuhan perlu izinkannya dan Alam Semesta perlu menerima anda. Mereka perlu tahu. Tiada apa-apa yang dapat anda tipu di Alam Semesta. Semuanya telus. Semua orang tahu akan anda. Semua orang nampak peringkat dan perkembangan spiritual anda, bukan kerana anda belajar selama 30, 40 tahun, duduk di sana atau dengar arahan seseorang yang lain tetapi tidak buat banyak; bukan kerana anda masih dara, bukan kerana anda seorang vegan pun. Buddha ialah Buddha. Bukanlah oleh sebab anda membuat segala jenis rupa luaran, amalan luaran atau pemikiran ini, anda capai sesuatu. Bukan! Ini bukanlah sesuatu untuk anda main! Karmanya terlalu berat. Jadi hentikanlah segalanya yg karut ini. Bertaubat, memohon ampun kepada Tuhan, dan dengan rendah diri terus mengamalkan apa yang Guru ajarkan kepada anda.

Jika tidak, karma ini terlalu berat kerana anda bukan apa yang anda dakwakan dan berpura-pura menjadi itu atau berhasrat untuk menuntut kedudukan itu. Oh! Itu karma paling buruk yang boleh anda ada, menurut kitab Buddha, mengikut apa yg dikatakan oleh Buddha kerana anda belum capai peringkat Buddha, belum capai makrifat penuh tetapi umumkan anda telah capainya. Oh, itu jenis dosa yang paling teruk! Buddha berkata anda akan pergi ke neraka tak henti-henti. Jadi berjaga-jaga. Berhati-hati. Jaga pahala dan amalan spiritual anda sendiri. Merendah diri. Rajin. Memohon ampun kepada Tuhan. Mungkin anda akan dapat elakkan neraka – neraka tak henti-henti pun, bukan hanya neraka biasa, neraka selama-lamanya pun.

Seperti yang saya dah kata, anda tak boleh menjadi Buddha hanya kerana anda masih dara! Anda tak boleh menjadi Buddha hanya kerana anda seorang biksu atau biksuni, atau makan sangat sedikit setiap hari, atau berjalan kaki dan bukan menaiki bas berkaki ayam dan bukan berkasut. Pada masa itu, oleh sebab sangat sukar bagi biksu mendapat keselesaan, mereka ada sesedikit mungkin. Mereka tak berduit, jadi tak mampu beli kasut, tetapi jika orang beli kasut untuk mereka, mereka akan pakainya. Saya pasti Buddha akan benarkan itu. Cuma jika kita ialah biksu, walaupun kita bersama Buddha, ada sangat banyak, terlalu banyak ribu orang biksu, orang tak dapat bekalkan dgn secukupnya Pada masa itu, kita hanya berjalan di denai kampung, dan itu hanyalah tanah merah. Kita takkan menyakitkan kaki kita. Bukan kerana anda makan sehari sekali saja, bukan kerana anda ganggu diri sendiri, badan sendiri dengan dedahkannya kepada segala jenis cuaca dan tidak memberi diri sendiri keselesaan berbaring untuk seketika – Buddha pun berbaring, bersandar kadangkala secara terbuka, secara rasmi – bukan disebabkan oleh segala sebab luaran ini anda menjadi Buddha.

Devadatta membatasi diri sendiri. Dia mengamalkan disiplin yang lebih bersifat zahid drpd yang dibenarkan oleh Buddha untuk Baginda sendiri atau biksu-Nya. Tetapi dia bukan Buddha! Adalah jelas bahawa dia begitu agresif. Dia malah begitu suka membunuh. Dia nak bunuh Buddha yang tidak memudaratkan dia, malah bantu menyembuhkan Devadatta banyak kali apabila dia sakit atau alami kesusahan, selepas Devadatta sudah mengkhianati Baginda pun, tinggalkan sana, membentuk kumpulan sendiri dan membuat dirinya kelihatan lebih berdisiplin daripada Buddha, lebih bersifat zahid, apa-apa saja. Semuanya karut! Itu hanya rupa luaran saja.

Jika anda ialah Buddha, ini kerana anda ialah Buddha. Anda makan satu hidangan atau tiga hidangan, anda tetap ialah Buddha. Jadi tak perlu menunjuk-nunjuk sebarang persembahan teater yang murah untuk menarik orang memuja anda. Anda hanya menarik lebih banyak karma buruk kerana berbohong. Anda menipu diri sendiri dan Syurga, malah Tuhan. Berani anda buat begitu? Tuhan tahu akan segala-galanya. Guru anda tahu akan peringkat anda juga, jika anda datang tanya atau menulis dan tanya.

Photo Caption: Apa yang Dicipta oleh Kuasa Tuhan Lebih Kuat drpd Benda Buatan Manusia!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (4/19)
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android