Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jika kerajaan tak mahu orang makan daging lagi, maka pertama sekali mereka perlu menghentikan semua rumah sembelih, semua industri penternakan. Tutup semuanya. Berikan subsidi kepada pemilik perniagaan ini supaya mereka boleh menukar itu menjadi jenis pertanian yang lain. Oleh sebab mereka kata itu ladang haiwan, jadi mereka boleh menukar itu menjadi ladang sayur dan ladang buah. Mereka sudah ada orang, ada pekerja. Mereka ada tanah dan bangunan besar. Mereka boleh menukar semua itu menjadi rumah hijau untuk menanam sayur dan bukan mengurung dan membunuh haiwan di dalam. Jika tiada daging untuk dijual, maka tiada orang yang boleh beli. - Penternak lembu/lembu susu Amerika, Harold Brown menjadi vegan, membantu peralihan penternak lain ke penanaman tanaman - Penternak lembu susu Amerika, Susana Romatz menjadi vegan, membuat keju vegan - Penternak khinzir/biri-biri Amerika, Bob Comis menjadi vegan, beralih ke penanaman sayur - Penternak lembu Kanada, Mike Lanigan, Edith Barabash menukar ladang jadi pusat perlindungan, menjadi petani sayur organik Dan sebagainya... Ini hanya beberapa contoh saja. Saksikan atau muat turun persidangan lengkap ‘Kita Semua Bertanggungjawab untuk Lindungi Diri Sendiri dan Orang Lain’ di SupremeMasterTV.com dengan mencari ‘Kita Semua Bertanggungjawab’