Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Ia terlalu berharga, nafas, nyawa, hari-hari, tahun-tahun kamu di Bumi sini. Gunakannya supaya apabila kamu naik ke atas, kamu senyum. “Oh! Saya telah buat sebaik yang boleh untuk amalan spiritual. Saya berada di alam ini kerana saya telah berusaha untuk memperolehnya.” Jangan hanya berpaut pada segala godaan kecil di dunia ini dan sedikit keselesaan dalam hidup ini, dan terlepas peluang spiritual untuk pergi ke peringkat yg lebih tinggi. Kuasa Guru boleh berkati kamu tetapi jika kamu hanya gunakannya untuk apa-apa saja yang lain, jika kamu menyalahgunakan kuasa ini hanya untuk sedikit untung duniawi atau sedikit keseronokan, maka kamu kehilangannya. Kemudian selepas telah meninggal, kamu hanya duduk di sesuatu tempat, mungkin di Astral, Peringkat Kedua atau Peringkat Ketiga, melihat semua anak murid lain terbang lalu. Kemudian kamu akan berasa sesal dengan kamu tak seharusnya begitu banyak berpaut pada dunia ini.