Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Bayangkan, suatu hari nanti, disebabkan rasa malu hati nurani sendiri, semua orang dlm industri daging/ikan/ kosmetik/ujian makmal orang-haiwan dan sebagainya yang berkaitan dengan kekejaman/pembunuhan orang-haiwan dll mengheret diri sendiri ke mahkamah utk mendakwa diri sendiri atas melakukan jenayah terhadap orang-haiwan yang secara rasmi dilindungi oleh undang-undang negara mereka sendiri. Ini bukan gurauan untuk ketawa. Ini rasa malu untuk menangis!!!Dan bayangkan seluruh kerajaan dan rakyat negara mengikut di belakang, kepala tunduk, ke kes mahkamah.Lebih lawak lagi: tiada peguam bagi mana-mana pihak kerana peguam adalah sama juga > defendan. Kononnya penuduh tidak menuduh sesiapa pun. MEREKA TAK DAPAT BERCAKAP. Jika mereka bercakap pun, tiada jurubahasa juga!Tertanya-tanya buat apa undang-undang perlindungan orang-haiwan digubal?? Siapa bayar kpd pembuat undang-undang yang wujudkan dokumen undang-undang yang begitu tak berguna? Adakah itu hanya untuk bazirkan wang cukai atau membuat Undang-undang Negara menjadi sesuatu yang rendah, tidak berharga supaya tiada orang yang akan hormati dan patuhi sebarang undang-undang???Fikirlah secara logik: mengapa sesiapa patuhinya? Sedangkan penggubal undang-undang + orang lain tidak??Patuhilah undang-undang negara anda yang berharga, hormati warga-haiwan ciptaan Tuhan.Terima kasih kerana buat dunia kita jadi Vegan yang DIREDAI TUHAN.