Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

15 Statements About the Benefits of Vegan Food

2024-10-04
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
98% daripada orang China akan beralih kepada vegan selepas mendapat tahu kebaikannya. Tinjauan oleh ProVeg Antarabangsa, sebuah pertubuhan yang berusaha untuk mengubah sistem makanan global, menunjukkan bahawa hampir setiap orang di China akan makan lebih banyak makanan vegan jika mereka mendapat tahu bagaimana diet vegan bermanfaat. Tinjauan pendapat telah dijalankan di Beijing, Shanghai dan Guangzhou dengan 1,000 orang yang kebanyakannya omnivor atau fleksitarian.

Peninjau menyediakan 15 kenyataan berikut tentang kebaikan makanan vegan:

1. Diet-diet yang paling sihat, paling mampan kebanyakannya terdiri daripada makanan vegan (berasaskan tumbuhan).

2. Diet vegan yang seimbang cenderung untuk turunkan indeks jisim badan (BMI) dan mengurangkan kadar obesiti, dengan itu menurunkan kadar penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi dan kolesterol tinggi.

3. Diet vegan yang seimbang dapat bantu mencegah dan menguruskan diabetes jenis 2.

4. Diet vegan yang seimbang dapat bantu mengurangkan risiko kanser payudara.

5. Diet vegan merendahkan risiko wujudnya ketahanan antibiotik disebabkan makanan berasaskan haiwan. Di China, lebih separuh daripada antibiotik digunakan untuk penternakan haiwan. Apabila bakteria mempunyai ketahanan antibiotik, jangkitan yang disebabkan oleh bakteria ini menjadi lebih sukar untuk dirawat, menyebabkan kos perubatan dan kadar kematian meningkat. Ketahanan antibiotik ialah salah satu ancaman terbesar kepada kesihatan global, keselamatan makanan dan pembangunan sekarang.

6. Makanan vegan terutama kacang, legum dan lentil menawarkan protein yang mencukupi kepada manusia, bebas drpd kolesterol dan lemak tepu haiwan yang tidak sihat berbanding dengan makanan berasaskan haiwan.

7. Sayuran hijau seperti kubis daun, kubis Cina, bayam dan kubis kaya dengan kandungan kalsium. Sesetengahnya ada bioketersediaan yang lagi tinggi daripada hasil tenusu.

8. Dengan makan pelbagai makanan vegan kaya zat besi (seperti tauhu, lentil, kuinoa dan biji bijan) bersama dengan buah-buahan dan sayuran tinggi vitamin C, orang dapat elakkan kekurangan zat besi.

9. Diet vegan adalah lebih efisien dan efektif tenaga daripada penternakan haiwan dari segi penggunaan sumber semula jadi (cth. tanah suai tani, air tawar, tenaga dll.)

10. Penternakan haiwan bertanggungjawab atas sebanyak 20% daripada pelepasan gas rumah hijau. Berbanding dengan diet omnivor, diet vegan dapat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak lebih 50%.

11. Daging lembu dan hasil tenusu ialah antara sumber terbesar pelepasan metana punca manusia. Metana adalah kira-kira 80 kali lebih kuat daripada CO2 dari segi kesan pemanasannya sepanjang 20 tahun pertama selepas dibebaskan ke dalam atmosfera. Bergerak ke arah diet vegan dapat kurangkan pelepasan metana berkaitan diet sebanyak 90%.

12. Diet vegan dapat bantu mengurangkan kebuluran dunia. Lebih 75% daripada tuaian soya digunakan sebagai makanan haiwan. Sumber yg sama ini boleh diperuntukkan bagi menanam tanaman untuk manusia dan lebih byk orang dapat diberi makan, menyumbang kepada keterjaminan makanan negara.

13. Setiap tahun, 80 bilion haiwan darat dan sebanyak 2.3 trilion haiwan laut disembelih. Diet berasaskan tumbuhan dapat secara signifikan mengurangkan penyembelihan haiwan dengan sengaja serta bantu melindungi hidupan liar dan ekosistem.

14. Operasi penternakan haiwan gunakan 80% daripada tanah suai tani, menyebabkan sebanyak 70% daripada kemusnahan hutan hujan, jadi merupakan penyumbang utama kepada kehilangan biodiversiti. Kira-kira 25% daripada semua spesies sekarang menghadapi kepupusan, dan kira-kira 88% daripada spesies akan kehilangan habitat menjelang 2050. Diet vegan akan bantu mengurangkan penggunaan sumber semula jadi tanah, air dan hutan hujan, mengurangkan pelepasan gas rumah hijau serta melindungi biodiversiti.

15. Diet kaya tumbuhan menawarkan pelbagai perisa daripada buah-buahan, sayuran, bijirin, legum dan kekeras dan dapat membawa kpd hidangan yg enak dan memuaskan.

Rencana asal lengkap boleh didapati di: ProVeg.org

Untuk maklumat lanjut mengenai hidup sihat, berbelas kasihan, sila kunjungi: SupremeMasterTV.com/Be-Veg
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android