Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Nota Kebersihan Am daripada Guru (Mahaguru Ching Hai (vegan)) Nota ini ada lebih banyak perincian disebabkan oleh wabak COVID-19. Pada asalnya ini adalah untuk kami tetapi Guru suruh kami berkongsinya dengan orang ramai. Patuhilah langkah pencegahan dan nasihat ini sebanyak yang boleh seperti yang situasi benarkan untuk perlindungan anda.- Pakai sut pelindung lengkap/ topi/pelitup muka/sarung tangan/ gogal semasa keluar; jika ada, pakai pelindung muka seperti yg digunakan oleh tukang kimpal atau topi keledar motosikal yang ada visor.Jangan sentuh bahagian di atas leher jika rasa gatal (menggaru dengan batang kayu kecil yang bersih atau alat yang hampir sama.)Mandi dari kepala ke jari kaki dan cuci pakaian dengan air panas selepas pergi ke tempat awam atau membeli-belah dll...- Mensanitasikan sarung tangan dan menyemburi pakaian dengan cuka / alkohol perubatan / disinfektan sebelum masuk semula ke dalam kereta.- Kerap cuci tangan. Letak nota ‘cuci tangan’ untuk mengingatkan semua orang.- Gunakan 100% cuka atau alkohol untuk mengelap permukaan yang orang luar sentuh selepas mereka balik.- Gunakan mesin ultraungu untuk mensanitasikan pinggan atau gunakan air panas untuk bilasan terakhir.- Pastikan anda menggunakan sabun, ubat gigi, detergen dll dan cecair pencuci untuk mencuci. Air panas saja tidak cukup.- Mengelap semua barang runcit/paket yang dibawa dari luar dengan 100% cuka tulen / alkohol perubatan / disinfektan... Buang paket atau beg atau mengelapnya jika ia akan diguna semula. Letak beg beli-belah di bawah sinaran matahari selama yang boleh sebelum diguna semula.- Semasa beli item baru dari luar, pertama sekali mengelap (gunakan sarung tangan) dengan 100% cuka lalu mengelap dengan air panas. Kemudian buang sarung tangan. Kemudian boleh gunakan sarung tangan ‘dalam rumah’.- Mengekalkan jarak dengan orang lain semasa di luar / membeli-belah; mengekalkan jarak sekurang-kurangnya 3 meter jika boleh.- Apabila hidapi penyakit dan/atau wabak: Bermeditasi di rumah, jangan hadiri meditasi berkumpulan.- Apabila penyakit berjangkit tersebar luas: Mengelak daripada makan mentah, sekurang-kurangnya contohnya tomato / daun selada, membilasnya dengan air didih sebelum makan.- Dalam situasi biasa: Gunakan pencuci buah-buahan & sayuran semula jadi untuk mencuci sayuran atau merendamnya di dalam air garam selama sekurang-kurangnya 5 minit lalu mencucinya di bawah air yang mengalir dan akhirnya membilas dengan air bertapis.- Jangan guna semula sarung tangan pakai buang terlalu banyak kali; buangnya apabila sudah kotor. Jika tidak kotor, boleh cucinya dengan sabun di bawah air panas sebelum guna semula.- Semasa keluar, mesti pakai penutup mulut, penutup mulut yang baik, yang tebal. Jika boleh, lebih baik pakai topi untuk menutup kepala dan rambut. Apabila balik ke rumah, perlu buang penutup mulut; jika perlu guna semula, cucinya dalam air panas dan detergen.- Semasa keluar perlu pakai sarung tangan – jangan sentuh muka anda – GUNAKAN kertas tisu jika ada untuk bersin / batuk / atau pada sebelah dalam lengan, BUKAN pada tangan.- Apabila balik, cuci tangan / atau mensanitasikan tangan di luar bilik sebelum menyentuh pintu sendiri, pintu awam, dapur dll. Letak sabun di luar di tepi kepala paip (singki) luar.- Semasa keluar, ambil penyembur cuka tulen bersama anda, beli pensanitasi tangan dan letak di dalam kereta, simpan sarung tangan tambahan di dalam kocek. Buang sarung tangan kotor yang digunakan utk sentuh benda di luar.- Jika berada di luar dan mengesyaki tersentuh oleh orang lain, maka mengelap diri / pakaian dengan alkohol / disinfektan / cuka tulen + tisu.- Mengelap stereng sehingga bersih, tanggalkan sarung tangan yang digunaka n di luar sebelum menyentuh stereng dan benda lain. (Oleh sebab telah gunakan sarung tangan untuk menyentuh benda di luar, jadi buangnya sebelum menyentuh stereng dll atau sekurangnya sanitasikannya dulu.)- Apabila balik, perlu mandi dari rambut ke jari kaki, tanggalkan pakaian dan tukar pakaian baru.- Cuci pakaian dan gantung pakaian di bawah matahari untuk dikeringkan, bukan HANYA bergantung kepada mesin pengering. Atau letak pakaian dalam udara segar untuk dikeringkan.- Pergi ke kawasan yang ada udara segar / sinaran matahari, 1 atau lebih banyak kali sehari. Boleh buat senaman (seperti tekan tubi, aerobik / lompat tali, tidak perlukan peralatan dan cepat.) 1 kali sehari.- Pergi membersihkan persekitaran di luar untuk senaman dan udara segar.- Kasut luar, letak di luar bilik dan di bawah matahari, jangan bawanya ke dalam. Lebih baik gunakan selipar di dalam rumah. Cucinya sekerap pakaian.* Ini bukanlah panduan lengkap. Anda perlu mengendalikannya mengikut situasi dan mendapatkan bantuan perubatan jika perlu.Patuhilah langkah pencegahan dan nasihat ini sebanyak yang boleh seperti yang situasi benarkan untuk perlindungan anda.