Jika kamu tak perlu keluar, maka janganlah keluar. Okey? (Ya, Guru.) Kerana kamu takkan tahu sama ada kamu dilindungi atau tidak. Sistem imun kamu adalah sesuatu tetapi keimunan karmamu adalah sesuatu yang lain. Kamu takkan tahu sama ada kamu ada pahala yang mencukupi dari hayat silam atau hayat sekarang untuk lindungi kamu daripada penyakit.
Hai! (Halo! Halo, Guru!) Saya dapat dengar suaramu. (Okey, bagus, Guru.) (Sangat bagus!) Sesuatu berfungsi. Okey? (Ya, Guru.) Lain kali, kita akan ada telefon yang lebih baik. (Ya, Guru.) Kamu seharusnya dah sedia lama dahulu lagi. Bukan sentiasa menunggu saya suruh kamu. (Ya, Guru.) Saya tahu kita tidak profesional sekarang, tapi peduli apa? (Ya. Faham, Guru.) Ini rumah kita. Kita buat apa yang kita mahu. (Ya, Guru.) Saya hanya bercakap dgn ‘anak’ saya, jadi tak perlu terlalu profesional, rasmi atau seumpamanya. (Ya, Guru.) (Terima kasih, Guru.) Adakah kamu rakamkan kamu sendiri di sana juga? (Ya, kami membuat rakaman, Guru.) Baiklah. Maka saya juga akan rakamkan saya sendiri, kalau-kalau ada sesuatu yang menarik. (Terima kasih, Guru. Ya, Guru.) Saya hanya nak tanya sama ada kamu baik-baik saja. (Kami baik-baik saja, Guru.) (Terima kasih, Guru.) Segalanya baik-baik saja seperti yang kamu mahukan? (Ya, Guru.) Baiklah. Bilik makan baru, ada sesiapa yang gunakannya? (Ya, kami gunakannya, Guru. Kami gunakannya, Guru.) Ia bagus, ya? (Ya. Bagus.)
Saya baru lihat dalam berita. (Ya, Guru.) Secara rasmi, wabak ini sudah menjangkiti orang sebanyak lebih sembilan juta. Kamu tahu, kan? (Kami tahu, Guru. Ya, Guru.) Menakutkan. (Sangat menakutkan. Ya, Guru.) Tak itu secara rasmi saja. (Ya.) Saya akan beritahumu angka tak rasmi. (Terima kasih, Guru.) Sekurang-kurangnya tiga kali ganda sembilan juta itu. (Wau!) Dan ia berterusan. (Ya, Guru.) Itu masalahnya. Dapat kamu rakamkan suara saya di sana? (Ya, kami merakamkannya.) Sangat bagus. Kerana tak tahulah, mungkin kadangkala saya terlupa merakamkan suara saya. (Ya, Guru.) Begitu menguja melihat kamu. (Terima kasih, Guru.) Itu sebabnya. Kerana saya perlu baca berita sepintas lalu kadangkala untuk Supreme Master Television. Jadi saya ternampak laporan ini. Saya hanya lihat tajuk berita. (Ya.) Saya tiada masa untuk baca seluruh berita. Saya perlu lihatnya supaya saya dapat melindungi kamu atau apa-apa saja yang perlu. (Terima kasih, Guru.) Sebab itulah saya baca berita. Jika tidak, saya tak perlu. Walaupun saya tahu di dalam, contohnya, 27 atau 30 juta orang sudah dijangkiti, namun saya tiada bukti. Jadi jika saya tahu sesuatu dalam berita rasmi, maka lebih dapat dipercayai. (Faham. Ya, Guru.) Tapi sembilan juta ialah angka yang besar. (Ya, Guru.) Dan itu beberapa bulan saja. (Ya, Guru.)
Sekarang berpuluh-puluh ribu orang pergi ke pantai dan pergi ke merata tempat. Ya Tuhan! Orang begitu cuai. Semalam saja, wakil WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) asyik merayu kepada orang. Dia kata, “Jagalah diri. Wabak ini masih wujud. Ia belum hilang.” Bermakna jangan terlalu cuai. Mesti sangat berjaga-jaga, sangat banyak melindungi diri sendiri dan orang lain. (Ya, Guru.)
( Tolonglah, pandang serius terhadap virus ini. Ia belum hilang. Ia masih wujud. Tolong hormati apa yang pegawai kesihatan awam beritahu anda supaya lakukan. Mereka katakannya atas suatu sebab. Tolonglah lindungi diri anda dan orang lain, mengekalkan jarak fizikal, memakai penutup mulut sewaktu berada di tempat awam. Jika anda kurang selesa, jangan keluar. Adalah sangat penting anda mengenal bahawa virus ini berbahaya dan kita semua perlu berusaha untuk mengatasinya. Saya benar-benar minta semua orang di Amerika dan semua orang di merata tempat supaya terus memandang serius terhadap virus ini. Tolonglah. )
Meskipun kamu tak takut, kamu macho dan tak risau tentang penyakitmu, tetapi jika kamu keluar, dan kalau-kalau kamu bawa penyakit ini tanpa mengetahuinya, kamu akan menjangkiti orang lain jika kamu tak menjaga diri, tak memakai penutup mulut, contohnya, atau tak mengasingkan diri. Kerana kamu takkan tahu. Kerana peralatan ujian adalah terhad. Dan sesetengah benda adalah lawak kadangkala. Ia menguji positif. Lain kali, lepas beberapa hari, negatif! (Ya, Guru.) Atau kadangkala negatif, kemudian lepas itu, positif! Wabak ini sangat menakutkan. Ia tak melepaskan sesiapa pun. Semua kerabat diraja, VIP dan pemimpin tinggi, nampaknya ia melawat mereka juga. Walaupun ada segala hak istimewa dan keadaan terlindung yang mereka miliki, (Ya, Guru.) mereka dijangkiti juga. Ada kejadian ganjil, seperti orang tak keluar pun tetapi dijangkiti. (Wau!) Sesetengahnya adalah macam itu. Kamu tak nampaknya dalam berita? (Ya.) Malah ada bayi kembar tiga yang baru dilahirkan dan semuanya diuji positif tetapi ibu bapa mereka negatif! (Wau!) Tidakkah kamu rasa ganjil? (Sangat ganjil.) Baru dilahirkan dan positif! Tapi kedua-dua ibu bapa diuji negatif untuk wabak ini.
Begitu banyak berita hitam. Di Jerman, sebuah rumah sembelih, beratus-ratus orang dijangkiti. Dan beribu-ribu orang dikuarantin. (Ya, Guru.) Kemudian di England juga sekarang. Sebelumnya semuanya di Amerika tapi sekarang England, Jerman. Mana tahu apa seterusnya? Banyak kawasan, orang tak tahu apa maksud COVID-19 pun. (Ya, Guru.) Kerana di zon peperangan, orang tiada cara untuk meninjau atau mengetahuinya. Seperti sesetengah kawasan, orang ada konflik dalaman. (Ya.) Kerajaan tak benarkan orang di zon konflik ada sambungan internet pun. Mereka tutup semuanya. (Faham.) Jadi beratus-ratus ribu orang tak tahu apa-apa pun tentang ini. (Wau, Guru!) Meskipun mereka sakit, mereka rasa hanya sakit dan mungkin mati kerana tiada orang menjaga. (Ya, Guru.) Saya kenangkan rahmat yg saya nikmati setiap hari. Saya tak tahu bagaimana dengan kamu tapi (Kami begitu, Guru.) saya rasa saya sangat bertuah. (Ya, Guru. Kita bertuah.) Saya kedengaran macam terlebih melindungi kamu kerana saya tak mahu kamu keluar tanpa penutup mulut, tanpa benda pelindung, dan paling baik tak keluar. Tapi kita tak dapat cukup berhati-hati dengan jenis wabak ini.
Ia tak melepaskan bayi baru lahir pun! (Ya, Guru.) Barangkali mereka sudah alami jangkitan di dalam rahim lagi. Kerana jika kita hidapinya, ia tak terus ada simptom. Biasanya tidak. Ia perlu berada di dalam sistem kita baru ada simptom. (Ya, faham.) Sekurang-kurangnya beberapa hari atau 14 hari. Sebab itulah ada kuarantin selama 14 hari di negara-negara yang berlainan. Kamu tahu, kan? (Ya, Guru.) Saya tak mahu kamu saksikan semua berita buruk ini tapi adalah baik kamu tahu juga (Ya, Guru.) supaya kamu tahu bahawa saya tak terlebih menasihati kamu (Tidak, Guru.) atau terlebih seperti seorang ibu. ( Tidak, Guru. Kami memang nak ikut prosedurnya untuk melindungi diri sendiri, Guru. ) (Kami hargainya.) Ya, kamu harus. (Kami akan lakukannya, Guru.) Pegawai kesihatan profesional mengatakannya dulu. Mereka bukan katakannya tanpa sebab. (Ya, Guru.) Mereka nasihati kita atas sesuatu sebab kerana mereka telah menjalankan kajian. Mereka telah lihat orang menderita. Mungkin mati paling teruk tetapi sesetengah orang malah kehilangan anggota badan disebabkan itu. (Ya, Guru.)
Ada banyak kategori orang yang lebih cenderung kepada jenis penyakit ini. Mereka malah kata lelaki botak lebih berkemungkinan menghidapi penyakit ini. Bayangkan itu? (Oh, wau!) Apa-apa saja. (Ya.) Mereka kata orang tua lebih mudah kena jangkitan ini. Tapi sekarang mereka kata, “Tidak. Orang muda bertambah secara mendadak sekarang, sehingga umur 40 tahun.” Mereka di kemuncak hidup tapi sekarang kumpulan ini paling banyak dijangkiti, di dalam kumpulan terjangkit. (Sangat menakutkan, Guru.) Tapi tiada orang yang dapat beritahu seluruh bilangannya. Seperti yang saya dah kata tadi, di sesetengah zon peperangan, orang tiada sambungan internet pun dan tiada telefon, apa-apa pun. Bagi menghentikan penyebaran revolusi atau sesuatu, mereka tutup segalanya dan orang hidup seperti pada Zaman Batu. Jadi jika mereka mati atau sakit, tiada orang kiranya pun. Faham maksud saya? (Ya, Guru. Ya, faham.) Sesetengah negara kata, “Kami tak kira lagi supaya kuotanya rendah.” (Ya, Guru. Betul.) Bayangkan itu? “Kami tak menguji.” Saya tak tahu siapa presiden itu. Saya dah lupa namanya. Saya tak nak sebut namanya juga. Saya tak nak sebut namanya. Dia beritahu rakyatnya, “Jangan menguji lagi supaya tak kelihatan terlalu banyak.” Jadi kelihatan macam apa yang kerajaan katakan, wabak ini telah terkawal, tetapi sebenarnya tidak. Ia bertambah secara mendadak dan begitu jelas seperti hidung di depan saya. Buat apa buat begitu? Kita perlu jujur dan cuba bantu orang. (Ya, Guru.) Adalah rasmi dalam berita bahawa hospital pun tak menerima pesakit lagi. Pesakit wabak ini, mereka tak menerima. (Wau!) Mereka tak mahu lagi. Jadi sama ada mereka sembuhkan diri dengan pengasingan dan apa-apa saja ubat yang dimakan atau mati saja. Sementara itu, banyak pesakit yang lain mati disebabkan pengabaian juga. Seperti di rumah orang tua, orang tua mati kerana kadangkala orang bawa pesakit wabak ini ke rumah orang tua kerana mereka tiada tempat lain untuk menempatkan mereka. Hospital telah penuh atau mungkin mereka tak nak menerima pesakit lagi.
Saya nak beritahu kamu bahawa jika kamu keluar kadangkala kerana mungkin kamu perlu atas sesuatu sebab, maka tolong pakai pelitup muka dan penutup mulut, kedua-duanya. Itu tak cukup selamat pun. (Faham, Guru.) Tapi sekurangnya kita cuba sebaik yang boleh. Kerana ada pembawa penyakit tanpa simptom juga, Saya dah kata sebelumnya. (Ya, Guru.) Saya beritahu kumpulan wanita. Saya tak pasti sama ada kamu dengarnya. Hari ini, saya nak berkata kepada kamu: Bersikap serius, okey? Lindungi dirimu. (Ya, Guru.) Adalah baik kamu berada di rumah macam ini bersama supaya kamu tak perlu risau tentang siapa menjangkiti siapa. (Ya, Guru. Terima kasih.) Jika kamu tak perlu keluar, maka janganlah keluar. Okey? (Ya, Guru.) Kerana kamu takkan tahu sama ada kamu dilindungi atau tidak. Sistem imun kamu adalah sesuatu tetapi keimunan karmamu adalah sesuatu yang lain. Kamu takkan tahu sama ada kamu ada pahala yang mencukupi dari hayat silam atau hayat sekarang untuk lindungi kamu daripada penyakit. Sama seperti sesetengah orang tiada insurans. Sesetengah orang kaya, ada insurans. Walaupun mereka telah belinya beberapa tahun, beberapa dekad yg lalu, ada insurans untuk ini, namun mereka tak pernah gunakannya. Mereka sudah hampir lupa akannya kerana hari ini mereka lakukannya dalam talian. (Ya, Guru.) Ia secara automatik dari bank ke bank. Jadi kita tak rasa bahawa kita ada insurans. Hanya apabila kita sakit baru kita tahu, “Okey, saya dilindungi.”
Sama juga. Jika kita tiada pahala spiritual yang mencukupi untuk dilindungi, mungkin kita jatuh sakit walaupun berhati-hati. Saya lihat berita kadangkala kanak-kanak tak pergi ke mana-mana pun tetapi jatuh sakit, (Wau!) dijangkiti. Walaupun ambil langkah pencegahan di rumah. Ibu bapa tiada masalah, hanya anak jatuh sakit. (Ya, Guru.) Kanak-kanak yang kesian. Dia mati. (Oh, tidak! Oh, Guru!) Dengan begitu saja, budak yang sihat, sangat ghairah dan kelihatan elok, dengan begitu saja, mati. ( (Ya, Guru.) Tragedi terbesar. ) Tiada orang yang boleh buat apa-apa dengannya. Bagi kanak-kanak, lebih susah kerana badan mereka masih sangat lemah. Sistem imun mereka mungkin belum kuat. Saya rasa bersimpati dgn kanak-kanak. (Ya, Guru.) Saya rasa lebih bersimpati dgn mereka. Mereka begitu tak berdaya. Saya juga bersimpati dengan ibu bapa yang kehilangan anak dengan begitu saja. (Ya, Guru.) Mereka mati dalam lengan kita dan kita tak dapat buat apa-apa pun. Kita tak faham sebabnya pun. Mereka tak pergi ke mana-mana pun. Mereka tak buat apa-apa pun. Mereka tak bergaul dengan sesiapa pun. Hanya berada di rumah, begitu baik tetapi mati pada usia yang begitu muda. Sebelum mati, mereka menderita. (Ya, Guru.) Mungkin beberapa hari, mungkin satu, dua minggu, tetapi menyeksakan. Kadangkala mereka rasa macam darah mendidih di dalam dan doktor juga tak berdaya. Saya sangat bersimpati dengan keluarga yang kehilangan orang tersayang mereka. Bayangkan. Katakan salah satu daripada kamu di sini ada masalah macam itu, kamu juga akan rasa sangat sedih, kan? (Ya, Guru.) Apalagi ahli keluarga dan anak yang begitu muda, begitu kecil macam itu. Malah bayi! (Ya, Guru.) Jika orang di dunia tak ubah, saya tak nampak cahaya di penghujung terowong. Tak begitu cepat. Saya akan cuba sebaik yg boleh utk bantu tapi saya tak pasti sama ada Syurga membenarkannya. ( Ya, Guru. Terima kasih, Guru. )
Sekarang waktu pembersihan besar. (Ya, Guru.) Meskipun kita berjaya menempuh ini, penyakit lain akan datang. Hari ini, ada begitu banyak penyakit yang datang, bukan ini saja. Ada Ebola dan salmonela dari ladang ayam dan sebagainya. (Ya, Guru.) Malah mink. Tahu tak mink yang orang kuliti untuk dipakai? (Ya, Guru.) Seperti di sesetengah negara Eropah, saya rasa di Belanda, mereka bunuh beribu-ribu ekor kerana mereka takut akan penjangkitan penyakit ini. Tapi tak kira berapa banyak haiwan yang kita bunuh, ia tak membantu jika kita tak ubah cara hidup kita. (Ya, Guru.) Jika kita terus menebang hutan dan biarkan binatang liar tiada tempat untuk didiami, kemudian kita menjadi semakin dekat dengan binatang liar, maka mereka akan merebakkan penyakit dengan sebarang cara. (Ya.) Kemudian satu menjangkiti satu lagi, kemudian seluruh dunia mendapat susah macam ini. Kita perlu biarkan haiwan hidup tenang jika kita mahu hidup tenang. Itu saja. Itu sangat mudah. (Ya, Guru.) Lebih banyak, saya tak dapat kata. Lebih banyak, saya tak dapat kata kerana itu hakikatnya dan semua orang tahu akannya.