Tetapi karma tak sentiasa datang dengan serta-merta, atau rangka masa, tiada rangka masa bagi karma. Kadangkala ia boleh menjadi cepat, kadangkala ia boleh menjadi lambat. Dah tentu, ini juga bergantung kepada pahala dan keikhlasan kamu dalam amalan spiritual, atau sama ada seseorang berdoa utk kamu atau sama ada kamu berdoa untuk sendiri dengan sepenuh hati. Sesuatu boleh ditangguhkan atau boleh dipercepat.
Beritahulah saya. Ada soalan lain? (Ya. Dalam...) Kamu tahu. Ya. (Ya, Guru. Dalam khutbah yang sama itu, Guru berkata, “...tak bermakna orang atau anak murid boleh buat apa-apa saja yang mereka mahu, kemudian masih terlepas daripada kesan karma pandemik.) Betul. (Kita perlu benar-benar memastikan diri bermoral tinggi dan menjalani cara hidup mulia.) Betul. (Jika tidak, kita akan turun ke bawah seperti semua orang yang lain.) Betul. (Jika kita hancurkan pahala sendiri, jika pahala terlalu sedikit, dan kita membuat satu lagi, perbuatan tak bermoral atau kesilapan kecil pun, pahala itu akan hancur. Ia akan menjadi tak seimbang, kemudian kita akan tak terlindung. Guru…) Kita akan apa? (“Ia akan menjadi tak seimbang, kemudian kita akan tak terlindung.”) Tak terlindung. Okey.
(Guru, berapa banyak pahala diperlukan untuk melindungi diri daripada COVID-19? Adakah ia sesuatu yang boleh dinyatakan kuantitinya dalam mata pahala spiritual?) Meskipun saya kata dua liter pahala diperlukan, macam mana kamu nak mengukurnya? Hanya Guru tahu. Hanya Syurga tahu. Meskipun saya kata, tak berguna. Dah tentu, meskipun kamu tak tahu berapa banyak pahala yang kamu ada, katakan kamu, okey, maksud saya semua orang, tak tahu bagaimana, teruskan saja baik dalam hati, minda, fikiran, perbuatan, pertuturan kamu, maka meskipun pahalamu sedikit saja, ia tak menjadi minus. (Ya, Guru.) Kekalkannya di sana dan teruskan dengan jalan mulia, bermoral yang ditunjukkan oleh semua Guru sejak zaman dahulu, dalam Bible, dalam kitab suci agama Buddha, Jainisme, agama Hindu dan sebagainya. (Ya, Guru.) Teruskan dengan itu, maka sekurang-kurangnya kamu akan sentiasa ada satu lapisan perlindungan. Ia takkan menjadi minus.
Masalahnya adalah jika kita ada pahala minus, kita akan alami kesusahan. (Betul.) Tapi saya cakap dengan siapa? Orang luar tak peduli pun. Barangkali mereka juga tak tahu siapa saya. Kemudian jika mereka tahu, mereka kata, “Siapakah kamu?” Kamu faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) “Siapalah kamu nak beritahu kami apa yang nak dibuat?” Tiada orang yang boleh beritahu mereka supaya buat apa-apa. Guru datang dan pergi. Manusia masih macam ini. Saya sangat sedih. Jika mahu, kamu masih terus buat begitu. Itu sekurang-kurangnya baik untuk kamu. (Ya, Guru.) Membuat kerja yang kamu buat, kerja Supreme Master TV. Sekurang-kurangnya baik utk kamu, OK? Dah tentu, ia bantu sesetengah orang atau sesetengah orang berubah menjadi vegan dan sebagainya, dan sesetengah orang saling membantu, tetapi semua ini hanya peringkat fizikal saja. (Ya, Guru.) Standard moral dunia ini hampir kosong. Adakah itu jawab soalan kamu? (Ya, Guru. Terima kasih.) Orang seterusnya, silakan.
(Guru, apa yang harus anak murid buat jika dia dijangkiti COVID-19?) Pergi ke hospital. (Ya.) Dan buat apa yang doktor katakan. (Ya, Guru.) Atau kuarantin, jika doktor kata kamu mengkuarantin, kamu mengkuarantin diri sehingga kamu pulih, sihat. Jadi sekurangnya kamu tak menjangkiti orang lain. (Ya.) Hanya buat seperti semua orang yg lain. Jika kamu hidapi COVID, maka kamu hidapi COVID, sama seperti semua orang yang lain. Presiden, menteri, perdana menteri, permaisuri dan putera, semuanya buat begitu seperti semua orang yang lain. Kamu tak nampak ke? (Ya, Guru.) Pandemik ini tak melepaskan sesiapa pun jika pahala kita rendah, jika kita menghabiskan pahala kita. Sesetengah orang masih ada pahala yg tertinggal atau mereka berdoa, bertaubat, jadi sembuh. Sesetengah orang tak dapat sembuh kerana pahala mereka terlalu rendah, di bawah kosong. Mungkin tiada orang berdoa untuk mereka pun. Semua itu bersama.
Kadangkala kita bertuah. Seseorang berdoa untuk kita. Itu membantu. (Ya, Guru.) Tetapi jika kita tiada sesiapa pun, tiada orang sayangi kita, tiada orang pedulikan kita dan kita tiada pahala lagi, di bawah kosong, maka ia menamatkan nyawa kita. Perlu mengikut standard moral dan cara hidup mulia. Menjadi vegan, berfikiran baik, berbuat baik, bercakap baik. Hidup yang sangat mudah, kan? (Ya, Guru.) Itu saja yang perlu kita buat. (Terima kasih, Guru.) Selepas kamu buat semua itu tetapi masih hidapi COVID dan perlu mati, maka itu takdir kamu. Takdir kamu. Kamu perlu mati macam itu. Maka tak apa. Sekurangnya kamu bersih dan suci. Kemudian kamu akan pergi ke Syurga. Faham itu? (Ya, Guru.) Dan Guru boleh bawa kamu ke atas. Adakah itu jawab soalanmu? (Ya, terima kasih, Guru.) Baiklah. Soalan lain. Jika kamu ada? Lima, kamu kata, kan? Baiklah. Teruskan.
(Guru, adakah terdapat rangka masa di mana kesan karma perbuatan seseorang boleh dikurangkan? Atau setelah ia dibuat, ia perlu dilangsaikan sepenuhnya tak kira ada campur tangan atau tidak?) Saya faham itu. Okey. (Macam mana boleh seseorang tahu akan rangka masa itu dan bolehkah ia dibatalkan sepenuhnya?) Biasanya tidak. Rangka masanya bergantung kepada banyak faktor. Seseorang mendapatnya dalam sehari, seseorang mendapatnya dalam setahun, seseorang mendapatnya banyak tahun selepas itu, seseorang mendapatnya selepas mati. Jika kita ialah pengamal, katakan dalam kumpulan kita, Kaedah Quan Yin, dah tentu, kamu ada perlindungan Kuasa Guru. Tetapi jika kamu melangkah keluar dari sempadan disebabkan ego, semangat mengembara atau tidak percaya walaupun sudah terima inisiasi, kamu tak datang disebabkan kepercayaan kepada Guru tetapi hanya rasa ingin tahu atau kerana kamu ada teman wanita di sana atau apa-apa saja, maka begitu banyak perkara boleh mempengaruhi kesan karma kamu. Jika kamu masih ada sedikit pahala yang tertinggal dan beramal dengan ikhlas, Guru sentiasa boleh campur tangan dan bantu kamu, bawa kamu dalam lengan Guru sewaktu kamu lemah dan letih. Tetapi jika kamu bukan jenis pengamal yang ikhlas ini, tidak rendah diri dalam hati dan bertaubat, tak sentiasa cuba berhubung dengan Syurga, sebaliknya mengejar kemasyhuran, nama, keseronokan dan sebagainya di luar, maka lebih susah.
Tetapi karma tak sentiasa datang dengan serta-merta, atau rangka masa, tiada rangka masa bagi karma. Kadangkala ia boleh menjadi cepat, kadangkala ia boleh menjadi lambat. Dah tentu, ini juga bergantung kepada pahala dan keikhlasan kamu dalam amalan spiritual, atau sama ada seseorang berdoa utk kamu atau sama ada kamu berdoa untuk sendiri dengan sepenuh hati. Sesuatu boleh ditangguhkan atau boleh dipercepat. Tiada rangka masa tetap. Tiada apa-apa yang boleh kamu buat jika kamu tiada pahala yang mencukupi dan tiada Guru bantu kamu. Tiada apa-apa yg boleh kamu buat utk hentikan karma atau meminimumkannya. Faham itu? (Ya, Guru.) Itu jawab soalanmu? (Ya, Guru.)
(Soalan terakhir mungkin juga susulan kepada soalan itu. Adakah terdapat sesuatu yang tentukan sama ada karma adalah segera atau mengambil masa untuk berkembang sebelum menjadi aktif?) Kadangkala ya, kadangkala tidak. Seperti yang saya dah kata. (Ya.) Kadangkala karma datang dengan serta-merta. Contohnya, semalam saya cuba bantu seorang biksuni yang tak dapat berjalan buat masa ini. Dengan serta-merta saya mendapatnya. (Woah!) Tak seteruk dia tetapi sebahagiannya. (Ya.) Jadi kaki saya itu juga menjadi sakit dan kaku, entah dari mana, hampir dengan serta-merta. (Wau!) (Ya, Guru.) Karma sesuatu yang sangat menakutkan. Ia tak melepaskan sesiapa pun. Tak apa. Saya boleh tahan, dah tentu. Bukanlah saya menjadi cacat sepenuhnya atau apa-apa. Saya cuma beritahu kamu. Sebab itulah saya beritahu kononnya anak murid supaya jangan cuba membuat apa-apa. Hanya bermeditasi. Menyelamatkan diri. Yang selebihnya Guru akan buat. Jangan campur tangan dengan karma orang lain. Ia menakutkan. (Ya, Guru.) Ia datang dengan serta-merta.
Sebuah kisah yang saya dengar daripada anak murid Yogananda adalah seorang pengikutnya berdoa kepadanya supaya memindahkan penyakit daripada ahli keluarganya kepada dia. Dia mendapat itu dengan serta-merta. (Wau!) Tetapi seorang lagi menjadi bebas. Tapi itu bagi satu orang saja. (Ya, Guru.) Itu pemindahan sepenuh dan dia tiada kuasa yang mencukupi untuk meminimumkannya. (Ya.) Bagi saya, saya boleh minimumkan supaya saya hanya alami masalah lutut dan bahagian bawah kaki. Sebelumnya saya hanya beritahu kamu sekarang musim sejuk dan sebagainya tetapi ini disebabkan oleh itu. Saya tak benar-benar nak sebutnya. Hanya secara sampingan beritahu kamu sekarang. (Ya, Guru.) Dan banyak perkara yang lain, bukan ini saja. Saya hanya nak beritahu kamu bahawa sesuatu kadangkala datang dengan cepat, dan kadangkala tidak. Bergantunglah. Bergantung pada orang itu, orang yang terpengaruh itu, intensiti karma dan pahala orang itu. (Ya, Guru.) Baiklah.
Ada apa-apa lagi, sayang? Ada apa-apa tambahan? (Itu saja soalan yang kami ada buat masa ini, Guru.) Ya, saya tahu. Tapi kamu ada tak soalan tambahan tentang apa-apa? Tidak? (Tidak, Guru.) Kamu panas, selesa, itu saja yang saya nak tahu. (Terima kasih.) Soalan hanyalah secara sampingan. (Terima kasih, Guru.) Sebab itulah saya tak bersedia atau apa-apa. Saya hanya bercakap dengan telefon. Baiklah. Jika tiada soalan lagi, maka kita berhenti di sini saja. (Terima kasih, Guru. Terima kasih kerana menelefon, Guru.) Semoga kamu semua selamat sejahtera. (Kami gembira di tempat kami, Guru.) Kamu baik-baik saja. (Ya, Guru.) (Kami ada pakaian panas, Guru,) Ya, bagus. (dan selimut.) Ya, ya. Jika terlalu sejuk, kamu pergi minum air yang sangat panas. Okey? (Ya, Guru.) Sepanas yang boleh kamu tahan. Baiklah. Itu saja. Jika kamu baik-baik saja, maka saya begitu juga. Saya hanya nak tanya tentang itu.
Kerana saya alami kesakitan dan saya khuatir mungkin tempat tinggal kamu terlalu sejuk, itu saja, terlalu lembap atau sesuatu dan kamu tak bersedia dengan baik. Kamu semua mesti ada penyahlembap sekurang-kurangnya. OK? (Ya, Guru.) Dan bilik sentiasa panas kerana penyahlembap juga mengeluarkan udara panas, kan? (Ya.) (Betul, ya.) Ya, ya. Sekurang-kurangnya kering. Kering sangat penting. (Ya, Guru.) Baiklah. Jadi ia tak buat kamu rasa sakit. Kesakitan saya, agaknya berbeza. Hanya secara sampingan, mengingatkan saya tentang itu. Tapi kesakitan saya berbeza.
Baiklah. Tuhan rahmati kamu semua. (Jagalah diri, Guru.) Ya. Saya minta pembalut, sesuatu terma, mereka panggilnya, kan? Untuk tangan dan bahagian lutut. (Ya.) Ia akan datang tak lama lagi, dalam talian atau sesuatu. Dalam talian, akan ambil masa beberapa hari. (Okey, bagus.) Saya tak apa-apa, berjalan dengan tongkat, payung. Baiklah! Jumpa lagi! Kasihi kamu! (Jumpa lagi, Guru. Kami kasihi Guru! Terima kasih atas panggilan Guru.) Terima kasih kerana bersama saya. (Terima kasih.) Kamu masih gembira melakukannya, kan? (Ya, Guru.) Ya. Saya tak dapat memikirkan apa-apa yang lain yang lebih baik yang boleh kamu buat di dunia ini untuk bantu orang lain. Saya bangga dengan kamu. Bangga dengan kamu. Baiklah. Tuhan rahmati kamu. (Tuhan rahmati Guru. Terima kasih, Guru. Kami kasihi Guru.)