“Pada 6 Februari 2020, Mahaguru Ching Hai menghantar sebuah mesej istimewa kepada dunia bahawa pemakan daging akan pergi ke neraka kecuali mereka menjadi vegan. Ini memang benar.
Tiga puluh tahun yang lalu apabila saya balik ke rumah daripada inisiasi dan bermeditasi pada waktu senja, saya nampak bentuk penjelmaan Guru. Guru berkata, “Kita akan pergi ke neraka sekarang untuk menyelamatkan nenekmu.”
(Dulu nenek saya membunuh ayam dan itik dengan kejam. Beliau juga makan banyak daging ketika masih hidup dan akhirnya meninggal akibat kanser.) Di sana saya nampak banyak sel penjara besi yang ada banyak hantu lapar yang dikurung di dalamnya. Lidah mereka terjulur keluar sepanjang kira-kira 100 inci, cukup panjang untuk membuat bulatan. Semua hantu lapar meraung kesakitan. Nenek saya juga dikurung di dalam penjara besi. Lehernya dibakar oleh api dan beliau tidak dapat telan apa-apa pun.
Beliau menangis dan menjerit, “Ibumu tidak taat kepada nenek!” Saya rasa ini kerana ibu saya bukan vegan, tidak menerima inisiasi dan juga tiada pahala untuk menyelamatkannya dari neraka. Saya takut hingga keluar dari samadhi dan tak dapat makan selama dua hari kerana terasa gerun dan meluat.
Disebabkan oleh berkat Guru, keluarga saya rajin beramal dan sekarang nenek saya telah lahir semula dalam keluarga kaya. Beliau telah berkahwin dan ada dua orang anak. Beliau seorang vegan dan menikmati hidup serba cukup dan bahagia. Saya lihat beliau berkata bahawa beliau bersedia untuk menerima inisiasi juga.
Saya berdoa agar semua manusia mengamalkan diet vegan supaya haiwan takkan menderita lagi. Semoga Tuhan rahmati kita!”
Menjadi vegan, Bertaubat = Selamatkan roh anda!
Setiap anak murid Guru ada pengalaman spiritual dalaman atau berkat duniawi luaran yang sama, berbeza atau lebih banyak. Ini hanyalah beberapa contoh. Biasanya kami tidak mendedahkannya, mengikut nasihat Guru.
Untuk butiran lanjut dan muat turun percuma, sila kunjungi SupremeMasterTV.com/to-heaven