Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Saya hanya boleh beritahu orang bahawa pada bila-bila Tuhan beri peluang kepada kita untuk lihat dengan lebih baik disebabkan oleh Belas Kasihan-Nya, maka kita perlu tahu bahawa itu tidak kekal lama. (Ya, Guru.) Kerana kita nak bercakap dengan Tuhan. Kita berdoa kepada Tuhan tetapi doa kepada Tuhan perlu seperti suatu perbualan – bersungguh-sungguh dan berguna serta ikhlas dan rendah diri. Jadi ia perlu seperti perbualan dua hala. Bukan perbualan satu hala. (Ya, Guru.) Tetapi cara kita memperlakukan Tuhan adalah seperti perbualan satu hala saja. Kita sentiasa minta, berdoa.