Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Perkembangan Konstruktif daripada Pemimpin dan Kerajaan di Seluruh Dunia Bahagian 2 daripada 5

2023-06-02
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyerukan pengurangan pemakanan daging orang-haiwan dalam banyak laporan yang penting.

Pada 2020, Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) telah mengesyorkan perubahan gaya hidup yang penting untuk elakkan pemanasan serius sebanyak lebih tiga darjah Celsius menjelang akhir abad ini, menyatakan: “Bagi makanan, peralihan kepada diet vegetarian atau vegan memberikan potensi pengurangan karbon yang besar.” Langkah-langkah juga dicadangkan, termasuk cukai ke atas makanan (daging orang-haiwan) yang tidak sihat, subsidi untuk bantu orang membeli lebih banyak buah dan sayur serta menambahkan hidangan vegetarian di kafetaria dan kedai makanan yang lain.

Pada 2021, satu lagi laporan UNEP membuatnya jelas bahawa mengurangkan pelepasan metana adalah penting dan menggesakan pengurangan dalam pengambilan daging orang-haiwan dan hasil tenusu untuk mengurangkan pelepasan metana yang disebabkan oleh manusia. Ia menasihatkan penurunan 45% dlm pengeluaran metana menjelang 2030 dgn berfokus pada penggunaan bahan api fosil, tapak pelupusan sampah, air buangan dan penternakan orang-haiwan untuk mengehadkan kenaikan suhu global kepada 1.5 darjah Celsius. Apa yang penting, perubahan kelakuan termasuk mengamalkan diet berasaskan tumbuhan dapat kurangkan 65 hingga 80 juta tan metrik pelepasan metana setahun dalam beberapa dekad yang mendatang.

Sementara itu, suatu kertas kerja bersama oleh Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) dan Platform Polisi Sains Antara Kerajaan Mengenai Perkhidmatan Biodiversiti dan Ekosistem (IPBES) menegaskan bahawa individu terutamanya orang di negara kaya harus mengubah diet mereka menjadi lebih berasaskan tumbuhan kerana produk orang-haiwan seperti daging orang-ruminan dan hasil tenusu ialah sumber utama pelepasan gas rumah hijau.

Kemudian pada April 2022, suatu laporan kritis oleh IPCC PBB beri amaran bahawa pelepasan metana yang disebabkan oleh manusia – kebanyakannya dihasilkan oleh industri orang-haiwan ternakan – mesti dikurangkan sebanyak 33% menjelang 2030 untuk menjamin masa depan yg sesuai didiami. Laporan ini menasihatkan “peralihan kepada diet yang ada bahagian protein tumbuhan yang lebih tinggi.” Penulis utama laporan ini, Dr. Jim Skea berkata: “Sekrg juga, jika tdk, tak berpeluang lagi jika kita mahu mengehadkan pemanasan global kpd 1.5 darjah Celsius.”

Di Finland, Majlis Bandaraya Helsinki telah berhenti menghidangkan daging orang-haiwan di seminar, mesyuarat kakitangan, majlis dan aktiviti lain untuk mengurangkan jejak karbonnya.

Kerajaan Denmark akan memperuntukkan 675 juta kroner Denmark (AS$90 juta) untuk majukan makanan berasaskan tumbuhan. Dana ini akan digunakan untuk beri sokongan kpd pembangunan produk, perniagaan, jualan, eksport dan pendidikan berasaskan tumbuhan. Denmark juga akan memperuntukkan 580 juta Kroner Denmark (AS$78 juta) tambahan untuk bayar bonus kepada petani yang menanam tanaman protein berasaskan tumbuhan untuk pemakanan manusia.

Pengurus polisi Institut Makanan Baik Eropah, Acacia Smith menyatakan: “Dengan pengumuman ini, Denmark telah mengakui potensi besar protein mampan untuk mengurangkan pelepasan gas daripada penternakan dan membuat dirinya sebagai pelabur awam yang terbesar di Eropah dalam inovasi berasaskan tumbuhan.”

Buat kali pertama, nasihat pemakanan rasmi Denmark menggalakkan orang Denmark supaya makan lebih banyak kekacang, lebih banyak sayur dan kurang daging orang-haiwan.

Menteri Iklim, Dan Jørgensen berkata: “Kita memerlukan peralihan hijau untuk sampai ke pinggan kita. Oleh itu, saya memang gembira dengan banyak orang juga ingin makan secara lebih mesra iklim.”

Perdana Menteri ke-77 United Kingdom, Boris Johnson, dan Tanya Steel (vegetarian), Ketua Eksekutif pejabat Tabung Hidupan Liar Sedunia UK (WWF-UK) menekankan alternatif makanan bebas kekejaman yang akan bantu mengurangkan pemakanan daging orang-haiwan bagi membantu iklim.

“ Saya rasa pada masa depan, kita akan berhenti makan begitu (banyak daging). Saya rasa sains sudah membangunkan pengganti daging yang pada asasnya dijuruterakan di dalam makmal, sangat seperti daging dan kita takkan dapat tahu perbezaan antara hamburger yang dibiojuruterakan, ya, saya serius ini, dan hamburger sebenar. Itu akan menjadi masa depan tak lama lagi. Maksud saya sudah ada, saya rasa. ” “ Memang, pasti. Saya rasa juga ada perkara yang boleh kita buat untuk campurkan hidangan kita, mungkin kurang daging sikit dan masukkan kacang ke dalamnya. Ia masih boleh sangat enak (Ya.) dan amat baik untuk iklim kita. ”

Kajian Semula Bebas Strategi Makanan Negara yang ditauliahkan kerajaan di UK menasihati supaya pemakanan daging orang-haiwan di negara itu dikurangkan untuk mencapai matlamat kesihatan dan perubahan iklim.

Dan sebagainya…

Ini hanyalah beberapa perkembangan konstruktif daripada pemimpin dan kerajaan di dunia yang membantu dunia kita mara ke masa depan yang lebih selamat, lebih sihat, lebih damai dan lebih makmur. Semoga Syurga berkati semua orang yang terlibat dengan kebijaksanaan dan keberanian untuk mengambil tindakan polisi lanjut yang sewajarnya.

“ Katakan anda menggalakkan makanan berasaskan tumbuhan organik, sekarang, sesiapa saja, kerajaan, sesiapa saja memutuskan untuk meluluskan penyelesaian diet berasaskan tumbuhan ini, hanya meluluskannya saja, dia akan mendapat, ya Tuhan, beribu-ribu zillions mata pahala spiritual. Kita perlukan banyak mata untuk balik ke Syurga. Sesiapa yang meluluskan ini hanya satu kali saja sudah cukup untuk dia terbang ke Syurga selepas meninggalkan dunia ini. Dia tidak perlukan apa-apa ziarah pun, tidak perlu melakukan apa-apa yang lain pun. Sesiapa yang meluluskan itu dan sesiapa yang memastikan bahawa ia dilaksanakan akan memperoleh mata pahala spiritual yang sama yang akan dikurniakan oleh Syurga kepada mereka. ”

Untuk butiran lanjut dan muat turun percuma, sila kunjungi SupremeMasterTV.com/scrolls
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android