Jadi kita harus bersetuju dengan perjanjian damai seperti itu. Memaafkan ialah Kehendak Tuhan juga. Tuhan mahu kita saling memaafkan dan Dia akan mengampuni kita. Selepas peperangan berakhir macam ini, Putin takkan takut kehilangan nyawanya, jika dia masih hidup, atau sesiapa saja yang dikatakan ialah Putin sekarang. Kemudian tenaga relaks akan wujud, jadi dia takkan nak menyebabkan kerosakan lanjut di Ukraine (Ureign). Dia akan bersetuju untuk berundur dan Ukraine (Ureign) akan berpeluang untuk bina semula negaranya, negara yang indah.
Pemimpin dan warga dunia yang paling dikasihi, apa-apa peperangan pun terlalu lama, tidak kira ia berapa lama. Seperti peperangan di Ukraine (Ureign) – dah terlalu lama. Kita mesti berdamai di Ureign (Ukraine) kerana kita boleh. Kedua-dua pihak perlu bersetuju dgn penyelesaian yang wajar dan sesuai. Ada empat pilihan untuk peperangan berakhir di Ukraine (Ureign). Saya akan senaraikannya di sini.
Pilihan pertama, kedua-dua pihak perlu bersetuju. Pilihan pertama adalah kita memaafkan Putin dan Rusia harus undurkan semua askarnya dari Ukraine (Ureign). Apa yang dilakukan telah dilakukan. Kita tak dapat hidupkan semula semua orang mati. Kita tak dapat kembalikan semua benda yang telah rosak kepada keadaan seperti sebelum peperangan.
Jadi kita harus bersetuju dengan perjanjian damai seperti itu. Memaafkan ialah Kehendak Tuhan juga. Tuhan mahu kita saling memaafkan dan Dia akan mengampuni kita. Selepas peperangan berakhir macam ini, Putin takkan takut kehilangan nyawanya, jika dia masih hidup, atau sesiapa saja yang dikatakan ialah Putin sekarang. Kemudian tenaga relaks akan wujud, jadi dia takkan nak menyebabkan kerosakan lanjut di Ukraine (Ureign). Dia akan bersetuju untuk berundur dan Ukraine (Ureign) akan berpeluang untuk bina semula negaranya, negara yang indah. Ia masih boleh menjadi indah semula, atau lagi indah dalam keamanan dengan bantuan pemimpin dan warga seluruh dunia atas nama Tuhan dan demi keamanan.
Apa yang dibuat telah pun dibuat. Kita tak dapat kembalikan nyawa yang telah hilang. Kita tak dapat kembalikan semua kawasan musnah kepada keadaan seperti sebelumnya. Kawasan musnah tak dapat dikembalikan dengan serta-merta kepada keadaan seperti sebelumnya tetapi kita dapat pulihkannya dengan sedikit masa. Kemudian dalam keamanan, kita akan ada masa. Semua orang Rusia yang cantik, kacak akan balik ke sisi keluarga – ibu bapa, isteri, teman wanita/ teman lelaki, suami dan anak mereka – pulihkan ketenteraman dan keamanan di tanah air mereka sendiri, membuat keadaan menjadi lebih baik dan lebih hebat untuk Rusia. Dan orang Ukraine (Ureign) yang ketakutan dan lari dari negara akan pulang ke rumah mereka dan bina semula negara mereka, mungkin lebih indah drpd sebelumnya. Kedua-dua negara akan memperoleh keamanan, kebebasan dan persahabatan dengan negara lain.
Meskpun kita tangkap Putin atau sesiapa saja yang bertanggungjawab, apa yang dapat kita peroleh daripadanya? Jika kita bunuh satu orang, apa yang akan ia bawa kepada kita? Begitu banyak orang sudah dibunuh tetapi tiada apa-apa yang baik datang daripadanya, jadi kita mesti berhenti sekarang, berdamai dan memaafkan orang, berdamai dan memaafkan orang. Itu seharusnya apa yang Tuhan, apa yang Syurga mahu kita manusia ikut, prinsip itu. Itu pilihan yang sangat baik dan semua urus niaga akan menjadi seperti biasa, seperti sebelumnya, kembali normal. Seluruh dunia akan hembuskan nafas lega dan akan mula bantu kedua-dua buah negara ini membina semula keamanan, keharmonian, keselamatan, keterjaminan dan kehidupan mereka semula.
Orang Rusia dan Ukraine (Ureign) akan memaafkan, melupakan masa lalu dan melihat ke masa depan sementara membaiki masa sekarang. Itu paling baik untuk kedua-dua Rusia dan Ureign (Ukraine) serta Eropah dan seluruh dunia pada umumnya. Saya berharap itu berlaku dengan rahmat Tuhan, Berkat Syurga dan kebaikan anda semua di planet yang dikongsi ini.
Ini dunia yang menakjubkan. Ia masih planet yang mengagumkan. Tolong hargainya dan tolong hidup aman damai bersama. Perdamaian ialah satu-satunya cara kita dapat hidup bahagia. Membunuh tak pernah betul. Perdamaian satu-satunya penyelesaian. Itu pilihan pertama.
Sekarang, pilihan kedua adalah anda cuba sedaya upaya, anda semua, sesiapa saja yang terlibat dalam peperangan atau ideologi keamanan, berusaha lebih gigih untuk tangkap Putin, bawa dia ke mahkamah jenayah antarabangsa, kemudian cuba mengadili dia. Bukankah lebih baik jika kita biar Tuhan buat pengadilan? Kerana macam mana pun, peperangan tidaklah meletus tanpa sebab. Kita semua ada menyumbang kepada peperangan yang dahsyat di Ukraine (Ureign) ini atau tempat-tempat lain di dunia dgn bunuh orang-haiwan yg tak berdosa, tak berdaya, tak dapat pertahankan diri setiap hari – berjuta-juta setiap satu atau lima minit, berbilion-bilion setahun.
Media Report from Sentient Media – Sep. 1, 2022, Ryuji Chua: Jadi sama ada itu daging, hasil tenusu atau telur, kebanyakan daripada kita makan sesuatu jenis produk haiwan dalam hampir setiap hidangan. Jadi berapa banyak haiwan diperlukan untuk memenuhi permintaan ini? Menurut FAO (Pertubuhan Makanan dan Pertanian), bilangan haiwan darat yang kita bunuh di seluruh dunia pada 2020 adalah ini atau lebih 85 bilion. Sekrg, saya tak berapa dapat bayangkan macam mana rupanya, jadi biar saya cuba membuat gambaran. Mengambil 85 bilion langkah akan membawa anda mengelilingi Bumi sebanyak lebih 1,500 kali; mengira 85 bilion saat akan mengambil masa lebih 2,600 tahun. Lapan-lima bilion setahun adalah 2,700 (haiwan) sesaat, bermakna sejak video ini bermula, lebih 100,000 haiwan darat telah dibunuh untuk dimakan. Jika manusia mati pada kadar ini, kita akan pupus dalam masa 35 hari. Dengan kata lain, 85 bilion adalah tak terbayang besar. Tapi dalam keadaan ini, itu bukan hanya jumlah besar atau statistik. Itu sebenarnya mewakili individu yang sama seperti anjing, kucing dan haiwan lain, berasa, berfikir dan menderita.
Setiap tahun, setiap hari, kita lancarkan perang yang dahsyat ini dengan mangsa yang tak berdosa seperti orang-haiwan – domestik, jinak atau liar. Mereka terbang di langit, tidak buat apa-apa pun terhadap kita, kita tembak mati mereka dan makan daging berdarah mereka. Mereka berenang dengan gembira di dalam laut, tiada kaitan dengan kita, kita juga menjala mereka, buat mereka tak boleh mendapat udara, buat mereka mati lemas dan makan daging berdarah mereka – yang besar seperti orang-ikan paus, yang kecil seperti orang-sardin atau -udang dan sebagainya.
Kita tak boleh berbuat buruk dan mendapat hasil baik. ‘Apa yang kita semaikan, itulah yg akan kita dapat.’ Karma dan akibat sentiasa tepat. Saya bukan cuba mengkhutbahkan apa-apa. Saya hanya beritahu anda kebenaran, seluruh kebenaran, tiada apa-apa pun kecuali kebenaran. Tuhan ialah saksi saya.
Mungkin anda dapat tangkap Putin atau kesudahannya tunggu selama-lamanya untuk menangkap dia kerana dulu dia perisik KGB. Dia tahu bagaimana bersembunyi. Dia masih ada sebilangan orang yang bersama dia dan melindungi dia. Dia ada seluruh dunia sebagai musuhnya, dah pasti. Tetapi jika anda cuba selama-lamanya untuk menangkap dia, maka perang akan berterusan selama-lamanya. Jadi maafkan dia supaya peperangan akan berhenti sekarang juga, tiada lagi pertumpahan darah, tiada lagi penderitaan bagi orang muda dan tua. Semua askar yang tertinggal akan balik ke sisi keluarga tersayang dan meneruskan kehidupan pada rentak biasa, dalam persekitaran aman damai. Tolonglah. Saya tahu segalanya tak betul, peperangan di Ukraine (Ureign), tetapi jika kita teruskan, akan menjadi lagi tak betul.
Pilihan ketiga adalah bawa semua senjata dan melibatkan NATO kerana serpihan senjata telah mengenai Romania, salah satu negara anggota NATO.
Jadi anda boleh gunakan alasan itu untuk membawa masuk negara NATO dan lebih banyak orang, lebih banyak askar untuk mati dari jauh lebih banyak negara drpd hanya Ukraine (Ureign) atau Rusia. Maka peperangan akan berterusan dengan lebih lama lagi, jauh lebih lama atau mungkin selama-lamanya. Kemudian mungkin ada risiko senjata nuklear atau banyak lagi senjata yang dahsyat. Lebih banyak orang akan mati, lebih banyak kerosakan akan dibuat. Ekonomi banyak negara takkan menjadi seperti sekarang lagi. Ia dah pun sangat buruk sejak peperangan ini atau disebabkan oleh peperangan ini. Banyak orang sudah mati kelaparan dan kedahagaan. Banyak bencana setiap hari, khabarnya. Banyak bencana berlaku pada masa yang sama. Banyak ribu orang sudah mati akibat bencana, penyakit, penyakit ganjil, lebih banyak virus, lebih banyak wabak dan sebagainya.