Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Esok saya ada saudara-mara yang datang – anak saudara perempuan, saudara perempuan angkat, suami anak saudara perempuan angkat, suami saudara perempuan angkat. Saya kata angkat kerana saya meminjam badan ini daripada ibu saya, jadi kami menjadi saudara-mara. Jika tidak, tiada apa-apa pun. Bagus. Saya gembira. Keluarga yang sangat baik. Keluarga yg sangat baik, sangat bermoral. Sebelum inisiasi pun, mereka baik. Ibu bapa saya, ibu bapa angkat, sangat baik. Disebabkan oleh bapa saya, saya belajar banyak falsafah ketika masih kecil lagi – Konfusius, Lao Tzu dan sebagainya. Saya baca ketika masih kecil lagi, berusia tujuh, lapan tahun. Saya belajar dengan cepat sekali. Saya dapat baca falsafah yang begitu tinggi pada usia yang kecil.