Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Saya dapat ingat bahawa Alam Lapis Lazuli Suci Timur ialah tempat datangnya saya. Saya tidak ingat akannya ketika masih kecil. Namun, secara beransur-ansur saya menyedarinya melalui perjalanan spiritual sepanjang hidup untuk mencari Tao.Ketika bermeditasi, roh saya telah pergi ke Alam Lapis Lazuli Suci Timur yang agung dan megah, sangat mirip dengan alam setaranya, Syurga Barat Amitabha atau ‘Alam Suci Kegembiraan Ekstrem’. Seluruh Syurga Barat (Alam Suci Kegembiraan Ekstrem) diturap dengan emas manakala Alam Lapis Lazuli Suci Timur diturap dengan berlian. Apabila saya perhatikan dengan teliti, berlian yang berkilat di sana kelihatan lembut dan macam bernafas dengan perlahan-lahan seolah-olah hidup. Ia sangat kenyal, tidak seperti berlian yang keras di Bumi. Bangunan di sana dibuat daripada berlian lembut yang lut sinar dan berwarna-warni serta lapis lazuli, emas dan batu permata. Tujuh warna tujuh bahan bernilai ini sangat cantik, bersinar-sinar dan jernih. Semua bunga teratai di Alam Lapis Lazuli Suci Timur pun merupakan lapis lazuli lut sinar juga, kebanyakannya putih dan biru tulen. Penghuni di sana boleh pergi ke sana sini di atas bunga teratai yang terang dan cantik ini.Di Alam Lapis Lazuli Suci Buddha Perubatan, saya juga ternampak sebuah kolam air yang cantik dan menakjubkan, ‘Kolam Sembilan Perubahan Ajaib’. Perairan biru langit suci ini seperti tasik dan mempunyai fungsi yang serupa dengan ‘Air Lapan Pahala’ di Syurga Barat (Alam Suci Kegembiraan Ekstrem). Namun begitu, oleh sebab itu Alam Buddha Perubatan, airnya mempunyai kuasa penyembuhan yang luar biasa. Ia dapat membantu tulang yang patah bertumbuh semula selepas orang mandi di dalam airnya. Airnya juga dapat menyembuhkan penyakit organ dalaman dan meningkatkan kuasa amalan spiritual seseorang.Sistem pemeringkatan di Alam Lapis Lazuli Suci Timur adalah sama dengan sistem di Syurga Barat, terdiri daripada peringkat atas, pertengahan dan rendah. Buddha Perubatan dan Raja Cahaya Lapis Lazuli telah membuat 12 sumpah besar. Jika sesiapa, ketika masih hidup, percaya kepada Buddha Perubatan dan Raja Cahaya Lapis Lazuli, dan melafazkan Nama Buddha Perubatan, dia dapat pergi ke alam itu selepas meninggal dunia. Selepas lahir semula di peringkat rendah atau pertengahan mengikut pahala setiap orang, orang itu terus beramal untuk mencapai peringkat yg lebih tinggi. Perbezaan antara ‘peringkat rendah’ dan ‘tinggi’ di Alam Lapis Lazuli Suci Timur di Alam Lapis Lazuli Suci Timur adalah sama dengan peringkat di antara Alam Kedua dan Kelima di antara Alam Kedua dan Kelima di Syurga Barat, masih ada banyak ruang untuk seseorang memperbaik diri dengan berusaha gigih. Namun, adalah terjamin bahawa orang di sana tidak akan menderita kerana mereka tidak pernah dengar apa itu ‘penderitaan’.Sama seperti di Syurga Barat, Buddha dan Bodhisattva yang berlainan kerap pergi ke Alam Lapis Lazuli Suci Timur untuk memberikan khutbah kpd orang di sana. Sebelum Buddha atau Bodhisattva tiba, bidadari bersama dengan gadis suci dan kanak-kanak menaburkan bunga sementara muzik Syurga yang indah, merdu dimainkan di sekeliling mereka. Selepas itu, Buddha atau Bodhisattva turun dengan perlahan-lahan tinggi dari atas dan duduk bersila di atas teratai berkelopak seribu dengan sebelah tangan diangkat dan mulakan khutbah melalui tenaga getaran. Badan-Nya memancarkan Cahaya lima warna yang sangat kuat pada audiens yang apabila menerima getaran ini, faham dengan serta-merta apa yang disampaikan oleh Buddha atau Bodhisattva dan penuh dengan kepercayaan dan rasa terima kasih dalam hati mereka! Apabila mereka memahami ajaran sepenuhnya, kepala mereka sendiri akan memancarkan warna Cahaya yang sama dengan Buddha atau Bodhisattva dan frekuensi getaran mereka menjadi sama juga. Semua orang di Alam Lapis Lazuli Suci Timur menanti-nanti khutbah ini dengan pemujaan. Pemandangan khutbah setiap Buddha dan Bodhisattva sentiasa begitu mengagumkan dan mengharukan. Apabila khutbah telah tamat, mereka menghantar Buddha atau Bodhisattva pergi dengan muzik firdausi serta hujan bunga lapis lazuli Syurga yang indah dan keharuman yang melimpah. Ia seperti konsert besar Syurga.Kita berterima kasih atas pengenalan baik oleh Buddha Sakyamuni lebih 2,600 tahun dahulu tentang Alam Lapis Lazuli Suci Timur dan Syurga Barat (Alam Suci Kegembiraan Ekstrem) kepada orang ramai. Dengan itu, orang di dunia ini dapat memahami Syurga dan kaedah amalan spiritual yang mudah untuk membebaskan roh mereka. Namun, terdapat banyak jenis Syurga di Alam Semesta. Melalui amalan spiritual kita dengan Mahaguru Ching Hai, kita dapat mengalami Syurga yang sangat tinggi, Cahaya keemasan yg menyilaukan mata dan Kemegahan tiada bandingan yang mustahil untuk digambarkan dengan kata-kata!Mereka yang ingin menjadi bebas daripada hidup di Bumi ini dan kelahiran semula yang menyeksakan mestilah ingat akan ajaran Mahaguru Ching Hai dengan penuh rasa hormat: “Menjadi vegan, berbuat baik dan rajin beramal.” Dengan itu, mereka bukan sahaja dapat berhubung semula dengan sifat belas kasihan asal mereka ketika masih hidup tetapi juga dapat buka jalan besar menuju masa depan mulia untuk roh mereka!Vegan: jumpa dengan anda di Syurga.Vegan: berjalan di Bumi, roh di Syurga.Setiap anak murid Guru ada pengalaman spiritual dalaman dan/atau berkat duniawi luaran yang serupa, berbeza atau lebih banyak. Ini hanyalah beberapa contoh. Biasanya kami tidak mendedahkannya, mengikut nasihat Guru.Untuk lebih banyak testimoni yang boleh dimuat turun secara percuma, sila kunjungi SupremeMasterTV.com/to-heaven