Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Tiga Jenis Guru, Bahagian 5 daripada 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Saya juga bertanya di sini dengan sepenuh hati kepada kerajaan itu, orang besar, berkuasa di negara besar: Apa yang telah kami buat? Apa yang telah anak murid saya buat, patut diganggu, diugut, disekat, dibelenggu atau dihalang dengan sebarang cara, dan ditangkap atau dipenjarakan dengan sebarang jenis cara? Apa mudarat yang telah kami buat terhadap anda? Kami hanya cuba selamatkan planet ini. Ini planet anda juga. Kami hanya cuba membuat dunia ini jadi sebuah tempat yang lebih baik: warganegara yang lebih mematuhi undang-undang, lebih lemah lembut, lebih manis, lebih suka membantu. Itu juga akan menjadi yang terbaik kepada kerajaan anda. […]

Pada asalnya, saya hanya nak ucapkan terima kasih kpd semua anggota pasukan saya dan semua orang, orang-haiwan, pokok atau tumbuhan – sesiapa saja yang bantu saya dalam misi ini utk selamatkan planet ini, selamatkan roh manusia, tetapi kita banyak bercakap tentang perkara-perkara lain. Terimalah ucapan terima kasih saya. Semoga Tuhan sentiasa banyak rahmati anda. Semoga Tuhan membimbing anda dalam tujuan mulia anda dan bantu anda dengan sebarang cara yg anda perlukan semasa hidup di Bumi. Terimalah kasih sayang saya dan simpannya pada anda. Ia dapat bantu anda kadangkala apabila anda hadapi halangan atau kesusahan.

Kerana saya tahu sesetengah drpd anda cuba bersungguh-sungguh utk membuat kerja mulia tetapi di negara terbatas, mereka melarang anda. Mereka menghalang anda. Mereka beri halangan kepada anda, malah memenjarakan, menangkap anda atau menyusahkan hidup anda. Saya begitu bersimpati. Saya menangis memikirkan itu. Jika anda boleh, maka lakukannya. Jika anda tak boleh, maka cubalah bertenang dan lindungi diri sendiri dan keluarga.

Saya tidak mahu anda dicederakan dengan sebarang cara. Saya tidak. Tolonglah, buat apa yg anda boleh saja, hanya jika keadaan benarkan. Kerana semua orang di dunia tahu sekarang bahawa kita tidak berbuat mudarat kepada apa-apa pun, sesiapa pun, mana-mana kerajaan atau mana-mana rumput pun di planet ini tetapi masih ada orang jahil di merata tempat yang boleh mencederakan anda dan menyusahkan hidup anda. Tolonglah, sentiasa bermeditasi dgn baik. Bersyukur atas Perlindungan. Anda perlu ada perasaan intuitif kepositifan, kepastian sebelum keluar untuk membuat apa-apa bagi bantu orang lain. Pertama sekali, bantu diri sendiri. Itu penting.

Saya juga bertanya di sini dengan sepenuh hati kepada kerajaan itu, orang besar, berkuasa di negara besar: Apa yang telah kami buat? Apa yang telah anak murid saya buat, patut diganggu, diugut, disekat, dibelenggu atau dihalang dengan sebarang cara, dan ditangkap atau dipenjarakan dengan sebarang jenis cara? Apa mudarat yang telah kami buat terhadap anda? Kami hanya cuba selamatkan planet ini. Ini planet anda juga. Kami hanya cuba membuat dunia ini jadi sebuah tempat yang lebih baik: warganegara yang lebih mematuhi undang-undang, lebih lemah lembut, lebih manis, lebih suka membantu. Itu juga akan menjadi yang terbaik kepada kerajaan anda. Maka anda tak perlu menghadapi orang jahat. Anda takkan ada penjenayah untuk diatasi. Mengapa anda ganggu kami? Seperti menyerbu tempat inisiasi kami, memenjarakan orang kami, merampas akaun Internet dan komputer peribadi mereka, menyita dokumen ini dan itu. Ini bukan cara yang betul untuk mentadbir.

Fikirkanlah ini dan hentikan segalanya yang karut itu serta karma buruk untuk diri sendiri dan negara anda. Begitu banyak akan Tuhan beri ganjaran kepada orang baik, negara baik, Tuhan akan lagi banyak menghukum orang, negara yang menentang Prinsip Alam Semesta, prinsip baik, cara mulia untuk saling memperlakukan dan terhadap makhluk lain di planet ini atau mana-mana saja. Ingatlah akan itu. Anda tak perlu mempercayai saya. Hanya berfikir secara logik. Apa-apa yang anda buat akan ada kesannya. Perbuatan baik akan membawa kesan baik, sama ada anda tahu atau tidak. Perbuatan buruk akan mendatangkan kesan buruk, tahu atau tidak, dan akan datang cepat atau lambat. Sama seperti jika anda menyemaikan benih padi, maka anda akan ada padi yang dihasilkan. Anda menyemaikan benih epal, anda akan ada pokok epal dan buah epal. Itu sangat mudah, sangat logik. Di dunia fizikal ini, macam itulah.

Meskipun anda tak nak bermatlamat untuk pergi ke Syurga, di dunia fizikal ini, jika anda mematuhi Lima Prinsip agama Buddha atau Sepuluh Rukun agama Kristian dan agama lain, anda akan lahir semula sebagai manusia yang baik, sihat, kaya. Jika anda perlu dilahirkan di alam orang-haiwan, anda akan menjadi raja alam haiwan. Anda akan bijak, cerdik, selamat dan sihat hingga penghujung hayat, sama ada manusia atau orang-haiwan.

Kami tiada senapang, tiada pisau, tiada pasukan tentera, tiada pesawat. Kami tiada Air Force Ten pun, apalagi Air Force One seperti di sesetengah negara. Kami tiada apa-apa pun untuk menentang anda. Kami tak berniat. Jadi tolong jangan ganggu kami. Jagalah diri supaya anda selamat, sihat dan boleh pergi ke Syurga, atau sekurang-kurangnya lahir semula sebagai manusia yang baik, tidak menghadapi kesusahan dalam hayat seterusnya atau hayat ini. Terima kasih banyak-banyak.

Saya percaya anda cukup bijak untuk mengetahui logik sebab akibat. Itu saja yang perlu anda ingat: sebab akibat. Jika anda cederakan seseorang, anda akan dicederakan, cepat atau lambat Anda tahu atau tak tahu akannya. Mungkin anda akan alami kemalangan, penyakit yang teruk, kehilangan kemasyhuran, kehilangan kedudukan, kehilangan harta benda atau terperangkap di sesuatu tempat – sama seperti anda memenjarakan pengamal yang baik, spiritual, mulia. Segalanya yang anda lakukan akan kembali kepada anda. Jika anda lemparkan sesuatu, jika anda berdiri di sana dgn cukup lama, ia akan kembali kepada anda. Ada kesan bumerang di Alam Semesta. Macam itulah.

Anda tak perlu mempercayai saya – fikirkannya, pemikiran logik. Anda tak perlu mempercayai Buddha. Adalah baik untuk anda jika anda percaya kepada Tuhan dan Buddha. Saya berdoa agar itu berlaku. Tetapi meskipun anda tidak percaya, hanya berfikir secara logik. Percayai diri sendiri, percayai apa yang anda dapat lihat, dapat sentuh, dapat buktikan. Seperti benih epal akan menjadi pokok epal dan berikan buah epal kepada anda. Dah tentu, jika anda berikan nutrien yang mencukupi dan tanam di tanih yang baik, maka ia akan bertumbuh dengan baik, menjadi pokok epal. Ia takkan menjadi rumput liar saja. Itu dah pasti: jika ia bertumbuh, ia akan bertumbuh menjadi pokok epal dan berikan buah epal. Buah epal akan ada benih di dalamnya, maka anda boleh tanamnya menjadi sangat banyak pokok epal dan hidup dengannya juga. Sebarang benih yg lain akan begitu juga. Anda menyemaikan benih jagung, anda akan mendapat pokok jagung dan buah jagung. Apa-apa pun macam itu: logik.

Tolong jangan ganggu kami. Kami tak berbuat mudarat terhadap anda, kerajaan anda atau negara anda. Kecuali anda berperang, maka anda akan sendiri nampak mudaratnya. Orang mungkin menembak anda juga. Bukan sahaja anda menembak mereka tetapi mereka menembak anda juga. Kedua-dua pihak takkan banyak mendapat apa-apa kecuali sistem kewangan yang runtuh, kesihatan yang buruk, tak dapat tidur dan mungkin kehilangan nyawa sendiri. Terima kasih banyak-banyak. Semoga anda banyak diberkati untuk faham, menjalani kehidupan yang lebih suci, lebih sihat, bertuah, ceria, tidur lena, berselera makan.

Saya juga tak menyalahkan mana-mana kerajaan atas apa-apa yang kononnya kakitangan anda telah lakukan, sedang lakukan atau akan lakukan terhadap orang saya kerana saya tahu mereka (kakitangan kerajaan) terpengaruh oleh syaitan, hantu jahat, makhluk halus jahat, maya, atau mereka sendiri ialah syaitan atau hantu ghairah. Anda kerajaan pusat tak dapat sentiasa mengawal semua kakitangan di sesetengah kawasan yang lain dalam negara. Di ibu kota negara anda pun, kejadian mungkin tetap berlaku, kejadian yang tidak baik untuk reputasi dan sistem kerajaan kerana kadangkala manusia kelihatan seperti manusia tetapi mereka bukan.

Sesetengahnya jahat dalam hayat lampau, kembali dan buat perbuatan jahat yang sama sekali lagi, atau sesetengahnya kena rasuk syaitan, hantu atau makhluk halus jahat. Sesetengahnya pula sendiri ialah makhluk halus jahat, syaitan jahat atau hantu. Mereka komited untuk berbuat jahat dengan pemimpin mereka atau tenaga buruk di persekitaran, dengan pegawai yang lebih tinggi, atau kerajaan pusat atau pegawai tertinggi yang ingin mereka mudaratkan, secara sedar atau separa sedar kerana mereka ialah musuh hayat lampau pegawai ini – pegawai lebih tinggi, lebih rendah atau pegawai tertinggi, pemimpin negara. Mungkin mereka ialah musuh lampau, musuh rahsia dalam hayat ini, atau mungkin syaitan dan hantu, yang mengambil badan manusia utk berbuat mudarat kpd pemimpin anda – pemimpin yang waras, baik dan bersih – atau kepada negara anda pada umumnya. Kerana jika ia pengaruhi pemimpin atau pegawai tinggi yang lain, maka itu akan pengaruhi negara juga dalam beberapa segi. Berhati-hatilah dan lihat siapa baik, siapa buruk untuk kerajaan, untuk reputasi anda, untuk tadbir urus anda, untuk negara anda dan untuk rakyat, dah tentu.

Saya tak pernah menyalahkan kerajaan atau pemimpin mana-mana negara. Saya tahu sukar untuk mengawal jentera kepimpinan. Ia terdiri daripada terlalu banyak orang dan bukan mereka semua adalah baik, dah tentu. Bukan mereka semua mematuhi prinsip, peraturan atau panduan kerajaan. Di mana-mana negara pun macam itu. Saya tak menyalahkan anda kecuali anda sendiri berbuat jahat seperti beberapa orang pemimpin yang saya sebut sebelumnya. Saya tak dapat tidak. Saya sentiasa bercakap benar walaupun itu berisiko bagi keselamatan dan nyawa saya. Saya perlu beritahu orang supaya mereka boleh memilih untuk elakkan mereka, elakkan kesusahan, elakkan tenaga buruk dan cuba membantu diri sendiri – berdoa kpd Tuhan agar lindungi mereka, atau mereka mengikut pemimpin jahat itu. Itu pilihan mereka. Saya hanya ada pilihan untuk bercakap benar tetapi tiada pilihan untuk memutuskan apa yg nak dibuat utk orang.

Untuk mengakhiri kata-kata ini, saya amat berterima kasih kepada anda semua yang menyokong dalam hati anda, bantu dengan sebarang cara atau bantu Supreme Master Television terus membuat siaran dengan sumbangan kerja anda, penyuntingan, penulisan, videografi, fotografi, pengacaraan, pemasakan utk ahli pasukan sementara mereka bekerja, membantu mereka dengan sebarang cara untuk buat Supreme Master TV terus membuat siaran. Walaupun saya melakukan bahagian kewangan dan juga pengeditan, pembetulan, penyeliaan dan pengarahan, jika saya berseorangan tanpa segala bantuan anda, saya tak dapat buat sebanyak apa yang kita buat sekarang. Jadi dari lubuk hati saya, dari lubuk jiwa saya, saya berterima kasih kepada anda. Saya amat berterima kasih. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana hantar anda kepada saya dlm hidup saya untuk membantu semua saudara kita di planet ini dan orang-haiwan khususnya. Saya sangat sayangi mereka. Saya tak dapat tidak.

Saya tiada banyak yang nak dikatakan atau diberikan kepada anda kecuali Kasih Sayang saya dan apa-apa saja Berkat yang saya ada daripada Tuhan. Dan menyampaikan kepada anda segala rasa terima kasih makhluk lain kepada anda. Dan rasa terima kasih saya, dah tentu. Semoga anda banyak diberkati selama-lamanya. Anda dan orang tersayang sejahtera, ceria dalam hidup ini dan di akhirat.

Kepada orang lain, anda semua, ingatlah akan Tuhan, kasihi Tuhan, memuji Tuhan, bersyukur kpd Tuhan dan semua Guru di kesemua sepuluh arah dan tiga masa. Berterima kasih kpd semua orang mulia yang bantu mengekalkan planet ini dan hidup kita hingga sekarang. Cubalah menjadi bersifat baik, berbuat baik, berfikiran baik. Meskipun anda tak dapat membuat apa-apa yang baik, pujilah orang yang berbuat baik. Puji Tuhan yang bantu mereka berbuat baik, maka anda akan kongsi pahalanya juga.

Saya sangat kasihi anda, lebih drpd kata-kata yg dapat saya keluarkan. Saya harap anda rasainya. Itu Kasih Sayang drpd Tuhan yang mengalir melalui saya dan Kasih Sayang daripada semua Guru yang mengalir melalui saya. Jagalah diri baik-baik dan berbuat baik. Jadilah Vegan, Berdamai, Berbuat Baik. Tuhan kasihi anda.

Tuhan lindungi anda. Saya kasihi anda selama-lamanya. Salam sejahtera. Temu lagi.

Photo Caption: Menaik ke Atas dgn Apa Cara Sekalipun untuk Hidup dengan Bermoral

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (5/5)
1
2024-05-07
11423 Tontonan
2
2024-05-08
6756 Tontonan
3
2024-05-09
5981 Tontonan
4
2024-05-10
5625 Tontonan
5
2024-05-11
5005 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android