Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Pendedahan Raja Perang tentang Peperangan dan Keamanan, Bhgn 7/7

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Akhir sekali, ada berita baik yang saya nak beritahu anda. Anda masih ingat kisah wanita sihir hitam yg gunakan sihir buruk jurang karma ini untuk mencederakan saya? Walaupun dia tidak berjaya membunuh saya, dia mencederakan saya. Usus saya dicederakan oleh sihir istimewa ini. Ia tercedera selama banyak bulan selepas saya beritahu anda tentang itu. Itu sama seperti seseorang menembak kita dengan senapang atau sesuatu tetapi hanya terkena bahagian luar. Ia tidak masuk ke dalam organ penting untuk bunuh kita, mungkin hanya terkena bahagian luar. Barangkali ia masih boleh cederakan kita apabila dekat dengan organ itu. Jadi sama juga, usus saya tercedera dan saya berfikir akan pulih lepas seketika kerana cedera itu tidak menyebabkan banyak kesakitan. Ia dilakukan secara berbeza. Jadi saya biarkannya saja. Saya berfikir, “Oh, lepas seketika ia akan pulih,” kerana luka itu tidak besar. Ia lebih kurang mungkin satu pertiga daripada saiz jari tengah kita. Jadi ia tak begitu besar. Saya berfikir saya akan ada kuasa yg mencukupi utk sembuhkannya.

Oleh sebab saya juga sibuk, saya tak boleh hanya duduk di sana, memikirkan luka kecil itu. Jadi saya terus membuat segala kerja yang lain. Terlalu sibuk – kerja luaran, kerja dalaman, perniagaan, meditasi, segala-galanya yang berlaku setiap hari dalam kehidupan kita. Sama juga dengan saya. Walaupun saya bersuluk, sesuatu tetap boleh meresap masuk jika karma dunia terlalu penuh sarat, berat pada sesuatu masa. Ia sentiasa buat saya sibuk. Jadi saya malah terlupa akan segalanya tentang luka itu hingga selepas beberapa bulan, mungkin kira-kira empat bulan yang lalu, ia mula menyusahkan saya. Tetapi saya juga terlupa akan segalanya tentang sihir buruk jurang karma. Saya ingat itu hanya karma dunia secara keseluruhannya. Kerana setiap kali saya tanyakan sesuatu, Mereka sentiasa beritahu saya, “Itu karma dunia.” Jadi saya anggapnya pasti macam itu. Saya tidak tanya lagi pun. Kerana saya sangat sibuk juga, anda tahu akan itu, sangat sibuk – setiap minit, setiap saat dalam kehidupan saya sekarang ini. Agak sibuk macam itu, jadi saya juga terlupa akan luka pada usus saya dan ia menjadi semakin menyusahkan. Ia menyebabkan masalah untuk perut.

Hanya pada hari-hari belakangan ini, saya diberitahu, syukurlah, bahawa usus saya ada luka dan luka itu menyuap perut dengan lelehan. Sebab itulah perut ada masalah tetapi saya tidak banyak berfikir kerana itu hanya sedikit kesakitan dan banyak meruap tetapi saya tak rasa terlalu lemah. Saya tak rasa tidak sihat, kurang selesa atau apa-apa. Saya masih buat segala kerja hingga baru-baru ini apabila saya diberitahu macam itu. Jadi saya tahu apa yang nak dibuat kerana saya teringat akan itu dan telah menjadi lebih baik sekarang. Syukurlah, atas Rahmat Tuhan dan segala Kuasa Pelindung. Saya tanya sumber maklumat itu, “Mengapa Engkau tidak beritahu aku lebih awal? Maka aku boleh menjadi lebih selesa dan luka itu takkan wujud di sana selama ini. Bagaimana jika luka itu pecahkan ususku, kemudian aku perlu pergi ke hospital? Aku tak boleh lakukannya sekarang. Aku sedang bersuluk.” Jadi saya diberitahu, “Oh, karma dunialah yang tidak benarkan!” Saya kata, “Berulang kali. Baiklah.”

Saya malah tahu akan ubat buatan sendiri untuk sembuhkan masalah perut dan cedera tetapi saya tidak ingat akan itu pun sehingga baru-baru ini apabila saya diberitahu bahawa saya ada “luka di sana dan perut disuap dengan lelehan. Kecederaan usus menyuap perut dengan apa yang dipanggil ‘lelehan’.” Itu tepat-tepat kata mereka. Kerana saya tak berfikir tentang itu. Saya tak tahu akan itu. Saya tak tahu bahawa luka di dalam usus boleh menyuapkan lelehan ke dalam perut dan menimbulkan masalah perut. Segala jenis masalah berlaku: sukar mencerna, kembung perut, berat perut yang boleh kita rasai seperti seseorang masukkan batu ke dalam perut kita dan kita perlu berjalan ke sana sini dengannya. Apabila saya tahu akan semua itu pun, saya tidak meminta bantuan. Saya terlalu sibuk, tak dapat berfikir. Itu bukan disebabkan oleh kerja yg sibuk tetapi karma memaksa kita berkelakuan macam itu – kita tak faham, kita akan terlupa. Walaupun kita dapat menyembuhkan diri, kita terlupa. Meskipun kita ada ubat penawar, kita akan terlupa.

Jadi karma ialah sesuatu yang dahsyat. Itu apa yang saya nak beritahu anda melalui kisah ini. Saya malah tanya Tuhan sama ada saya dibenarkan untuk beritahu anda kerana sesetengah penderitaan, kesakitan atau kesedihan, saya tak sentiasa dibenarkan untuk beritahu anda atau sesiapa pun. Saya senang hati boleh beritahu anda ini supaya anda boleh lebih sedar akan kuasa karma – karma individu anda sendiri serta karma sekeliling dan karma dunia.

Kadangkala saya bawa orang bersama saya, seperti pembantu. Biasanya dia berkelakuan baik sekali sehingga kami tinggal bersama di sesuatu tempat bersama dengan orang lain, anak murid pun. Dia menjadi berbeza sepenuhnya, seperti tidak memasak untuk saya, tidak buat apa-apa pun – hanya berada di dlm bilik sepanjang hari dengan alasan bermeditasi. Baiklah! Akhirnya saya perlu hentikan kerja saya dan pergi memasak untuk diri sendiri dan untuk dia apabila dia masuk. Jadi setiap hari macam itu selama sekurangnya hampir dua bulan sehingga kami berpindah.

Setiap hari saya memasak. Dia tidak buat apa-apa pun. Dan dia datang makan lewat – pukul 6, 7, 8 malam. Kemudian saya perlu ingatkan dia supaya selesa, panas dan sebagainya. Saya tak kisah, saya berfikir cuma karma dunia buat dia berbuat demikian tetapi kemudiannya Syurga beritahu saya tidak. Saya kata, “Maka mengapa dia berkelakuan macam itu?” Mereka beritahu saya bahawa… Apa perkataan yg Mrk katakan kpd saya? Saya nak memetik tepat-tepat itu tetapi kadangkala saya dah lupa. Itu lama dahulu, dah berlalu. Saya tak ingat. Okey, saya dah lupa tepat-tepat perkataan itu tetapi maksudnya ialah: orang di sebelah saya, di bilik sebelah yang mengikut saya dan sepatutnya membantu saya tidak melakukannya kerana dia dijangkiti oleh karma dua orang yang lain yang rumah mereka saya bayar sewa untuk didiami.

Jadi karma ialah sesuatu yg menakutkan. Sekarang anda faham mengapa banyak yogi, pengamal spiritual pergi ke tempat yang jauh – puncak Himalaya atau hujung pergunungan Himalaya di mana tiada orang yg dapat naik ke atas seperti Gaumukh di Banjaran Himalaya yang salji turun sepanjang tahun. Pada musim panas pun, salji begitu tebal. Tiada orang yang dapat menaik ke atas sehingga mungkin apabila tentera pergi membersihkan semua jalan di pergunungan Himalaya baru dapat penziarah datang. Kemudian orang menaik ke atas dan bawa makanan untuk yogi atau pengamal spiritual di sana, di gunung terpencil Banjaran Himalaya itu. Mereka menerima makanan mungkin sepanjang masa itu dan makanan kering untuk disimpan selama enam bulan semasa segala salji tidak dapat ditempuh di kawasan Himalaya itu. Saya melalui banyak bahagian kawasan itu selepas tentera membersihkan salji kerana itu salji yang begitu tebal, di kedua-dua belahnya masih seperti tembok yang sangat tinggi – setinggi tiga, empat meter, hanya salji dan ais – di kedua-dua belah denai di mana penziarah boleh pergi.

Jadi karma memang sesuatu yg dahsyat. Kadangkala anda keluar bekerja, buat sesuatu atau bertemu dengan seseorang, tiba-tiba anda berasa berbeza. Anda berasa agresif, berasa tidak selesa, berasa loya atau muntah, sakit kepala, apa-apa saja seperti itu. Itu tak sentiasanya disebabkan oleh karma anda tetapi kerana anda dijangkiti oleh karma di sebelah anda. Atau anak murid pun, apabila menonton TV – TV orang luar – mereka sakit kepala sepanjang masa, pada bila-bila saja. Jika mereka tidak menonton TV itu lagi, mereka bebas daripada sakit kepala. Jadi jika anda alami penyakit yang datang secara tiba-tiba atau sesuatu bangkitkannya, anda berilah perhatian dan elakkan situasi itu, elak drpd menyaksikan rancangan itu atau bertemu dengan orang itu jika boleh, betul-betul elakkannya. Hanya beritahu anda secara sampingan.

Ada begitu banyak perkara yang boleh atau tak boleh saya beritahu anda tetapi saya juga sangat sibuk bercakap dengan anda setiap hari. Sekarang bukan situasi yang sama lagi. Dalam suluk, saya perlu buat banyak kerja dalaman, lagi penting daripada kerja Supreme Master TV tetapi saya perlu buat kedua-duanya.

Jadi jika saya tak bercakap dengan anda untuk masa yang panjang, tolong faham. Saya tak pernah abaikan anda di dalam. Saya sentiasa bersama anda. Tuhan izinkan saya ada Berkat itu. Jadi janganlah risau. Okey? Kita sentiasa bersama. Tuhan buat kita bersama. Tuhan senang dengan kita bersama dan dengan anda bekerjasama dengan saya di bawah Kehendak Tuhan, jadi kita boleh buat kehidupan kita jadi lebih baik, kehidupan saudara-mara, kawan orang tersayang kita menjadi lebih baik dan seluruh dunia menjadi lebih baik dengan usaha kecil kita. Kita bersyukur kepada Tuhan kerana benarkan kita buat begitu.

Jadi jangan terlalu banyak doakan apa-apa, hanya berdoa agar Kehendak Tuhan dilaksanakan, agar anda akan sentiasa dapat membuat kerja Tuhan dan agar anda tidak lupa akan Tuhan. Hanya berdoa kepada Tuhan agar anda tidak lupa akan Tuhan dan sentiasa fikirkan Tuhan, rindui Tuhan, cintai Tuhan, ingin bersama Tuhan, dan berdoa agar Tuhan tidak lupa akan anda juga. Tuhan tidak, cuma jika kita halang diri sendiri dengan perbuatan yang tak betul, konsep yang salah atau pemikiran yang salah, maka kita menyekat diri sendiri daripada Kehadiran Tuhan. Kita takkan rasai Kehadiran dan Kasih Sayang Tuhan. Tetapi Tuhan tak pernah berhenti kasihi kita. Tuhan tak pernah lupa akan kita. Berdoalah agar anda tidak lupa akan Tuhan. Okey, sayang? Baiklah. Agaknya itu saja buat masa ini. Saya perlu pergi buat kerja lain. Kerja Supreme Master Television masih menunggu juga. Saya akan bercakap dgn anda lain kali.

Segala kasih sayang saya kpd anda semua anak murid atau bukan anak murid dan semua makhluk di planet ini dan mana-mana saja boleh saya capai. Semoga Tuhan berkati saya untuk terus buat begitu. Semoga Tuhan banyak berkati anda setiap nanosaat dalam hidup anda dan semua orang tersayang anda diberkati macam itu, dan agar anda semua, orang tersayang dan semua makhluk tidak lupa akan Tuhan. Itu apa yang saya hasratkan. Terima kasih banyak-banyak. Amin.

Tuhan yang dikasihi, kami cintai Engkau. Kami memohon ampun dan bimbingan-Mu sepanjang masa supaya kami tahu apa ialah perkara betul untuk dibuat utk orang lain, dah tentu, untuk diri sendiri juga. Amin.

Photo Caption: Kisah Sebenar: Jaring di Sekitar Air adalah Kosong. Apa yang Dilihat di Sini ialah Rasa Terima Kasih yang Terjelma drpd Ikan yg Dibebaskan.

Muat turun Foto   

Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android