Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
(Guru, orang yang telah Guru beri inisiasi tetapi tidak lakukan meditasi, apa yang berlaku kepada mereka dalam jangka masa panjang? Mereka masih mendapat pembebasan?) Siapa? (Orang yang telah diinisiasi tetapi tercicir, tidak jalankan amalan.)Mereka perlu kembali semula dan buat apa yang seharusnya. (Buat kerja rumah mereka.) Buat kerja rumah mereka. Mereka pilihnya. Okey? Kecuali pada saat akhir, atau semasa hidup, mereka begitu banyak ditimpa balasan dan segala jenis karma yang datang kepada mereka sehingga mereka mengubah fikiran dan berdoa kepada Guru dalaman untuk bantuan, kemudian kembali kepada rutin spiritual, atau pada saat akhir dalam hidup, mereka benar-benar 100%, bertumpu, secara ikhlas mahu membebaskan diri, maka Guru datang membawa mereka. Jika tidak, orang sebegini yang gagal biasanya tergoda oleh masyarakat dan kembali kepada tabiat lama dan wujudkan karma yang lagi berat drpd sebelumnya. Mereka tak memikirkan Guru, sebarang doa atau seumpamanya pun. Jadi jika kamu tidak minta, sangat sukar nak bantu, terutamanya jika kamu nak menenggelamkan diri dalam lautan penderitaan, maka itu kemahuan bebasmu. Kamu faham maksud saya?Guru bertanggungjawab untuk bawa orang ke arah pembebasan tetapi orang ada kemahuan bebas juga. Itu mesti tidak diganggu. Tuhan pun tidak campur tangan dalam kemahuan bebas orang. Kemahuan bebaslah yang menimbulkan banyak kesusahan kepada kita. Jadi jika kita tak mengawal kemahuan bebas kita, kita sentiasa alami keadaan kucar-kacir dan Guru (hanya boleh) berdiri di tepi. (Ya.) Ya. Kerana kemahuan bebas ialah kurniaan paling berkeistimewaan, paling berpenghormatan yang diperoleh oleh orang, manusia. Tiada sesiapa pun yang harus mengganggu itu. Kita boleh berhujah, boleh berkata, “Lihatlah sini, kamu kembali, lebih baik untuk kamu.” Tetapi jika dia memilih untuk menjadi tercicir, maka mesti biarkannya saja. Kamu faham maksud saya? Mereka boleh kembali satu kali, dua kali sehingga dah jemu, sehingga benar-benar nak pulang ke Rumah semula, maka seorang lagi Guru akan datang. Kuasa yang sama, pakaian yang berbeza, kemudian dia akan diselamatkan.Jangan risau tentang itu. Orang-orang itu tak pernah terputus hubungan. Jangan risau. Mereka tak benar-benar tersesat bagi Guru. Mereka sentiasa memerhatikan mereka tetapi hanya biarkan mereka merayau-rayau untuk seketika. Jika mereka benar-benar tak dapat lakukannya, mengapa memaksa mereka? Guru tahu, macam mana pun. Ke mana-mana pun mereka lari, ke mana mereka dapat lari di seluruh Alam Semesta? Jadi Guru menjaga mereka. Jadi mereka tak dapat melarikan diri. Seperti orang-anjing kadangkala melarikan diri dari penjaga tetapi tali cawaknya sangat panjang, jadi dia berlari ke sana sini dan ingat dia bebas.