Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Cuba lafazkan Nama Suci. Tak susah! Sangat senang, kamu letak, tulisnya di mana-mana saja, pada cermin bilik mandi, ‘Nama Suci’, di atas lantai sebelum kamu keluar, di atas lantai sebelum kamu masuk. Pada bantal, ‘Nama Suci’, semasa bermeditasi, kamu tulisnya di depan kamu, ‘Nama Suci’. Nama Suci akan menenangkan kamu, gantikan fikiran lain yang mengelirukan. Melindungi kamu. Dan sebelum bermeditasi, kamu kuat berdoa dengan ikhlas agar bantu kamu menjadi tenang dan tertumpu. Dan tulis ‘Nama Suci’ di merata tempat supaya di mana-mana saja nampaknya, kamu ingat untuk melafazkannya, bukan hanya semasa bermeditasi. Kemudian semasa kamu bermeditasi, ia menjadi suatu tabiat. Jangan tunggu hingga bermeditasi baru melafazkan Nama Suci. Lafazkannya sepanjang hari. Tulisnya di depan stereng kamu di dalam kereta, merata tempat. Okey? Pada stereng. Pada tempat duduk, bantal, ingatkan diri, okey?