Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Ketawa adalah baik untuk kamu, baik untuk dunia kerana ia membawa tenaga gembira yang berjangkit kepada orang lain dengan getaran yang menceriakan. Kegembiraan boleh berjangkit. Kegembiraan, senyuman, ketawa menjadikan orang lain gembira, juga sejenis amal jariah. Kerana dunia ini sudah penuh dengan kesusahan dan kejadian yang tak menggembirakan. Jadi pada bila-bila kita boleh ketawa atau buat orang lain ketawa, ia sejenis amal jariah, perbuatan baik. Kamu boleh pergi ke Syurga apa? (Syurga!) Syurga Ketawa! Saya akan beritahu kamu perkara asas dulu. Kemudian lepas itu apabila kita ada lebih banyak masa, kita akan tinjau dengan lebih dalam bagaimana pengamal boleh menyimpang dari jalan spiritual dan terjebak ke dalam jalan syaitan, tidak sedar, malah rasa bangga dengannya, malah rasa dirinya betul, malah membimbing orang lain tersimpang juga disebabkan oleh salah faham kita sendiri, disebabkan oleh kejahilan kita sendiri tentang pengaruh syaitan terhadap hidup spiritual kita. Dengan inisiasi pun, kamu tetap perlu sedar. Jika tidak, saya hanya berikan inisiasi dan kata, “Siaplah, itu saja!” Tidak, saya beritahu kamu supaya bermeditasi setiap hari. Langkah demi langkah, kamu naik ke atas. Itu lebih baik daripada menaik dengan terlalu pantas.