Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Maya telah Hilang & Riwayat Hidup Nabi Mahavira: Menyelamatkan Chandana, Bahagian 2 daripada 7

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Kamu tahu tak? Maya telah hilang! Terlupa beritahu kamu. Saya sangat suka itu. Banyak kerja tapi saya memang tak tahan dengan makhluk itu lagi. Saya tahu segalanya ialah ilusi bagi saya, tetapi bagi semua makhluk, ia bukan ilusi. Mereka alami penderitaan, kesakitan, kesedihan, seksaan sebenar, kesengsaraan yang tak terkatakan.

Kanak-kanak boleh datang duduk di sekeliling sini. Hanya tinggalkan begitu banyak utk saya berjalan keluar kerana saya tak begitu besar, jadi macam itu tak apa. Mari sini, kanak-kanak. Jika kamu dapat lihat saya, tak dapat lihat saya, boleh duduk di depan sikit. Duduk di mana-mana saja yang boleh. Duduk di depan sini, boleh juga. Saya tak perlukan ruang seluas ini. Sebenarnya hufa ambil lebih banyak ruang daripada saya. Saya hanya berjalan macam ini dan mereka berjalan di kedua-dua belah. Baiklah. Bagus, kan? Dapat lihat saya dengan lebih jelas, kan? Saudara baru juga boleh mengambil ruang ini. Mari sini. Pasang itu supaya kamu dapat dengar kata-kata saya. Jika kamu tak nak dengar, tak apa juga. Kamu ada Guru dalaman, kita berhubungan di dalam. Kita bercakap di dalam, itu lebih baik. Sebenarnya, lebih baik kita tak gunakan bahasa kerana kadangkala sangat mengecewakan bercakap dengan orang, kemudian kita mendapati kita hanya bercakap dengan diri sendiri. Tiada orang yang dengar.

Kamu okey di sana? Countess. Kamu bukan, kan? Bukan. Kamu ialah countess saya. Saya melayan kamu seperti countess. Kamu okey di sana? Boleh kita bercakap? (Ya.)

Bagus, akhirnya. Nabi Mahavira lama menunggu untuk kisahnya. Kita dah lama menangguhkannya. Saya ada begitu banyak perkara yang boleh saya beritahu kamu tetapi kita kekurangan masa. Dalam suluk, begitu banyak perkara saya dapat tahu atau temui tetapi tak boleh sentiasa beritahu kamu. Perkara yang menarik. Sebenarnya kita boleh bersuluk selama-lamanya, kamu tahu tak? Kerana dunia dalaman penuh dengan perkara menarik berbanding dengan apa yang kita ada di luar. Kita sudah bercakap tentang ini sebelumnya. Yang baru, saya tingggalkan di rumah semasa tergesa-gesa kerana terlalu sibuk menjaga semua orang yang lain. Saya telah menulis begitu banyak perkara sewaktu bersuluk tetapi tak pasti sama ada boleh beritahu kamu. Sesetengahnya tentang manusia, tentang haiwan, tentang banyak perkara. Ya Tuhan.

Sekarang ini, sesetengah daripada kamu tanya saya sebelumnya berapa banyak alam saya lalui setiap hari sekarang. Itu saya tak dapat kira lagi. Begitu banyak, tak terhad. Jadi kadangkala jika saya ada mesej dari Syurga Tinggi untuk beri amaran kepada saya tentang sesuatu atau beritahu saya sesuatu, ia perlu dibahagikan kepada banyak bahagian. Kerana setiap dua, tiga saat saya melalui alam yang tak terkira, jadi sewaktu melaluinya, saya tak boleh bercakap. Saya tak boleh berkomunikasi di dalam atau di luar, apa-apa pun. Kemudian mungkin saya ada mesej, contohnya, “Jangan pergi ke Ashram Alam Baru hari ini kerana...” Kemudian berhenti. Saya perlu tunggu sehingga dah habis terbang ke kawasan lain, kemudian kembali semula. “Kerana...” Kemudian, “Kerana apa?” “Kerana ini dan itu dan masalah-masalah lain.” Berhenti. “Masalah apa?” “Belum tahu.” Berhenti. Kemudian pergi ke alam-alam lain, kembali semula. “Beritahulah aku.” “Blah, blah, blah.” Berhenti. Kadangkala Mereka sangat bersifat melindungi. Mereka beritahu saya, “Jangan pergi ke kawasan baru ini dan itu kerana ular akan gigit engkau.” Ular. Saya kata saya tiada pertalian buruk dengan ular. Saya tak takut pada ular. Saya sering menyelamatkan ular, jadi saya tak rasa saya ada pertalian buruk dengan mereka, tapi Mereka kata, “Ini ular yang berbeza. Ia terdorong oleh...”

Kamu tahu tak? Maya telah hilang! Terlupa beritahu kamu. Saya sangat suka itu. Banyak kerja tapi saya memang tak tahan dengan makhluk itu lagi. Saya tahu segalanya ialah ilusi bagi saya, tetapi bagi semua makhluk, ia bukan ilusi. Mereka alami penderitaan, kesakitan, kesedihan, seksaan sebenar, kesengsaraan yang tak terkatakan. Dia sentiasa campur tangan dalam kerja saya juga. Dia nak memperlahankan saya. Dia gunakan anjing, gunakan manusia, gunakan segala-galanya untuk menghentikan saya. Suatu kali, yang terkini, saya tanya dia, “Buat apa kau buat begitu? Kali ini, mengapa kau buat begitu?” Dia kata, “Untuk bunuh kau.” Bunuh saya bukan dengan serta-merta tetapi menghauskan saya dengan masalah ini dan itu. Seperkara lagi, kuasa negatif juga telah hilang. Selamat jalan! Bagus! Ya! Mungkin generasi akan datang akan lebih baik daripada generasi kita. Jauh lebih ringan. Senang untuk memahami Kebenaran, senang untuk mempercayai Kebenaran, senang untuk mengamalkan Kebenaran. Seperkara lagi, belum lagi. Kuasa karma juga telah...? (Hilang.) Hilang! Selamat jalan! Tiga perkara ini saya uruskan.

Tapi saya terlupa, ada satu lagi masalah. Mulai sekarang, apa-apa yang kamu buat, apa-apa yang sesiapa buat, apa-apa yang mana-mana makhluk buat di planet ini ialah tanggungjawab mereka sendiri. Tiada alasan lagi. Itu masalahnya. Itu satu masalah. Sebelumnya ialah maya yang mendorong, membuat kacau, menggoda kamu, memperdaya kamu dan segala-galanya, jadi jika kamu buat sesuatu yang salah, ada alasan untuk dimaafkan. Sekarang, tidak. Jadi ada kebaikan dan keburukannya, tapi saya suka akannya. Saya tak suka makhluk-makhluk ini. Tapi bukan telah bersih sepenuhnya.

Ini permulaan jenis tenaga Syurga. Ia seharusnya telah bermula lama dahulu. Tapi saya terlalu sibuk. Saya terlupa bahawa makhluk itu sentiasa di belakang saya. Dia sentiasa campur tangan dalam kerja saya. Dia bukan sahaja heret saya ke bawah, buat saya letih, buat saya sakit melalui sesuatu yang lain atau ingin bunuh saya di sana sini tetapi juga campur tangan. Contohnya, seperti baik dan buruk, malaikat kanan dan kiri. Jika saya kata, “Saya suka orang itu. Saya rasa dia akan menjadi pembantu yang baik untuk bantu saya menjaga anjing,” dengan serta-merta dia kata, “Tidak, tidak.” Dia beritahu saya segala jenis sejarah orang itu, sangat negatif, sangat buruk. Sentiasa macam itu, dan buat saya ragu-ragu, dah tentu. Meskipun saya nak mengambil orang itu, saya ragu-ragu, pertama. Kedua, saya perlu memeriksa sama ada apa yang diberitahunya benar atau tidak, atau apa adalah benar. Ini membazirkan banyak masa! Jadi itu apa yang saya tak suka. Sebab itulah saya beritahu kamu bahawa saya tak suka makhluk ini. Sekarang kuasa negatif telah hilang, maya telah hilang, dikurung di neraka selama-lamanya, sekurang-kurangnya buat masa ini, masa yang sangat panjang. Dikurung. Tapi jangan berterima kasih kepada saya. Saya hanyalah panglima agung. Berterima kasihlah kepada Dewata, semua Makhluk Alam Semesta yang kumpulkan semua kuasa Mereka. Jika tidak, takkan berjaya. Dewa-dewi Bayang dan Syurga Bayang tak berguna. Jadi semuanya dari Alam Semesta Asal dan ke atas.

Pada suatu hari, saya begitu marah kerana anjing saya sakit tenat. Walaupun saya cuba memberikan kuasa, tenaga saya kepadanya, ia tidak sembuh dan menangis. Itu menyakitkan hati saya. Pada suatu hari, saya begitu marah. Saya tak tahu macam mana melakonkan semula drama ini tapi saya akan cuba. Saya sedang duduk bersama anjing saya di atas lantai. Anjing saya menangis dan saya menangis. Kemudian tiba-tiba saya begitu marah. Saya kata, “Hei!” Tak sekuat ini, tiada mikrofon. Saya kata, “Hei, kau. Aku tahu kau takkan berundur, Aku tahu kau takkan berundur, jadi sekarang kau perlu dimusnahkan. Minta maaf. Aku beri amaran kepada kau sekarang supaya kau tahu sebelum aku serang.” Jadi saya beritahu seluruh Alam Semesta. Saya tak dapat berlakon semula kerana saya tidak marah sekarang. Tapi suara saya sangat kuat, sangat banyak terseksa, sangat kecewa dan sangat marah di dalam. Jika kamu lihat saya marah kadangkala, mungkin dengan sesetengah drpd kamu, itu sedikit saja. Itu sedikit saja. Tak sebesar sebutir habuk pun. Saya marah di sana bersendirian bersama anjing saya. Saya tak tahu sama ada saya dapat berlakon semula. Rasa malu, tapi ketika saya marah, itu berbeza. Saya dah lupa apa yang saya katakan tetapi sangat kuat, sangat marah. Saya dah lupa tepat-tepat apa yang saya katakan kepada Dewata Sesuatu macam mengarah. Saya kata, “Engkau semua dengar sini!” Saya sangat marah, lebih kuat dan lebih marah daripada itu. “Engkau semua kumpulkan segala kuasa, engkau semua, sekarang juga! Musnahkan maya itu utk aku. Sekarang!” Kemudian dah tentu Mereka lakukannya. Tak ambil masa yang panjang. Saya terkejut. Saya ulang tiga kali, “Engkau semua kumpulkan segala kuasa, tumpukan semuanya dan musnahkan maya. SEKARANG JUGA!” Saya kata, “SEKARANG JUGA!” Tiga kali, saya ulangi kata-kata yang sama. Tapi pada kali kedua, Mereka sudah lakukannya. Kali ketiga saya... Ia sudah keluar, jadi keluar saja seperti kereta api. Ia sudah keluar, saya tak dapat hentikannya di separuh jalan. Kuasa saya, kemarahan saya, tenaga saya keluar dan saya tak dapat hentikannya, jadi saya buatnya tiga kali. Kemudian saya tanya, “Dah siap?” Mereka kata, “Ya.” Mereka semua melompat-lompat dan seluruh alam semesta, makhluk yang tak terkira, kita tak dapat lihat berapa banyak pun. Kita hanya dapat lihat sebahagiannya di depan, melompat-lompat dan tangis, “Maya telah hilang, maya telah hilang!” Mereka melompat-lompat dan menangis, sangat gembira.

Sama juga, sama juga dengan kuasa negatif. Tapi bukan hari yang sama. Saya tak terfikir kuasa negatif. Ada pembuat kacau yang mengganggu juga. Pada hari yang lain, lepas beberapa hari lagi, saya teringat dia. Dia buat sesuatu. Itu bukan satu entiti. Itu kuasa yang dibawanya bersama. Sama seperti saya berdiri di sini, itu bukan saya, itu kuasa yang saya bawa bersama. Kita boleh musnahkan entiti itu dan kuasa itu juga. Contohnya, jika saya meninggal, mungkin ada baki tenaga tetapi tiada apa-apa lagi. Saya tak dapat buat apa-apa lagi. Jadi badan fizikal sangat penting. Makhluk ini gunakan banyak badan fizikal untuk ganggu saya. Ya! Kamu tak tahu. Jika saya beritahu kamu segala jenis kisah tentang bagaimana dia buat kacau, saya takkan ada masa yang mencukupi untuk makan, tidur, bermeditasi atau lihat kamu. Begitu banyak perkara yang dibuatnya.

Jadi kuasa negatif perlu dihapuskan supaya semua makhluk akan lebih banyak ditingkatkan secara automatik sekarang, kemudian lebih senang untuk dijaga. Kemudian generasi seterusnya akan menjadi jauh lebih baik. Dalam generasi kita, sudah ada banyak kanak-kanak yang dilahirkan genius dan dilahirkan dengan kuasa telepati dan ada banyak kuasa istimewa. Kadangkala kita paparkannya di TV kita, kanak-kanak adalah hebat hari ini. Tapi pada masa depan, lagi baik. Jadi mungkin apa yang Nam Sa-go katakan adalah benar, “Asas Syurga akan diwujudkan.” Asas, belum seperti Syurga sepenuhnya. Kerana kita masih ada otak ini. Kita masih ada badan dan badan telah diprogramkan ada nafsu, ada ketamakan, ada kemarahan, ada kesedihan, ada kerisauan, segala-galanya. Semasa kita di peringkat yg lebih rendah, kita masih mengikut naluri kita, ego kita, kecenderingan negatif kita, sifat negatif yang telah diprogramkan.

Jadi belum dihapuskan sepenuhnya. Kerana ia sudah pun inheren, sudah terpahat dalam generasi sekarang dan barangkali beberapa generasi lagi sehingga semua sel, DNA, jenis darah, segala-galanya berubah, dihapuskan, dibersihkan, dicuci. Tapi saya tetap sangat gembira. Saya sangat gembira. Tapi ia akan jadi lebih baik, dah tentu. Walaupun kamu ada sifat negatif dalam dirimu atau terpahat dalam dirimu atau orang luar adanya, namun majoriti orang akan rasa jauh lebih ringan, lebih terang. Lebih seperti diri sebenar, lebih bebas untuk berfikir, bertindak, menguruskan kehidupan dan mengekspresikan kasih sayang terhadap orang di sekeliling, keluarga dan melakukannya dengan lebih aktif dalam belas kasihan, kemurahan, kasih sayang, lebih daripada sebelumnya. Kamu akan lihat. Perlu beberapa minggu lagi baru benar-benar rasai kesannya. Sama seperti sebelumnya sewaktu kita memusnahkan mesin kawal, perlu dua bulan baru menunjukkan kesannya. Yang ini, mungkin perlu berminggu-minggu lagi tapi akan begitu. Kamu akan nampak perubahan yang lebih besar, yang baik, dan kamu akan rasa lebih ringan dalam dirimu, lebih senang untuk bermeditasi, lebih tenang. Segalanya akan menjadi lebih baik. Tapi bertanggungjawablah terhadap perbuatanmu mulai sekarang. Tiada maya lagi untuk disalahkan. Dia telah dikurung. Sama juga dengan semua entiti dan kuasa negatif, makhluk yang menggunakan kecenderingan negatif manusia, makhluk yang menggoda manusia untuk buat apa yang buruk, bertentangan dengan kehendak mereka. Mereka malah mendesak anjing supaya saling berlawan meskipun dalam keluarga yang sama. Saya marah disebabkan itu. Malah anak perempuan dan ibu. Anak perempuan nak gigit ibu dan mencederakannya. Itu apa yang buat saya lagi marah. Semakin marah sehingga meletus! Dalam seminggu, saya musnahkan tiga musuh terbesar kamu dan saya. Musuh kamu ialah musuh saya.

Memang. Saya tak rasa saya akan beritahu kamu tapi saya beritahu kamu, kan? Sentiasa begitu. Matamu, telingamu sentiasa menarik sesuatu keluar dari saya sebelum saya dapat mengawal pun, sebelum saya tahu apa yang saya katakan pun. Teruknya. Tak apa. Itu buka sesuatu yang buruk. Cuma kita perlu bertanggungjawab terhadap diri sendiri mulai sekarang. Kawal sifat negatif kita yang masih tertinggal di dalam diri kita semua. Kita ada sebelah negatif dan positif dan kita lebih banyak gunakan sebelah positif mulai sekarang. Apa-apa yang negatif, kamu perlu tahu itu bukan kamu. Jika kamu fikirkan sesuatu yang salah, betulkan dirimu dengan serta-merta, berkata, “Tidak, itu bukan aku! Itu bukan aku. Aku tak mahu itu.” Hapuskannya. Kamu boleh berdoa kepada Dewata. Mereka boleh bantu kamu.

Saya memanggil semua Dewata dari Alam Semesta Asal dan Makhluk Kosmos juga. Saya kata, “Pinjamlah kuasa daripada aku jika perlu. Malah ambil dari Stor Kuasa Besar, Stor Tenaga Besar. Ambilnya! Ambil apa-apa saja yang kau perlukan. Pergi musnahkan makhluk itu sekarang juga!” Oh, cepatnya Mereka! Itu tak seperti semasa kita bekerja di sini, mengambil masa.

Saya sesal dengan saya tak lakukannya lebih awal. Mungkin sekarang masanya. Hingga tahap tertentu, penderitaan anjing saya membantu saya. Kerana saya tanya anjing saya, “Kenapa kau gigit ibumu kali ini? Kau tahu ia ibumu. Kau tak harus buat begitu. Kenapa kau buat begitu?” Saya marah dengannya. Ia kata, “Tak rela. Memang tidak. Cuma didesak dan dikepung oleh kuasa negatif.” Mereka hanyalah anjing. Mereka ada kuasa, dah tentu. Mereka ada kuasa ajaib. Mereka ada kuasa pemurah. Mereka ada kuasa anjing. Tapi kecil saja berbanding dengan ini, kuasa negatif. Tiada apa-apa sebanding itu. Kita manusia pun tak dapat melawannya, apalagi anjing kecil saya. Jadi saya nak menghukumnya seperti tak biarkan ia jumpa dengan saya, tak berikan makanan kepadanya, tak berikan snek kepadanya. Tapi lepas ia berkata begitu dan ia rasa sangat sesal, sangat tak sedap hati, saya kata, “Baiklah, jangan risau. Aku akan uruskan makhluk ini. Aku akan uruskannya. Kau hanyalah mangsa. Aku memaafkan kau. Aku benar-benar memaafkan kau dan kasihi kau.” Jadi ia peluk saya dan memampas. Tapi saya kata, “Aku janji dengan kau semua bahawa aku akan benar-benar uruskan maya ini dan kuasa negatif.” Saya memang buat begitu.

Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android