Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Maya telah Hilang & Riwayat Hidup Nabi Mahavira: Menyelamatkan Chandana, Bahagian 6 daripada 7

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Dia kata, “Nak, saya saudagar Dhanavah. Saya pengikut Nirgranth Shraman dan tinggal di kota ini. Melihat kesusahanmu, saya rasa murung. Jika kamu tak berhasrat untuk pergi bersama gundik, saya takkan membenarkan ini berlaku.”

Orang Taiwan (Formosa) lemah lembut. Saya tak rasa mereka tahu bagaimana menjadi pengawal tetapi hanya kelihatan elok. Hanya untuk buat saya kelihatan elok, ada beberapa pengawal di sekeliling. Mungkin sesetengah daripada kamu nak ganggu saya, perlu berfikit dua kali sekurangnya. Jadi saya biar mereka buat kerja mereka. Mereka suka akannya. Mereka rasa bangga jadi pengawal saya. Di Monaco, saya tiada sesiapa pun. Saya sentiasa tinggal berseorangan. Apabila saya perlukan mereka, mereka berdekatan. Di Perancis, mereka boleh datang utk bawa saya dgn kereta atau bantu saya. Biasanya saya berjalan. Monaco sangat kecil dan mereka bertumpu di medan. Mereka panggilnya ‘Medan Emas’. Pasti, segalanya mahal. Tapi setiap kali apabila saya sakit, batuk atau demam selesema, saya pergi ke sana. Saya sembuh dengan cepat sekali. Mungkin terlalu dekat dengan laut, dikelilingi. Ia kecil dan dikelilingi oleh laut, dan jus buah-buahan yang saya minum setiap hari banyak membantu saya. Jadi saya ada kenangan yg sangat manis tentang Monaco. Jadi jika saya melayan kamu secara istimewa, anggaplah ia sebagai membalas budi orangmu di sana.

Jika kamu nampak putera, beritahulah baginda bahawa saya katakan semua ini. Beritahunya sebuah kisah supaya baginda rasa gembira sikit. Menjadi raja Monaco ialah beban yang sangat berat. Tempat lain mungkin lebih baik, tetapi di Monaco, disebabkan tanggungjawab, semua VIP tinggal di sana. Tanggungjawab yang sangat besar menjaga negara di mana keselamatan perlu terjamin untuk orang-orang ini. Tetapi baginda ialah jenis putera yang sangat popular. Ketika saya di sana, saya temuinya beberapa kali. Baginda datang berbual. Baginda menari bersama wanita, kemudian datang ke depan saya dan bertitah, “Hah! Panasnya.” Tidak, baginda bertitah dengan telor Amerika. ‘Panasnya.” Baginda sangat mesra. mesra dengan orang. Orang sangat suka akannya, saya rasa. Semua orang Monégasque rasa mereka ialah putera dan puteri juga. Saya ada jenis perasaan itu daripada mereka. Mereka rasa sangat bangga menjadi Monégasque dan rasa diri mereka seperti kerabat diraja. Mereka wajar begitu kerana mereka diperlakukan dengan baik. Kita tak perlu bayar cukai di sana, cukai pendapatan, kita tak perlu. Kerabat diraja sangat pemurah. Mereka bina rumah yang sangat murah, rumah pangsa yang murah untuk pekerja, jadi mereka tak perlu bayar dgn banyak. Mereka mampu belinya. Hanya mungkin 50,000 euro bagi sebuah studio atau rumah pangsa. Dah cukup bagus bagi pekerja. Sangat murah. Mereka binanya di sebelah Monaco, bukan di Monaco, di Perancis. Monaco tiada tanah lagi. Setiap persegi kecil diukur dengan emas, saya rasa. Negara yang sangat baik, sangat selamat. Orang mesra, ceria, relaks.

Ya Tuhan. Nabi menunggu tetapi kita pergi dari India ke Âu Lac (Vietnam), China, Monaco, Perancis. Masa silam, saya ada begitu banyak kenangan masa silam, jadi boleh bercakap selama-lamanya. Tapi saya rasa kamu suka akannya. Secara terus terang. (Ya!) Ya, saya tahu. Saya tahu kamu suka mengambil tahu kehidupan saya sebanyak yang boleh. Jika kamu boleh masuk ke dalam bilik tidur saya, keluarkan bantal dan lihat berapa banyak benang di dalamnya, maka kamu akan lagi gembira. Saya tak kisah. Kehidupan saya bukan rahsia. Jika boleh, saya beritahu kamu. Tak betul. Yang tak betul. Apabila saya pakai ini, saya lihat kamu tak begitu kacak dan cantik. Pada bila-bila saya pakai ini, “Oh, sangat cantik!” Saya tak nampak banyak. Tiada bentuk, jadi segalanya kelihatan cantik.

Adakah kamu masih... masih okey? Tak letih? Belum lagi. Dua orang yang tahan lasak ini, saya suka. Saya suka budak ini, orang ini. Kamu bukan budak bagi saya. Kamu sudah pun lelaki dewasa, kan? Ya? Inisiasi sepenuh bermakna kamu seorang lelaki dewasa. Kamu bukan budak lagi. ‘Bube’ bermaksud budak kecil. Saya terlupa, saya panggilnya ‘bube’. Saya kata, “Tidak, kamu lelaki dewasa sekarang. Kamu bukan ‘bube’ lagi. Inisiasi penuh, kamu lelaki dewasa.” Sama dengan semua ini, dengan janggut, apa-apa saja. peduli apa, sana. Belakang kamu sana, sama, Buddha.

Baiklah! Menyelamatkan Chandana, ‘endlich’, akhirnya. “Dari ibu kota, Kaushambi, Raja Shatanik memerintah negeri Vats. Permaisurinya Mrigavati ialah anak perempuan Maharaj Chetak Republik Vaishali.” Bermakna raja kawasan itu pada masa itu. ‘Maharaj’ bermaksud raja. Jika saya di India, barangkali mereka juga panggil saya Maharaj atau Mataji. Bukan? Mataji. (Maharani.) Maharani, bagi wanita. (Ya.) Saya seorang Guru di sana, jadi tiada orang panggil saya itu. Dah bagus. Bagus. Itu telor India, “Okey.” Ia bermakna ya, bagus. Di India, jika kita mahukan sesuatu dan mereka tanya sama ada kita mahu, kita tak kata ini. Itu tidak. Kita perlu kata, “O ya, saya mahukannya.” Kita perlu geleng kepala, sebaliknya. “Anak perempuan Maharaj Chetak Republic Vaishali. Anga ialah negeri jiran dan ibu kotanya ialah Champa. Raja negeri ini ialah Maharaj Dadhivahan. Permaisurinya Dharini ialah anak perempuan bongsu Chetak. Dharini ada seorang anak perempuan yang bernama Vasumati yang sangat cantik dan anggun.” Jika kamu tak tahu dia berapa cantik, hanya lihat saya. Maka kamu tahu sikit. Gurumu sangat rendah diri, sentiasanya. Yang paling rendah diri di planet ini.

“Suatu kali ketika Raja Dadhivahan pergi bersama tenteranya untuk bantu seorang raja jiran, Shatanik menyerang Champa. Askar kejam Kaushambi menjarah di Champa. Panglimanya dan Pemandu Rata Kaushambi yang hebat,” bernama “Kakmukh lebih tertarik oleh jelitawan daripada kekayaan.” Sesetengah lelaki lebih suka jelitawan daripada wang. “Dia masuk ke dalam istana dan menculik Permaisuri Dharini dan Vasumati,” anak perempuannya. “Dalam perjalanan apabila Kakmukh berniat untuk mencabuli kehormatannya, Permaisuri Dharini membunuh diri.” Maaf. “Apabila Vasumati juga mengancam untuk buat begitu, dia berubah fikiran. Dia bawanya ke rumahnya sebagai anak perempuan,” sebaliknya. Dia berubah. “Apabila isterinya tidak mentoleransi Vasumati, dia dipujuk oleh Vasumati untuk melelongnya di pasar hamba dan menyenangkan isterinya dengan hasil jualan.” Jadi kononnya lelaki musuh ini mengambilnya sebagai anak perempuan kerana ibunya telah mati, tetapi isterinya tak suka, dah tentu. Puteri yang begitu cantik di dalam rumah, berbanding dengan suri rumah tua. Walaupun dia mengambilnya sebagai anak perempuan, dia tetap tak tahan. Siapa boleh tahan? Rasa cemburu. Lihatlah. Kemudian Vasumati sendiri, puteri sendiri memujuk bapa angkatnya supaya menjualnya sebagai hamba supaya isterinya boleh bertenang dan perkahwinannya boleh bahagia. Lagipun, wang yang diperoleh daripada menjualnya boleh diberikan kepada isterinya untuk buatnya lagi gembira. Puteri yang begitu mulia. Sangat tak mementingkan diri. Tak banyak orang dapat buat begitu. Banyak orang buat sebaliknya. Cuba menghalau si isteri atas sesuatu sebab, kerana dia tahu bahawa bapa angkat sangat suka akannya.

Jadi Kakmukh, si bodoh... Maaf, bagi saya, dia ini si bodoh. “Kakmukh bawa Vasumati ke pasar hamba. Dalam jualan lelong, pembida tertinggi ialah seorang ibu ayam dari Kaushambi.” Negerinya, agaknya. Ya, ya, ya. Ya, itu negerinya sebelumnya, sebelum dia diculik dan menjadi hamba. “Ada perubahan apabila Vasumati enggan pergi bersamanya.” Mengapa begitu? Oh! Okey. Seorang wanita ingin beli puteri ini tetapi puteri ini tak setuju untuk pergi bersamanya kerana dia seorang ibu ayam. Mungkin ibu ayam akan pergi menjualnya kepada lelaki di rumah pelacuran, sesuatu macam itu. Jadi mungkin dia tahu itu. Dia engga pergi bersama pembida ini walaupun dia berikan harga yang tertinggi pada masa itu. Jadi dia tak nak pergi bersamanya, menolak bulat-bulat. Disebabkan oleh pergelutan ini, masa berlalu, dan tiba-tiba, “Pada masa itu, seorang saudagar kaya dari Kaushambi juga tiba di sana. Melihat kekecohan ini, dia tanya, ‘Apa yang berlaku di sini?’ Seseorang daripada orang ramai berkata, ‘Hari ini, seorang hamba perempuan dari Champa telah dijual dengan harga seratus ribu keping emas.’” Itu sangat mahal. “‘Dia kelihatan macam bidadari. Seorang ibu ayam belinya tetapi dia enggan pergi bersama pemilik baru ini. Dia kelihatan macam gadis berketurunan bangsawan dan perawan.’”

Secara terus terang, saya belum makan apa-apa sejak semalam. Saya tak tidur dan tak minum kopi, teh atau apa-apa pun. Saya terkejut dengan bagaimana saya duduk di sini dan bercakap macam ini. Saya terkejut. Selalu macam itu, bukan kali pertama. Jangan merungut. Samalah kita. Sertai dunia saya. Dia tak banyak tidur, mungkin dua, tiga malam tak tidur. Kerana sebelum membuat perjalanan, kita perlu ingat pasport okey atau tidak, wang okey, rumah terurus, anak okey, suami sudah tidur atau tidak, dan menyelinap keluar. Perlu mengatur segalanya. Masukkan makanan ke dalam ketuhar mikrogelombang atau apa-apa saja. Beri makan anjing tiga, empat hari lebih awal sebelum bertolak dan sebagainya. Banyak kerja. Saya pun, dari tempat saya ke sini, setengah jam saja, biasanya saya perlu merancang dulu pada malam sebelumnya. Nak letak mekap saya di mana, dan apa. Hari ini, saya tak dapat. Saya hanya masukkan segalanya ke dalam beg pasar raya yang besar macam ini, besar. Begitu besar sehingga kamu boleh masukkan saya ke dalamnya pun kerana saya tak dapat cari yang lebih kecil. Lagipun, ia besar, itu bagus supaya saya boleh masukkan dgn cepat. Saya tak perlu buka ini, buka itu, atau mengasak di sini, mengasak di sana. Saya hanya campak segalanya ke dalam dan bertolak dengan begitu saja. Tak dapat berfikir pun. Terlalu banyak perkara saya perlu fikirkan untuk semua orang yang lain dan menjaga angin mereka atau... segala-galanya, membetulkan rancangan, klip, melihat dan menulis. Saya perlu menulis juga. Saya juga menulis sesuatu untuk Supreme Master TV, bukan sahaja buat pembetulan tetapi menulis juga. Buat pembetulan sudah pun menulis tetapi menulis juga. Banyak perkara saya menulis juga. Itu lebih baik. Ya Tuhan! Mengapa kita tak lakukannya lebih awal? Bunyi bising ini. Oh! Tidakkah kamu rasa lebih baik? (Ya.) Guru perlu buat segalanya. Guru tahu akan segalanya. Guru boleh buat segalanya. Guru buat segalanya. Guru, Guru, Guru, Guru... Boleh saya makan untuk kamu? Tidak. Kamu sendiri ambil dan makannya.

Kembali ke sini. Jadi mereka menilai daripada paras rupa, kelakuan, tingkah lakunya, mereka rasa dia berketurunan bangsawan, dari masyarakat atasan. Mungkin mereka tak rasa dia seorang puteri tetapi anggota masyarakat atasan, begitu cantik dan suci juga. Sebab itulah dia tak nak pergi bersama ibu ayam rumah pelacuran ini. ‘Courtesan’ ialah nama elok, gelaran elok untuk itu tapi saya rasa itu ibu ayam, beli gadis cantik, balik dan berniaga. Jadi dia tahu akannya. Dia tak nak pergi bersamanya, jadi buat kecoh di sana. Dia menolak dan orang itu mengheret ke sana dan ke mari. “Dengan serta-merta setelah saudagar itu dengar kisah ini, dia masuk ke dalam pasar hamba. Dia lihat puteri dan dengan serta-merta menganalisis situasi itu. Dia berfikir, ‘Tidak, dia tak boleh menjadi hamba. Dia orang mulia. Ya Tuhan! Keadaan telah menjadi begitu buruk! Seksaan yang tak berperikemanusiaan terhadap gadis yang lembut dan beradab. Seorang gadis yang menawan dalam kesusahan yan begitu teruk.’ Jadi saudagar itu tersentuh. Dia mendekati Vasumati dan berkata, ‘Nak.’” Nak, dia panggilnya ‘nak’. Bukan ‘gadis cantik’ atau seumpamanya, tak main cinta, apa-apa pun. Seperti bapa. Dia kata, “Nak, saya saudagar Dhanavah. Saya pengikut Nirgranth Shraman dan tinggal di kota ini. Melihat kesusahanmu, saya rasa murung. Jika kamu tak berhasrat untuk pergi bersama ibu ayam itu, saya takkan membenarkan ini berlaku. Saya akan beli kamu dengan membayar seratus ribu keping emas.’” Sekarang dia juga bayar seratus ribu keping emas. “‘Inginkah kamu datang bersama saya? Inginkah kamu tinggal bersama saya sebagai anak perempuan saya?’” Sangat baik hati. Dia mengikut Nabi Mahavira. Itu sebabnya. Seorang pengamal ada sedikit perbezaan dengan orang lain.

Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android