Hanya jika kamu tak ingat lagi bahawa kamu ialah lelaki atau wanita atau biseksual atau lesbian atau gay atau transvestit atau bukan transvestit, kamu mengubah diri, baru kamu benar-benar melangkaui semua ini, kemudian kamu boleh menjadi Buddha.
Halo. Adakah terlalu berat? Lelaki kuat. Sekarang saya tahu mengapa ada lelaki di dunia ini. Mereka di sini untuk angkat itu kerana kamu wanita tak dapat lakukannya. Halo! (Halo, Guru.) Halo. Maaf, mata saya kurang selesa, jadi saya perlu pakai cermin mata macam ini. Kamu masih dapat lihat saya tak? (Ya.) Dapat lihat mata saya? Kasihi kamu. Bilangan lelaki semakin bertambah, kan? (Terima kasih.) Menjadi kompetitif. Adakah kamu mengatur untuk saudara perempuan tua duduk di belakang? (Ya.) Mengapa mereka begitu sedikit saja? Halo. (Halo, Guru.) Baiklah. Saya nak lihat orang. Âu Lạc (Vietnam), kan? Betul? (Ya.) China? Âu Lạc (Vietnam)? ( Ya, Âu Lạc (Vietnam). ) ( Halo, Guru. ) Halo. ( Halo, Guru. ) Apa khabar? Halo. (Salam sejahtera, Guru.) Salam sejahtera, biksu.
Kebanyakan orang dapat lihat saya apabila saya duduk di sini? Ya? (Ya.) Saya sangat kagum, cara kamu menjalani kehidupanmu. Saya tak tahu bagaimana kamu lakukannya setiap hari. Saya hanya lakukannya satu Ahad tetapi dah rasa sangat susah. Bagaimana kamu lakukan semua ini setiap hari? Kamu pergi bekerja dan balik. Kamu memasak, mencuci, beli-belah, mencium suami, mencium isteri, masuk tidur, mencium anak, Kamu memotong rumput, mengairi taman. Kamu melakukan semua itu. Bagaimana kamu lakukan semua ini? Dan setiap hari. Maksud saya, setiap hari kamu pergi bekerja, tetapi balik, membuat kerja lain dan terus hidup. Kamu masih bermeditasi dua jam setengah sehari? Tidak. Dua jam setengah, mungkin, berjam-jam. Wau! Tak hairanlah sangat sukar nak menaik ke atas. Ketika Buddha masih hidup, semua anak murid-Nya ialah biksu, lebih dua ribu orang, Semua orang tak buat apa-apa pun. Tiada pekerjaan, tiada isteri, tiada anak, tiada kerisauan. Saya tak perlukan ini. Kamu masih dapat lihat saya? Tidak? ( Kami dapat lihat Guru. ) Kamu dapat lihat tapi mereka tak dapat.
Mata saya sakit, hidung saya mula berhingus sebaik saja saya kata, “Okey, saya perlu pergi.” Maksud saya, saya perlu datang ke sini, dan hidung saya mula berhingus, mata saya mula sakit. Sebelumnya tak terlalu teruk tetapi karma inisiasi datang lepas itu, perlahan-lahan. Kadangkala ia datang sebelumnya; kadangkala ia datang pada hari inisiasi; kadangkala ia datang separuh atau sesuku sebelumnya dan ia datang sewaktu inisiasi, kemudian datang lebih banyak lagi lepas itu. Kadangkala ia datang lepas itu. Wau! Saya benar-benar berusaha gigih untuk datang ke sini, dengan semua kravat ini dan segalanya. Saya rasa saya seorang superwanita, memandangkan perasaan saya. Saya memang cuba tawar-menawar. Saya asyik tanya semua orang, “Berapa banyak orang? Berapa banyak orang Barat? Berapa banyak orang baru? Ada sesiapa yang tak nampak saya sebelumnya dan tinggal di sini untuk seketika, mungkin beberapa hari atau seminggu lagi?” Saya tawar-menawar, cuba lihat sama ada mungkin saya boleh jumpa dengan mereka esok atau lusa apabila saya sembuh sikit. Tetapi tidak, seseorang balik esok. Dua atau tiga daripada mereka, dan dua lagi balik pada lusa, kemudian lima lagi balik pada tulat. Saya kalah. Kamu menang, kamu menang, kamu menang. Saya rasa nak...
Mungkin lebih baik jika kamu semua bercukur rambut dan menjadi seperti ini untuk saya. Kemudian setiap hari, saya hantar kamu keluar, berjalan untuk minta sedekah, kemudian balik, dan saya sudah tidur sekejap, kemudian bangun, cakap dengan kamu. Kemudian saya akan bercukur rambut sekali lagi hanya untuk menemani kamu supaya kamu tak rasa tak sedap hati. Bagaimanapun, tiada banyak yang boleh saya buat. Kadangkala saya dapat keluar dari samadhi dengan senang, kadangkala saya tidak. Sangat sukar nak keluar apabila saya tak dapat keluar, seperti hari ini. Hari ini, saya seperti automaton yang berjalan, bercakap, sesuatu macam itu. Saya sudah di sini, jadi mari kita mulakannya. Hari ini saya berfikir saya akan bermekap dan cuba membutangkan sesuatu atau mengancing sesuatu dan pakai barangan kemas atau apa-apa saja. Kemudian benda ini tak berfungsi, kancing cangkuk itu tak berfungsi, butang terlalu baharu, tak dapat dibutang, dan benda lain – seluar tidak padan atau apa-apa saja, dan kasut buka mulut, mengetawai saya. Itu kasut baharu! Bukan yang ini. Yang ini adalah yang lain. Yang ini adalah yang lama. Pada masa dahulu, semasa orang buat kasut, ia tahan lama, sepanjang hidup. Hari ini, banyak kasut saya asyik buka mulut dan ketawa. Mungkin kasut gembira. Dulu saya mereka bentuk pakaian yang dipanggil ‘Yogi Gembira’. Sekarang mereka meniru saya. Mereka mereka bentuk kasut gembira ini, kasut Yogi Gembira atau sesuatu. Yang ini kelihatan lebih baik, saya dapat lihat kamu. Saya perlukan yang lebih besar sikit untuk membaca tetapi saya juga boleh baca macam ini. Cuma dengan cermin mata, lebih senang, itu saja, cermin mata membaca. Memandangkan usia saya, mata saya masih boleh tahan. Ia diganggu selama ini tetapi masih boleh tahan. Berkat Kaedah Quan Yin.
Jadi sewaktu saya memakai pakaian yang elok dan membutang, saya berfikir, “Buddha Shakyamuni, memang betul kata-kata-Nya. Memang betul kata-kata-Nya.” Dia kata, “Hanya lelaki boleh menjadi Buddha, menjadi gembira.” Itu apa yang kamu rasa. Agaknya jika kamu ialah lelaki, kamu tak dapat menjadi Buddha juga. Kamu tak dapat menjadi Buddha juga. Kamu tahu tak mengapa? Saya dah beritahu kamu sebelumnya. Jika kamu seorang lelaki, kamu tak dapat menjadi Buddha; jika kamu seorang wanita, kamu tak dapat menjadi Buddha; jika kamu gay, kamu tak dapat menjadi Buddha; jika kamu lesbian, kamu tak dapat menjadi Buddha; jika kamu biseksual, kamu tak dapat menjadi Buddha. Tiada orang yang dapat. Hanya jika kamu tak ingat lagi bahawa kamu ialah lelaki atau wanita atau biseksual atau lesbian atau gay atau transvestit atau bukan transvestit, kamu mengubah diri, baru kamu benar-benar melangkaui semua ini, kemudian kamu boleh menjadi Buddha. Tapi saya memikirkan suatu cara fizikal. Lelaki tak perlu memakai apa-apa pun, muncul dengan begitu saja. Di India, banyak Guru, sesetengah Guru bermakrifat juga, tak memakai banyak pakaian. Sesetengahnya yang saya lihat, tak pakai banyak. Atau mungkin hanya cawat atau sesuatu, atau hanya membalutkan sesuatu. Betapa mudahnya. Kemudian saya boleh tak perlu pakai semua kasut Cinderella ini, semua barang kemas ini dan sebagainya. Maka akan menjadi sangat mudah, menjimatkan masa. Saya rasa betul kata-kata Buddha. Jika saya seorang lelaki, itu lebih baik untuk saya. Saya sentiasa boleh muncul dengan apa saja pakaian atau tak berpakaian pun. Kamu tahu, kan? Orang India, kamu tahu, kan? Guru-guru tak peduli. Di India, mereka tak peduli. Jika saya tak kelihatan... Katakan saya seorang lelaki dan tak kelihatan begitu menawan seperti saya sekarang, apa yang saya buat hanya menyimpan janggut pada muka, maka saya akan kelihatan elok, kelihatan mulia seperti seorang Guru.
Itu saja bagi gosip. Saya sudah pun di sini. Bahagian yang paling susah adalah bersedia. Apabila saya sudah pun di sini, saya dah jaga. Saya rasa lebih baik sekarang, rasa lebih jaga sekarang daripada apabila saya baru datang. Saya berfikir, “Saya tak tahu apa yang saya nak buat.” Dalam keadaan saya pagi ini, saya nak menjagakan diri, memang. Saya pasang jam penggera dan segalanya. Saya bangun. Saya pergi cuba menjadi normal. Saya malah sediakan roti bakar (vegan), kemudian berfikir saya akan makan roti bakar untuk menenangkan perut. Saya rasa kurang selesa beberapa hari ini. Kemudian saya buat roti bakar. Sekeping roti bakar hangus. Saya buat sekeping lagi roti bakar. Sekeping lagi roti bakar hangus. Saya buat sekeping lagi, yang ketiga, hangus. Keempat-empat roti bakar hangus sepenuhnya. Saya kata, “Okey, hari ini bukan hari roti bakar saya.” Kemudian saya hanya ambil apa-apa saja dan minum. Cuba membuat teh tetapi saya terlupa. Saya letak teh tetapi terlupa minum.
Itu tempat baharu. Saya berpindah, sangat tidak kemas, meletihkan dan kucar-kacir kerana saya belum ada masa untuk mengatur benda saya. Saya takut nak minta sesiapa bantu kerana kadangkala apabila saya minta mereka bantu, lebih baik saya sendiri melakukannya. Atau saya perlu mengambil sampah lain daripada mereka sebaliknya. Ini tak berbaloi. Oleh itu, saya rasa macam dikelilingi oleh benda fizikal. Saya harap takdir saya lebih ringan sikit daripada sekarang, seperti menjadi Baba, Babu atau apa-apa saja, atau malah Mataji di India, hanya duduk di sana dan memeluk orang atau menggosok-gosok kepala mereka. Itu saja yang perlu saya buat. Takdir saya dalam hayat ini, aduhai, begitu rumit: terlalu banyak kerja, terlalu susah, terlalu sedikit masa, terlalu rumit. Saya ingat saya tinggalkan rumah, maka hidup saya akan menjadi seperti dia, sangat sederhana. Dua, tiga helai pakaian, itu saja yang perlu kita buat. Kita tak perlu menyikat rambut pun. Ada rambut ialah satu lagi masalah. Kita perlu bubuh minyak atau sesuatu. Jika tidak, ia bzzz, bzzz macam itu. Dan perlu mereka bentuk barang kemas. Saya ingat saya sudah di sana tetapi saya belum di sana. Kadangkala sangat sukar bagi saya berada di planet ini. Sangat sukar. Lebih sukar daripada yang kamu rasa.
Masih ada banyak ruang. Lebih banyak orang boleh naik ke atas dan duduk di sini, okey? Orang Âu Lạc (Vietnam) boleh naik ke atas dan duduk di sini. Jika tiada ruang yang tertinggal, maka jangan naik ke atas sini lagi. Jika tiket dah habis dijual, maka berhenti. Saya kata, “Tiada ruang lagi. Tiket telah habis dijual.” Apa itu? Tiket telah habis dijual. Kamu suka? Setiap minggu habis dijual. Nasib baik saya bukan seorang penari, penyanyi atau sesuatu. Jika tidak, tarian dan nyanyian seniman lain, mungkin perlu cari pekerjaan lain. Berapa lama kamu boleh berada di sini dengan visamu? (Kami akan tinggalkan sini pada Rabu.) Saya tahu, tapi berapa lama visamu membenarkan. (Satu bulan saja.) Satu bulan! Boleh tahan. Berapa lama kamu akan membenarkan saya tinggal di India jika saya pergi ke sana? Pasport British. (Saya rasa satu bulan.) Satu bulan? Sama. Dulu kita ada enam bulan. Kemudian kita boleh melanjutkan ke satu tahun, lama dahulu ketika saya seorang yogi kecil di sesuatu tempat, tapi sekarang susah. Kita perlu pergi ke kedutaan, mendapatkan visa. Dulu kita ada visa mendarat atau sesuatu. Sebenarnya banyak orang boleh tinggal di sana jika mahu, tetapi hari ini, susah. Ini kerana ada kejadian seperti orang asing datang dan menyalahgunakan kemurahan orang India. Kerana orang India sangat suka menyambut tetamu. Meskipun mereka tiada banyak, mereka berikan segalanya. Mereka berikan segalanya yang kita perlukan. Jadi kerajaan cuba menghentikan jenis penyalahgunaan ini. Saya tak menyalahkan mereka. Sebenarnya mungkin orang asing tak benar-benar nak menyalahgunakan kemurahan mereka. Cuma mereka tak memahami tradisi India. Kerana mereka diberikan, diberikan dan diberikan, dan mereka rasa itu okey. Mereka suka memberi. Mereka masih ada, sebab itu mereka boleh memberi, tapi itu tak benar. Seperti kadangkala saya asyik memberi dan orang rasa saya ada banyak. Kadangkala benar, kadangkala tidak. Tak menjadi hal. Saya suka memberi pada bila-bila perlu. Orang India memberi saja. Perlu atau tidak, mereka memperlakukan kita seperti Tuhan. Tradisinya macam itu dan masih macam itu. Masih macam itu di India. Begitu banyak saudara India kamu asyik minta saya pergi ke India. Jadi bagaimana saya pergi ke sana? Tinggal di sana satu bulan, kemudian terbang balik? Berulang-alik macam itu? ( Kami tak pasti, Guru. Kami tak pasti berapa lama Guru boleh tinggal di sana dengan pasport British. Mungkin kita boleh tinjau... ) Mungkin tiga bulan maksimum, kan? (Mungkin.)
Saya masih ingat lama dahulu, saya kembali ke... kerana saya dijemput ke Pune atau sesuatu tempat, saya dah lupa, saya rasa mereka berikan tiga bulan tetapi kita perlu ada visa. Kita perlu pergi memohon visa. Tiga bulan pun tak banyak. Saya hanya duduk selama beberapa... rasa macam saya duduk beberapa jam saja, kemudian dah tiga bulan. Tak lama. Masa berlalu dengan cepat sekali. Seperti setiap hari, saya rasa saya belum tidur, matahari sudah terbit. Kemudian saya belum buat apa-apa pun, matahari sudah terbenam! Misalnya macam itu. Di dunia ini, kita ada kesusahan dengan pemasaan, masa. Ia buat kita menjadi tua, buat kita risau tentang tarikh akhir, tentang bayaran, tentang pergi bekerja tepat pd masanya, pergi ke sekolah tepat pada masanya. Segalanya ialah masa, masa, masa. Ia berikan banyak tekanan. Saya benar-benar kagumi kamu malah boleh bekerja, menyara keluarga, bermeditasi dan datang ke sini pada hari Ahad atau selama dua, tiga minggu. Saya tak tahu sama ada kamu supermanusia atau apa. Kamu memang sangat baik. Saya bangga dengan kamu. Saya tak begitu bangga dgn saya sendiri kerana saya juga ada kecenderungan artis dalam diri saya dan kadangkala saya lebih seperti artis. Saya lebih suka pergi ke sesuatu tempat, mengambil gambar, video atau sesuatu dan bukan datang ke sini utk lihat kamu. Tapi hari ini, saya di sini. Bagus.
Saya juga tak rasa saya seorang penjaga anjing yang baik. Dulu saya ada mereka semua di sisi saya. Hari ini, saya hanya boleh menjaga maksimum dua setiap kali, dua atau tiga. Jika lebih banyak, saya akan rasa senang letih atau risau, berkerut dahi, menua dengan lebih cepat dengan anak. Saya perlu biar mereka bergilir. Seperti waktu malam, siapa ialah siapa, pada waktu pagi, siapa ialah siapa, dan pada waktu petang, siapa ialah siapa. Macam itu. Kemudian mereka bergilir. Boleh tahan. Lebih baik daripada tidak sama sekali, saya rasa. Saya buat segalanya yang boleh, tapi itu saja yang saya boleh.
Ada sebuah jenaka tentang sebuah restoran. Di luar, mereka nyatakan, “Makan sebanyak boleh dengan $5.” Tahulah, banyak daripada mereka di Amerika atau Eropah. Saya tak pasti sama ada Eropah ada tetapi Amerika ada banyak... ketika saya di sana, saya nampak banyak daripadanya. Ada sebuah jenaka tentang sebuah restoran. Ada tertulis di luar, “Makan sebanyak boleh dengan $5.” Seorang lelaki masuk ke dalam dan makan dengan banyak, kemudian dia datang ambil lebih banyak lagi, kemudian pemilik keluar dan menghentikannya. Dia kata, “Tidak! Tiada lagi!” Dia kata, “Tapi kamu tulis di luar, nyatakan, ‘Makan sebanyak boleh dengan $5.’” Pemilik berkata, “Itu saja yang boleh kamu makan.” “Makan sebanyak boleh. Itu saja yang boleh kamu makan.”
Baiklah, kita sambung dengan Nabi Mahavira, separuh saja kisahnya sebelumnya. “Saudagar itu rasa tersentuh” melihat kesusahannya dan lihat dia seorang gadis yang bersemangat mulia. Dia bukanlah kelas rendah, tidak wajar atau sesuatu macam itu. Jadi dia kata, “‘Nak, saya saudagar Dhanavah. Saya seorang pengikut Shraman Nirgranth dan tinggal di kota ini. Melihat kesusahanmu, saya rasa sedih. Jika kamu tak berhasrat untuk pergi bersama pelacur itu, saya takkan membenarkan ini berlaku. Saya akan beli kamu dan bayar seratus ribu keping emas. Kamu nak ikut saya tak? Kamu nak tinggal bersama saya sebagai anak perempuan saya tak?’” Jadi, dah tentu. “Seorang puteri yatim, dijual sebagai hamba, tiba di rumah saudagar Dhanavah tetapi isterinya,” sekali lagi, seorang lagi, Mula, isterinya, “Mula, berasa sangsi sebaik saja dia nampak gadis yang cantik bagai bidadari masuk ke dalam rumahnya.” Saya telah berjanji kepada diri untuk lihat lelaki dan saya akan cuba buat begitu hari ini. Saya sentiasa lihat sini, tak adil. “Pada saat Mula...” isterinya, “...lihat Vasumati, dia nampak seorang pesaing untuk kasih suaminya. Benih rasa sangsi disemaikan terhadap suaminya yang lurus pun.” Biasanya dia mempercayainya sebagai lelaki dan suami yang lurus, taat. Tetapi sekarang dia lihat gadis yang begitu cantik masuk ke dalam rumahnya, dia berasa sangsi terhadapnya. Dia rasa mungkin kecantikannya telah memikat hati suaminya. Mungkin. Mungkin, kerana lelaki suka jelitawan.
Saya juga suka jelitawan. Saya bukan seorang lelaki tetapi saya suka segalanya yang cantik. Saya pergi lihat semua bunga dan berkata, “Kau begitu cantik. Aku akan ambil gambarmu dengan kamera ini dan kau akan wujud selama-lamanya. Kau suka itu tak?” Mereka semua kata, “Ya, ya, ya!” Hari ini, semua burung datang menyanyikan begitu banyak lagu yang merdu. Saya tak pernah lihatnya sejak saya datang ke sini, hari ini saja. Mereka bernyanyi dengan kuat sekali dan begitu gembira. Saya ingat mereka ingin makan sesuatu. Saya letak roti (vegan) di luar. Mereka tak makannya. Mereka asyik bernyanyi saja. Saya tak pernah lihat itu di Hsihu pun, begitu banyak burung berkumpul. Setiap ranting kecil ada burung di atas dan mereka asyik bernyanyi dengan gembira sekali hari ini. Itu menjagakan saya lebih banyak sikit. Jadi saya berterima kasih kepada mereka.