Saya benar-benar berdoa agar dunia kita akan menjadi semakin baik untuk semua orang hidup di planet ini, menikmati jangka hayat yang begitu singkat, apa-apa saja yang Tuhan telah berikan atau sedang berikan kepada kita dan bukan saling berlawan atas apa-apa sebab pun. Berlawan tidak baik. Sentiasa ada kerugian oleh satu pihak atau pihak lain, tidak baik.
Tapi bukan utk kebaikan kamu tak pergi memprotes terhadap polis dan merampas barang. Maksud saya, bukan semua pendemonstrasi buat begitu. Hanya kerana kamu memprotes, kemudian anasir jahat cuba turut serta dan mengambil kesempatan untuk menyusahkan orang. (Ya.) Kemudian kamu juga ditangkap dan sebagainya, mungkin secara tersilap kerana kamu tak melakukannya. Kamu lakukannya dengan damai tetapi ada banyak orang yang tidak damai dalam kumpulan kamu. Atau dari luar, mana-mana saja, turut serta, kelihatan macam dalam kumpulan kamu dan berbuat jahat, merampas barang, membakar rumah, kedai orang dan sebagainya. Ini adalah tak berdosa. (Ya, Guru.) Mereka tak buat apa-apa yang salah. Mereka bukan polis pun. Jadi itu bukan cara yang betul untuk membetulkan sesuatu. (Ya.) Bukan sahaja penduduk kadangkala tercedera atau terbunuh secara tersilap tetapi polis juga dianiayai, dicederakan atau diserang hendap dan banyak polis mati sewaktu bertugas juga, secara tersilap. Kamu tak harus pergi ke jalan untuk memprotes, berbahaya untuk kamu. Mungkin kamu dijangkiti penyakit yang dahsyat ini, buat kamu menderita dan menyeksa kamu. Kamu malah boleh mati disebabkan oleh COVID-19. Dalam kumpulan orang yang besar, banyak kejadian boleh berlaku juga. Kamu boleh mati juga. Itu untuk kebaikan kamu sendiri. Kamu harus hanya berada di rumah, memikirkan bagaimana kamu harus mendapat pekerjaan seterusnya atau memohon pekerjaan baru atau bagaimana menjaga keluarga dan diri sendiri. Kita tak harus menimbulkan lebih banyak masalah apabila orang mati di merata tempat di seluruh dunia dan apabila negara sangat memerlukan ketenangan dan kedamaian tambahan untuk mengatasi masalah besar seperti wabak COVID-19.
Kita masih memerlukan polis. Polis menyelamatkan banyak orang Hitam juga, keluarga Hitam, kanak-kanak Hitam. Jika kamu mengimbas di internet, barangkali kamu akan nampak lebih banyak daripada yg saya tahu. (Ya, Guru.) Namun, itu pendapat saya. Saya harap orang dengar dan cuba menjalani kehidupan dengan lebih damai. Segalanya berlaku atas sesuatu sebab. (Ya, Guru.) Polis hanya membuat kerja mereka. Dulu polis kadangkala menyelongkar rumah saya di sesuatu tempat tapi saya tak pernah menentang, kasar terhadap mereka atau apa-apa. Seorang saudaramu pada masa itu bercakap dengan wajah masam, tidak mesra dengan polis. Dia kata, “Buat apa kamu buat begitu? Kami tak bersalah! Kami tak buat apa-apa pun! Kami tiada senapang dan sebagainya!” Walaupun tak banyak, betul kata-katanya, namun saya menegurnya. Saya kata, “Tidak, tidak. Mereka hanya membuat kerja mereka. Kamu jangan bercakap macam itu.” (Ya, Guru.) Apa yang mereka nak buat? Superior mereka suruh mereka pergi menyelongkar rumah saya, maka mereka perlu melakukannya, betul? (Ya.) Dah tentu, mereka perlu ada senapang, kalau-kalau kita ada senapang. Mereka takkan tahu. Mungkin mereka perlu mengacukannya kepada kita kerana mereka khuatir mungkin kita buat sesuatu. (Ya.) Apabila sudah memeriksa segalanya, mereka akan membebaskan kita, melepaskan kita. Maka tak perlu. Biarkan saja mereka buat kerja mereka. Jadi polis bukan sahaja mengganggu orang Hitam, mungkin memeriksa atau menghentikan orang Hitam, mereka juga hentikan saya banyak kali di jalan, lebuh raya atau rumah saya. (Ya, Guru.) Jadi ini masyarakat yang resah dan kita perlu hidup dengannya dan cuba menjadi seselaras yang boleh. Jika tidak, boleh lagi teruk. Polis buat kerja mereka. Jika kita menentang mereka, memperlakukan mereka dengan buruk dan sebagainya, kita boleh lagi teruk. (Ya, Guru.) Mereka akan ada tanggapan yang buruk. Kemudian ia akan semakin bertambah dan mungkin kita akan masuk penjara dalam sekelip mata saja (Ya.) atau malah ditembak mati.
Maaf. Ini topik yang berat. Hati saya rasa sakit sepanjang masa ini. Polis biasanya baik. Mereka dilatih untuk membuat segalanya yang baik juga, bukan hanya apa yang buruk. (Ya.) Bayangkan jika kamu ialah polis dan bersemuka dengan kononnya penjenayah atau mungkin suspek, kamu takkan tahu apa yg akan dia buat terhadap kamu. (Ya.) Bersemuka. (Ya.) Malah setengah meter. (Ya.) Atau lebih kurang satu meter, atau hanya beberapa meter saja. Kita tak terlindung. (Ya.) Kita tak tahu pun sama ada suspek benar-benar seorang penjenayah atau hanya orang baik. Kita tak tahu. Polis tak tahu. Jadi mungkin jika mereka buat sesuatu yang tak betul, ini kerana mereka juga bimbang akan nyawa mereka dan nyawa rakan sekerja. (Ya, Guru.) Kerana ini pernah berlaku. Polis mati dalam tangan penjenayah. Mereka terlepas dan sebagainya. Jadi segalanya ada dua belah syiling. Jadi saya harap orang merenung dan lebih banyak berfikir daripada hanya pergi merosakkan benda atau berharap polis mati dan sebagainya. Itu tak baik. Kerana orang lain juga bunuh polis. (Ya.) Tapi tiada orang bersimpati dengan polis. Tiada orang pergi ke jalan dan memprotes untuk polis jika polis terbunuh secara tersilap. (Ya.) Itu bukan dua belah syiling. Baiklah. kamu dah habis bertanya? Ya, terima kasih, Guru. Terima kasih kerana berkongsi itu. Saya rasa, pada pendapat saya, orang harus merenungkannya. Jadi ini masalah masyarakat di mana manusia belum meningkatkan diri sepenuhnya secara separa sedar atau secara sedar atau dari segi rohani ke standard yang lebih tinggi. Dunia kita masih dlm keadaan huru-hara di sesetengah tempat, masih ada jenayah dan kesusahan di negara-negara yg berlainan, jadi kita masih memerlukan polis untuk menjaga ketenteraman masyarakat. Dan semua ini ialah balasan karma juga. Sangat sukar nak mengelakkan segala kesusahan dan ketidakadilan ini, kononnya ketidakadilan, kelihatan macam itu, jika kita tak mengubah diri menjadi masyarakat yang lebih baik, lebih pemurah, lebih berbelas kasihan, lebih bertimbang rasa terhadap makhluk lain termasuk haiwan, dah tentu. Saya tak dapat menekankannya dengan cukup kerap atau dgn secukupnya. Pertimbangkanlah. Jangan merisikokan diri lagi. Keluargamu memerlukan kamu. Kawanmu memerlukan kamu. Isteri dan anakmu memerlukan kamu. Buatlah apa yang sesuai untuk memastikan dirimu hidup, sihat dan dapat membekalkan apa-apa saja yang kamu minta untuk diri sendiri, keluarga, negara dan dunia. Kerajaan banyak negara juga boleh kurang berbelanja pada tentera atau peperangan dan menjimatkan wang ini untuk mewujudkan lebih banyak jenis tabung bantuan tambahan untuk komuniti minoriti seperti orang yang kulitnya berwarna. Maka mungkin masyarakat kita menjadi lebih damai, kurang kesakitan, kurang penderitaan, kurang jenayah dan kurang kesusahan bagi polis juga. Saya benar-benar berdoa agar dunia kita akan menjadi semakin baik untuk semua orang hidup di planet ini, menikmati jangka hayat yang begitu singkat, apa-apa saja yang Tuhan telah berikan atau sedang berikan kepada kita dan bukan saling berlawan atas apa-apa sebab pun. Berlawan tidak baik. Sentiasa ada kerugian oleh satu pihak atau pihak lain, tidak baik. Saya harap pendapat saya bantu kamu. Terima kasih.
Soalan seterusnya. ( Dalam Berita Terkini baru-baru ini, Guru sebut bahawa manusia termasuk anak murid tiada kasih sayang atau pahala yang mencukupi untuk melindungi diri daripada koronavirus, contohnya. Guru, bagaimana kami dapat tingkatkan kasih sayang dalam diri kami? )
Tak begitu senang dan tak begitu susah. Kamu bawa bersama kamu, pada hari kamu dilahirkan, apa yang kamu ada daripada pahala hayat silam. Jika dalam hayat silam kamu tiada, maka dalam hayat ini kamu takkan ada. Sangat sukar nak meningkatkan semua kasih sayang dan pahala ini. Ia perlulah perbuatan luar biasa atau meningkatkannya hayat demi hayat, banyak hayat. Kebanyakan orang hanya berkitar dalam kitaran hidup dan mati, tiada masa untuk bernafas, membaharui diri atau mengkaji diri. Sebaik saja kita bercerai susu, mereka sudah menyumbatkan daging, ikan, telur dan karma ke dalam mulut kita, ke dalam sistem kita. (Ya.) Kemudian kita menjadi kabur juga. Lagi banyak kita membesar lagi banyak karma kita kumpulkan tanpa persetujuan kita pun. (Ya, Guru.) Kemudian kita membesar, perlu hadiri sekolah. Usia empat, lima tahun lagi, mesti pergi ke sekolah. Sangat sibuk, pergi ke sekolah, balik, buat kerja rumah dan entah apa lagi. Kemudian membesar, kemudian hormon mengheret kita ke sana sini, buat kita membuat sesuatu yang bodoh dan memalukan kadangkala, atau tidak, atau sekurang-kurangnya fikirkan sesuatu yang kita tak rasa kita harus fikirkan tetapi ia memaksa kita macam itu. Kemudian sementara itu kita masih perlu belajar, perlu bertumpu pada kerja rumah, membantu ibu bapa dan entah apa lagi. Begitu sibuk, kan? (Ya.)
Saya rasa bersimpati dengan manusia disebabkan itu. Itu sebabnya saya terus membantu. (Terima kasih, Guru.) Kerana saya tahu mereka semua ialah mangsa. Mangsa, mangsa, mangsa, A hingga Z. Kemudian ibu bapa, jika mereka baik, mereka ajar mereka apa yang baik. Jika mereka jahil juga seperti banyak orang yang lain, maka mereka ajar mereka apa yang jahil. (Betul.) Di sekolah, hanya ajar kita bagaimana membaca, menulis dan mengetahui perkara supaya mendapat pekerjaan yang baik. Kemudian mendapat pekerjaan yang baik, kita perlu ada isteri yang baik, keluarga yang baik. Itu saja kita diorientasikan. (Ya.) Jadi macam mana mereka ada masa untuk kembangkan kasih sayang, kebijaksanaan atau apa-apa yang lain? Saya pun begitu, saya bercakap benar. Kecuali pada hari-hari saya dapat bersuluk berseorangan dan sebagainya. Sekarang ini walaupun saya bersuluk, namun saya perlu bekerja. (Ya.) Dan kadangkala meskipun kamu tanya saya sesuatu, saya ambil masa beberapa hari untuk jawab. (Betul.) Saya jawab soalan yang lebih penting dulu dan buat kerja yang lebih penting dulu. (Ya, Guru.) Supreme Master TV pun, setiap hari saya memeriksa, jika tiada apa-apa yang begitu cemas, saya buat kerja lain dulu, (Ya.) jika saya ada kerja lain yang lebih penting, lebih cemas untuk dibuat. Kemudian saya duduk dan buat kerja Supreme Master TV. Kadangkala saya nak mendapat tahu sesuatu, meninjau sesuatu, maksud saya secara tak nampak di dalam. Saya terlupa. Atau saya buat separuhnya, kemudian terlupa saya perlu pergi buat kerja Supreme Master TV atau membersihkan rumah. Nasib baik, kononnya rumah saya hanya sebesar beberapa meter persegi. Itu bagus. Saya memilihnya kerana saya tak boleh tinggal di rumah yang lebih besar lagi walaupun lebih mudah. Tapi saya tak boleh kerana terlalu banyak kerja, terlalu banyak pembersihan perlu dibuat. (Ya, Guru.) Saya bukan malas. Saya suka mencuci, ia sejenis senaman, tapi saya tiada masa. (Ya.) Kerja dalaman pun, kadangkala saya abaikan dan rasa sangat tak sedap hati dengan itu. Banyak soalan saya perlu fikirkan jawapannya. (Ya, Guru.) Saya tak boleh hanya duduk di sini dan buat kerja luaran sepanjang hari, kemudian pada bila-bila kamu tanya saya soalan atau soalan kerja yang lain, saya boleh jawab dengan begitu saja. Tidak, tidak. Saya perlukan masa. (Ya, Guru.) Kerja Supreme Master TV pun, jika saya jawab soalanmu atau membetulkan rancangan, saya juga perlukan masa utk memikirkan cara mana lebih baik. (Ya.) Kadangkala saya dah buat pembetulan tetapi hantar kepada kamu lebih banyak pembetulan lagi lepas itu kerana lepas saya duduk bermeditasi, saya lebih banyak merenungkannya dan terfikir cara yang lebih baik. (Ya.) Jadi kadangkala kamu menerima dua atau beberapa kali lebih banyak pembetulan. Kamu tahu itu, kan? (Ya.) Sekurang-kurangnya editor tahu itu. (Ya, Guru.) Saya minta maaf daripada editor tapi saya bangga dengan kamu. (Terima kasih, Guru.) Saya bangga dengan kamu semua. (Terima kasih, Guru.) Kerana kamu ada idea yang baik dan buat kerja dengan baik, maksud saya sentiasa menjadi lebih baik sekarang. (Terima kasih, Guru.) Saya sangat gembira. Cuma lebih berjaga-jagalah. Itu kehidupan kita sekarang. Maaf, semua. Jika kamu mimpikan kehidupan lain, maka hentikannya. Ini kehidupan kita. Terimanya saja dan teruskan. (Ya, Guru.)