Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Mesej Ikhlas Mahaguru Ching Hai kpd Presiden Amerika, Donald Trump

2020-11-27
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Kamu mesti berjuang sehingga akhir, En. Presiden. Sementara saya bercakap sekarang, saya tak tahu berapa banyak kanak-kanak telah mati di luar sana. Oleh sebab kamu berdamai, jadi kanak-kanak masa depan takkan alami nasib itu lagi. Kamu tak boleh mengalah. Kamu perlu berjuang untuk mereka, En. Presiden!

Pada 24 November 2020, ketika Guru Yang Paling Dikasihi sedang meninjau keadaan salah seorang anggota pasukan Supreme Master Television, beliau bercakap tentang kerisauannya tentang Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dan berkongsi sebuah mesej cemas, tulus ikhlas untuknya.

Hai, halo, boleh kita bercakap? (Ya.) Adakah kamu sibuk? ( Tidak, saya tak apa-apa. ) Baiklah. Saya hanya nak tanya kamu sama ada kamu sudah kembali normal atau belum. Adakah kamu dah pulih sikit? ( Saya dah pulih sikit, Guru. ) Dah pulih sikit. (Ya.) Dah pulih 70 peratus? (Ya.) Baiklah. bagus. Esok, 80, lusa, 90. Tulat, 100 peratus. (Terima kasih, Guru.) Faham itu? (Ya.) Adakah saudara bawa makanan kepada kamu? Saya suruh mereka bawanya ke tempat kamu, kalau-kalau kamu terlalu letih, tak dapat keluar. ( Saya dapat sendiri pergi ambil makanan, tapi mereka cuba, tapi saya kata, “Tak apa,” dan sendiri pergi ambilnya. ) Baiklah. Lebih baik tak berfikir dirimu tak mampu (Ya.) kerana badan akan dengar. Mereka berfikir, “Dia kata aku kurang selesa, tak dapat pergi ke sana.” Kemudian sel buat begitu. (Faham, Guru.) Ya, jadi kamu beritahu dirimu, “Aku kuat, boleh lakukannya. Tak apa-apa, sementara waktu saja.” (Ya. Terima kasih kerana ambil berat.) Maksud saya, saya ada masalah juga tapi saya tak peduli. Saya berkata kepada sendiri, “Awak dah menjadi biasa dengannya. Awak dah tahu. (Ya.) Tiada apa-apa yang baru.” Saya berkata kepada sendiri, “Awak pernah sakit kepala, pernah sakit di sana, diamlah.” Saya memberitahu diri macam itu. Saya gembira dengan kamu dah pulih sikit. (Terima kasih.) Jika kamu tak rasa nak makan makanan pejel, masaklah sup. (Ya, Guru.) Sup sayuran, brot dan buah-buahan segar. Ia merupakan makanan untuk pulih. (Ya.) Buat badanmu tak perlu bekerja terlalu keras supaya ia bertumpu pada penyembuhan. (Ya, Guru.) Dan bersenam, udara segar. Okey? (Ya, Guru.) Pergi berjalan-jalan di sekitar taman, kawasan sekitar kamu. (Ya.)

Baiklah. Apa-apa yang baru yang telah kamu baca? Tidak? Ya? ( Tidak. Saya tak terlalu banyak membaca berita. ) Ya, ya, kerana kamu kurang selesa. Tak apa. Saya baru baca hari ini. Saya tak baca kelmarin, semalam kerana ada terlalu banyak kerja. (Ya.) Tapi saya buka telefon kerana saya perlu buat begitu untuk menghantar sesuatu. (Ya, Guru.) Kemudian saya ternampak Presiden Trump. Beliau dah sedia untuk peralihan dan saya berfikir, apa dalam itu. (Oh, tidak!) Adakah beliau tak pedulikan kita lagi? Maksud saya, beliau tak harus. (Tidak.) Belum berakhir lagi. Betul? (Ya.) Meskipun beliau takkan menang, peduli apa? Beliau tiada apa-apa utk hilang sekarang. Bukan? (Tiada.) Baiklah. Mungkin beliau boleh alihkan kuasa tetapi tak harus mengalah. Saya tahu sangat sukar bagi beliau. (Ya.) Kerana saya baca tajuk berita di telefon bimbit saya, (Ya.) nampaknya semua orang menentangnya. Hampir semua orang kecuali penyokongnya tetapi penyokongnya tiada suara yang besar seperti orang-orang yang menentangnya. (Ya.) Mereka ialah media, mereka ialah Dewan Senat, mereka ialah GOP (Parti Tua). Apa itu? (Anggota Republikan.) GOP, sesiapa saja. (Ya.) Agaknya itu anggota Republikan. Saya rasa begitu. Maksud saya, ya Tuhan, jika mereka tak dapat bantunya, mereka tak harus merebahkannya. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Bermakna cuba menawarkan hatinya. (Betul.) Cuba melemahkan semangatnya. Ya Tuhan, orang sudah hampir rebah ke lantai. Mereka tak harus buat begitu. Ini tak elok. (Tidak.) Saya tak rasa orang-orang ini dalam parti yang sama atau mungkin parti yg sama tetapi tidak. Saya tak tahu sama ada mereka ada impian yang baik untuk dunia atau apa-apa. Minta maaf! Saya tak minta maaf. Saya seorang warga bebas. Kita ada kebebasan bersuara. Betul? (Ya, Guru.) Saya tak sebut mana-mana nama tapi saya tak bersetuju dengan orang-orang yang mengejek presiden kamu. Beliau masih seorang presiden. Okey? (Ya, Guru.) Beliau masih Presiden Amerika Syarikat. Beliau belum harus mengalah. (Ya, Guru.) Tidak sehingga saat akhir, sehingga tiada cara lagi. ( Ya, Guru. ) Saya rasa bersimpati dengannya, tahu? Saya baca itu dan menangis. Saya berfikir... Saya harap beliau tak mengalah kerana saya masih berdoa untuknya. (Ya.) Kemudian mungkin beliau akan berubah. Saya tak nak kata apa-apa kerana kadangkala kita tak harus katakan sesuatu, okey? (Faham, Guru.) Tak harus mendedahkan sesuatu kerana kita di dunia musuh. Kita bukan di Syurga. Kita bukan di Rumah kita. Ya? (Ya, Guru.) Sebab itulah banyak perkara kamu tanya saya, saya kata tak boleh beritahu kamu. (Saya faham, ya.) Kerana seperti jika ada perisik di sekeliling, kita tak boleh bercakap dengan kuat kerana kita khuatir musuh akan terdengar kata-kata kita. Ya? (Ya.) Tapi jenis perkara ini, kita tak boleh tak bercakap dgn kuat pun. (Ya.) Kerana ada perisik tak nampak. Faham apa yang saya katakan? (Ya, faham.) Mereka akan cuba cari jalan untuk bertindak balas, kemudian akan menyusahkan kita. (Wau!) Menangguhkan rancangan kita, hancurkan idea kita atau hancurkan program kita, tahu? Segalanya adalah macam itu, begitu banyak perkara, tapi saya masih ada banyak harapan dan berdoa untuknya. Adakah kamu masih berdoa untuknya? (Ya, Guru.) Beritahulah semua rakan sekerjamu. (Ya, Guru.) Saya tak boleh memaksa sesiapa pun. Saya tak boleh merekomen atau apa-apa. Saya hanya minta jika kamu boleh. Okey? (Ya.) Berdoalah untuk beliau. (Kami akan buat begitu.)

Saya harap En. Trump takkan mengalah. Saya berfikir, adakah terdapat cara saya boleh hubunginya, beritahunya, menenangkannya dan beri galakan kepadanya? Tapi saya orang biasa saja. Saya tak kenali mana-mana anggota Republikan. (Oh!) Ya, dah tentu. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Kerana saya tak pernah terlibat dalam politik atau tak berminat. (Ya.) Tapi ini, saya nak beritahu En. Trump jika beliau dengarnya atau saya harap seseorang anggota taatnya mungkin memberitahunya apa yang saya nak beritahunya:

“Tolonglah, En. Trump, jangan mengalah. Tolong jangan mengalah. Kerana ini bukan untuk kamu. Saya tahu jika saya ialah kamu, saya juga akan mengalah lama dahulu lagi. Saya tak pedulikan kedudukan ini, Presiden atau apa-apa pun... Ia tak bererti bagi saya. Mungkin ia juga tak bererti bagi kamu tetapi rakyat mempercayai kamu dan bukanlah untuk kamu sendiri kamu harus berjuang untuk jawatan presidenmu yang wajar. Rakyat sayangi kamu. Bukan sahaja orang Amerika tetapi orang di dunia sayangi kamu. Kami sayangi kamu. Okey? Kami tak kenali kamu. Kami tiada hubungan dengan kamu tetapi kami memang sayangi kamu. Kami tahu kamu orang yang sangat baik. Kerana kamu buat banyak perkara betul yang orang menentang, seperti jika kamu keluar dari NATO, saya menyetujui itu. Apa yang mereka buat? Buat apa mereka perlu ada begitu banyak wang pembayar cukai hanya untuk bersedia untuk membunuh orang? Tak berguna. Pertubuhan-pertubuhan lain pun, satu hari mereka kata ini, satu hari mereka kata itu, bercanggahan dengan diri sendiri dan mengelirukan orang. Mereka dibayar tetapi tak buat kerja dengan baik. Jadi di mana-mana kamu keluar dari apa-apa pertubuhan, saya rasa kamu buat perkara yang betul! Sehingga mereka berubah. Okey?

Jadi mungkin tiada orang beritahu kamu bahawa kamu buat perkara yang betul tapi saya beritahu kamu sekarang. Saya merisikokan reputasi saya sebagai seorang pengamal spiritual, guru yang dipercayai oleh banyak orang di dunia. Saya merisikokan keselamatan saya juga untuk beritahu kamu ini. Bukan disebabkan kamu tetapi disebabkan perkara yang kamu buat yang beri manfaat kpd dunia. Kamu mesti berjuang sehingga akhir, En. Presiden. Bukan untuk kamu, bukan untuk keluargamu. Kamu ada anak, kamu faham, kamu tahu betapa kamu menyayangi anakmu. bayangkan jika anakmu dibom, dilumpuhkan, dibunuh di depan kamu juga... bagaimana perasaanmu? Tapi itu bagaimana beratus-ratus ribu orang kanak-kanak mati macam itu. Sementara saya bercakap sekarang, saya tak tahu berapa banyak kanak-kanak telah mati di luar sana. Mati muda, mati dengan tak berdosa, mati dengan tidak adil. Oleh sebab kamu berdamai, jadi kanak-kanak masa depan takkan alami nasib itu lagi. Kamu perlu... Kamu perlu berjuang, tak boleh mengalah. Kamu perlu berjuang untuk mereka, En. Presiden!

Saya tak pernah minta sesiapa buat apa-apa pun. Tapi saya minta kamu kerana saya ada harapan kamu ialah satu-satunya orang yg boleh lakukan ini dan kamu telah buktikannya. Kamu tak pernah kata kamu akan menjadi presiden, kemudian berdamai tetapi kamu berdamai dengan begitu saja. Nyawa berapa banyak ratus, ribu atau juta orang akan diselamatkan? Berapa banyak negara akan menjadi stabil, ada keamanan dan kemakmuran dan teruskan dgn kehidupan mereka disebabkan kamu. Berjuanglah untuk mereka. Hingga kini, bukan semua orang boleh berdamai seperti kamu, jadi tolong terus berjuang. Tak menjadi hal, kamu tak dapat meramalkan sama ada kamu menang atau kalah. Itu juga bergantung kepada karma negara kamu dan dunia, jadi berjuang saja. Hanya buat apa yang betul kerana kamu sebenarnya memenangi pilihan raya ini, Syurga beritahu saya itu dan saya tahu itu. Saya mengetahui banyak perkara yang saya tak boleh beritahu sesiapa pun. Tapi masa akan beritahu. Kamu tak boleh mengalah kerana mungkin parti lain berkuasa, kemudian mereka akan pergi mengebom kanak-kanak, mengebom wanita, mengebom orang tak berdosa sekali lagi dan tiada orang yg dapat hentikan mereka. Negara-negara ini bukanlah negara Barat. Ia bukan Amerika. Kebanyakan drpd mereka tidak mampu bayar untuk rawatan perubatan yang orang Barat atau orang Amerika mampu. Ia merupakan negara miskin. Mereka sudah miskin dan jika dicederakan, dicacatkan, dilumpuhkan oleh bom, senapang, apa-apa saja dalam peperangan, mereka akan mati atau banyak menderita. Fikirkanlah itu.

Apa-apa yang kamu buat adalah betul. Saya tahu kamu tak menerima perubahan iklim kerana kamu tak mengkaji itu. Kamu sangat sibuk dengan perniagaan, hal-hal lain. Saya tak menyalahkan kamu, tapi saya tahu, saya percaya jika kamu tahu lebih banyak, kamu akan segera membuat sesuatu. Kamu juga membuat sesuatu tetapi itu bukan yang paling penting. Seperti saya menyokong veganisme kerana veganisme membawa keamanan, kemakmuran dan kestabilan kepada iklim.

Saya bukan cuba berkhutbah kpd kamu tentang ini tapi saya mempercayai kamu. Sekurang-kurangnya kamu berdamai dan menyelamatkan nyawa manusia. Kamu selamatkan nyawa orang Amerika. Lelaki dan wanita muda yang cantik, kacak, cerdik ini tak boleh dibazirkan di tanah asing atau mana-mana pun. Kamu telah selamatkan nyawa mereka. Kamu membawa kegembiraan kepada keluarga mereka. Kamu membawa senyuman kepada isteri, anak mereka. Atas itu, saya ucapkan berbanyak terima kasih dan dunia berterima kasih kpd kamu juga atas masa depan yang aman damai. Ini sangat bererti kepada Syurga dan Bumi, sangat bererti kepada seluruh dunia. Jadi bukanlah untuk kamu sendiri kamu harus berjuang. Kamu perlu memikirkan orang lain macam itu.

Saya tahu kamu bukan vegan atau apa-apa, tak apa, kamu buat apa yang boleh saja. Okey? Saya tak menyalahkan kamu kerana banyak orang tahu tentang veganisme, itu baik untuk dunia. Banyak orang tahu dgn pasti apa boleh menyelamatkan iklim dan bercakap besar tentangnya. Mereka kata mereka akan buat ini, buat itu untuk iklim, membayangkan bahawa mereka akan mengembangkan veganisme dan sebagainya, semua itu kata-kata kosong saja. Tak bererti bagi saya, tak bererti bagi sesiapa pun. Jadi sekurangnya kamu terus terang dan jujur. Kamu tak percaya, kamu kata kamu tidak, dan apa-apa pun yang kamu percaya, kamu tak bercakap besar tentangnya, tak menjanjikan apa-apa pun. Kamu lakukannya saja, sekarang juga, pantas, sepantas yang boleh. Jadi saya amat berterima kasih atas kepimpinan kamu. Tolong cuba terus menuntut balik tempatmu yang wajar... sebagai seorang pemenang.”

Kamu okey, wanita? (Ya.) Okey, kerana saya terdengar bunyi bising, mungkin kamu menangis. Saya berfikir mungkin... Saya beritahu kamu... Minta maaf, saya penuh emosi tetapi presiden kamu tak harus mengalah. (Ya, Guru. Terima kasih.) Saya tak pernah menyokong mana-mana pemimpin macam ini. Kamu tahu itu. (Ya, saya tahu, Guru.) Kamu pasti tahu akan itu (Ya.) dan saya tak rasa saya akan buat begitu lagi. Jadi benar-benar daripada hati saya, bukan daripada telepandu atau apa-apa macam itu, daripada skrip sedia, penulis siluman atau apa-apa pun. (Ya, Guru.)

Semuanya daripada hati saya. Saya harap kata-kata ikhlas saya akan sampai kepada presiden kamu. (Saya harap begitu juga, Guru.) Mungkin berikan sedikit lagi galakan kepadanya supaya beliau tidak mengalah. Mereka menyerang kebanggaannya. (Ya, Guru.) Mereka memprovokasinya supaya beliau mengalah. Tapi itu hanyalah perangkap dan penipuan. Beliau tak harus buat begitu. Beliau seroang lelaki yang bijak. Beliau tak harus buat begitu. Beliau tak harus dengar kata-kata sesiapa pun kecuali hati sendiri (Ya.) dan kecuali Tuhan. Dengar kata-kata malaikat di sekeliling, dengar kata-kata Tuhan di atas kamu kerana kamu ialah orang yang muhsin. (Ya.) Sebab itulah saya beritahu kamu ini, En. Presiden. Saya tidak berasa malu menunjukkan emosi saya dan sokongan kepada kamu kerana saya tahu itu betul. Saya bukan menyokong kamu, En. Trump, saya menyokong impian kamu, kerja kamu, tindakan kamu yg menyelamatkan nyawa kerana sangat jarang dunia dapat lihat pemimpin seperti kamu. Jadi saya hendak beritahu kamu, ini suatu arahan. Kamu mesti berjuang. Kamu seorang lelaki, jangan mengalah. Itu saja yang saya nak beritahu kamu. Walaupun mereka beri tekanan kpd kamu, memalukan kamu, mengaibkan kamu, menjatuhkan maruah kamu, cuba segala-galanya untuk beri tekanan kepada kamu supaya segera mengalah, jangan buat begitu. Kerana semua lelaki agung, wanita agung yang ditakdirkan untuk buat sesuatu yang hebat untuk dunia, benar-benar hebat, mereka tak pernah 100% disokong oleh dunia, hampir sebaliknya. Itu pengorbanan yang perlu orang agung buat. Itu caranya. Jadi kamu terus buat apa yang boleh. Bekerja bersama peguam, kawan, penyokong kamu. Kamu juga perlu mempertimbangkan penyokong kamu yang hancur hati dengan keputusan pilihan raya yang tidak adil. Sesetengah orang merisikokan pekerjaan, keselamatan untuk mempertahankan kamu. Jadi untuk semua orang ini dan dunia, kamu mesti teruskan. Kamu tak boleh mengalah. Saya juga hadapi banyak kesusahan dalam misi saya, selama ini hingga sekarang tetapi saya tidak mengalah. Jadi jika kamu seorang lelaki, kamu seharusnya lebih baik. Kamu seorang lelaki, kamu tak boleh mengalah, tidak sehingga saat akhir jika tiada harapan lagi, tiada cara lagi untuk berjuang. Kamu mesti teruskan, En. Presiden. Saya harap saya boleh sendiri menyampaikan ini kepada kamu tetapi saya orang biasa saja dalam arena politik. Saya tak berkuasa. Saya hanya nak beritahu kamu permintaan jujur, ikhlas saya. Semoga selamat berjaya, mendapat tuah yang kamu wajar peroleh. Semoga kamu dilindungi oleh Syurga dan orang. Amin. (Amin.)

Baiklah, rasanya saya tercungap-cungap sekarang. (Oh, Guru!) Ya. Baiklah. (Terima kasih, Guru.) Adakah kamu ada apa-apa yang nak beritahu saya? Jika tidak, maka saya akan teruskan kerja saya. (Baiklah, Guru. Terima kasih.) Ini ledakan emosi secara tiba-tiba tetapi saya benar-benar nak bercakap tentangnya. (Ya, Guru. Faham.) Sekarang saya telah meluahkannya. Saya harap kata-kata saya akan sampai kepada presiden kamu. (Ya, Guru.) Kerana saya ikhlas. (Ya, saya tahu.) Saya berniat baik. (Ya.) Saya memang harap anggota Republikan yang mengenalinya boleh menyampaikan mesej ini kepadanya. Saya tak tahu sama ada sesiapa pedulikan apa yang saya katakan tapi saya harap mungkin ia disampaikan kepadanya. (Ya.) Hanya untuk mengingatkan beliau bahawa beliau perlu teruskan caranya dan apa tujuannya. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Itu bukan untuk dirinya sendiri, jadi beliau tak harus rasa malu, murung atau kecewa akibat sesiapa pun. (Betul.) Beliau harus dengar kata-kata hatinya. Dengar kata-kata malaikat, dengar kata-kata Tuhan. (Ya, Guru.) Dan teruskan misinya. (Ya.)

Baiklah. Kamu ada apa-apa yg nak beritahu saya? (Tidak, Guru. Terima kasih.) Tidak? Saya rasa kamu juga tak dapat kata apa-apa lagi, kan? Apa yang kamu rasa? Apa yang kamu nak beritahunya sebagai warga Amerika? Saya tahu mungkin kita orang biasa saja tapi kamu boleh beritahu apa yang kamu mahu, meluahkannya. Mana tahu... ( Saya tak mahu beliau mengalah ) Ya. ( kerana saya mahu dunia aman damai ) Ya. ( dan beliau salah seorang pemimpin yang berani berdamai dan tak sentiasa pergi berperang untuk segalanya. ) Ya. ( Beliau berani menjadi berbeza dan berdamai. Dunia perlukan itu sekarang dan kita tak boleh teruskan dengan cara kita. ) Ya, ya. ( Jadi saya benar-benar hargai kata-kata Guru kepadanya. Saya harap beliau dengar. ) Ya, okey. Ya. Kita terus berdoa untuknya. (Ya.) Sama ada sesiapa peduli atau tidak. Kita lakukannya saja. (Ya, Guru.) Kerana saya rasa beliau satu-satunya harapan kita. (Ya.) Malah untuk Dunia Vegan atau perubahan iklim. Kerana banyak orang hanya menggunakan itu untuk sebab politik, (Ya.) untuk mendapat undi, mendapat kepercayaan atau memungut wang, (Ya.) apa-apa saja motif mereka tetapi mereka tak buat banyak. Hingga kini, iklim menjadi lebih teruk dan orang sudah alami kebuluran, kemarau dan cuaca ekstrem, segala-galanya. Mereka semua tahu akannya. (Ya.) Mereka kata mereka akan melakukan ini, melakukan itu. Mereka tak buat apa-apa pun. Tiada apa-apa yang penting. (Ya.) Jadi meskipun Presiden... mereka beritahu saya bahawa beliau menafikan perubahan iklim. Saya tak tahu banyak tentang itu kerana dah bertahun-tahun saya tak baca berita atau apa-apa pun. (Ya, faham.) Hanya mungkin sekali-sekala, sesuatu istimewa, jadi saya melihat sepintas lalu tajuk berita. Tapi hanya sekarang saya benar-benar lihatnya disebabkan oleh wabak yang sangat serius. (Ya, Guru.)

Saya ambil berat tentang saudara manusia kita, jadi terus mengikuti berita. Apa-apa yang boleh saya katakan, saya telah katakan. Saya bantu dengan apa-apa saja yang boleh saya bantu, sekurang-kurangnya orang kita, saudara seguru kamu. (Ya.) Saya rasa bertanggungjawab sebagai guru. Saya perlu melindungi kamu, jadi saya mesti tahu banyak perkara. (Ya. Terima kasih, Guru.) Walaupun saya tahu, saya perlu ada bukti saintifik. (Ya, faham.) Oleh itu, saya perlu mengikuti semua itu. Kemudian secara sampingan saya tahu tentang En. Trump dan segala perbuatan tak adil, tiada justifikasi semua orang terhadapnya. Itu tidak adil dan tidak elok. (Tidak.) Saya harap penyokongnya terus menyokongnya, sekurangnya dari segi mental, emosi, berada di sebelahnya. (Ya.) Dan jangan biarnya terlalu sunyi, berseorangan dan dikelilingi oleh semua kononnya kawan, rakan sekerja, anggota parti, media dan semuanya yang kejam ini. Ya Tuhan! (Ya.) Macam... menerkam satu orang.

Rasanya saya dah cukup bercakap. Kamu nak kata apa-apa lagi kepadanya? Mungkin beliau takkan dengar katamu tetapi kamu katakannya saja. Mana tahu? Maka kamu meluahkannya. Sama seperti apa yang saya buat sekarang. Saya tak tahu sama ada beliau tahu akannya pun. ( Ya. Saya tak mahu beliau mengalah dan saya... En. Presiden, tahulah bahawa kami sayangi kamu dan kuatkanlah diri. ) Beliau satu-satunya harapan bagi dunia sekarang. (Ya.) Pemimpin-pemimpin lain hanya buat kerja mereka seperti biasa, hanya mendapat gaji, hanya diundi, hanya apa-apa saja. Hanya untuk menyenangkan semua orang yang lain di sekeliling, sama ada betul atau salah. (Ya.) Beliau satu-satunya orang yang menyatakan fikirannya dan buat apa yang beliau rasa betul (Ya.) walaupun beliau tak janjikan apa-apa pun. (Ya.) Pemimpin seharusnya macam itu, seharusnya terus terang. (Ya.) Jujur. (Ya. Ikhlas.) Ikhlas, ya, begitulah. Ikhlas, itu perkataannya. Beliau orang yang ikhlas. (Ya.) Sebab itulah saya suka akannya. Syurga suka akannya juga. Mereka semua menyokongnya. Semua Syurga mahu beliau menang dan orang yang tak terkira di dunia mahu beliau menjadi Presiden sekali lagi. (Ya.) Saya harap beliau boleh menjadi Presiden selama-lamanya. (Wau!) Ya, tapi tiada pindaan sebegini di Amerika, kan? (Tiada.) Setiap presiden boleh teruskan untuk dua penggal saja maksimum, kan? (Ya.) Tapi di Rusia, presiden mereka boleh menjadi presiden untuk masa yang panjang. (Ya.) Saya rasa mungkin kamu harus meminda perlembagaan kamu juga. Ya, mereka harus memindanya. (Ya.) Memindanya supaya presiden yang baik seperti Presiden Trump boleh teruskan selama-lamanya. Atau selama yang perlu. (Ya.) Atau sehingga orang tak mahukan beliau lagi. (Ya.) Jika beliau buat sesuatu yang salah. Tapi presiden ini akan buat dengan semakin baik. (Wau, ya!) Jika saya ada sebarang kuasa, saya akan meminda undang-undang dan biarnya memerintah, biarnya membantu dunia dengan kedudukan berkuasanya. (Ya.) Kerana di dunia ini, jika kita tiada jenis kuasa duniawi ini, kita tak dapat buat banyak. Jadi itu bagus. Di Rusia, Presiden Putin boleh menjadi presiden hampir selama-lamanya. (Wau!) Mereka meminda perlembagaan. Apa salahnya jika beliau tak buat apa-apa yang salah, jika beliau bawa keselamatan dan keamanan kepada negaranya. (Ya.) Sekurang-kurangnya keamanan (Ya.) dan kemakmuran. (Ya, Guru.) Beliau tak menindas orang dan orang bebas membuat apa yang mereka mahu, pergi ke mana-mana saja yg mereka suka dan menjalani kehidupan mereka. (Ya.) Sekurang-kurangnya keamanan. Keamanan ialah ubat paling baik untuk mana-mana negara. (Ya.)

Saya nak mengatakan sesuatu lagi. Okey? (Ya, Guru.) Baiklah. Ini lebih rasmi dan serius. Presiden Trump, saya terlalu penuh emosi tadi, saya nak tambahkan sesuatu dengan tenang. Secara serius, kamu perlu teruskan dengan pertarungan undang-undang sehingga kamu tak dapat bertarung lagi. Kamu tak boleh mengalah. Kamu perlu memikirkan semua mangsa peperangan selama ini hingga sekarang.

Kita tak bercakap tentang sejarah peperangan yang panjang. Kita bercakap tentang peperangan hampir dua dekad di Afghanistan, contohnya. Berapa banyak orang mati, berapa banyak kanak-kanak menderita, berapa banyak balu. Fikirkanlah mereka. Tahulah, semalaman, mereka menjadi balu, kemudian semalaman, mungkin, mereka dipaksa menjadi hamba orang kaya kampung atau dianiayai oleh mereka supaya dia boleh terus hidup demi anak. Fikirkanlah kanak-kanak... tiba-tiba menjadi anak yatim, tak berumah. Kehilangan tangan, kehilangan kaki, merangkak di jalan untuk sedikit roti berkulapuk, menahan buli, gangguan atau pencabulan kehormatan di mana-mana saja semasa peperangan, disebabkan oleh peperangan, tergoda ke dalam rumah pelacuran atau menyertai kumpulan revolusioner, kononnya ‘pengganas’. Kemudian dibom sekali lagi, kali kedua, kali ketiga... sehingga saki-baki kepercayaan kepada Tuhan hancur, kehidupannya hancur juga! Dan tiada masa depan lagi kecuali di medan perang yang berlumuran darah, dalam peperangan tak berhujung yang menumpahkan darah. Atau mereka perlu datang bekerja sebagai buruh kanak-kanak dalam pekerjaan bayar kurang. Tapi mereka tak dapat bekerja dengan tenang pun untuk mendapat sedikit upah. Kerana hipokrit akan datang dengan sut besar, kamera besar dan banyak kakitangan, mendedahkan majikan untuk buruh kanak-kanak paksa dll. Kemudian kanak-kanak itu tiada lagi upah yang sedikit pun. Maka kamu boleh bayangkan mereka menjadi apa. Mereka sama ada boleh menyertai kononnya ‘pengganas’ atau pergi ke rumah pelacuran atau merangkak di jalan di sesuatu tempat. Atau dicabuli dengan tiada orang peduli pun kerana mereka tiada tempat untuk pergi. Mereka menjadi golongan tersisih dalam masyarakat, di dunia kita.

Tolonglah, En. Presiden, ini tak boleh diteruskan selama-lamanya. Peperangan akan wujudkan lebih banyak peperangan, wujudkan lebih banyak kononnya ‘pengganas’. Dan lebih banyak kononnya ‘pengganas’ akan wujudkan lebih banyak peperangan. Ini kitaran yang tak berhujung. Kamu boleh mengakhirinya. Kamu telah buat sebahagiannya untuk mengakhiri peperangan. Penyelesaiannya ada dalam Injil yang kita gunakan utk berdoa setiap hari. “Apa yang kita semaikan, itulah yang akan kita dapat.” Hanya tenaga pemurah KEDAMAIAN dan VEGANISME dapat menyingkirkan kuasa jahat. Maka semua makhluk akan sejahtera. Mengapa ampuni ayam belanda saja? Ampuni saja semua makhluk! Sama seperti yang Setiausaha Pertahanan En. Miller katakan, “Semua peperangan mesti berakhir.” Tak pernah ada peperangan yang baik. Kita tak dilahirkan di planet ini hanya untuk membunuh. Sama ada manusia atau haiwan. Semua peperangan ini mesti dihentikan. Kami bergantung pada kamu. Banyak orang bergantung pada kamu. Orang yang tak terkira berterima kasih kepada kamu kerana wujudkan keamanan di negara mereka supaya mereka boleh berasa lega dan menanti-nanti masa depan yang lebih cerah. Baiklah, saya tak bercakap dengan terlalu panjang lagi. Kamu mesti berjuang, En. Presiden, pertarungan undang-undang yang wajar. Jangan mengalah, demi semua mangsa peperangan, masa dahulu, sekarang dan masa depan. Tuhan rahmati kamu, En. Presiden. Tuhan rahmati Amerika. Semoga Amerika Menjadi Hebat Semula. Terima kasih.

Baiklah, sayang. Saya rasa lebih baik saya kembali ke kerja saya sekarang. (Baiklah, Guru.) Pada asalnya hanya nak tanya kamu sama ada kamu okey, kemudian kita berdua menangis seperti bayi. Mungkin kita telah menjadi bayi. Setiap hari jika saya berhenti berfikir, maka saya boleh bertumpu pada kerja saya... Mungkin saya berhenti seketika utk fikir. Tapi sewaktu saya senggang sikit, saya memikirkan orang yang menderita di dunia disebabkan oleh peperangan, (Ya.) kebuluran akibat peperangan dan haiwan yang begitu banyak menderita dalam tangan manusia yang kejam, saya sentiasa menangis. (Ya.) Sebab itulah mata saya tak sebaik dulu lagi. (Wau!) Saya nak minta seseorang beli cermin mata yang lebih baik. Tak apa, tak begitu cemas, saya masih ada kanta pembesar ini. (Ya.) Jadi saya memakai cermin mata tetapi juga menggunakan kanta pembesar. (Oh, wau!) Ya, supaya saya dapat baca perkataan pada komputer. Dulu saya dapat, sekarang tak dapat. (Oh!) Saya rasa saya terlalu banyak menangis, tidak baik untuk saya. Saya cuma harap air mata saya akan membersihkan karma manusia dan haiwan dan biar kita segera ada keamanan dan veganisme. (Ya, Guru.)

Saya ada bercakap dengan saudaramu. Saya kata kita tambahkan satu hari lagi untuk doa Dunia Vegan. (Ya, saya nampaknya.) Mungkin orang luar takkan melakukannya tapi sekurang-kurangnya kita lakukannya. (Ya, Guru.) Ia akan menjadi lebih baik, lebih cepat. Kerana sebelumnya saya tak boleh minta terlalu banyak macam itu. Perlu sedikit demi sedikit. (Ya.) Kerana jika orang luar bermeditasi dan berdoa bersama kita, kuasanya akan terlalu banyak bagi mereka. (Ya.) Tapi sekarang mungkin mereka dah menjadi biasa dengannya. (Ya.) Jadi kita boleh tambahkan lebih banyak kuasa berkat ke dalam perhimpunan dan doa itu. (Baiklah. Terima kasih, Guru.)

Kamu terus menjaga diri. (Ya, Guru. Terima kasih.) Itu bukan semuanya salah kamu. Itu karma dunia dan pengaruh kuasa negatif yang masih ada dalam diri manusia. (Ya, Guru.) Baiklah. Kita menahan, melangsaikan segalanya. Kita melangsaikan apa-apa saja asalkan orang lain ada keamanan & keselamatan. (Ya, faham.) Kita cuba sebaik yang boleh. Terima kasih. Tuhan rahmati kamu. (Terima kasih, Guru.) Tuhan rahmati kamu. (Jagalah diri. Ya.) Ya, dan Tuhan beri ganjaran kepada kamu. Saya akan cakap dgn kamu lain kali. OK? (Okey, Guru. Terima kasih.) Baiklah. Tapi jika kamu benar-benar tak dapat... tak rasa mampu, biarlah wanita bantu kamu. (Ya, Guru.) Kerana mereka hanya bawa makanan, bukanlah hal besar. Kamu tinggal bersebelahan. Okey? (Ya, Guru.) Mungkin suatu hari, kamu akan buat begitu terhadap mereka. (Ya.) Setiap orang ada hari-hari tak bertuah atau ketakselesaan fizikal. Jangan ragu-ragu, jangan rasa malu. (Okey, Guru. Terima kasih.) Baiklah. Kamu jagalah diri baik-baik, memang, wanita. (Ya.) Saya kasihi kamu. (Terima kasih. Saya kasihi Guru juga.) Ya. Jumpa lagi. (Jumpa lagi.)

Kami amat berterima kasih, Mahaguru Ching Hai Yang Paling Berbelas Kasihan, atas Kasih Sayang Guru terhadap semua makhluk dan berkongsi mesej penting untuk Presiden Donald Trump ini dan masa depan dunia kita. Kami berdoa agar Presiden Trump akan dengar dan beri perhatian kepada kata-kata Guru, teruskan dalam kekuatan dan perlindungan Syurga dengan usaha keamanan mulia untuk kesejahteraan semua warga dunia dalam Kasih Sayang Tuhan.

Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android