Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kerja Berani Mahaguru Ching Hai untuk Dunia, Bahagian 9 daripada 12

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Saya belum tinjau sama ada vaksin baru akan berkesan atau tidak, akan bantu mencegah jenis virus yang baru atau tidak. Enam varian virus yang baru telah ditemui. Di tempat-tempat yang berlainan, mereka asyik membunuh banyak ayam, beribu-ribu, beratus-ratus ribu atau berpuluh-puluh ribu drpd mereka sekali lagi, serta mink dan itik.

Saya ceritakan sebuah kisah, singkat. Di Âu Lạc (Vietnam), ini kisah sebenar. Sangat lama dahulu, ada seorang lelaki yang membuat sup ayam untuk dijual dan juga menjual daging ayam bersama dengannya. Pada suatu hari, dia sakit. Kemudian dia berbaring di sana selama banyak hari. Tidak mati. Hanya tak sedarkan diri. Hanya masih ada sedikit nafas. Jantungnya masih berdenyut dengan lemah. Jadi keluarganya belum mengebumikannya. Dia kekal macam itu utk suatu tempoh masa.

Dah lama saya baca kisah itu. Ada banyak kisah macam itu di Âu Lạc (Vietnam). Bukan satu saja. Saya bacanya ketika masih muda. Saya dah lupa. Saya sangat meminati hal kelahiran semula dan spiritual sejak masih muda lagi. Saya baca banyak daripadanya. Ini salah satu daripadanya saja. Tetapi kisah yang hampir sama, jadi saya tak perlu ulanginya. Hanya sebuah kisah dah cukup. Ini kisah terkini yang saya baca dan masih ingat orang itu. Dia berbaring di sana untuk masa yang panjang tetapi tak mati, tak menunjukkan tanda mati, menderita atau apa-apa. Jadi keluarganya berikan ubat. Dia tetap tak sembuh. Jadi lepas itu mereka biarnya berbaring di sana, tunggu dia mati dan mengebumikannya. Segalanya sudah sedia untuk pengebumian. Kemudian dia kembali. Kerana dia menceritakan kisahnya. Dia tukar pekerjaan dengan serta-merta. Dia kata, “Bebaskan semua ayam. Bebaskan mereka semua. Beri makan mereka dan biar mereka mati secara semula jadi. Asingkan mereka agar mereka tak melahirkan ayam lagi. Kemudian yang selebihnya, beri makan sehingga mati secara semula jadi, kemudian kebumikan mereka dengan rasa hormat di dalam kubur dan sebagainya. Tak bunuh mereka lagi.”

Semua ahli keluarga, jiran, doktor dan kawan berasa sangat terkejut. Mereka kata, “Tapi mengapa? Penyakitmu telah mengubah otakmu? Ia telah rosakkan otakmu atau sesuatu? Perniagaan kita ini baik. Mengapa tiba-tiba selepas kamu hidup semula, kamu kata, ‘Kita jangan menjalankan perniagaan ini lagi.’”

Jadi dia kata, “Saya pergi ke neraka.” (Oh!) “Kemudian saya menemui hakim neraka. Sebelum itu, begitu banyak ayam datang mematuk seluruh badan saya. Kesakitannya, saya tiada perkataan untuk gambarkan. Mereka asyik mematuk saya. Saya asyik meminta mereka berhenti tetapi mereka tak berhenti. Semua syaitan berdiri di sekeliling tetapi mereka tak buat apa-apa pun. Saya meminta, ‘Tolong berhenti! Semua ayam, jangan mematuk aku. Jangan mencederakan aku.’ Tiada sesiapa yang dengar, kemudian saya teringat akan Boddhisatva Quan Yin. Saya berdoa kepada-Nya, ‘Tolonglah aku.’”

Walaupun orang Âu Lạc (Vietnam) atau banyak orang Asia menjalankan jenis perniagaan ini atau membunuh haiwan, namun mereka tetap berdoa kerana kebanyakannya ialah penganut Buddha. Mereka ada patung Boddhisatva atau gambar Mereka di rumah. Setiap hari mereka nyalakan colok, letak bunga segar dan makanan, buah-buahn untuk ditawarkan. Oleh sebab sepanjang hidupnya dia buat begitu, jadi dia teringat akan Boddhisatva Quan Yin pada masa itu, jadi berdoa kepada-Nya.

Kemudian Boddhisatva Quan Yin datang. Dia hentikan semua ayam itu. Dia kata, “Nanti dulu. Kita akan berbincang, okey? Engkau lepaskan orang ini sekarang.” Kemudian mereka berhenti dengan serta-merta. Mereka semua menyembah Boddhisatva Quan Yin, dah tentu. Kemudian orang itu, pesakit di neraka itu berkata, “Terima kasih,” dan bersujud kepada Boddhisatva Quan Yin dan meminta Boddhisatva Quan Yin bantu dia. Dia masih perlu menyara keluarga. Dia tak boleh mati dan tak boleh dihukum macam ini. Boddhisatva Quan Yin berkata, “Engkau hanya makan vegetarian pada hari pertama setiap bulan dan tak buat apa-apa yang baik. Engkau bunuh begitu banyak haiwan macam ini. Mana boleh engkau hidup semula? Engkau akan dihukum macam ini selama-lamanya atau sekurang-kurangnya masa yang sangat, sangat panjang. Kemudian lepas dah siap, lepas semua roh ini telah lahir semula, engkau perlu lahir semula sebagai ayam secara berulangan untuk dibunuh, direbus, dikerat kerongkong dan dicabut bulu pelepah hidup-hidup, dan menendang, terus mencabut bulu pelepahmu secara berulangan sebanyak beribu-ribu kali kerana itu jumlah ayam yang telah engkau bunuh dan penderitaan yang telah engkau lakukan terhadap mereka. Engkau perlu menderita secara berulangan dan berlipat ganda.”

Orang itu begitu takut. Dia asyik bersujud, menyembah Boddhisatva Quan Yin. “Tolonglah. Ada apa-apa tak? Tolonglah aku. Aku akan berubah. Aku akan berubah, akan berbuat baik. Aku akan menjaga ayam. Aku takkan melakukan perbuatan buruk itu lagi. Aku akan tukar pekerjaan. Meskipun aku mati, aku akan tukar. Tolonglah aku. Tolong buat sesuatu. Tolong beritahu aku apa yg nak dibuat?” Jadi Boddhisatva Quan Yin berkata, “Baiklah. Kami boleh meminimumkan hukumanmu tetapi engkau perlu benar-benar berbuat baik, sebaik yang boleh. Bantu sebanyak yang boleh. Bantu orang, okey? Jual hartanahmu. Hanya ada yang minimum. Berikannya kepada orang miskin. Kemudian menjaga haiwan sebanyak yang boleh. Hanya ada yang minimum untuk diri sendiri dan keluarga. Kemudian berbuat baik, berbuat amal. Pergi ke tokong sebanyak yang boleh dan melafazkan kitab untuk semua roh ayam yang engkau bunuh, sebanyak yang boleh setiap hari, tak berhenti, siang dan malam, pada bila-bila boleh, sepanjang masa. Kemudian kamu mendedikasikan semua pahala ini kepada semua ayam yang telah engkau bunuh. Maka engkau akan dibebaskan juga.”

Jadi dia kata dia akan buat semua itu. Kemudian dia kata, “Tolonglah, boleh aku pergi sekarang. Aku ingin sekali hidup semula dan buat apa yang telah aku janjikan. Jadi Boddhisatva Quan Yin tanya semua ayam sama ada mereka bersetuju untuk berikan pemaafan dan peluang kepada orang itu utk menebus dosanya. Jadi ayam berkata, “Apa-apa yang Bodhisattva katakan, kami patuhi. Kami nak dibebaskan juga. Kami nak berbuat baik juga. Itu mungkin karma kami yang telah kami lupa juga. Sebab itulah kami menjadi ayam.” Jadi mereka semua cakap dgn penuh falsafah, kemudian Bodhisattva berkata, “Baiklah, bagus. Sekarang aku perlu tanya warden neraka, ketua, lihat apa yang dikatakannya, sama ada dia akan lepaskan atau tidak.” Jadi warden berkata, “Boleh, disebabkan campur tangan Bodhisattva. Kami sangat hormati Engkau. Tapi dia terlalu berdosa. Dia perlu alami sesuatu sekurang-kurangnya sebelum boleh pergi. Kerana jika tidak, tak adil bagi seluruh alam semesta lihat. Aku ialah hakim. Aku perlu melaksanakan tugasku.”

Jadi Bodhisattva pun tak boleh meminta pemaafan sepenuh. Nampak tak itu? (Ya, Guru.) Jadi Bodhisattva berkata, “Baiklah, maka apa hukumannya?” Dia kata, “Dia perlu menelan pelet besi panas. (Wau!) Panas, berbara. Pelet besi yang dibakar, banyak, kemudian dia boleh pergi.” Jadi Boddhisatva Quan Yin tanya orang itu sama ada dia bersetuju dengan itu. Dia kata, “Dah tentu. Itu sangat menyakitkan tapi aku bersetuju dengan itu. Tolonglah, jika tiada pilihan lain.” Tiada pilihan, dah tentu, jadi syaitan menekannya ke bawah, buatnya berlutut di sana dan buka mulutnya. Walaupun dia nak tutup mulut, dia tak dapat. Ia terbuka macam ini dan pelet besi panas masuk ke dalam satu demi satu sehingga berhenti, sehingga dah siap. Sangat menyakitkan, seperti kita lakukannya dengan badan fizikal. (Ya, Guru.) Jadi jangan ingat apabila kita ada badan astral, kita tak rasa sakit. Kita rasainya. Kita rasa lagi sakit. (Wau!) Kerana segalanya terbuka. Semua deria terbuka. Tiada apa-apa yang melindungi kita. Tapi dia tidak mati, hanya rasa sakit tetapi tak berdaya. Dia tak dapat bergerak, tak dapat tutup mulut, tak dapat lari, apa-apa pun. Hanya sakit, itu apa yang dirasainya. (Ya, Guru.) Saya tak mahu kamu memahaminya pun, tapi tak apa. Kamu faham. Kamu dapat bayangkan itu. Bayangkan macam mana rupanya.

Jadi dah tentu lepas itu, syaitan dari neraka, mereka berdua bawanya balik ke badannya. Kemudian dia kembali ke badannya. Masih rasa sakit tetapi tak seperti terbakar di neraka. Dia pulih, kemudian dengan serta-merta tutup perniagaan itu, tak membunuh ayam lagi, menjaga mereka dan jual apa-apa saja yang boleh. Hanya ada sekadar cukup untuk diri sendiri dan keluarga. Itu kisahnya. Dia menulisnya dalam buku kecil dan mencetaknya. Dalam buku itu, saya masih ingat dia minta sesiapa yang boleh, cetaknya, tolong cetak lebih banyak dan berikan kepada orang lain supaya mereka mendapat pengajaran. Tapi hanya dalam bahasa Âu Lạc (Vietnam). Bagi kisah ini, orang tak buatnya besar. Ia tak bersifat antarabangsa, Berita CNN, FOX atau apa-apa saja. Jadi ini hanyalah antara mereka, di kampung dan mungkin lebih jauh sikit di negara Âu Lạc (Vietnam), sesuatu tempat. Sesiapa yang mempercayainya mencetak dan memberikannya. Saya mendapat satu salinan itu, itu saja. Dulu saya baca banyak kisah macam itu di Âu Lạc (Vietnam). Saya berminat. Itu soalanmu dijawab, secara sampingan, kan? (Ya, Guru.) Baiklah. Bagus. Ada soalan lagi, sayang?

(Saya perlu menyusul soalan COVID itu, Guru.) Ya. (Guru berkata sebelumnya bahawa virus COVID, roh mereka adalah bijak, jadi bermutasi.) Ya. (Dengan ciptaan vaksin yang berjaya dengan berkat Tuhan, adakah ini bermakna roh ini telah ditenangkan dan takkan bermutasi lagi?)

Oh, tidak! Mereka akan terus bermutasi. Ahli sains telah menemui enam, tujuh atau lebih banyak mutasi, lebih banyak varian virus. Jenis yang berlainan sekarang, baru! Baru ditemui. Saya baru lihat dalam berita semalam dalam tajuk berita. Saya tiada masa untuk bacanya. Rasanya saya akan hantarnya kpd kamu, pasukan skrip atau sesuatu untuk maklumat kamu kalau-kalau kamu berminat, memerlukannya untuk lebih banyak mengkaji dan menulis rencana, menulis rancangan atau sesuatu. Saya hantarnya. Saya baca sepintas lalu laporan berlainan. Tapi saya rasa enam, lapan atau tujuh. Tapi banyak, sekurang-kurangnya enam jenis, saya masih ingat. Jenis yang berlainan sekarang. Jadi saya tak pasti.

Saya belum tinjau sama ada vaksin baru akan berkesan atau tidak, akan bantu mencegah jenis virus yang baru atau tidak. Enam varian virus yang baru telah ditemui. Di tempat-tempat yang berlainan, mereka asyik membunuh banyak ayam, beribu-ribu, beratus-ratus ribu atau berpuluh-puluh ribu drpd mereka sekali lagi, serta mink dan itik. Orang membunuh mereka disebabkan flu atau COVID. Asyik membunuh. Apa gunanya semua ini? Mengapa mereka tak sedar? Ya Tuhan. Begitu logik apa yang saya katakan, kan? (Ya, Guru.)

Dan kita tak mahukan apa-apa daripada mereka juga. Kita tak tahu pun mereka tinggal di mana, siapa nama mereka. Kita tak tahu pun nombor telefon mereka, tak dapat berhubung, apa-apa pun. Saya tak mahu apa-apa drpd sesiapa pun dan kamu semua tahu akan itu. Kamu semua ialah saksi saya, kan? (Ya, Guru.) Kita tak pernah meminta apa-apa daripada sesiapa pun, kan? (Tidak, Guru.) Atas sebarang sebab. Hanya mahu mereka sejahtera, mahu dunia sejahtera, mahu planet ini terus wujud dengan aman dan kaya dengan sumber untuk semua orang nikmati. (Ya.) Baiklah. Adakah itu sambungannya? Saya telah jawab soalanmu atau belum? (Ya, Guru.)

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (9/12)
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android