Yang penting bukan mereka mati. Jika mereka mati terlalu awal, mereka tiada masa yang mencukupi untuk berubah, berdoa atau bertaubat. Mereka akan terus pergi ke neraka. (Ya, Guru.) Maka akan sangat sukar bagi saya bantu mereka. (Ya, Guru.) Lebih sukar nak bantu orang dari neraka kerana perlu lama menunggu dosa mereka diminimumkan.
Apa yang kamu tanya tadi? Hanya kalau-kalau saya ada lebih banyak perkara untuk diberitahu. (Saya tertanya-tanya sama ada virus itu telah ditenangkan dan takkan bermutasi lagi.) Ya. Bila? Apabila mereka telah habis membalas dendam, dengan bantuan kuasa Syurga, kuasa Tuhan. (Wau!) Tapi kita dah ada keamanan tanpa mengorbankan begitu banyak nyawa dan roh manusia. Yang penting bukan mereka mati. Jika mereka mati terlalu awal, mereka tiada masa yang mencukupi untuk berubah, berdoa atau bertaubat. Mereka akan terus pergi ke neraka. (Ya, Guru.) Maka akan sangat sukar bagi saya bantu mereka. (Ya, Guru.) Lebih sukar nak bantu orang dari neraka kerana perlu lama menunggu dosa mereka diminimumkan. Saya juga ada banyak kerja lain untuk dibuat. (Ya.)
Saya tak boleh bertumpu pada kuasa itu untuk bantu mereka hanya untuk orang neraka. Itu tak adil bagi semua makhluk lain, tak adil bagi seluruh alam semesta lihat. (Ya, Guru.) Jadi lebih baik mereka hidup dan bertaubat. (Ya.) Mereka yang sudah meninggal tetapi bertaubat juga akan dibantu untuk menjadi bebas. Tetapi merela yang tak bertaubat pasti perlu pergi ke neraka jika karma mereka belum dihapuskan. Ia tak dapat dihapuskan kerana bukan sahaja karma dalam hayat ini. Karma dari banyak hayat. (Ya, Guru.) Hanya pada waktu inisiasi, Guru menghapuskannya, dan hanya karma hayat ini yang tertinggal. Begitu pun, sudah banyak. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Tetapi mana-mana anak murid, jika menentang Guru, maka itu akan dibatalkan. Berkat akan ditarik balik, bukan oleh Guru, cuma automatik. Kerana kita bersandar di sebelah kiri, maka kita di sebelah kiri. (Ya.) Jika kita bersandar di sebelah kanan, maka kita di sebelah kanan. Kita tak boleh pergi ke selatan dan mengharapkan diri kita berada di utara. (Ya, Guru.) Begitulah.
Jika mereka menentang Guru selepas inisiasi, semua karma mereka akan kembali, seperti biasa, seperti semua orang yg lain, tiada inisiasi, tiada kepercayaan kepada Guru. Faham apa yang saya katakan? (Ya, Guru.) Sebab itulah kadangkala saya rasa sangat bersimpati dengan orang yang begitu jahil, datang hanya untuk menguji saya, untuk seronok-seronok atau hanya kerana saya kaya dan terkenal, atau apa-apa saja, kemudian berpaling tadah. Mereka tak tahu nasib apa menunggu mereka. Ya Tuhan, dahsyatnya. Saya bersimpati. Tapi saya tak boleh guna semua kuasa saya atau banyak daripada kuasa saya utk selamatkan salah satu drpd orang itu. Saya tak nak. (Ya, Guru.) Kerana itu akan menyebabkan saya kehilangan banyak kuasa yang boleh saya gunakan untuk bantu beratus-ratus ribu lebih banyak. (Ya, Guru.) Jadi walaupun saya rasa bersimpati dengan roh atau makhluk itu, saya tak boleh berlembut, menggunakan hampir semua, banyak drpd kuasa saya utk selamatkan satu orang yang sarat dgn karma berat. (Ya, Guru.)
Jadi jangan menyalahkan saya atau jangan berfikir saya tiada kasih sayang atau belas kasihan. Saya ada. Tapi saya tak boleh mengorbankan beratus-ratus ribu atau berjuta-juta bilion orang hanya untuk satu orang. (Ya, Guru.) Kerana saya hanya dapat bawa ke bawah sini begitu banyak kuasa setiap kali. Perlahan-lahan, untuk bantu berapa banyak. Jika saya gunakannya untuk satu orang, ia habis! Maka saya perlu tunggu untuk mendapat yang baru. (Ya, Guru.) Badan saya juga perlu mampu mengambilnya. Kuasa ini kuasa yang besar dari alam tertinggi. Jika saya asyik mengambil, dos berlebihan, sama seperti kita makan ubat dos berlebihan? Kita mati. Kamu tahu itu, kan? (Ya, Guru.) Sesuatu yang baik pun, kita tak boleh makan dengan banyak. Ya Tuhan. Ini rumit, dunia ini. Rumit!
Hanya baca sepintas lalu berita untuk kamu pun, saya perlu bekerja selama berjam-jam. Dua, tiga jam. Kadangkala lebih banyak, bergantunglah. Kerana kadangkala tajuk berita dah cukup bagus. Kadangkala tidak, saya perlu memeriksa untuk lihat sama ada ia wajar atau tidak untuk maklumat kamu, kalau-kalau kita perlu, gunakan maklumat itu untuk buat kajian. (Ya, Guru.) Kerana kamu sibuk, tak dapat lihat segala-galanya di dunia, apa yang berlaku. Jadi jika kamu tahu itu berlaku, kamu boleh membuat kajian, kemudian kita boleh buat rancangan atau melapor tentangnya. Jadi saya juga perlu berhati-hati dengan apa yang saya pilih untuk kamu dan ini memerlukan masa, kajian saya juga. Kerana apa-apa yang kita paparkan di TV kita, ia mempengaruhi orang. Kita perlu membawa sesuatu yang membantu, berguna, bukan hanya untuk mengisi masa. Sekarang ini, tiada apa-apa kecuali sesuatu yang baru yang berlaku atau sesuatu yang menarik, menghiburkan, merehatkan fikiran orang, itu bagaimana kita harus buat rancangan kita. (Ya, Guru.)
Kerana perniagaan saya berterusan. Dalam tahun ini, mungkin COVID-19, segalanya menjadi perlahan, jadi saya tak dapat berikan banyak derma. Saya berikan tetapi kurang, lebih terhad daripada sebelumnya. Tapi tetap dapat berikan hingga tak dapat. Sekarang, yang penting bukan hanya hadiah tetapi plaknya. Penulisan, pujian saya terhadap mereka memberikan berkat kepada mereka di tempat mereka juga. (Ya.) Jadi yang penting bukan hanya wang. Jika mereka menerimanya, mereka ada berkat. Mereka ada perlindungan hingga tahap tertentu. (Ya, Guru.) Dah tentu, jika mereka mempercayai saya, mereka juga akan lebih banyak dilindungi dan lebih bebas di akhirat. Peringkat yang lebih tinggi di akhirat atau bebas sepenuhnya, bergantung kepada berapa banyak kepercayaan yang mereka ada. Yang penting bukan hanya wang. Tapi jika saya ada lebih banyak wang, dah tentu, saya nak berikan lebih banyak, okey? Kita takkan dapat berikan dgn secukupnya untuk menyokong orang lain, orang miskin, orang susah dan haiwan, takkan cukup tak kira berapa banyak saya berikan.
Tapi maklumlah, orang di dunia tak perlu menjadi miskin. Semua wang yang dibelanjakan pada senjata, peperangan, pilihan raya dan apa lagi... dlm banyak perniagaan atau perbuatan lain yang tak berguna, memudaratkan boleh digunakan utk bantu seluruh dunia, maka tiada orang yang perlu menjadi miskin lagi. Tiada kanak-kanak yang perlu berlapar, langsung tiada keluarga yang perlu tiada hidangan dan tiada wanita yang perlu menjual diri di jalanan atau rumah pelacuran, jatuh sakit dan dianiayai oleh itu, oleh perniagaan mereka. Kerana bukan semua orang yang mengunjungi rumah pelacuran adalah pemurah, berbudi dan hanya mahukan hubungan fizikal. (Ya, Guru.) Mereka memukul mereka juga. Mereka menganiayai mereka. Banyak orang mati dalam tangan klien ini. Sesetengah klien bayar wang untuk itu. Sesetengah klien sadistik bayar wang hanya untuk menyebat wanita di rumah pelacuran. Kamu tahu itu, kan? (Ya.) (Ya, Guru.) Dan sesetengahnya membenci mereka, jadi bunuh mereka satu demi satu secara rahsia juga. Kamu ada dengar semua itu dalam berita. Beberapa tahun yang lalu juga, kononnya pembunuh bersiri. Dia hanya menyasarkan pelacur. Seperti ‘Wanita Cantik’.
Jadi tiada wanita yang perlu dipaksa ke dalam situasi sebegini atau dipaksa berkahwin dengan seseorang hanya kerana orang itu kaya dan menganiayainya. Dia perlu mengorbankan percintaannya untuk pergi bersama seseorang yang dia tak kenali pun, tak suka, cepat naik marah, buruk, hodoh dan segalanya yang lain yang tidak buatnya gembira sama sekali, malah menganiayainya hanya kerana dia perlu berkorban untuk keluarganya kerana mereka miskin, lapar. Apabila orang lapar, mereka buat apa-apa saja. Kerana ini sudah diimplan dalam struktur fizikal manusia supaya mereka menjadi hamba selama-lamanya. Mereka perlu bekerja berjam-jam lamanya. Mereka perlu buat dua, tiga pekerjaan untuk mencukupkan perbelanjaan, menyara anak, isteri, saudara-mara lain dan ibu bapa mereka.
Tetapi jika kerajaan yang baik di dunia ini menggunakan wang peperangan, wang titik peluh mereka hanya untuk membantu penduduk, orang miskin, orang susah, maka dunia kita menjadi syurga. Tak perlu saya berkhutbah, buat apa-apa pun, tak perlukan Supreme Master Television, tak perlukan kita, tak perlukan wang saya. Saya tak perlu menjalankan sebarang perniagaan pun. (Ya, Guru.) Saya boleh menjadi breatharian.
Maka peperangan takkan berlaku lagi kerana tiada orang yang lapar, tiada orang yang perlu pergi berlawan untuk peperangan, untuk makanan, atas sebab ekonomi atau untuk air kerana kekurangan air, kerana mereka menjual dan merancang untuk menjual air, malah di Wall Street. Kerana ini menjadi semakin berharga hari ini. Mungkin kemudiannya kita perlu berbaris di depan pasar raya hanya untuk membeli satu liter air. (Ya.) Orang kaya boleh ada segalanya di rumah mereka tetapi mungkin orang miskin perlu berbaris, pergi ke pasar raya untuk beli atau mungkin masukkan wang ke dalam mesin untuk belinya, mana tahu?
Kerana air menjadi semakin berharga hari ini, maksud saya air bersih. Banyak kawasan perairan sudah musnah, menjadi kering, habis, hilang sepenuhnya atau beracun. Banyak kanak-kanak perlu minum jenis air beracun, tak bersih ini, jatuh sakit dan mati, sepanjang masa di dunia ini, sepanjang masa. Setiap saat, kanak-kanak mati, wanita mati, orang tua mati. Orang yang lemah, miskin mati akibat air beracun industri daging, industri kulit, segala jenis industri kimia ini. (Ya, Guru.)
Sebab itulah saya beritahu kamu, perlu bersyukur kepada Tuhan setiap hari atas tuah kamu meskipun kamu rasa kamu tiada begitu banyak seperti banyak orang miskin yang lain, kamu ada. Okey? (Ya, Guru.) Kamu ada air bersih. Kamu ada makanan enak yang dihantar ke tempat kamu. (Ya.) Kamu ada tempat yang baik, selamat, bersih, bebas daripada jangkitan untuk didiami. Kamu boleh bermeditasi bersama. Kamu saling bergantung untuk tenaga baik, persahabatan, sokongan. Kamu kumpulan yang sangat bertuah. (Ya, Guru.) Saudara dan rakan sekerja kamu sangat bertuah juga. Saya mahu kamu semua tahu akan itu. Saya benar-benar maksudkannya. (Ya, Guru.)
Saya kenangkan tuah saya setiap hari. Anjing saya pun boleh jumpa doktor haiwan untuk dijaga. Meskipun ia tercedera atau apa-apa, atau sakit, kita ada wang. Kita boleh bawanya pergi jumpa doktor agar ia tak menderita. (Ya, Guru.) Dan mereka sembuh. Dan kita ada air untuk diminum. Orang tiada itu. Hanya keperluan asas pun, hanya air, berapa banyak juta orang tiada itu. (Ya, Guru.) Dan bukan sahaja negara kurang maju. Saya terbaca di sesuatu tempat lama dahulu, sesetengah tempat di Amerika pun perlu menggunakan air terkitar semula. Benar ke itu? Seperti air bilik mandi, mereka mengitar semula dan buatnya bersih, kemudian kita perlu gunakannya. Sesetengah tempat tiada air yang mencukupi. (Memang.) Ya ke? Saya terbaca di sesuatu tempat. Betul ke itu? (Ya.) (Ya. Benar tu, Guru.) (Mereka mengitar semula air kumbahan juga.) Air kumbahan. Ya Tuhan. Bayangkan? Dan itu di Amerika. Betul? Saya terbaca itu di Amerika. (Singapura juga.) Di Singapura juga? (Ya.) Macam mana boleh begitu? Singapura. Negara yang bertaraf tinggi sekali.
Kerana banyak orang dan tiada air yang mencukupi. (Ya, Guru.) Walaupun mereka boleh buat air laut menjadi air minum, kadangkala mesin rosak juga. Saya nampak itu di Sepanyol. Di Jávea, suatu kali saya di sana dan masuk ke dalam sebuah restoran untuk makan dan kristal, kacanya biasanya bersih dan lut sinar kerana mereka bersihkannya dgn teliti, mengelapnya dengan kertas tisu dan tuala, biasanya kelihatan berkilau-kilau, bersih seperti yang baru, tetapi pada masa itu, setiap kali saya datang, kacanya sangat kabur, tak bersih. Jadi saya tanya mereka, “Apa yang berlaku? Adakah ini kaca istimewa? Saya tak pernah lihat ini sebelumnya.” Mereka kata, “Tidak, kerana air laut tak ditapis dengan baik pada masa ini. (Oh!) Dah berminggu-minggu mereka tak dapat membaikinya. Sebab itulah kami tiada air bersih. Jadi kaca tak dapat kelihatan begitu jernih seperti sebelumnya.” Bayangkan itu?
Bergantung kepada air laut dan mesin. Tak sentiasa selamat, kan? Tapi seluruh bandar itu perlu minum jenis air itu. Mungkin mereka dapat menapisnya dengan peralatan khas, kan? (Ya.) Cawan, jar, jag khas atau sesuatu yang dapat melakukannya. Tapi berapa lama? Mereka perlu mencuci dalam itu, mandi dalam itu. Cuci sayuran dan segalanya dalam jenis air itu. Laut begitu besar tetapi hari ini bukan setiap ruang air laut adalah bersih. Mereka buang kumbahan ke dalamnya, buang sampah ke dalamnya atau ia mengalir ke bawah secara kebetulan, secara semula jadi, dan segala jenis plastik, mikroplastik di dalamnya, kemudian segala jenis benda kotor atau sistem kumbahan, semuanya masuk ke dalam laut kerana ia tiada tempat lain untuk pergi, di sesetengah negara macam itu. (Ya, Guru.)