Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sebab itulah hadiah terbaik yang boleh kita berikan kepada manusia adalah mengajar mereka mengelakkan bencana, bukan beri bantuan untuknya. Faham maksud saya? Bukan beri bantuan untuknya. Tetapi oleh sebab ada banyak orang yang tak mengendahkan itu, mereka akan ada karma individu atau kolektif. Oleh itu, kita sentiasa perlu curahkan usaha untuk mereka dan bersabar, tunggu sehingga mereka menjadi besar dari segi rohani. Kemudian mungkin mereka pula akan bantu orang lebih muda yang lain yang belum faham bahawa mereka harus mencari Tuhan dulu sebelum apa-apa yang lain, kemudian mereka akan ada segala-galanya. […]