Petikan daripada ‘Trúc Thái Minh berkata bahawa makhluk halus menyerukan tawaran seperti biksu itu’ : Bersumpahlah untuk buat tawaran! Berapa banyak pun yang (hantu) minta, dan tidak mengambil nyawa kita, tetapi ia minta harta benda dan wang kita dan kita mesti tawarkan itu kepadanya. Faham? Sama ada kehilangan nyawamu atau terus hidup tetapi kehilangan wang. Apa lagi yang boleh kamu buat? Hantu menuntut bahawa kamu perlu tawarkan wang kepadanya, maka ia akan diberkati dan pergi dari situ. Tidak kira ubat apa yang kamu makan, meskipun itu ubat Amerika atau yang berkualiti tertinggi, jika hantu ini tak dapat berasa puas, maka kamu takkan diselamatkan dan pasti mati. kita mesti menawarkan wang, langsaikan semua hutang kepadanya, maka hantu akan memaafkan kitaPetikan daripada “Melangsaikan ‘Hutang Karma’ di Pagoda Ba Vàng: 700 Juta VND (AS$28,000) Per Ritual dan Kisah Seorang Saksi Hidup” Menurut L, kumpulan itu dibawa ke sebuah bilik yang besar. Di dalamnya ada dua wanita yg memakai kasok coklat dan seorang biksu. Kumpulan itu diberi isyarat supaya duduk di atas lantai, kemudian biksu itu mula melafazkan mantera untuk memanggil hantu supaya merasuk dua orang wanita itu. Keluarga yang datang menyeru roh saudara-mara mereka, memanggil mereka satu demi satu. Namun begitu, dalam kes saya, semua maklumat yang diberikan oleh makhluk halus adalah tidak betul. L menambah lagi bahawa semua orang di sana disuruh oleh makhluk halus supaya membayar wang untuk ‘hapuskan karma mereka’. Setiap kali, hantu merasuk seseorang selama kira-kira 5-7 minit. Selepas itu, setiausaha merekod kata-kata makhluk halus dan jumlah yang perlu dibayar oleh orang itu. Dalam kes L, ada dua pilihan. Jika dia memilih untuk dapatkan perlindungan dan kerap melawat Tokong Ba Vàng, kosnya adalah 32 juta VND (AS$1,300). Jika dia memilih untuk tidak dapatkan perlindungan dengan lawatan yg kurang ke Tokong Ba Vàng, dia perlu bayar 700 juta VND (AS$28,000) utk tenangkan makhluk halus pendendam Apabila wanita ini berkata bahawa dia tak berduit, orang di tokong menasihati bahawa L boleh memilih untuk bayar secara ansuran atau berkhidmat di tokong selama setahun. Mengenal bahawa ini suatu penipuan, wanita (L) dari bandar Cẩm Phả ini menolak. Namun begitu, pihak tokong mengugut dia dengan dokumen, berkata bahawa jika L tidak dapatkan perlindungan dan buat bayaran, dia akan menjadi gila.
Saya tak nak mengkritik sesiapa, sebenarnya. Anda perlu tahu apa yang nak dibuat. Saya tak tahu bgmn nak nasihati anda. Jika anda tahu seorang pendeta dan anak muridnya adalah baik… Anda boleh tahu sekurangnya dari segi fizikal apabila anda dengar mrk bercakap. Anda perlu dengar agak banyak kali untuk membuat penilaian sebenar. Jika anda dengar satu atau dua kali saja, kadangkala dapat, kadangkala tak dapat. Ini bergantung kepada apa yang mereka katakan dan bagaimana mereka berkata. Kata-kata sesetengah pendeta buat kita rasa benar-benar meluat juga. Saya tertanya-tanya mengapa sesetengah pendeta bercakap macam itu, tetapi sesetengah pendeta, apabila bercakap, kita rasa mereka benar-benar sangat prihatin, berbelas kasihan dan ada hati yang benar-benar ikhlas untuk mengikut Buddha, mengikut Nabi Isa.Apabila saya kata pendeta, saya tak maksudkan agama Buddha saja, agama-agama lain juga. Anda perlu sendiri menilai sama ada gereja anda benar-benar dipimpin oleh paderi yang baik, biksu yang baik atau tidak, atau lihat sama ada mazhab yang anda hormati dan percayai ada pendeta lelaki dan wanita yang baik, atau pendeta lelaki dan wanita yang ada jiwa suci sebenar dengan mendekati mereka dan lihat apa yang mereka buat setiap hari – bagaimana mereka bercakap, bagaimana mereka bereaksi dan memperlakukan orang lain, maka barangkali anda dpt lihat sebahagiannya, kerana jika anda menawarkan wang kepada pendeta yang tidak baik, mungkin itu tak begitu ideal juga.Anda perlu lihat sama ada mereka gunakannya untuk tujuan yang buruk, sama ada mereka ada peluang dan sokongan kewangan ini untuk berkhutbah, mengajar pengikut tetapi tidak berkhutbah dengan cara yang betul – sama ada biasanya hanya untuk untung, dan anda lihat bagaimana mereka jalani kehidupan, lebih senang, selesa, dan tidak benar-benar nak beramal dan menaikkan roh diri sendiri dan roh orang lain.Photo Caption: Tiada Berat, Tiada Graviti jika Anda DinaikkanMengenal yang Mana ialah Guru, Biksu atau Paderi Sebenar, Bahagian 2 daripada 10
2024-08-13
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Di pergunungan dan hutan Himalaya, waktu senja menjadi gelap dengan cepat sekali. Ketika saya di sana, suasana jadi gelap dengan cepat sekali. Kadangkala saya pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku atau baca sesuatu di sana, kemudian apabila mereka tutup dan saya perlu pulang, itu jalan yang panjang. […] Di denai hutan itu, kadangkala kita tak nampak sesiapa pun. Jarang, sekali-sekala mungkin kita bertuah untuk menemui seorang pendeta, pendeta tua. Dia hanya ada sekeping plastik di atas kepalanya yang dibina dengan dahan pokok yang berdekatan oleh pengikutnya atau mungkin dirinya sendiri. […]Melihat pendeta ini sentiasa seperti suatu kegembiraan bagi saya. Pertama sekali, kerana denai itu begitu sunyi, tiada orang di sana. Kedua, kerana bagi saya, mereka mewakili imej suci, hubungan antara manusia dgn sesuatu yang lebih besar drpd hidup, sesuatu yang berhubung dengan Tuhan, dengan Syurga. Jadi saya sentiasa hargai waktu saya nampak pendeta lama dahulu. Di bandar juga, di India, kita boleh ada lebih banyak peluang untuk lihat pendeta yang baik, sangat suci dan sederhana. Mereka berjalan ke mana-mana saja. Mereka tak berduit di dalam kocek.Suatu kali, saya temui seorang pendeta yang kemudiannya menjadi guru saya bagi agama Hindu. Saya menjadi seorang pendeta Hindu di bawah beliau. Beliau tak berduit, jadi berjalan saja ke merata tempat. Kemudian beliau berjalan untuk berjumpa dengan kawannya di kuil lain. Pada masa itu, saya ada sedikit wang. Suasana gelap sangat, jadi saya jemput beliau pergi ke perhentian bas dan kami pergi dengan bas satu kali saja dalam hidupnya yang sangat panjang. Kemudian kami pergi ke sebuah kuil. Kawannya yang merupakan pendeta serta pembantu dan beberapa orang pengikut wanitanya di sana menyediakan makanan untuk kami. Mereka sangat pemurah dan baik hati. Ada arus air yang besar di tepi kuil itu. Itu tempat saya menjadi pendeta Hindu.Saya tak memakainya (jubah itu) lagi tetapi saya masih ada nama pendeta Mandakini Giri. Giri ialah suatu tradisi, salah satu mazhab pendeta tradisional yang besar di India. Saya diberitahu bahawa ia dapat dijejak kembali hingga ke (Shankara), Pengasas agung salah satu tradisi pendeta Hindu yang ketat. Di India, semua pendeta yang saya lihat biasanya sangat suci. Mereka hanya berjalan ke merata tempat. Mereka memang hanya ada tiga helai pakaian pada badan. Jika mereka cuci satunya, mereka akan tunggu sehingga ia menjadi kering, kemudian cuci sehelai lagi. Mereka tak cuci semuanya dlm satu hari.Dalam agama Buddha, Buddha berkata bahawa pada Zaman Penghujung Dharma anak-anak maya akan membuat diri mereka menjadi pendeta untuk memperdaya orang – orang yang mudah terpengaruh, orang yang takut akan kesusahan dalam hidup selepas mati dan hayat ini, orang yang mencari bantuan dan perlindungan daripada pendeta – mrk akan timbulkan banyak kesusahan untuk mereka. Banyak yang saya dengar. Saya tak tahu sama ada di banyak negara yang lain juga atau tidak tapi di sesetengahnya saya dengar banyak tentangnya. Ini sangat menyedihkan tetapi saya percaya masih ada banyak pendeta yang baik. Sebab itulah saya beritahu anda supaya bantu atau sokong mereka jika boleh.Dalam tradisi lain, saya tak dengar banyak tentang masalah, seperti dalam agama Buddha Hòa Hảo atau agama Buddha Nam Quốc, juga dipanggil dengan kasih sayang sebagai agama Buddha Kelapa kerana Pengasasnya, seorang Guru agung, Nguyễn Thành Nam hanya makan kelapa dan minum air kelapa untuk hidup. Oh! Saya suka akan kelapa, bercakap tentang itu. Di (Âu Lạc) Vietnam, saya makan banyak kelapa yang enak. Ada jenis-jenis kelapa yang berlainan. Di Thailand, Filipina juga, ada jenis-jenis yang berlainan. Jenis yang terbaik ialah jenis yang begitu wangi dan manis. Kita boleh makan selama-lamanya. Sesetengah kelapa yang lain tidak macam itu. Ia lebih hambar, tiada banyak rasa. Ketika saya di Thailand, kami makan banyak kelapa wangi itu, di (Âu Lạc) Vietnam juga. Filipina juga ada jenis sebegini.Suatu kali, saya di Kepulauan Cayman kerana tak boleh tinggal lama di Amerika. Di Kepulauan Cayman, di depan rumah kecil saya ada pokok kelapa juga. Kelapa ini, sebenarnya di pantai, begitu manis dan wangi, sama seperti kelapa yang kita ada di Thailand, (Âu Lạc) Vietnam atau Filipina. Saya tak tahu mengapa, mungkin pantai itu membuat rasanya macam itu. Ia di pantai pasir. Itu pantai persendirian. Itu rumah yang sangat murah. Kita boleh sewanya di mana-mana saja. Yang itu bukanlah di bandar. Kita ambil masa satu jam utk memandu dari bandar, pasar terdekat ke rumah itu, subbandar yang sangat terpencil. Saya tinggal berseorangan di sana. Pada bila-bila saya tak boleh tinggal di Amerika, saya perlu pergi ke sana untuk seketika. Itu sangat baik dan saya tak takut akan apa-apa pun. Itu sangat baik.Saya ada murid yg sedikit pada masa itu. Lagi banyak orang yang kita kenali, lagi banyak anak murid yang kita ada lagi berbeza kita rasa. Ada banyak karma yang mengelilingi mereka dan ia datang kepada kita. Kemudian ia beri kita jenis-jenis beban yang berlainan, jenis-jenis perasaan yang berlainan, malah ketakutan juga. Tetapi itu kehidupan kononnya Guru. Jika kita nak menjadi Guru, kita perlu memperhitungkan segalanya yang kita takkan tahu, mungkin berlaku kepada kita. Lagi banyak kita memberi bukanlah lagi banyak kita mendapat – bukan dari segi rohani; dari segi kebendaan, ya. Saya tak benar-benar tahu, sebenarnya, sama ada lagi banyak kita memberi dari segi kebendaan lagi banyak kita mendapat atau tidak. Pastikan anda memberi sekadar cukup dan simpan secukupnya utk diri sendiri kerana anda takkan tahu apa yang akan karma bawa. Karma mungkin bukan drpd anda sendiri. Ia mungkin daripada orang lain. Jadi bersederhanalah dalam segalanya, maka keadaan seharusnya baik-baik saja.Sesetengah daripada anda berkata anda tidak percayai mana-mana pendeta untuk memberi tawaran. Saya tak menyalahkan anda. Cuma anda perlu tahu pendeta mana adalah baik untuk diberi. Mana-mana pendeta yang minta wang, ini kerana mereka tak berduit. Mereka ingin jalani kehidupan yang selesa sikit untuk diri sendiri dan juga untuk pengikut mereka. Mungkin orang masuk untuk menjadi pendeta lelaki dan wanita di bawah mereka dan mereka perlu menjaga mereka. Mungkin macam itu. Itu apa yang saya rasa tetapi tak begitu pasti. Agak banyak orang merungut tentang pendeta yang minta derma dan cari segala jenis helah untuk buat orang beri derma kepada mereka.