Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Saya perlu bersyukur kepada Tuhan dan semua Guru pada semua zaman atas segala kemudahan dan pahala yang kita ada ini. Tetapi ada keburukannya juga kerana lagi selesanya kita lagi banyak kita mahukan ini dan itu seperti jiran dan lupa akan cara hidup spiritual yang harus kita jalani. Kita harus jalani kehidupan spiritual, bukan kehidupan material. Cara hidup material hanyalah untuk bantu kita menampung diri fizikal, badan fizikal supaya kita dapat terus beramal, masuki peringkat alam spiritual yang lebih tinggi untuk membantu orang lain di sekeliling kita juga, bukan kita seorang diri saja.Terutama sekarang ini kita alami kesusahan besar. Di mana-mana pun anda lihat, sentiasa ada laporan tentang segala jenis bencana dan penyakit, segala jenis wabak, segala jenis selesema. Ia sentiasa membaharui – sentiasa ada penyakit baharu, virus baharu. Saya juga tak pernah dengar sebelumnya. Ya Tuhan, begitu banyak. Kita tak dapat ingat semuanya pun. Saya harap mereka boleh buat senarai yang lama dan yang baharu untuk anda supaya anda boleh tahu betapa berbahayanya bagi kita hidup pun di dunia macam ini.
BENCANA ALAM UTAMA / KRISIS KEMANUSIAAN YANG BERTERUSANDAN SEBAGAINYA…PENYAKIT BERJANGKIT UTAMA YANG MEMUNCUL DAN POTENSI GEJALA, MENGIKUT BENUADAN SEBAGAINYA…
Anda mesti benar-benar ada simpanan kebaikan yang sangat besar baru dapat terus hidup di planet ini, khususnya sekarang ini pada Zaman Penghujung Dharma apabila hari kiamat dunia semakin hampir.Apabila orang asyik tanya saya – sewaktu saya buat lawatan khutbah Eropah, mereka tanya saya tentang 2000, sama ada tahun 2000 akan menjadi kiamat dunia – saya kata, “Tidak, tidak. Tiada masalah. Saya akan berada di sana. Jangan risau. Kamu akan berjumpa dengan saya.” Jadi dunia masih di sini. Mereka juga tanya kerana kalendar Maya berakhir. Mereka tidak membuat kalendar lagi selepas 2012, jadi mereka berfikir, “Okey, 2012 akan menjadi kiamat dunia.” Tetapi pada masa itu, saya masih sangat berkuasa. Saya berfikir, “Takkan bermasalah. Saya dapat bantu dengan itu.” Saya tidak katakan itu kepada orang tetapi saya berfikir, “Oh! Takkan bermasalah. Kita akan berada di sana. Jangan risau.”Tetapi sekarang ini, saya tak berani berkata begitu lagi. Bukanlah saya tak pedulikan semua makhluk di planet ini lagi tetapi saya tak pasti lagi berapa banyak saya masih dapat bantu. Begitu banyak kuasa menentang kita, malah kuasa daripada Syurga kerana Syurga menitiskan air mata, berasa begitu tidak senang, bersimpati dengan mangsa di planet ini – mangsa termasuk manusia, orang-haiwan, semua jenis benda hidup yg tak memudaratkan dan tak dapat pertahankan diri seperti pokok, tumbuhan. Di mana-mana saja, banyak dimusnahkanDan kita ada semakin banyak virus, semakin banyak bencana dan penyakit hari ini, sepanjang masa di mana-mana saja. Jika anda menyaksikan berita atau lihat di sesawang, anda akan nampak bencana, bencana dan bencana, penyakit, penyakit dan penyakit. Namun begitu, kita terus hidup dan bergantung kepada Rahmat Tuhan serta Belas Kasihan Anak Tuhan dan Belas Kasihan semua Guru – – Wakil Tuhan. Hari demi hari, kita terus hidup.Kami teruskan dengan Supreme Master Television supaya saya dapat berhubung dengan seluruh dunia, bukan hanya dengan sekumpulan anak murid saja seperti pada masa dahulu lagi. Kerana orang mungkin secara kebetulan akan terdengar suara saya dan mereka akan dibantu juga. Jika mereka secara kebetulan nampak muka saya, mereka akan dibantu juga. Saya janjikan itu kepada anda semua. Cuma berapa banyak bantuan juga bergantung kepada karma mereka, balasan mereka.Saya mahu langsung tiada orang di planet ini yang pergi ke neraka tetapi ini tetap berlaku. Walaupun sesetengahnya, saya tahu bahawa akan buat sementara waktu saja, mereka akan menjadi bebas tak lama lagi dan lahir semula sebagai manusia, namun jika kita tiada planet ini lagi, mereka akan dilahirkan di mana? Mungkin planet lain, mungkin, jika mereka ada kriteria yang mencukupi, pahala yang mencukupi untuk dilahirkan di planet sebegini.Photo Caption: Tiada Apa-apa yang Dapat Menghalang Cahaya Sebenar