Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hai, anak Tuhan yang menawan, keturunan Buddha dan Nabi Isa. Saya memang nak bercakap dengan anda beberapa hari yang lalu tetapi terlalu sibuk. Jadi hari ini saya membahagi dua kerja saya dan akan siapkannya esok. Tiada apa-apa yg terlalu cemas hari ini, jadi saya boleh bercakap dengan anda supaya anda tahu bahawa saya masih di sini, hidup.Seseorang takkan tahu berapa lama. Hargailah hidup dan masa anda di Bumi supaya anda boleh ada peluang yang mencukupi untuk beramal bagi menaikkan diri dan orang di sekeliling anda dari segi rohani dan banyak aspek yang lain seperti kebaikan, moral, kebijaksanaan. Itu apa yang boleh anda bawa kepada orang yang anda sayangi dan orang bertuah yang berada di sekeliling anda, pengamal spiritual berperingkat tinggi. Jika anda masih berperingkat rendah, jangan risau. Anda akan sampai ke sana jika anda ikhlas. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Cuma kadangkala badan kita tidak dengar kemahuan kita. Cubalah ajarnya apa yang nak dibuat.Sekarang musim panas, atau apabila terlalu panas, anda boleh letak mangkuk kecil berisi air sejuk dengan ais di dalamnya jika anda ada ais, dan masukkan tuala ke dalamnya pada bila-bila anda rasa terlalu panas meskipun anda sudah tidak ditutupi kain jika anda tinggal berseorangan seperti saya. Anda boleh buat apa-apa saja yang anda mahu, sebenarnya.Jika terlalu panas, anda boleh biarkan tingkap terbuka. Jika anda risau tentang hantu dan sebagainya, jika anda pengamal yang baik, anda tak harus risau. Tetapi anda boleh pasang lampu di taman supaya kawasan sekeliling rumah anda akan diterangi. Kebanyakan hantu dibuat risau oleh cahaya jika mereka berada di luar rumah anda. Tak apa. Ada hantu di sebelah anda, dekat anda atau di tepi rumah anda juga. Ini makhluk tak nampak. Kadangkala ruang tidak penting bagi mereka. Tetapi kita boleh dapatkan perlindungan Kaedah Syurga Cahaya tanpa cahaya Syurga dalaman, dan Bunyi tanpa bunyi Syurga dalaman. Anda tahu akan itu dan akan selamat. Pasang Supreme Master TV di latar belakang supaya anda rasalebih selamat. Sebenarnya saya percaya anda semua rasa selamat dan sejahtera, sama seperti saya ketika masih muda. Dengan Kaedah Cahaya dan Bunyi Syurga dalaman, anda tak harus risau tentang apa-apa pun. Ketika saya masih muda, kadangkala saya nampak lembaga putih di sekeliling, hampir lut sinar tetapi saya langsung tak rasa takut. Selepas saya menjadi lebih bermakrifat daripada biasa, saya berjalan ke mana-mana saja seorang diri, malah dalam kegelapan. Seperti di pergunungan Himalaya, saya tiada lampu suluh atau apa-apa pun seperti itu, tak mampu pada masa itu! Di pergunungan dan hutan Himalaya, waktu senja menjadi gelap dengan cepat sekali. Ketika saya di sana, suasana jadi gelap dengan cepat sekali. Kadangkala saya pergi ke perpustakaan untuk meminjam buku atau baca sesuatu di sana, kemudian apabila mereka tutup dan saya perlu pulang, itu jalan yang panjang. Kita tiada bas dan teksi sebagaimana yang kita ada di bandar. Di sana, kita berjalan. Meskipun kita mahukan kereta kuda atau orang-kuda, kita perlu pergi ke kampung, kampung yg lebih besar di pusat bandar untuk memesan atau menyewanya.Saya tinggal di dalam hutan di rumah lumpur. Kebanyakan masanya macam itu. Pada waktu malam apabila saya pulang, saya pergi saja. Suasana gelap sepenuhnya, lebih gelap drpd di bandar. Meskipun kita tidak tinggal di bandar, kita tinggal dekat dengan bandar, cahaya dari bandar juga dapat bantu kita lihat denai sikit. Tetapi di pergunungan Himalaya, hutannya gelap sepenuhnya. Hingga kini, apabila saya ingat, saya tertanya-tanya bagaimana saya pulang. Tetapi ini bagaimana dulu saya hidup. Saya tak pernah rasa takut akan apa-apa. Saya tak pernah tahu apa maksud berasa takut.Ketika saya masih kecil, ya, untuk seketika kerana orang sentiasa mengisahkan cerita hantu, cerita harimau, cerita ahli sihir, dan menakutkan kanak-kanak. Jadi semasa pulang ke rumah, saya berasa takut, tetapi buat sementara waktu saja, berlalu dengan cepat sekali, sama seperti kita bertumbuh besar. Ketika masih kecil, masa berlalu dengan cepat sekali.Tetapi di pergunungan Himalaya, kita tidak ada apa-apa seperti itu, khususnya di hutan, tidak. Tapi saya tertanya-tanya bagaimana saya pulang. Saya berjalan pulang ke rumah. Kelihatan macam kaki saya tahu ke mana nak pergi. Tadi saya memikirkannya. Saya berfikir saya pasti seperti wanita yang bodoh atau gila. Saya pergi mencari Tuhan. Saya berfikir saya akan jumpainya di pergunungan Himalaya di India. Saya tidak bersedia. Saya tiada khemah pun. Saya hanya ada payung dan tiada wang yang banyak. Saya perlu berjimat. Jadi jika saya tiada bilik di sesuatu tempat di Himalaya, saya terpaksa tidur di bawah payung. Sekurangnya kepala tak menjadi basah. Itu penting. Pada waktu itu, saya tak tahu apa maksud ‘takut’. Sekarang ini, hidup dalam kononnya tamadun, kita boleh rasa takut pada orang, apa-apa sahaja yang boleh berlaku kepada kita dlm masyarakat bertamadun. Di pergunungan Himalaya, kita tinggal di rumah lumpur berseorangan atau bersama beberapa orang saja. Jika kita keluar ke sesuatu tempat, jika kita nak pulang, kita perlu melalui hutan, gunung dan sungai. Saya lakukan semua itu seorang diri! Sekarang memikirkan itu, ooh… Saya tak pasti sama ada saya dapat lakukannya sekali lagi.Saya masih muda pada masa itu. Saya begitu suka akan dunia itu – dunia bebas itu, dunia tak mengenal takut yang saya hilang itu. Saya kehilangan begitu banyak benda, termasuk itu. Tetapi jenis dunia itu ialah salah satu dunia yang paling berharga bagi saya. Saya tak tahu bahawa mengenali begitu banyak orang boleh berikan jauh lebih banyak bagasi kpd kita drpd semasa kita berseorangan walaupun kita tidak mengangkat bagasi mereka. Tiada orang yang dapat lihat itu tetapi ia lebih membebankan daripada semasa kita hidup berseorangan, hampir tak berduit. Kita perlu kira sen kita setiap hari. Kita tak boleh berbelanja lebih daripada berapa banyak yang sudah kita rancangkan untuk berbelanja.Pada masa itu, saya benar-benar tiada wang yang banyak dan saya tak nak minta bekas suami saya berikan wang untuk perjalanan di Himalaya. Jadi jika saya berduit, saya berbelanja. Jika saya tiada, itu saja, saya perlu pergi. Tapi oleh sebab saya hidup amat berjimat – capati (vegan) buatan sendiri di depan rumah lumpur dengan kayu kering di dalam hutan – kita dapat bertahan lama dengan wang yang sangat sedikit. Di India, barang jauh lebih murah daripada di negara lain. Jika kita berada di kawasan pergunungan seperti Himalaya, harganya lagi berpatutan. Tetapi jika kita masuki pergunungan Himalaya dengan lebih dalam, itu boleh lebih menyusahkan kerana di atas sana tiada restoran, tiada makanan, apa-apa pun yang boleh didapati.Sekali-sekala, kita bertuah untuk menemui seseorang di denai, di tengah-tengah denai hutan – jika hutan itu ada denai – mungkin ada seorang pemuda yang bawa bekas logam dengan tepung gandum di dalamnya, kemudian kita boleh mendapat mungkin satu capati saja jika kita bertuah, jika kita datang awal. Jika kita datang lebih lewat, semua penziarah akan hampir seperti menerpa dapur masaknya dan minta makanan. Kemudian dalam masa sekejap saja, bekas logam kecilnya itu menjadi kosong. Semua orang perlu pergi, dia juga.Di denai hutan itu, kadangkala kita tak nampak sesiapa pun. Jarang, sekali-sekala mungkin kita bertuah untuk menemui seorang pendeta, pendeta tua. Dia hanya ada sekeping plastik di atas kepalanya yang dibina dengan dahan pokok yang berdekatan oleh pengikutnya atau mungkin dirinya sendiri. Kemudian di bawah kepingan plastik itu, ada dapur masak kecil. Batu arangnya harus panas dan membara sepanjang masa walaupun ditutupi di bawah abu kerana dia takkan berpeluang untuk hidupkan api lagi jika api itu padam, jika batu arang itu padam. Kerana tiada orang yang akan pergi ke sana dan berikan kepada dia. Tiada orang di sekelilingnya sejauh berbatu-batu.Jenis denai itu dapat dilihat pada musim panas sebenar saja selepas salji telah mencair ke dalam Sungai Gangga yang dalam di sesuatu tempat yang berdekatan. Maka kita boleh berjalan di atasnya. Ini untuk penziarah saja. Tiada orang yang gunakan denai itu. Sesetengahnya sangat terpencil dan sangat berbahaya juga. Pendeta itu, saya rasa dia inap di sana buat sementara waktu saja kerana penziarah datang dan pergi dan mungkin dapat bantu dia juga untuk terus hidup kadangkala sehingga dia menaik ke atas lagi ke Gaumukh atau sesuatu tempat yg lebih tinggi di pergunungan Himalaya di mana tiada sesiapa, tiada orang yang pernah melawat. Waktu itu, saya begitu hargai, waktu terbaik dalam hidup saya.Photo Caption: Menganjur Keluar untuk Kecantikan Sebenar.