Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Rumah saya bukanlah di Bumi sini tetapi Rumah saya di Syurga di mana ia tak dapat dimusnahkan. Anda takkan disingkirkan, diganggu, dicabul atau ditindas dengan sebarang jenis cara. Anda akan hidup sebagai diri sendiri, seperti dalam impian yang saya tulis dalam puisi itu ketika saya masih muda.Saya tak rasa tua. Saya beritahu anda secara jujur, saya tak rasa tua, cuma badan saya kadangkala merungut kerana terlebih gunakannya. Saya kerja siang dan malam kadangkala. Saya tak pedulikan makan, tidur kecuali saya benar-benar tak tahan lagi dan ‘rebah’ di sesuatu tempat di atas lantai atau sofa. Tak mengapa. Saya bekerja kerana saya tahu jika anda gembira, saya akan gembira. Jika anda menderita, saya akan menderita Saya bekerja untuk diri sendiri tetapi atas nama anda, atas nama Tuhan. Tapi memang, itu untuk saya sendiri kerana memang tak tahan dengan segala derita yang saya saksikan setiap hari, hanya daripada berita pada skrin televisyen atau telefon kecil saya pun. Itu tetap nyata bagi saya. Deritanya seperti yang sebenar dan takkan berhenti sehingga dunia ini menjadi syurga. Maksud saya, kurang daripada Syurga sebenar, mungkin, tapi apa salahnya?Saya tanya Tuhan, “Jika mereka nak tinggal di sini, apa salahnya? Jika mereka nak berada dalam mimpi, dalam keadaan mimpi, dalam ilusi, apa salahnya? Biarkan mereka saja. Tapi sekurang-kurangnya ia perlulah elok dan selesa, seperti alam Syurga.” Saya nak buat dunia ini menjadi Syurga untuk anda. Mereka yang tak nak pergi ke Syurga sebenar tetap boleh nikmati kehidupan Syurga, kehidupan yang tenang, menakjubkan sebagaimana yang saya impikan dalam puisi saya ketika saya begitu terdesak. Saya masih ingat, puisi itu bertajuk ‘Menjerit dengan Kuat’. Dalam keadaan terdesak dengan dunia inilah, melihat dunia ini dalam keadaan yg begitu menyedihkan, saya menulis puisi itu. Saya nak buat impian itu menjadi kenyataan. Oleh itu, saya berjuang dalam dekad-dekad ini, bersama anda dan tanpa anda. Saya harap suatu hari nanti, tak lama lagi, anda akan bantu saya, berjuang bersama saya di sebelah saya, di sisi saya supaya anda akan ada impian itu menjadi kenyataan – Syurga di Bumi di mana anda masih dapat miliki segalanya tetapi benda yang baik, benda yang sihat, benda yang suci kerana anda akan menjadi orang suci yang tinggal di planet ini seolah-olah di Syurga.Saya telah mengorbankan segalanya, semua kuasa ajaib fizikal saya. Contohnya, seperti kita dapat terbang di udara, buat perjalanan dengan udara – bukan pesawat, tapi dgn diri kita di udara; melepaskan diri daripada bahaya dengan menjadi tak dapat dilihat; dan deraikan badan kita pada waktu bahaya dan cantumkannya semula di sesuatu tempat yang lain supaya kita dapat lepaskan diri buat sementara waktu Kita dapat berjalan menembusi dinding, menembusi pintu; buka sebarang pintu penjara berkunci atau apa-apa saja apabila kita nak menjadi bebas. Ini dapat membuat kehidupan yang lebih mudah untuk saya, kehidupan yang lebih selesa tapi saya terpaksa korbankan semua itu kerana campur tangan dengan dunia dan kita tak dibenarkan untuk gunakan sebarang kuasa ajaib secara terbuka tapi kadangkala saya perlu gunakannya untuk… perkara kecil, menyembuhkan orang-anjing saya tetapi saya perlu langsaikan hutangnya! Meskipun kita nak langsaikan semuanya, kita tak boleh lakukannya. Kita tak dibenarkan. Jika tidak, kita akan dilucuti gelaran kita, disingkirkan daripada Misi, dan barangkali Tuhan tak nak gunakan kita lagi, atau biarkan kita hidup lagi, apalagi menjadi Guru.Pada waktu inisiasi, kami telah beritahu anda bagaimana ketahui anda berada di Peringkat mana dalam Lima Peringkat – apa jenis landskap, pemandangan yang akan anda nampak dalam visi dalaman anda, dan lebih tinggi lagi: Alam Baharu. Bukan benda luaran, bukan. Tiada sesiapa yg dapat lihat apa yg anda lihat. Dan apa jenis Melodi, Muzik (Syurga dalaman) atau Ajaran daripada Tuhan yang akan anda dengar pada masa bila atau di tahap apa perkembangan spiritual anda. Anda tahu akan semua itu, jadi jangan cuba mendakwa diri sebagai apa-apa saja ‘Guruji’, ‘Guru Agung’ atau malah sudah pun ‘Buddha’… Mana boleh anda jadi itu? Anda tahu. Anda tahu bahawa anda tiada apa-apa pun. Anda tak tahu apa-apa pun tentang dunia dalaman dan peringkat anda begitu rendah.Saya tahu sesetengah daripada anda mungkin nak bantu orang lain, jadi tepat-tepat atas itu, kita mesti buat perkara yang betul. Jika seseorang lapar dan dahaga, anda tak boleh berikan tanih saja. Anda mesti berikan makanan dan cecair yang sesuai kepada mereka utk diminum. Dan ubat, jika anda boleh. Jika anda tak dapat berikan apa yang diperlukan dan malah mungkin memudaratkan dengan kejahilan anda, maka itu malapetaka bagi kedua-duanya!Kerana jika anda di peringkat yang lebih tinggi sikit, Peringkat Ketiga rendah pun, anda takkan mendakwa diri sebagai apa-apa pun kerana anda masih belum capai apa-apa. Meskipun anda nampak Guru datang melawat anda di rumah, jelmaan, badan cahaya Guru datang, anda masih belum capai apa-apa. Anda belum di separuh jalan pun, apalagi telah menaik ke atas Peringkat Kelima, atau berada di Peringkat Kelima pun, untuk menguasai kuasa menyelamatkan makhluk lain. Anda masih perlu menderita, begitu pun, kerana tidak kira berapa banyak kuasa yang anda peroleh daripada Guru yang beri inisiasi, anda masih tidak ada secukupnya. Tidak bagi dunia ini, tidak. Sebab itulah banyak Guru menginisiasi bilangan anak murid yang sangat kecil. Banyak daripada Mereka tak nak kerana jika kita nak beramal dengan baik untuk diri sendiri, kita tidak cuba campur tangan dalam karma orang lain kerana kedua-duanya akan tenggelam, seperti perahu kecil yang tak boleh terlebih dimuati. Kerana Tuhan berikan semua Kuasa kepada Guru tetapi Guru hanya boleh berkongsi sebahagiannya dengan setiap anak murid.Apabila saya terdengar beberapa orang anak murid mendakwa bahawa mereka ialah Buddha Maitreya, saya berkata kpd Tuhan, “Oh, tolonglah, boleh Engkau berikan kpd mana-mana daripada mereka?” Pada masa itu, saya letih sikit akibat karma dari semua belah! Tuhan ketawa dan beritahu saya, “Tidak, dia akan mati dengan serta-merta!” Dia tak boleh berikan semua Kuasa kepada anda: Pertama, anda akan mati. Anda tak tahan. Kedua, Guru perlu berkongsi dengan banyak anak murid dan simpan sebahagiannya untuk sendiri.Saya telah beritahu anda, buat masa ini, tiada sesiapa pun – tiada satu pun anak murid saya atau anak murid orang lain – yang telah capai tahap makrifat penuh itu supaya dia dapat mengisi semua Kuasa daripada Tuhan, dan Tuhan akan berikan Kuasa kpd dia untuk pergi menginisiasi orang lain sendirian. Tidak! Jadi tolong jangan membuat diri anda menjadi badut. Ya Tuhan. Ini teater yang terlalu murah. Ini tiruan yang banyak jatuhkan maruah. Anda sendiri tahu sangat akannya kerana anda tak tahu apa-apa pun. Anda terlalu rendah. Jika tidak, anda takkan mendakwa macam itu. Kerana anda akan tahu bahawa memalsukan Kurniaan Tuhan ialah dosa besar, mengakibatkan hukuman neraka tak henti-henti! Anda hanya bercakap dengan ego, dan syaitan menipu anda, mengembungkan ego anda supaya anda akan menjadi alat mereka. Apabila telah tamat riwayat anda di dunia ini atau mereka tidak mahukan anda lagi, mereka akan heret anda ke bawah.Lihatlah kononnya ‘guru’ yang lain di depan anda, seperti, contohnya ‘budak Buddha hidup’ dan Ruma, apa-apa saja. Itu RUIN (hancur), bukan Ruma. Begitu murah, begitu tak masuk akal. Saya sendiri pun tak tahan dengannya, begitu memualkan. Trần Tâm atau Ruma ini sengaja menyalahtafsirkan puisi lama saya untuk mendakwa diri sebagai pengganti. Dan lelaki itu (saya belum nak dedahkan namanya) tambahkan bbrp perkataan baharu, ubah kitab untuk mendakwa status Maitreya lalu memanggil diri sebagai Guru agung. Mereka mencuri ajaran saya dan beri inisiasi separuh masak kepada orang mudah terpengaruh yang percaya, yang tiada Berkat sebenar dan visi dalaman seperti yang seharusnya daripada inisiasi.Berani mereka buat begitu dan mendakwa begitu di mata semua Buddha di semua alam semesta yang telus. Mereka sendiri pasti ialah syaitan, menjadi penghuni neraka yang anti-Syurga. Apabila saya baca sekali lagi Kitab ‘Hoa Nghiêm’ atau Kitab Avataṃsaka, tiada perkara sebegini di dalamnyaPhoto Caption: Syukur kepada Tuhan atas Sinaran Matahari yang Menembus