Excerpt from “Ancient Aliens: The Doomsday Prophecies (Season 4) | History” by HISTORY– Feb. 17, 2012, Narrator: Menurut sarjana, orang Maya percayai masa itu. Bintang bergerak dengan pola berulang, dipanggil kitaran kalendar, dan kitaran ini boleh digunakan untuk ramalkan kejadian masa depan. Salah satu kitaran kalendar ini, Kiraan Panjang Maya, selama 5,125 tahun dan akan berakhir pada 21 Disember 2012. Tapi mengapa? Mengapa orang Maya memilih tarikh ini? Dan apa yang mereka percaya akan berlaku kepada dunia kita? Mungkin satu petunjuk boleh dijumpai dalam fenomena astronomi yang terletak di tengah-tengah galaksi Bima Sakti, sebuah kawasan yang tiada bintang.Dr. Sean David Morton: Orang Maya tahu. Mereka bukan sahaja tahu di mana letaknya bahagian tengah galaksi tetapi juga faham bahawa itu lohong hitam sejauh satu tahun cahaya yang mereka panggil Celah Besar.Logan Hawkes: Orang Maya percaya ini ialah saluran kelahiran Alam Semesta, dan bahawa semua benda datang dari saluran kelahiran Alam Semesta. Pada 21 Disember 2012, Bumi, Matahari dan saluran kelahiran ini, Celah Besar, semuanya betul-betul sejajar. Ini hanya berlaku setiap 26,000 tahun.Excerpt from “Countdown to Apocalypse” (2004), Speaker1: Barangkali itu iklim. Nampaknya ada kejadian perubahan iklim yang agak cepat yang berlaku pada masa itu. Hujah saya ialah perubahan iklim merupakan pemacu utama evolusi masyarakat manusia.Excerpt from “Ancient Aliens: The Doomsday Prophecies (Season 4) | History” by HISTORY– Feb. 17, 2012, Logan Hawkes: Orang Maya percaya bahawa pengetahuan ini datang kepada mereka daripada dewa-dewi mereka yang wujud dalam bintang.Giorgio A. Tsoukalos: Menurut orang Maya sendiri, pengetahuan ini bukanlah sesuatu yang diada-adakan oleh mereka tetapi ia diberikan kepada mereka sebagai hadiah daripada dewa-dewi. Hadiah pada masa itu bukanlah benda material. Itu pengetahuan. Pengetahuan ialah mata wang Alam Semesta.
Jika manusia tak berubah, itu apa yang akan berlaku. Ini bermakna dunia telah pun berakhir pada 2012.Atau maksimum, jika diizinkan Tuhan, kami, Makhluk Syurga dan saya sendiri, bersama-sama, dapat lanjutkannya beberapa tahun lagi. Dulu saya telah umumkan itu, “Empat tahun,” kata saya, dgn sederhana tetapi itu kebenarannya, mungkin lebih banyak sikit, kerana saya tak pasti berapa lama lagi saya dapat lanjutkannya. Hanya empat tahun saya tahu dgn pasti, jadi beritahu anda. Empat tahun, kemudian semakin banyak… Tetapi saya tak sentiasa ada masa, peluang untuk beritahu anda kerana apabila kita saling bertemu, anda ada soalan, kemudian kita berseronok, kemudian... Saya terlupa juga dan berfikir, “Tak apa, mereka dah tahu akannya. Jika empat tahun dah berlalu dan mereka masih hidup, maka mereka tahu bahawa kewujudan dunia telah dilanjutkan selama beberapa tahun lagi.” Jadi saya tak kata banyak. Tetapi sekarang ini memang genting.Dari 2024 hingga 2027, tahun-tahun ini kita majukannya atau binasakannya. Jadi tolonglah, jalani kehidupan yang sederhana. Tolong menjadi vegan, bertaubat, memuja Tuhan. Memuja Guru juga jika anda boleh. Menjadi vegan, bertaubat, memuja Tuhan, bersyukur kepada Tuhan. Tambahkan Anak-anak Tuhan dan mana-mana Guru yg anda percayai jika anda tahu Mereka baik, daripada agama-agama utama. Terdapat juga Guru-guru lain yang tak diketahui kerana Mereka tidak ditakdirkan untuk menjadi Guru secara terbuka, atau mungkin Mereka tiada keizinan untuk menjadi Guru secara terbuka, atau tiada afiniti dengan sesiapa pun untuk menjadi Guru fizikal mereka atau mengumpulkan anak murid. Sesetengah orang dapat mengajar anda banyak perkara tetapi mereka tak dapat didatangi, tidak terbuka.Mengamalkan apa-apa pun melibatkan banyak kerja. Kaedah Quan Yin paling baik. Meskipun anda beramal untuk hidup selama-lamanya, jika dunia begitu bermasalah macam ini, macam mana anda nak hidup jika seluruh planet meletup dan hilang? Jika anda keluar, ada peperangan di sekeliling anda, bom dan sebagainya, ia akan hancurkan seluruh badan, buatnya hilang. Badan sahaja dalam keadaan fizikal dan suci dapat hidup selama-lamanya jika anda amalkan kaedah tertentu. Untuk itu, anda perlu cari Guru tertentu – sangat sukar nak cari kerana Mereka tak nak bergaul dengan manusia. Jika ada afiniti, mungkin Mereka ajar satu atau dua orang anak murid. Itu saja. Mereka takkan membuat sekolah besar beramai-ramai untuk mengajar setiap orang yang datang kepada mereka seperti dalam Kaedah Quan Yin. Saya juga tidak mahukan itu tetapi cuma… saya tak dapat menolak.Sekarang, seandainya anda nak pelajari banyak perkara seperti yang dipelajari oleh Buddha. Buddha telah tinggalkan banyak kitab di mana ia gambarkan bagaimana Buddha ajarkan apa jenis kaedah kepada anak-anak murid yang berlainan pada zaman-Nya. Sesetengah orang telah mempelajari sesetengah daripada kaedah ini, seperti kita dapat hidup lama, sekurangnya 1,000 tahun atau lebih, atau kita tak perlu makan. Jika kita tiada makanan, kita tak perlu makan. Atau kita dapat terbang di udara, atau dapat lihat masa depan, sesuatu macam itu. Kita dapat lakukan semua itu. Belum menjadi Buddha pun, kita dapat. Kita juga dapat hidup lama.Saya cuba melanjutkannya, dapatkan lebih banyak masa lagi untuk hayat saya dengan bantuan dan sokongan daripada Baginda Raja Jangka Hayat yang sekarang masih hidup di planet ini pada usia lebih 300 tahun kerana Baginda amalkan cara yang dipelajari dan diamalkan oleh Buddha semasa hidup-Nya di Bumi. Sebab itulah Buddha berkata Baginda dapat hidup selama-lamanya jika Ānanda minta.Kita manusia buat banyak kesilapan kadangkala. Tak mengapa. Segalanya ada kebaikannya walaupun kita mahu Buddha kekal berada di sini bersama kita selama-lamanya. Saya ingin sendiri berjumpa dengan Buddha, maksud saya, di dunia fizikal. Hari ini, lebih senang, tetapi tetap sukar nak bertemu dengan orang yang begitu agung seperti Buddha dan Mahākāśyapa meskipun Beliau masih hidup.Photo Caption: Musim Bunga adalah Milikmu kerana Membuat dan BerkongsiTempat Duduk di Alam yg lebih tinggi terjamin dengan kerajinan jujur, Berkat Guru dan Belas Kasihan Tuhan, Bahagian 12/19
2024-09-12
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Baiklah. Di mana kita tadi? Jadi daripada banyak amalan meditasi atau spiritual yang saya pelajari, Kaedah Quan Yin adalah paling baik, paling sesuai untuk zaman yang sibuk ini dan tempoh masa ini di mana kita tak tahu sama ada dunia akan masih wujud esok atau tidak. Saya tak dibenarkan untuk beritahu anda tetapi anda boleh berdoa, boleh berfikir secara positif, boleh percayai Kuasa Tuhan dan banyak Guru di Syurga untuk bantu. Tetapi anda perlu ikut jalan yang betul. Jika anda nak pergi ke selatan tetapi asyik menuju ke utara, maka saya tak dapat bantu anda. Seluruh Alam Semesta tak dapat bantu anda. Jadi anda perlu tahu ke mana anda nak pergi.Banyak bencana sepatutnya sudah berlaku. Semua peramal dan tukang tilik dari zaman dahulu hingga zaman moden tahu akan itu dan mereka semua telah berikan ramalan kepada anda. Semuanya tepat, seperti dunia malah sepatutnya berakhir pada tahun 2012 dalam kalendar Maya tetapi saya beritahu anda, “Oh, saya telah melanjutkannya selama empat atau lima tahun lagi,” kemudian terus melanjutkannya hingga sekarang. Tetapi jika Tuhan tak nak menerima tawaran kita lagi, maka dunia akan hilang.Ada dua pilihan sekarang: 90% daripada orang akan mati, dunia akan dibaharui dan hanya peratusan orang yang kecil tertinggal untuk mulakan semula, atau pilihan kedua: kebinasaan sepenuh. Hingga kini, Petugas Syurga dan saya sendiri, dgn rahmat Tuhan Yang Maha Berkuasa serta Bantuan dan Keprihatinan semua Guru Berbelas Kasihan, masih dapat terus berjuang dan berharap. Saya ada harapan yang sangat besar. Tetapi anda tetap perlu mengikut kami. Anda perlu mengikut jalan ke Syurga. Anda tak boleh buat segala perbuatan jahat yang anda sendiri pun tahu itu tak bermoral dan standard yang buruk.Saya tahu banyak daripada anda termasuk biksu, paderi dan biksuni, berapa tinggi pun kedudukan anda dan berapa banyak tahun pun anda beramal, tak nampak apa-apa pun, tak tahu apa-apa pun daripada Buddha, hanya ajaran kitab yang tertinggal, bukan pengalaman sebenar seperti apa yang dikatakan oleh Buddha: anda dapat dengar Bunyi (Syurga dalaman) lautan, dan anda dapat lihat Cahaya (Syurga dalaman) ini, Cahaya itu. Dalam Bible Kristian, ia juga nyatakan bhw anda dapat dengar bunyi trompet dari Syurga, Syurga terbuka dan anda nampak ini, nampak itu. Anda malah dapat lihat belukar terbakar tetapi belukar tidak hangus. Semua itu adalah kerana itu Cahaya (Syurga) dalaman, bukan cahaya fizikal luaran, dan Bunyi (Syurga) dalaman, bukan bunyi luaran. Meskipun anda tak berada di tepi laut, anda dapat dengar bunyi ombak, misalnya macam itu, dan Melodi (Syurga dalaman) meskipun anda tak nampak sesiapa pun memainkan apa-apa, anda dapat dengar, malah seperti piano dimainkan di tempat anda walaupun anda tiada piano dan tiada jiran di sekeliling sejauh berbatu-batu. Macam itu, anda dapat dengar, dapat lihat.Meskipun anda tak nampak selepas menjadi biksu atau amalkan agama Buddha selama banyak dekad, anda tak harus berhenti percaya! Anda percayalah dan teruskan saja dengan apa-apa saja amalan spiritual yang boleh, sekurang-kurangnya amalan moral seperti menjadi vegan, tidak membunuh, tidak mudaratkan makhluk lain dengan sebarang cara, tidak fitnah sesiapa pun kerana anda tak tahu siapa ialah siapa; anda tak tahu siapa ialah Buddha, siapa bukan! Jika anda benar-benar tahu orang itu bukan Buddha, maka biarkannya saja. Jika dia tak memudaratkan anda, tak menyusahkan anda atau mahukan wang atau apa-apa, maka biarkannya saja untuk mengelakkan karma buruk. Kerana saya telah difitnah dan diumpat. Mereka buat dan katakan segala jenis perkara tentang saya. Saya tak dapat jelaskan atau bersihkan nama saya dgn secukupnya.Tetapi sekarang bercakap tentang itu, saya perlu jelaskan satu perkara: Saya perlu bersihkan nama semua tukang tilik, peramal dan ahli nujum yang beritahu anda segala ramalan tentang akhir zaman kita, malah sebelum tahun 2020-an lagi. Itu sebelum tahun 2020-an, seperti 2016, 2017, 2018, 2019 dan 2020 pun, dunia dah harus berakhir. Jadi jika mana-mana peramal mengatakan itu, atau walaupun kalendar Maya berhenti pada 2012 saja, semuanya betul. Mereka semua nampak realiti.