Orang tetap berani menyebarkan maklumat palsu, seperti biksu pun bercakap karut, menafikan semua Buddha dan sebagainya. Dan Trần Tâm memalsukan wasiat saya. Saya tak pernah ada wasiat utk siapa pun. Hanya puisi saya saja. Saya buatnya untuk bekas tunang saya lama dahulu – banyak dekad yang lalu. […]
Jika anda baca puisi saya atau malah ada salah sebuah buku puisi saya sebelumnya, anda akan bacanya dan faham bahawa ia tak berkaitan dengan dia! Saya tulis puisi itu kerana kami berpisah – saya ada seorang tunang sebelum bekas suami saya. […] Kami berpisah akhirnya. Itu bagaimana saya menulis puisi itu. Itu menyayat hati, seperti: “Jika aku mati esok, aku tinggalkan warisan ini dan itu untuk engkau.” Sebenarnya saya tiada banyak. Itu sebuah puisi saja, seperti: “Aku terasa kosong, hidupku kosong dan hancur hati.” Itu untuk dia. […] Dah tentu saya hancur hati tetapi saya sibuk. Dia meneruskan kehidupannya, saya meneruskan kehidupan saya.
Kemudian saya temu dgn tunang kedua, doktor yang saya kahwini itu. Anda tahu akan dia. Dia ada gambar dan sebagainya untuk anda lihat. Dia tidak jauh lebih tua daripada saya, seperti yang seorang biksu bohong tentangnya, biksu Thích Minh Tánh. Dia (biksu yang memakai selempang pelbagai warna) berkata suami saya dah tua sangat dan bawa saya ke Jerman dari Vietnam. Itu tak benar sama sekali. Dia tak tahu apa-apa pun. Atau mungkin dia sengaja berkata begitu, macam saya hanya cukup layak mendapat lelaki tua.
Apr. 12, 2021, Thích Minh Tánh: Biksuni Ching Hai pergi ke luar negeri. Dia bekerja sebagai jururawat (Ya.) dan berikan rawatan di... Ketika di Vietnam, Dia bertemu dengan seorang Jerman. Dia dah pun seorang lelaki tua. Dia berkahwin dengannya dan dia bawanya ke Jerman.
Tidak, itu tak benar. Dia hanya satu tahun lebih tua drpd saya. Puisi yang saya buat itu adalah untuk tunang pertama. Saya tak boleh beritahu anda nama penuhnya tetapi boleh kata namanya Jochen K. Jochen. K ialah ‘K’ seperti ‘King’ tetapi saya tak nak beritahu nama penuhnya. Jadi sekarang anda tahu. Ia tak berkaitan dengan Trần Tâm. Jika anda baca puisi tersebut, anda akan mengetahui itu. Versi Inggeris yang asal tiada perkataan ‘trần tâm’ di dalamnya pun – ‘trần tâm’ di dalamnya hanya bermakna “Aku meninggal dunia, dan hatiku tidak berasa sesal.” Itu saja.
Boleh anda bayangkan orang yang begitu rendah mempergunakan puisi sedih seseorang untuk membuatnya menjadi wasiat untuk diri sendiri? Wasiat saya! Ya Tuhan, saya belum mati. Pengganti datang hanya apabila seseorang dah bersara atau meninggal. Saya masih bekerja untuk anda selama ini. Saya tak pernah bersara. Jika saya ada kononnya pengganti yang begitu baik, cukup baik untuk menjadi pengganti saya, saya akan begitu gembira, begitu bangga untuk memberitahu seluruh dunia. Mengapa saya tak kata apa-apa pun? Tiada satu pun anak murid saya yg tahu kecuali sekumpulan orang di sesuatu tempat di Âu Lạc (Vietnam) yang begitu mudah terpengaruh dan cukup naif untuk percaya bahawa dua perkataan dalam puisi itu adalah untuk dia. Bukan, ya Tuhan! Orang yang begitu jahat, mana saya nak malah menulis puisi untuk dia?
Du tăng (biksu kelana) Thích Minh Tánh ini bukan sahaja berbohong tentang suami saya. Dia berbohong ttg begitu banyak perkara tetapi itu tipikal. Biasanya saya tak tahu akan dia. Ini kali pertama saya tahu akan dia dan kata-katanya – beberapa bulan yang lalu. Tetapi saya lihat sepintas lalu saja kerana saya berfikir, “Oh, ini satu lagi cakap karut! Ini satu lagi gosip, satu lagi fitnah. Aku akan biarkan syaitan neraka uruskan jenis ini.” Tetapi secara sampingan, kita bercakap tentangnya, jadi kalau-kalau anda keliru, rasanya saya ada kewajipan untuk jelaskan kepada anda.
Saya tidak baca seluruh temu ramahnya dengan juruacara Âu Lạc (Vietnam) yang cantik ini di sesuatu tempat tetapi salah seorang anggota pasukan anda hantar seluruhnya kepada saya. Jadi saya rasa wajib untuk jelaskan semua ini kepada anda kalau-kalau anda keliru dengan apa yang dikatakannya, bertentangan dengan apa yang anda dengar daripada saya. Apa yang anda dengar daripada saya sentiasa 100% benar. Oleh sebab saya amalkan Kebenaran, saya perlu bercakap benar. Kerana jika kita amalkan Kebenaran tetapi bercakap bohong, maka kita tidak capai Kebenaran. Sama seperti jika kita nak sampai ke selatan tetapi asyik bercakap tentang utara dan membawa diri ke arah utara, maka kita takkan sampai ke selatan – sangat mudah seperti itu. Tetapi berbohong ialah amalan biasa orang bawahan maya atau pekerja maya. Itu apa yang mereka lakukan. Mereka tiada standard moral. Mereka tiada prinsip untuk diikuti.
Mereka juga mendakwa diri mengikut Buddha dan Kebenaran, serta menerima rukun untuk bercakap benar, contohnya, salah satunya tapi tak pernah amalkannya Mereka katakan apa-apa saja hanya untuk membuat diri menjadi terkenal. Anda boleh menjadi terkenal tetapi bukan di Alam Buddha. Semua Buddha lihat anda dan tahu apa yang anda katakan. Jadi anda boleh tahu sama ada seorang biksu ialah biksu Buddha yang sebenar atau biksu maya, bermakna biksu palsu, biksu ghairah, biksu tak benar kerana mereka sangat suka bergaduh. Mereka cari gaduh dengan semua orang, sesiapa saja yang boleh. Mereka bercakap segala jenis bohong untuk menarik perhatian kepada diri sendiri. Mereka akan mempergunakan mungkin kebaikan hati, kekayaan atau malah televisyen orang lain. Mereka menjemput diri masuk. Mereka membuat diri menarik dengan berbohong untuk membuat cerita sensasi, serupa dengan sesetengah berita yang orang mahu orang lain memberi perhatian. Mereka akan membuat jenis tajuk sensasi, kisahkan cerita tak benar atau memutarbelitkan cerita menjadi tidak benar.
Jadi dengan ini, anda dapat mengenal biksu maya, biksu palsu dengan cara itu. Juga, menurut Kitab Kelenyapan Dharma Buddha Sepenuhnya, biksu pada Zaman Penghujung Dharma ini – biksu palsu, biksu yang bekerja untuk maya, tidak bekerja untuk Buddha, tidak bekerja untuk manfaat manusia walaupun mereka blah-blah macam itu – jenis biksu ini akan memakai kāṣāya (jubah) berwarna-warni.
Anda dapat lihatnya: dia (Thích Minh Tánh) sentiasa memakai yang berwarna-warni. Apa-apa pun yg dikatakannya, semuanya palsu – tentang saya sekurang-kurangnya Biasanya saya tidak baca seluruhnya kerana rasa begitu membosankan. Saya kata, “Lebih banyak gosip, satu lagi fitnah.” Saya tak buat apa yg salah terhadap dia dan tak pernah ingat bertemu dengan dia dalam hidup saya. Mungkin dia mengenal saya kerana semua orang mengenal saya, dah tentu, tetapi saya tak ingat tentang mendengar puisi macam ini yang dibuatnya untuk saya.
Apr. 12, 2021, Thích Minh Tánh: Saya menulis sebuah puisi. Tiga buah kereta polis datang dan hampir menangkap saya. Saya menulis puisi itu dan ia sejenis topik sensitif. Ia menyentuh hal keagamaan. Polis tiba sejurus selepas saya selesai membaca puisi itu. Mereka memanggil polis datang dengan serta-merta.
Saya tidak ingat terdengar apa-apa tentang tiga buah kereta polis datang untuk dia. Itu hanya membesar-besarkannya – membuat-buat, teater murah. Begitu pun, jika dia membuat puisi dan bacanya kepada kononnya anak murid saya, dah tentu mereka akan menjemput dia keluar atau minta polis datang untuk bawa dia keluar kerana memfitnah Guru mereka. Dah tentu anda melindungi Guru anda. Anda kasihi Guru anda, jadi anda memanggil polis dan beritahu mereka supaya bawa lelaki ini keluar dari sana kerana dia tidak sopan dalam kumpulan kami. Nasib baik saya tiada di sana. Saya tak ingat berada di sana. Saya tiada di sana. Jika tidak, saya akan suruh dia menjelaskan segala pembohongan tentang saya ini.
Saya tak buat apa yg salah terhadap dia. Saya tak pernah keluarkan satu perkataan yang salah tentang dia. Saya tidak kenali dia secara peribadi hingga beberapa bulan yang lalu, mungkin Mac atau sesuatu macam itu. Mungkin setengah tahun yang lalu, lebih kurang macam itu. Masa berlalu dengan cepat sekali dan saya terlalu sibuk. Jadi saya hanya kebetulan melihat-lihat telefon ‘tanpa kad SIM’ seperti yg saya beritahu anda sebelumnya Itu bagaimana saya tahu akan berita. Segalanya terpapar di depan mata saya. Itu bagaimana saya ‘temu’ dgn orang ini di internet.
Saya tidak bacanya. Seseorang hantar segala maklumat tentang kata-katanya kepada saya. Saya tak baca seluruh kata-katanya. Saya rasa begitu bosan. Tetapi sekarang mereka telah hantar maklumat kepada saya, kata-kata lengkap daripada dia, saya rasa wajib untuk menjelaskannya. Jika tidak, sesetengah daripada anda mungkin tersalah maklum kerana dia hanya memfitnah saya, bukan secara tak ketara pun. Dia bersifat hipokrit. Dia menyembah saya dalam video tetapi betul-betul memfitnah saya. Saya rasa itu sebabnya anak murid saya memanggil polis, hanya untuk minta dia keluar. Kami pengamal. Kami tak benar-benar bawa orang ke mahkamah. Jadi kami minta polis bawa dia keluar, mungkin. Itu apa yang mereka lakukan tetapi saya tidak ingat apa-apa tentang ini. Saya tak tahu apa-apa tentang puisi ini dan hal polis.
Tiada satu pun kononnya murid saya yang beritahu saya tentang dia, tentang puisi itu, tentang polis, apa-apa pun. Saya tahu akannya lebih kurang setengah tahun yang lalu saja. Itu benar. Semua Buddha ialah Saksi saya. Ada banyak bohong lain yang diberitahunya untuk menang, hanya untuk memfitnah saya, menjatuhkan maruah orang seperti saya. Anda tak perlu jatuhkan maruah orang untuk menaik ke atas. Itu akan memakan diri sendiri kerana jika anda bercakap bohong tentang orang tak bersalah dan baik, kemudiannya pengikut anda mungkin mendapat tahu, kemudian reputasi anda sendiri akan rosak. Ya, macam itulah. Jika saya bukan seorang pengamal, pencari Kebenaran spiritual, saya sendiri telah mendakwa dia tetapi saya memaafkan dia. Semoga semua Buddha mengampuni dia, hantu ghairah ini.
Dia ini hantu ghairah. Bukan hanya kelihatan macam itu dan memakai jubah biksu jenis hantu ghairah (berwarna-warni) yang telah Buddha jelaskan, tunjukkan dan arahkan kita bagaimana mengenal, tetapi dia benar-benar ialah hantu.Saya nampaknya Saya telah tinjaunya beru-baru ini dan tahu bahawa dia itu hantu ghairah. Biasanya saya tak pedulikan itu tetapi baik saya jelaskan segalanya kepada anda.
Ada satu lagi bohong – banyak bohong yg diberitahunya di sini. Segalanya yg diberitahunya ialah bohong kecuali nama saya, Ching Hai. Seperti yang dikatakannya, saya hampir seperti seorang jururawat di hospital di Âu Lạc (Vietnam). Kemudian saya bertemu dgn suami saya, suami Jerman – suami Jerman yang dah ‘tua sangat’. Dia kacak dan muda, berambut kuning buluh, bermata biru dan personaliti yang baik, begitu lemah lembut. Saya tak tahu sama ada saya dapat temui sesiapa yang begitu menarik, begitu lemah lembut, begitu pemurah, begitu baik hati, begitu penyayang, begitu ghairah macam itu. Saya anggap diri saya bertuah dan malang meninggalkan dia untuk pergi mencari peringkat Buddha. Tetapi saya bertemu dgn dia di Jerman sewaktu saya bekerja untuk Caritas di Allach.
Saya bertemu dengan dia selepas itu apabila saya bekerja di sana untuk pelarian Âu Lạc (Vietnam). Sesetengah orang tahu akan itu juga. Salah seorang rakan sekerja saya tahu akan itu juga. Itu bukan rahsia. Biksu pertama yang saya ikut, Thầy (Guru) Thích Như Điển, sư cô Diệu Ân, Thích Thiện Hòa dan Minh Tâm – saya dah lupa sesetengah nama mereka – semuanya tahu akan itu. Banyak biksu dan biksuni datang ke rumah kami, rumah suami saya dan rumah saya. Kadangkala mereka bermalam, saya masak makanan untuk mereka dan sebagainya. Jadi bukanlah rahsia bahawa saya berkahwin dengan dia dan bertemu dengan dia di Jerman.
Jadi dia berbohong tentang itu. Dia memang cuba merebahkan saya, bukan secara tak ketara pun tetapi dengan ketara, dgn banyak perkara lain yang dikatakannya selepas itu, memfitnah saya, segala-galanya, malah dengan serangan fizikal – menyerang saya secara fizikal, bukan dengan tamparan tetapi kata-kata. Itu bukan lelaki budiman. Jika anda seorang biksu, contohnya, dan nampak orang yang hodoh, tidak elok dipandang, anda takkan berkata kepada dia, “Kamu begitu hodoh.” “Kamu cacat,” atau sesuatu macam itu. Itu tak berbelas kasihan. Itu bukan lelaki budiman. Jadi dia tidak baik. Itu pekerja maya yang tipikal. Mereka tiada belas kasihan, tiada kasih sayang, tiada moral, tiada rasa simpati, apa-apa pun. Segalanya yg dikatakannya ialah bohong.
Kecuali dia berkata bahawa saya mengikut Guru saya Thích Như Điển. Beliau kenali suami saya. Kami berdua pergi ke tokong bersama-sama dan berjumpa dengan biksu dan biksuni bersama-sama juga. Biksu dan biksuni datang ke rumah saya juga. Banyak lagi biksu, saya tak dapat ingat nama mereka. Ketua biksu sebuah tokong di Paris, contohnya, seperti (Pagoda) Khánh Anh. Guru pertama saya Thích Như Điển malah pergi ke New York juga untuk mencari saya, dan Ketua biksu Pagoda Khánh Anh di Paris pergi ke Taiwan (Formosa) untuk mencari saya ketika saya berada di upacara untuk menjadi biksuni, pendeta sepenuh. Jadi mereka semua sangat sayangi saya. Saya sangat disayangi, sangat terkenal dan diundi sebagai Naib Presiden Persatuan Penganut Buddha dan Pelajar Âu Lạc (Vietnam) di Jerman oleh Guru saya sendiri dan rakan sekerja saya, penganut Buddha yang lain.
Kemudian dia kata saya pergi ke Taiwan (Formosa) untuk mencari Thích Tịnh Hạnh. Saya pergi ke sana untuk menerima rukun penuh biksuni. Mereka memperkenalkan saya kepada Guru Thích Tịnh Hạnh. Saya menulis tentang beliau juga dalam majalah Viên Giác Guru Thích Như Điển. Saya menulis tentang beliau. Saya tulis dgn baik sekali tentang beliau dan berkata bahawa saya tinggal di sana. Sangha Buddha Taiwan (Formosa) memperkenalkan saya kepada Thích Tịnh Hạnh kerana beliau seorang biksu Âu Lạc (Vietnam) di sana. Jadi mereka bawa saya ke tokongnya supaya saya boleh tinggal di sana. Tetapi dia (Thích Minh Tánh) berkata bahawa Thích Tịnh Hạnh tidak menerima saya. Itu tak benar. Nama saya, Ching Hai atau Thanh Hải, diberikan daripada keturunan Guru Thích Tịnh Hạnh. Guru saya yang lain beri saya nama Thích Thị Nguyện, kemudian Guru Thích Tịnh Hạnh ini beri saya nama Thích Thanh Hải.
Tapi segalanya seperti yang ditakdirkan. Semua ramalan pun sebut nama saya. Perlulah nama itu. Saya perlu berada di Taiwan (Formosa). Saya perlu bersama En. Thích Tịnh Hạnh untuk mendapat nama itu. Saya tak tahu apa-apa tentang semua itu sebelumnya, dah tentu! Jadi itu satu lagi bohong. Selepas Thích Tịnh Hạnh, saya bertemu dengan Guru Sheng Yen. Saya pergi bersama beliau untuk terus belajar di tokongnya di New York. Beliau jemput saya sebenarnya. Saya bertemu dgn beliau dua kali saja. Satu kali, beliau di tokong Thích Tịnh Hạnh; satu kali lagi, di tokongnya. Kemudian beliau jemput saya pergi bersamanya ke New York: Jika saya mahu, beliau akan buat kerja permohonan untuk saya pergi. Jadi saya pergi ke sana. Tapi lepas itu saya tak boleh tinggal lama disebabkan oleh visa – orang Amerika tidak berikan visa kepada saya untuk teruskan lagi. Jadi rasanya saya tinggal di sana selama satu tahun saja dan visa tidak dibaharui, jadi saya perlu balik ke Taiwan (Formosa).
Sebelum itu, saya belajar di tokong-tokong dan agama-agama yang berlainan, malah (agama Buddha) Tibet, agama Hindu, Sikhisme dan sedikit Jainisme juga tetapi saya tak pernah belajar sihir. Dia malah berkata bahawa saya belajar sihir buruk. Ini suatu bohong. Dia seorang penipu. Meskipun itu bukan bohong, dia sepatutnya tahu bahawa jika kita nak bercakap tentang seseorang, buruk atau baik tentang orang itu, kita harus betul-betul mengenal orang itu – hidup dan sejarahnya, tetapi apa-apa yang diberitahunya di sini, kecuali saya di Taiwan (Formosa) bersama Thích Tịnh Hạnh, dan di Jerman bersama Thích Như Điển, semuanya direka-reka, semuanya palsu. Dia mereka-rekanya untuk fitnah saya.
Saya tak pernah belajar sihir. Saya memang ada kuasa ajaib dalam diri saya. Kemudiannya saya dapati itu tetapi tak dibenarkan untuk gunakannya. Dalam kumpulan saya, dalam persatuan kami, saya tidak benarkan sesiapa pun guna kuasa ajaib kecuali satu atau dua kali kami bercakap tentangnya – itu saja. Tetapi tiada sesiapa pun yang patut gunakan kuasa ajaib dlm persatuan kami, dalam kepercayaan agama kami. Anda boleh tanya mana-mana murid saya dan mereka akan beritahu anda. Mana-mana saja daripada mereka. Pilihlah mana-mana saja drpd mereka.
Dia (Thích Minh Tánh) mengecam rupa fizikal saya juga. Itu sesuatu – saya dah kata – itu bukan kelakuan biksu. Itu tak berbelas kasihan. Itu tidak berbudi.
Apr. 12, 2021, Thích Minh Tánh: Sikhisme penuh dengan kuasa mistik dan amalan esoterik. (Oh, belajar tentang kuasa ajaib!) Ia mengkaji apa yang dianggap sebagai sihir hitam, (Ya.) tentang amalan ilmu ghaib. Itu apa yang dipelajari-Nya. Biksuni Ching Hai belajar bersungguh-sungguh sehingga mulutnya menjadi herot, mulut herot
Jadi anda dapat lihat dia bukan biksu sebenar. Dalam puisinya, dia bercakap macam dia sangat penyayang dan baik hati tetapi betul-betul memfitnah saya. Saya tak nak bercakap tentangnya. Biasanya saya tidak baca semua itu pun tetapi mereka hantarnya kepada saya lepas itu. Jadi saya baru bacanya sekarang, maksud saya beberapa hari yang lalu, bukan enam bulan yang lalu pun, atau dua, tiga bulan yang lalu.
Dia tak tahu apa-apa pun tentang agama Buddha. Dia hanya menghafal banyak Nama Buddha untuk mengagumkan orang mudah terpengaruh yang tiada masa yang mencukupi untuk mengkaji kitab. Dia berkata bahawa saya pergi ke… mungkin cara bidaah. Dia pergi kepada agama Buddha tetapi tak tahu banyak tentang agama Buddha. Asasnya adalah anda tidak mengecam orang lain yang tidak buat apa-apa yang salah terhadap anda atau sesiapa pun. Anda tak tahu apa-apa pun tentang apa yang orang itu ajarkan kepada orang lain atau bagaimana mereka pengaruhi orang lain. Apa yg saya lakukan adalah ajar orang sekurang-kurangnya Lima Rukun asas: Anda tidak berbohong; anda tidak mencuri; anda tidak berzina; anda tidak mengambil dadah, alkohol, berjudi dan sebagainya; serta anda tidak membunuh dan mencederakan orang lain. Ahimsa, tanpa keganasan. Tiada apa-apa yang salah dengan itu dan itu bukan sihir.
Kami tak guna kuasa ajaib dlm kumpulan kami. Ia dilarang bagi saya juga. Saya gunakannya sekali saja untuk orang-anjing saya, menyembuhkan orang-anjing saya kerana semua ubat tidak membantu dia dan dia hampir mati. Dia tak dapat berjalan pun. Saya tak dapat angkat dia keluar untuk buang air kerana saya terlalu kecil. Dia sebesar saya. Anda tahu orang-anjing itu – Good Love penyayang saya yang masih melindungi saya hari ini. Jika saya nak gunakan kuasa ajaib, biksu ini (Thích Minh Tánh) akan mati atau sesuatu yang tak kena akan berlaku kepada dia. Saya tak boleh, takkan buat begitu. Anda tahu akan itu.
Semua orang boleh lafazkan Namo Buddha Amitābha, Namo Buddha Shakyamuni, apa-apa saja. Saya telah beritahu semua orang bahawa mereka boleh belajar meditasi dgn saya sementara terus bersama agama mereka. Sebenarnya, saya beritahu anda itu. Saya dah beritahu anda itu banyak kali. Sebelumnya, sebenarnya, saya mengajar orang melafazkan Nama Pengasas agama mereka, Nama Buddha atau Santo. Saya tidak suruh orang melafazkan ‘Nam Mô Thanh Hải Vô Thượng Sư’. Itu suatu bohong juga. Dia kata saya ‘memaksa anak murid melafazkan nama itu’, melafazkan nama saya ‘Nam Mô Thanh Hải Vô Thượng Sư’. Saya tak pernah buat begitu.
Apr. 12, 2021, Thích Minh Tánh: Biksuni Ching Hai mengikut jalan jahat – saya katakan secara terus terang. Saya mengikut jalan Buddha. Kami mengikut jalan masing-masing. Tetapi saya masih ambil berat tentang Biksuni Ching Hai. Dia agak berbakat tetapi telah sesat, mendakwa diri sebagai sesuatu dan tidak lafazkan ‘Namo Buddha Amitābha’, ‘Namo Buddha Shakyamuni’ atau ‘Namo Bodhisattva Quan Yin’. Dia buat anak murid-Nya melafazkan ‘Namo Mahaguru Ching Hai’, seolah-olah tiada guru di dunia yang lebih tinggi daripada Dia. (Ya.) Dia dakwa diri sebagai Guru Tertinggi, Buddha. ‘Namo Mahaguru Ching Hai’.
Kononnya anak murid saya tanya, “Apabila mereka alami kesusahan ketika bermeditasi, apa yg nak dibuat?” Saya kata, “Dlm keadaan itu, panggillah saya. Saya akan datang bantu kamu.” Itu saja. “Panggillah nama saya. Saya dekat.” Itu saja.
Sesetengah orang buat begitu sebelumnya dan berkata ia membantu. Jadi saya kata, “Teruskanlah.” Kemudian mereka menulis jenis ‘Namo Ching Hai Wu Shang Shih’ ini dalam bahasa Cina, di Taiwan (Formosa), lekatkannya pada kereta dan pergi ke seluruh Taiwan (Formosa). Itu membuat orang di luar melafazkan nama saya juga, yang bukan vegan, tidak mematuhi Lima Rukun, tidak cukup suci. Mereka melafazkan nama saya untuk minta mungkin bantuan duniawi. Ini berikan banyak karma kepada saya. Jadi saya malah minta anak murid saya, “Tolong hentikan itu. Jangan lekatkan slogan itu pada keretamu atau beritahu orang itu lagi. Mereka perlu bantu diri sendiri. Mereka perlu menjadi suci dulu. Jika tidak, tak jadi, dan hanya banyak ganggu saya saja.” Semua orang panggil saya dan tidak cukup suci, maka dah tentu menyusahkan saya.
Tetapi saya Buddha, itu bukan bohong. Saya bukan sahaja seorang Buddha tetapi juga sesuatu yang lain yang saya belum nak beritahu anda. Saya juga 轉輪聖王 (Raja Pemutar Roda Dharma). Itu seluruh Alam Semesta tahu. Jika anda tak percaya, anda naiklah ke atas, tanya Buddha, tanya malaikat, tanya Santo dan Orang Suci, Bodhisattva – sesiapa saja yang anda kenal – Mereka akan beritahu anda bahawa saya seorang Buddha. Saya Buddha Maitreya dan Raja Pemutar Roda Dharma. Saya perlukan semua itu untuk menjaga dunia kita sekarang. Tiada orang lain yang dapat lakukannya pada masa sekarang. Itu kebenaran yang saya beritahu anda, percaya atau tidak. Saya perlu beritahu anda kebenaran kerana ia berkaitan dengan sini. Saya tidak megah dgn menjadi Buddha atau apa-apa. Saya sentiasa lari daripada bahaya dan orang jahat seperti Thích Minh Tánh di sini ini. Dia tak tahu apa-apa tentang sesiapa pun. Dia tidak banyak mengkaji. Dia hanya banyak bercakap, besar mulut hanya untuk menarik perhatian. Banyak orang percayai itu, dah tentu, kerana dia seorang biksu, kononnya biksu.
Apa jenis biksu yang memakai kāṣāya (jubah biksu) yg berwarna-warni? Buat apa? Buddha tak pernah memakai macam itu. Tiada biksu baik yang lain memakai macam itu. Sesetengah biksu yang lain mungkin belum begitu bermakrifat tetapi mereka tak memakai jenis kasok berwarna-warni ini hanya untuk menarik perhatian kepada diri sendiri. Anda bukanlah pelakon teater. Anda tak perlukan semua warna ini. Buat apa? Kecuali anda sangat suka akannya. Segala jenis warna... Itu kerja yang banyak bagi tukang jahit. Mereka perlu memotong warna-warna yang berlainan drpd segala jenis kain yang berlainan. Itu mengambil banyak masa untuk mereka membuatnya, dan itu rosakkan banyak kain besar yang cantik pada masa yang sama kerana drpd setiap kain anda perlu memotong hanya satu potongan kecil macam itu. Maka ia merosakkan banyak kain. Ini ialah pembaziran kain. Tak berguna buat begitu. Saya tak nampak sebarang kebaikan itu.
Saya tidak megah untuk berkata bahawa saya seorang Buddha. Saya seorang Buddha. Jika anda bertaubat dan kembali kepada Sifat asal, kesucian dan belas kasihan anda, menjadi vegan, bertaubat kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa, kepada semua Buddha, Guru, Bodhisattva, maka saya akan memaafkan anda, dengan nama Tuhan, dengan Nama semua Buddha. Saya ada Kuasa untuk menyelamatkan roh anda, anda dari neraka. Itu ialah kebenaran. Jika ini ialah bohong, semua Buddha akan hancurkan saya. Saya akan berderai. Saya bukanlah Buddha yg sendiri dakwa – saya memang seorang Buddha. Pada asalnya, saya tak nak katakan itu pun tetapi Tuhan dan semua Buddha beritahu saya bhw saya perlu pada waktu kecemasan dunia kita ini.
Saya tak pernah sendiri menamai saya Ching Hai. Saya diberi nama itu daripada Guru Thích Tịnh Hạnh di Taiwan (Formosa). Selepas itu, beliau hantar saya pergi menerima rukun biksuni, kemudian saya terus tinggal bersama beliau di tokong itu sehingga Guru Sheng Yen – Thích Thánh Nghiêm – menjemput saya pergi ke New York. Semua orang tahu akan itu – Guru Thích Tịnh Hạnh, semua anak murid juga, semua biksu dan biksuni tahu akan kisah ini. Saya tak boleh berikan nama itu kepada diri sendiri. Saya tak tahu pun bahawa saya perlu ada satu lagi nama. Saya ada satu lagi nama, sudah pun Thị Nguyện, daripada Thích Như Điển, Guru pertama saya.
Jadi dia (Thích Minh Tánh) bercakap semua bohong ini hanya untuk buat saya kelihatan kecil kerana dia rasa begitu takut dengan kemasyhuran dan kasih sayang yang orang berikan kepada saya ke mana pun saya pergi dan kasih sayang daripada kononnya anak murid saya. Sebab itulah dia begitu takut. Dia malah perlu naik ke atas pentas untuk fitnah saya terang-terangan macam itu.
Dia datang ganggu juruacara cantik saluran yang baik ini – yang saya pertama kali tahu enam bulan yang lalu, lebih kurang – hanya membuang masanya, membuang masa penonton mendengar dia memarahi saya, memfitnah saya. Tapi apa yang telah saya buat terhadap sesiapa? Pernah saya ajar orang mencuri, bunuh, buat sebarang perbuatan jahat? Tidak! Saya ajarkan segala perkara baik: bahawa anda perlu taat kepada ibu bapa, perlu jujur, perlu pergi mencari nafkah sendiri. Saya mencari nafkah sendiri, malah untuk bantu orang miskin.
Antara Sampel Derma Mahaguru Ching Hai untuk Tujuan Baik di Seluruh Dunia & Jumlah Anggaran Sumbangan untuk 1989-2024
DAN SEBAGAINYA…
Jumlah Anggaran *: Dari Jan. 1989 hingga Sep. 2024 AS$76,369,822 (dan banyak lagi yg tak tersenarai di sini) (Anggaran ini tidak termasuk banyak derma lain yang Guru berikan secara senyap atau secara spontan tanpa dokumentasi atau kami telah kehilangan rekodnya. Ia juga tidak termasuk derma baharu yang diberikan sejak waktu pengiraan ini.)
Mahaguru Ching Hai (vegan) “amat bersyukur sebagai wadah kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa Tercinta atas sebarang Bantuan yang dikurniakan kepada anak-anak-Nya yang berharga.”
Saya tak pernah buat apa-apa yang salah, jadi dia memfitnah saya kerana rasa cemburu, jelasnya. Saya tak dapat fikirkan apa-apa yg lain. Jika dia mendakwa bahawa dulu dia kawan rapat saya, saya sumpah dengan jujur kepada Tuhan, saya tak ingat akan dia sama sekali. Saya tak pernah kenali kawan macam itu. Sebenarnya saya tak pernah ada kawan rapat, bukan kawan lelaki rapat macam itu. Saya tak kenali dia! Dia pasti begitu cemburui saya sehingga menjadi begitu benci dalam hatinya, tak dapat mengawal diri sebagai seorang biksu, bercakap segala bohong ini untuk jatuhkan maruah saya supaya dia naik ke atas atau apa-apa saja. Dia terlalu cemburu kerana mungkin saya begitu disayangi oleh orang dan anak murid saya, mungkin begitu. Saya tak pernah ajarkan apa-apa yg salah dalam semua khutbah saya, semua dekad ini.
Tapi tak apa, saya tidak membenci dia. Saya harap suatu hari nanti dia akan memahami perkara dan ada evolusi yang lebih baik, menaik melangkaui status syaitan untuk menjadi manusia dan santo. Mesti bertaubat. Mesti bertaubat dulu dan berpatah balik. Dia perlu menghapuskan tham, sân, si (ketamakan, kemarahan, kejahilan) dan rasa cemburu. Rasa cemburu ialah tham, sân, si juga – ketamakan, kemarahan. Ini bukan kemarahan saja. Ini memang keganasan dan tidak berakhlak mulia, khususnya bagi seorang biksu. Saya nasihati dia supaya kembali kepada kehidupan yang lebih sederhana, berbelas kasihan, tidak terlalu banyak mengejar kemasyhuran dan kekayaan. Jika tidak, masa berlalu dengan cepat sekali dan dia dah tua – lebih baik dia menjaga hayat seterusnya. Jika tidak, neraka akan mengajar dia dan itu sangat menyakitkan.
Dia harus mengajar diri sendiri. Dia tak harus mengajar saya apa-apa. Dia tak tahu apa-apa pun. Dia bercakap segala bohong macam itu. Mana orang nak dengar kata-katanya? Mana saya nak dengar kata-kata pembohong? Mana boleh saya pergi belajar dengan biksu yang berbohong? Saya tak tahu berapa banyak orang yang lain dia berbohong tentang mereka, berapa banyak orang yg lain dia dakwa dirinya berkawan dengan mereka atau kenali mereka supaya dia menjadi terkenal. Tetapi saya tahu tentang saya kerana dia bercakap tentang saya. Semuanya bohong, 99.9%, kecuali nama saya, Thanh Hải.
Dia malah berkata di sini bahawa saya peluk dia dan berkata saya cintai dia. Ya, saya maafkan dia dan sayangi dia. Semoga Tuhan berkati dia. Semoga Buddha selamatkan rohnya kerana dia begitu berat, begitu berat dengan dosa. Sebab itulah auranya begitu gelap. Saya harap dia tidak jangkiti orang yang dekati dia kerana pekerja maya ada jenis kegelapan ini dalam diri mereka. Kadangkala mereka dapat jelmakan sedikit cahaya untuk menipu orang. Tetapi kebanyakan orang yang Mata Ketiga telah terbuka, ada kuasa psikik akan nampak auranya – sangat gelap. Tak begitu hitam, hanya perang kopi dan ada lubang padanya. Ini salah satunya yang paling buruk yang boleh anda ada, kecuali hitam.
Dia asyik berkata dia kasihi saya. Saya tidak kenali dia pun, tapi terima kasih atas kasih sayang anda. Anda asyik berkata anda kasihi seseorang tetapi asyik memfitnah Dia, cakap tentang kehidupan peribadi-Nya, malah nama peribadi-Nya dan sebagainya. Itu bukan nama peribadi saya tetapi meskipun begitu, dia tak harus buat begitu. Itu kelakuan yang sangat biadap, jenis sifat yang sangat rendah, saya perlu kata. Saya takkan mohon maaf atas ini. Padan mukanya, dia yang mulakannya.
Saya tidak kenali dia. Saya tak tahu mengapa dia perlu heret saya keluar, hitamkan nama saya dan katakan segala jenis perkara yang tidak benar tentang saya. Saya tak faham. Jika dia tahu baca bahasa Inggeris atau Âu Lạc (Vietnam), dia pasti tahu saya ajarkan segala perkara yang betul. Saya bercakap tentang Buddha juga. Segala jenis kitab Buddha, segala jenis kisah Buddha saya baca kepada kononnya anak murid dalam semua dekad ini. Saya tak perlukan dia memanggil saya apa-apa – Buddha, biksu atau biksuni. Saya tak perlukan penerimaan untuk membuat apa yang saya buat.
Setiap daripada kita ada kebebasan untuk jalani kehidupan kita, cuma tiada kebebasan untuk memfitnah orang lain tanpa sebab. Itu dalam undang-undang negara fizikal, dilarang juga, apalagi sebagai biksu yang ada 250 rukun. Orang memanggil anda ‘sư phụ’, bermaksud ‘guru’ dan ‘bapa’. Tetapi anda bercakap macam itu tentang wanita kecil yang tidak bersalah. Meskipun Dia bukan biksuni, Dia seorang wanita kecil, tak mudaratkan tak bersalah tapi anda cakap macam itu? Anda fitnah Dia, jatuhkan maruah Dia, memanggil nama ejekan-Nya dan heret nama peribadi-Nya keluar atau apa-apa saja. Buat apa? Apa yg telah dibuat-Nya terhadap anda atau sesiapa pun di seluruh planet ini? Tiada apa-apa pun. Dia hanya bantu orang dari segi kewangan, rohani, fizikal – apa-apa saja yang boleh. Biksu seperti anda, jika anda benar-benar seorang biksu, ialah keaiban kepada negara kita Âu Lạc (Vietnam). Ini keaiban kepada reputasi antarabangsa negara kita, memperkenalkan kononnya biksu sebegini seperti anda. Jadi anda harus mengkaji diri dulu sebelum memfitnah sesiapa yang lain.
Jadi sekarang anda tahu, banyak bohong. Banyak penipu di dunia ini. Sesetengah orang berbohong untuk tujuan yang paling buruk – menyebabkan orang jatuh ke neraka. Ini bohong paling buruk yang boleh anda buat. Dan orang-orang ini, Trần Tâm dan Huệ Bửu, saya telah menyelamatkan mereka banyak kali – sekurangnya dua kali yang dilihat oleh beberapa orang saksi. Pada kali yg lain,tiada sesiapa yg nampak kerana tiada sesiapa yang bersama saya tetapi dah lebih dua kali, tetapi mereka masih tak bertaubat. Kerana menyelamat di Alam Astral adalah berbeza dengan di dunia fizikal. Menyelamat di dunia fizikal adalah senang. Semua orang dapat lihat. Mungkin anda tercedera atau mati, orang merawat anda dan buat anda hidup semula. Ini berbeza dengan badan astral. Anda perlu pergi ke Alam Astral untuk lihatnya. Badan fizikal makhluk astral itu masih tak tahu pun bahawa dia telah dihukum di neraka. Macam itulah.
Tetapi dia akan mati tak lama lagi. Orang sebegini tidak hidup lama. Mereka akan mati, kemudian akan mengetahuinya. Mungkin mereka sakit secara fizikal dan sebagainya tetapi takkan faham bahawa itu berkaitan dengan hukuman astral di neraka. Macam itulah. Sebab itulah banyak manusia tak tahu apa-apa tentang apa yang mereka buat adalah salah dan bahawa mereka sudah dihukum dan dipenjarakan atau sudah dibakar di neraka sehingga meninggalkan badan fizikal, kemudian mereka akan tahu, kemudian akan terlambat.
Jadi saya beri amaran kpd anda semua, manusia, tolonglah, neraka wujud. Walaupun anda masih hidup secara fizikal, badan astral anda sudah pun di neraka. Hanya menunggu anda meninggalkan badan ini, kemudian anda akan mengetahui segala-galanya, nampak segala-galanya. Badanlah yang menghalang anda daripada nampak dunia buruk dan juga Syurga baik. Sebab itulah manusia hidup dengan jahil sekali. Sayangnya! Tolonglah sedar, tolonglah, tolonglah. Percayalah saya. Saya tak mendapat apa pun drpd beritahu anda kebenaran. Tolonglah sedar. Bertaubat. Menjadi Vegan, Menjaga Keamanan, Berbuat Baik. Cari Guru jika anda nak pulang ke Rumah. Cari Guru hidup, bermakrifat, wajar disanjung. Jangan hanya dengar kata-kata mereka. Lihat mata mereka, apa yg mereka buat dan menilai mereka dengan betul sebelum anda membaktikan diri kepada mereka.
Anda tak perlu percayai saya atau mengikut saya. Ikut saja kata hati anda. Pergi cari seorang Guru dan dapatkan perlindungan daripada Dia, atau cari biksu dan melafazkan Nama Buddha Amitābha bersama dia kerana jika biksu itu suci, ikhlas dalam amalan spiritual, dia akan berikan tenaganya kepada anda. Jika anda baik terhadap dia, dia akan melindungi anda. Dia akan bawa anda ke alam yang tinggi, mungkin belum lagi di atas Peringkat Ketiga tapi sekurang-kurangnya anda berpeluang utk bertemu dgn lebih banyak lagi Guru di atas sana, Syurga yang lebih tinggi, kemudian boleh belajar lebih banyak dan tidak pergi ke neraka atau kembali ke dunia fizikal bergolak yang akan mengelirukan anda, merendahkan martabat anda, mengaburi anda ke dalam segala jenis aktiviti dan situasi yang memudaratkan sehingga melupakan Tuhan, melupakan Buddha, lupa diri. Itu masalahnya.
Jadi tolonglah pergi cari seorang Guru atau biksu, mana-mana biksu yang benar-benar ikhlas dan percaya kepada Buddha. Jangan dengar kata-kata biksu yang berkata bahawa Alam Amitābha tidak wujud. Anda tahu bahawa Buddha Shakyamuni menceritakan kisah itu, memberitahu Permaisuri di dlm penjara tentang Alam Buddha Amitābha secara terperinci. Buddha Shakyamuni tak boleh bohong. Buat apa sesiapa berbohong tentang itu? Jadi kita bertuah masih ada Kitab Buddha Amitābha itu. Carilah, cetak, baca, beli, pinjam, salinnya, buat apa-apa saja yang anda boleh. Lafazkan Nama Buddha Amitābha siang dan malam. Jika anda tak dapat buat apa-apa yg lain, jika anda tiada masa untuk apa-apa yang lain – Buddha Amitābha, Bodhisattva Quan Yin ialah tempat berlindung anda. Tolonglah, saya beritahu anda dengan sepenuh hati. Saya hanya nak menyelamatkan anda tapi oleh sebab anda tak percayai saya, saya beritahu anda banyak cara yg lain, hanya untuk anda.
Anda tak perlu percaya kepada saya. Anda tak perlu ikut saya. Cuma buatlah sesuatu. Jika tidak, kita tiada banyak masa lagi untuk berhujah siapa baik, siapa tidak. Hanya jaga diri sendiri. Berdoa kepada Tuhan, berdoa kepada Buddha yang anda percayai. Ada banyak Buddha di dunia ini, cuma Buddha Amitābha adalah yang paling senang untuk anda dekati. Disebabkan oleh sumpah Berbelas Kasihan-Nya untuk selamatkan anda jika panggil Dia. Jadi buatnya suatu tabiat, panggil Dia supaya anda akan ingati Dia pada saat anda meninggalkan dunia palsu ini. Dia akan bawa anda pulang ke Rumah sebenar anda!
Jangan pergi ikut mana-mana biksu yang terkenal, sudah lama menjadi biksu atau ada banyak biksuni dan biksu yang ikut dia pun jika dia tidak percaya kepada Buddha Amitābha dan jika dia berkata bahawa neraka tidak wujud, seperti Thích Nhật Từ itu, maka dia itu maya, bekerja untuk kuasa negatif. Dia tidak baik untuk anda. Tolonglah, pergi ikut mana-mana Guru yang percaya kepada Buddha, benar-benar percaya bahawa Alam Buddha Amitābha wujud. Saya jamin ia wujud. Saya tahu akan Alam itu. Banyak anak murid saya pun tahu akan Alam itu. Kita boleh datang dan pergi ke sana. Tolonglah percaya. Tolonglah, percaya kepada Buddha Amitābha sebagaimana yang Buddha Shakyamuni beritahu anda. Anda mesti percaya kepada Dia, dan neraka memang wujud – tidak seperti Thích Nhật Từ yang berkata bhw neraka tidak wujud dan tidak disebut sehingga 500 tahun selepas Buddha. Tidak.
Sejak zaman Buddha lagi, Buddha mengatakan itu, dan sangat lama sebelum itu dalam Kitab Kṣitigarbha juga – tahulah, Địa Tạng Vương, Kinh Địa Tạng Vương Bồ Tát – semua neraka diterangkan dengan jelas, terperinci dalam kitab itu. Anda bacalah semua itu. Hari ini, dalam I-Kuan Tao atau kepercayaan agama yang lain, mereka pergi ke neraka juga – melawat neraka untuk kembali dan menulis perkara tentang neraka. Mereka pergi ke Syurga juga – melawat Syurga, kembali dan menulis buku. Buku tentang neraka, tentang Syurga – anda boleh dapatkannya di mana-mana saja daripada penyampai neraka dan Syurga yang sebenar, daripada Buddha Ji Gong – Tế Công, Phật Sống Tế Công. Buddha hidup Ji Gong pergi ke neraka dan Syurga untuk kembali dan bantu penyampai menulis semua itu untuk anda. Buatlah kajian. Neraka memang wujud! Saya bersumpah kepada semua Buddha dan Tuhan Yang Maha Berkuasa bahawa saya bercakap benar. Jangan tunggu sampai anda pergi ke sana untuk menentusahkannya dan beritahu saya bhw betul kata-kata saya. Saya tidak mahu itu. Tolonglah, neraka adalah menggerunkan! Itu penderitaan tak berkesudahan. Sasarkanlah Syurga. Sasarkanlah Alam Buddha.
Sesetengah orang mungkin berfikir bahawa Thích Nhật Từ tidak nasihatkan apa-apa yang buruk kepada orang, seperti pergi mencuri, membunuh atau melakukan apa-apa yang jahat. Berkata bahawa tiada Alam Buddha Amitābha dan tiada neraka, itu dah pun perkara yang paling buruk, lebih buruk daripada sebarang jenayah yg boleh dilakukannya terhdp penganut kerana hapuskan kepercayaan orang macam itu membuat mereka mudah terdedah kepada serangan negatif. Kerana mereka akan menjadi kosong. Mereka takkan ada tempat untuk pergi. Mereka takkan ada tempat bergantung. Jika orang percaya bahawa tiada neraka, maka mereka akan pergi buat sebarang perkara buruk kepada sistem kerajaan, masyarakat, orang, jiran, keluarga mereka kerana mereka percaya bahawa tiada neraka. Jika mereka percaya kpd Thích Nhật Từ, mereka akan buat apa-apa saja yg jahat. Tiada sesiapa yang perlu suruh mereka berbuat jahat, mereka akan lakukannya. Jadi itu jenayah paling buruk yang boleh anda lakukan apabila anda menafikan Alam Buddha dan neraka. Jadi saya beritahu anda: Jauhi orang macam ini.
Photo Caption: Menaik Tinggi, Apa di Bawah Tidak Kisah!