Jika kamu ada haiwan kesayangan, kamu bertanggungjawab bersikap baik supaya haiwan kesayanganmu tak alami terlalu banyak kesusahan. Tapi mereka rela, sama ada kamu buruk atau baik. Mereka kongsinya secara rela. Mereka mati untuk kamu secara rela. Haiwan kesayanganmu adalah macam itu.
Di India, sebagaimana yang kita tahu, mereka juga ada empat kasta manusia di negara mereka. Yang pertama ialah Brahman, bermaksud pendeta. Oleh sebab mereka mengikut Brahma yang merupakan pencipta Tiga Alam kita, termasuk yang ini, jadi orang panggil mereka Brahman. Brahman tidak menjadi Brahman hanya kerana mereka terpelajar, berilmu atau apa-apa macam itu. Mungkin mereka dilahirkan dalam keluarga Brahman dan mewarisi gelaran ini. Kita jangan sentuh orang-orang ini kerana mereka rasa jika kita sentuh mereka, kasta mereka akan hilang. Mereka akan memekik pada kita dan kita akan berfikir, “Apa kesalahan yang telah saya buat? Saya hanya nak jabat tanganmu?” Jangan menjabat tangan, apa-apa pun. Bayang kita pun, mereka elakkan. Jika kita masuk ke dalam dapur mereka, membayangi makanan mereka, barangkali mereka akan buang makanan ini. Mereka takkan biar kita masuk ke dalam dapur mereka. Mereka tak tahu sama ada kita baik atau buruk, suci atau tidak. Hanya Brahman adalah suci. Itu apa yang mereka rasa. Baiklah, jadi sekarang, ada kasta macam itu. Kemudian kasta seterusnya ialah Kshatriya. Ini ialah pahlawan dan kerabat diraja, jenis askar dan kerabat diraja seperti raja, permaisuri, puteri atau jeneral tentera dan sebagainya. Kasta ketiga ialah peniaga. Kelas keempat ialah Shudra. Ini kelas paling rendah di India, kasta paling rendah, kerana dulu mereka membersihkan tandas dan membawa tahi manusia ke sesuatu tempat untuk dibuang.
Suatu kali, Buddha menemui salah satu daripada orang kelas Shudra ini dan dia sedang menggalas tahi manusia di atas bahunya. Ada dua baldi, satunya di belakang, satunya di depan, dengan sebatang galas atau sesuatu untuk menggalas. Kemudian apabila nampak Buddha, dia rasa sangat malu kerana dia tahu bahawa dia bukan kelas tinggi dan sedang membuat kerja yang sangat rendah, busuk dan kotor. Dia nampak Buddha. Dia begitu takut baldinya akan tertumpah dan terpercik ke sana sini, malah pada Buddha. Dia cuba menyembunyikan diri. Dia rasa sangat malu. Dia menangis dan Buddha datang sentuhnya. Tiada orang buat begitu. Buddha ialah kelas pertama. Kasta diraja. Tiada orang yang akan sentuh orang berkasta Shudra, orang yang rendah, buruh, terutamanya pembuang tahi dengan tahi manusia di sekeliling mereka. Tapi Buddha sentuhnya. Saya rasa Dia malah buatnya menjadi biksu juga, kan? Dia biarnya menjadi biksu, kan? Semua anak murid yang lain − orang besar, orang penting seperti raja, permaisuri dan kerabat diraja berfikir, “Buddha buatnya menjadi biksu, jadi sekarang saya perlu pergi menyembah Shudra ini dulu?” Pada masa itu, ada banyak kontroversi dalam kalangan pengikut Buddha. Kerana Buddha kadangkala buat pengemis menjadi biksu, dan buat seorang Shudra, orang yang bersihkan tandas, tahi manusia, menjadi biksu. Tapi banyak pengikut Buddha ialah raja, permaisuri, puteri, putera, jeneral, pegawai tinggi di istana dan sebagainya. Mereka tak begitu senang hati. Tapi lepas itu kononnya orang kelas rendah seperti pengemis atau Shudra ini menjadi Arhat dalam masa yang singkat kerana mereka begitu suci, begitu rendah diri. Kerana di India, itu kelas yang paling rendah: pengemis atau Shudra. Oleh itu, mereka begitu rendah diri. Mereka tiada cita-cita. Mereka tak pernah bermimpi menjadi apa-apa. Kerana di India, kasta ialah kasta. Kita tak dapat keluar daripada itu.
Tapi saya rasa itu suatu salah faham. Tapi tiada orang dapat mengubahnya. Mungkin pada mulanya, sekumpulan pengamal India di sesuatu tempat, penetap pertama berkumpul di sesuatu tempat di India, dan barangkali mereka ialah pengamal seperti kita. Kemudian dah tentu, “Saya ialah guru. Kamu ialah pendeta, kononnya kerabat diraja, kita bertiga.” Hanya kami bertiga berbeza dengan kamu semua. Menakutkan! Kamu bekerja di dapur dan kamu bersihkan tandas. Tapi pada masa itu, tiada tandas yang cantik ini. Jadi di dalam baldi. Kamu bawa baldi, keluar, buang di sesuatu tempat, di kawasan yang ditetapkan. Kemudian itu bagaimana kita buat kerja di ashram. Sesetengah orang ialah pemandu. Jadi kita buat sistem pembahagian tugas yang berlainan jenis. Kemudian perlahan-lahan, populasi menjadi lebih besar dan ia berterusan macam itu. Kemudian kita menjadi tetap dalam jenis penetapan ini, tak boleh diubah. Kemudian ia berterusan sehingga hari ini. Tapi hari ini, saya rasa India lebih liberal, kan? (Ya, Guru.) Ya. Mahatma Gandhi, Mahatma lain, presiden dan perdana menteri telah lebih terdidik. Mereka telah lihat Eropah. Mereka telah lihat Amerika. Mereka telah lihat negara-negara lain yang ada sistem yang lebih bebas. Mereka pulang dan menerapkan idea dan cara hidup itu ke dalam masyarakat India.
Tapi pada masa saya, ketika saya di India, saya hampir ditampar kerana cuba bantu seorang budak perempuan Brahman yang berumur 10 atau 12 tahun untuk mengangkat baldi untuknya dari Sungai Ganges. Dia menjerit, membuang baldinya dan melarikan diri. Saya tanya, “Apa yang telah saya buat? Apa yang telah saya buat?” Guru yang suruh saya bermeditasi selama seminggu di tengah-tengah Sungai Ganges berkata, “Jangan sentuh dia. Jangan bercakap dengan dia pun. Dia seorang Brahman.” Kemudian saya faham. Saya kata, “Minta maaf. Saya hanya nak bantu.” Jadi di India, jangan bantu dengan begitu saja. Meskipun kita nampak seorang wanita tua berseorangan dan mengangkat sesuatu, kita kata, “Biar saya angkat.” Jangan. Mungkin dia menjerit sekuat-kuatnya! Polis mungkin datang tanya, “Apa yang kamu nak buat dengan wanita tua miskin yang tak berdaya ini? Kamu, orang asing! Pasport! Kamu datang dari mana? Berapa lama tinggal di sini? Mengapa? Apa yang kamu buat di sini? Jangan ganggu wanita ini!” Kita hanya, “Okey, okey, minta maaf.”
Di Amerika, Eropah atau Asia pun, jika kita nampak wanita tua, lelaki tua, kita berikan tempat duduk di dalam bas kepada mereka. Kita bantu mereka, pegang tangan mereka untuk menyeberangi jalan dan bantu mereka mengangkat mungkin beg atau bagasi yang berat untuk suatu tempoh masa yg singkat, ke mana-mana saja dia pergi sehingga dia ada orang lain, teksi atau sesuatu. Ini digalakkan dan dipuji sebagai kelakuan baik, kesopanan orang budiman. Tapi dia India, tak semestinya. Jadi berhati-hati. Tanya dulu, dari jauh, “Boleh saya bantu kamu?” Lebih baik menggunakan mikrofon atau menelefonnya, “Boleh saya bantu kamu? Saya hanya nak bantu kamu. Boleh tak?” Jika dia setuju, maka kita datang. Jika tidak, berdiri di sana saja. Jangan mendekatinya. Dia akan melarikan diri dan mungkin buang bendanya di jalan, kemudian kita tak boleh sentuhnya pun. Di India, wanita tak harus keluar berseorangan juga. Hari ini masih begitu, masih tak begitu selamat. Saya membuta. Cinta buat kita membuta. Saya jatuh cinta pada Tuhan. Saya kasihi umat manusia dan haiwan, semua makhluk yang menderita. Saya membuta. Saya pergi berseorangan. Kejadian kecil memang berlaku tapi tiada apa yg tak dapat saya uruskan. Saya beritahu mereka bahawa saya boleh berkungfu, contohnya. Saya memang boleh berkungfu. Saya tak berbohong. Saya tak tahu sama ada masih boleh dengan otot saya yang menggeleber sekarang ini, tapi dulu boleh berkungfu. Itu saja. Hanya satu nota kecil tapi saya bercakap begitu panjang. Tak apa. Kamu sukanya, kan? Kamu suka nota saya. (Ya.)
Ada soalan? (Tadi Guru sebut bahawa haiwan kesayangan akan mengurangkan kesusahan kita.) Ya. Sebahagiannya. (Jika mereka buat begitu, akankah mereka alami kejadian buruk yang berlaku kepada mereka? Mereka perlu berkongsi kesan buruknya?) Mereka kongsinya. Mereka berkongsi karma kita. Maka pastikan kamu ada karma baik. Jika kamu ada haiwan kesayangan, kamu bertanggungjawab jadi orang baik supaya haiwan kesayanganmu tak alami terlalu banyak kesusahan. Tapi mereka sanggup melakukannya, sama ada kamu buruk atau baik. Mereka sanggup kongsinya. Mereka sanggup mati untuk kamu. Haiwan kesayanganmu adalah macam itu. Tapi ada sesetengah kes yang sangat istimewa, seperti anjing yang saya sebut tadi. Ia pergi ke sana hanya untuk bantu saya, bukan untuk bantu penjaga itu. Sangat kecil, sudah berkuasa. Buat sesuatu secara diam-diam. Tiada orang nampak, tiada orang tahu. Sama seperti kamu, kadangkala kamu marah, kamu mengeluarkan sesuatu jenis tenaga marah. Orang yang berdekatan rasainya. Anjing juga boleh mengeluarkan tenaga pemurah atau tenaga serap untuk menyerap impak ini supaya ia tak pergi jauh. Mereka ada cara untuk melakukannya. Ini ejen khas. Bukan setiap anjing melakukan jenis kerja ini. Kebanyakan anjing hanya buat apa yang baik untuk penjaga mereka. Tapi ini baik untuk penjaga itu juga. Ini bermakna ia mengurangkan karma penjaga itu, kerana jika mereka mencederakan saya, itu dahsyat bagi mereka. Saya pun tak dapat selamatkan mereka. Saya telah beritahu kamu bahawa saya boleh selamatkan yang paling buruk, tapi bukan anak murid saya semasa mereka adalah yang paling buruk, kerana mereka telah diajar apa betul, apa salah. Mereka telah diberikan kasih sayang, pendidikan spiritual dan berkat. Jadi jika mereka menentang seseorang yang tak memudaratkan seperti saya... Saya tak memudaratkan sesiapa pun. Meskipun saya bukan guru yang baik, atau guru yang buruk, kita belum berkata tentang itu, saya tak memudaratkan. Saya hanya ingatkan kamu supaya beramal. Jika kamu datang ke rumah saya, saya memastikan kamu selesa sebanyak yang boleh.
Saya ingin bina lebih banyak rumah agam untuk kamu, tapi buat apa? Kamu takkan tinggal lama di sini. Kamu hanya datang selama beberapa hari lalu balik ke rumah. Kamu ada rumah. Kamu bukan tak berumah, pertama. Kedua, saya gunakan wang saya untuk orang yang lebih terdesak. Minta maaf kerana berkata begitu. Saya memang kasihi kamu tapi saya rasa kamu tak begitu terdesak seperti begitu banyak orang. Kita boleh lihat di TV. Kanak-kanak tinggal tulang dan kulit saja, wanita diganggu dan diperkosa kerana dia perlu berjalan sejauh 10 kilometer untuk mendapatkan air, mengambil air untuk dibawa balik untuk anaknya gunakan. Atau sesetengah pelarian masuk ke negara sejuk dan mereka tiada apa-apa pun. Kanak-kanak berjalan berkaki ayam dan hanya menutupi diri dengan plastik kecil. Tiada dinding di sekeliling, tiada cerobong, tiada pemanas, apa-apa pun. Orang-orang ini lebih terdesak. Atau orang dalam bencana. Mereka tiba-tiba tiada rumah, tiada wang lagi. Meskipun mereka ada kad kredit, contohnya, ia dah hilang dalam banjir. Mereka tak dapat buktikan apa-apa pun dengan serta-merta. Mereka lapar, dahaga, sejuk. Ini kita bantu dengan serta-merta. Kerja bantuan bencana. Kerja bantuan bencana, bermakna bantuan kecemasan sehingga mereka pulih semula.
Saya tak lebih kaya daripada sesiapa pun di planet ini. Saya bukan yang paling kaya. Saya tidak sederhana kaya pun. Saya hanya berikan banyak, kemudian orang ingat saya ada banyak wang. Saya memang masih ada. Saya tak mengambil wang kamu. Saya tak minta kamu buat apa-apa pun untuk saya. Saya hanya beritahu kamu supaya pergi bantu orang lain. Kamu tak berikan wang kepada saya. Kamu pergi berikan kepada orang miskin, atau buka restoran, bantu orang lain dari segi rohani dan fizikal juga. Atau jika kamu tak dapat buka restoran kerana memerlukan banyak kerja dan tenaga manusia, maka kamu buka kedai runcit kecil, VEGAN! Maka sangat baik untuk dunia ini dan orang lain. Bantu mereka sedar bahawa vegetarian (vegan) adalah senang. Sesuatu macam itu. Kita lakukannya bersama. Saya buat kerja saya, kamu buat kerjamu. Jadi kamu buat apa yang boleh dan simpan apa yang kamu ada. Saya tak ambil apa-apa pun drpd kamu.
Bagi saya, saya tahu saya tak memudaratkan. Jadi jika sesiapa cuba mencederakan orang yang begitu tak memudaratkan, maka dah tentu karmanya sangat buruk. Tambahan pula, saya sangat bermanfaat kepada banyak orang, jadi itu akan termasuk dalam semua karmamu bagi orang itu. Sebab itulah tiada orang menghukumnya. Mereka perlu menanggungnya. Kerana saya bekerja untuk dunia, bukan hanya karma saya sendiri saja. Jadi jika mereka mencederakan saya, mereka perlu menanggung karma semua orang, orang yang sudah atau belum terima inisiasi. Kerana menghalang misi saya untuk bantu orang meningkat, itu masalahnya, bukan hanya badan fizikal peribadi saya. Sebab itulah anak murid yang menentang mana-mana Guru sangat sukar untuk ditebus. Rohnya mungkin tak dimusnahkan sepenuhnya tetapi ia boleh dikurung di dalam kotak selama-lamanya. Ini hampir seperti dimusnahkan. Kita tak dapat buat apa-apa lagi. Kita bukan diri sendiri lagi. Kita dah habis. Tiada orang dapat bantu kita lagi. Kita takkan ingat akan nama Buddha. Kita tak dapat buka mulut untuk sebut nama Buddha pun. Karma menutup segalanya daripada kita dan mengenakan hukuman terhadap kita selama-lamanya dan kita tak dapat keluar. Ini situasi yang sangat dahsyat. Tapi orang yang berbuat jahat tak berfikir. Mereka tak tahu semua ini. Mereka memang tahu, cuma rasa... mereka tak nampaknya, jadi tiada masalah. Itu masalah besar. Jadi anjing itu cuba menghentikan orang itu. Ini tak kelihatan macam ia baik untuk penjaganya tetapi ia baik juga. Melindungi penjaganya daripada melakukan kecederaan sebenar, kurang karma bagi dia. Jadi ini anjing baik.
Meskipun haiwan kesayangan berjauhan atau kita menyelamatkan mereka lama dahulu atau mereka dah meninggal, jika kita dalam kesusahan, mereka kembali untuk bantu kita. Jika anjing kita ialah ejen khas, wau, maka berkuasa, dapat sangat banyak membantu kita, dapat bantu kita elakkan banyak bahaya atau kesusahan dari segi fizikal, emosi, mental juga, mencegah bahaya datang kepada kita. Sesetengah kuasa sangat kuat. Azimat atau foto pun tak dapat bantu kamu sepenuhnya. Tapi memakai foto pun, sesetengah orang tidak. Sesetengah orang tak memakainya. Atau sesetengah orang pakai tetapi tak benar-benar mempercayainya. Sesetengah orang terima inisiasi tetapi tak peduli, tak beramal, tak mempercayai Kuasa Guru, tak buat apa-apa pun. Jadi mereka berhenti di sana atau menjadi lebih rendah disebabkan pencemaran di luar. Kemudian buat apa-apa saja tanpa memikirkan akibatnya. Sama seperti Buddha mengajar semua orang bahawa ada karma, baik dan buruk, jadi cuba tak buat karma buruk. Tapi berapa banyak orang dengar? Masih ada penyembelih, masih ada penjual arak, masih ada orang yang menjadi along, menipu dan segala-galanya. Mereka masih pergi ke tokong. Beli beberapa biji epal dan letaknya di sana, kemudian nyalakan colok dan lafazkan ‘Namo, Namo, Namo’ apa, kemudian bawa balik epal itu dan makan, dan rasa mereka ialah penganut Buddha, contohnya.
Sama juga dengan anak murid. Sesetengah orang tiada hati. Mereka hanya aying utk seronok-seronok atau atas sebab lain, Untuk mengejar wanita atau lelaki. Tapi saya bertuah, lebih 64% Ialah anak murid yang baik. Maksud saya, bukan semuanya tinggi, tapi baik, atau tak memudaratkan, Cuba bersungguh-sungguh sekurangnya. Tapi 36% yang lain Memang tidak baik. Saya bekerja keras sekali. Ia mengambil banyak tenaga pahala, Tenaga, kuasa dan masa saya. Masa ialah apa yang berharga juga. Jadi saya berterima kasih kepada kamu kerana jadi orang baik. Jika kamu belum Jadi orang baik, cubalah menjadi begitu. Mulai hari ini, membuat sumpah: Saya akan menjadi orang baik. Saya mematuhi Lima Rukun Dengan serius sekurang-kurangnya. Saya tak cuba Ganggu orang hanya utk seronok-seronok. Saya menjaga hal sendiri. Saya pastikan diri saya dlm keadaan baik, minda baik, badan baik untuk menjaga diri sendiri dan orang lain Pada bila-bila boleh. Ikutlah ajaran Buddha. Ikut contoh kasih aying murni Nabi Isa. Malah ikut anjingmu. Ikut kucingmu yang sangat sayangi kamu dengan tanpa syarat, begitu banyak membantu kamu secara diam-diam tanpa meminta penghargaan atau beritahu kamu Betapa baiknya dia. Ikut mana-mana haiwan. Mereka benar-benar baik. Mereka berkati dunia secara diam-diam dan sebagai balasan mengalami Penderitaan, gangguan atau seksaan. Boleh percaya tak? Setiap kali saya memikirkan itu, Saya tak tahan. Ketakadilan yang begitu besar.