Apa yang saya nak katakan adalah meskipun seseorang bersifat baik, datang daripada latar belakang suci, namun turun ke peringkat kesedaran ini, dunia material sini, kemudian kita juga akan lupa akan banyak perkara tetapi tetap akan berbuat baik.
Jadi meskipun mereka ada sekatan pergerakan, kurungan, ujian dan segala-galanya, namun bilangan pesakit terjangkit sentiasa meningkat dengan cepat. (Ya, sangat menakutkan.) Dan sekarang ada COVID-19 termutasi. Sesetengah ahli sains sudah khuatir mungkin vaksin yang baru ditemui takkan dapat mengatasinya. Barangkali perlu cari vaksin lain atau sesuatu. (Wau!) Kita tak dapat mengejarnya. Jika karma datang, ia datang. (Ya, Guru.) Syurga banyak membantu, Kuasa Guru dah banyak membantu. Jika tidak, semua orang mati. Faham? (Oh, Guru!) Takkan ada ubat kerana ini virus yang berbeza. Ia sangat cerdik. Ia menyerang kita, kemudian lari. Okey? (Wau!) Dan serang di sesuatu tempat yang lain. Ada kes baru. Mereka baru mendapati bahawa seorang wanita asimptomatik masih dapat terus menjangkiti orang selama 70 hari. (Oh, wau!)
Jika manusia tak berubah ke cara hidup yang lebih berbelas kasihan, maka kita perlu terus memburu, menangkap virus selama-lamanya. Tahu? (Oh!) Hari ini dah ada berapa banyak? Sentiasa yang baru. Nampak tak itu? (Ya.) Kita kalahkan satunya, atau mungkin belum mengalahkannya, satu lagi dah datang, lebih kuat daripada yang sebelumnya. (Ya.) Jadi satu-satunya cara adalah kita perlu hidup seperti manusia, bukan seperti binatang, makan daging berdarah, daging yang menitiskan darah (Oh!) hanya untuk terus hidup. Kita tak perlu buat begitu untuk hidup. Betul? (Betul, Guru.) Lihatlah gajah, lembu dan semua haiwan. Yang paling kuat, paling besar ialah herbivor. (Ya.) Kita panggil itu, kan? (Ya.) Mereka makan rumput atau daun. Ya? (Ya.) Atau dahan, buah-buahan.
Mari kita kembali ke aura. Atau kamu nak tanya soalan lain? ( Tidak. Itu satu-satunya soalan, Guru. ) Soalan kamu adalah besar, jadi... (Ya.) Banyak jenis aura. Biasanya aura dirujuk sebagai ‘yang bersinar’. Ya? (Ya.) Macam kita ada lampu beratus-ratus watt di sekeliling kita. (Oh!) Warna-warna aura terang yang berlainan menandakan perkembangan yang berlainan di dalam, dari segi rohani, orang itu. (Oh!) Orang yang telah berkembang akan ada aura yang ada banyak warna, bukan satu warna saja. Okey? (Ya, Guru.) Sesetengah orang ada warna keemasan saja. Itu dah hebat. Sesetengah orang ada warna putih. Okey, sudah. Sesetengah orang ada cahaya biru di sekeliling mereka. Sinaran. (Ya, Guru.) Sesetengah orang ada warna merah muda. Sesetengah orang ada warna hijau, sesetengah orang ada warna merah, sesetengah orang ada warna ungu dll. (Ya, Guru.) Tapi sesetengah orang tiada jenis aura itu. Mereka ada warna di sekeliling mereka. Kita juga boleh panggilnya aura kerana kekurangan istilah. (Ya.) Jadi warna boleh berbeza-beza dari putih ke kuning, biru, ungu, merah, merah muda, jingga. Setiap satu juga menandakan sifat tertentu dalam diri orang itu. Contohnya, banyak pemimpin di dunia bercita-cita terlalu tinggi, suka merampas dan berlawan, mereka ada warna kuning. (Oh!) Warna kuning tua lemon. Tahu tak, lemon, sewaktu belum begitu masak, berwarna kuning kehijau-hijauan? (Ya.) Kemudian kuning tulen. (Ya.) Kuning muda, kemudian kuning tua apabila dah masak. (Ya, Guru.)
Jadi En. Voight telah nampak aura yang baik di sekeliling Presiden Trump. Ya? (Ya, Guru.) Dan juga lima malaikat terbang bersamanya. Itu saja yang boleh saya beritahu kamu. Saya tak boleh beritahu kamu tentang En. Biden kerana beliau ialah pihak lawan (Ya, Guru.) dan saya tak nak mengatakan apa-apa yang buruk tentangnya. (Ya. Faham, Guru.) Saya hanya berdoa agar jika beliau menjadi Presiden, saya berharap beliau boleh berbuat baik untuk negara kamu. (Ya, saya juga.)
Orang boleh berubah. Okey? (Ya, Guru.) Bergantunglah. Sama seperti pada waktu inisiasi, kebanyakan orang nampak cahaya. Nampak tak? Di dalam diri mereka. (Ya, Guru.) Atau dalam diri saudara di sebelahnya. Banyak orang lepas seketika baru nampak. (Ya, Guru.) Sesetengah orang tak nampak, hanya nampak kegelapan atau sesuatu macam itu. (Ya.) Kerana peringkat mereka masih belum tinggi sangat. (Ya, Guru.) Sesetengah orang nampak cahaya keemasan, sesetengah orang nampak cahaya terang, sesetengah orang nampak jenis-jenis visi berlainan yang sudah dijelaskan kepada kamu pada waktu inisiasi, jadi kamu dapat mengenal peringkatmu. Okey? (Ya, Guru.) Tapi ini hanyalah permulaan. Dah tentu, kamu akan berkembang lagi. Itu kamu tahu.
Sesetengah orang, oleh sebab mereka dilahirkan atas sebab istimewa tertentu, mereka bersifat baik. (Ya, Guru.) Meskipun mereka kelihatan seperti semua orang yang lain dan berkelakuan seperti semua orang yang lain atau kadangkala pelik sikit, namun mereka ialah orang baik. Okey? (Ya, Guru.) Walaupun kelihatan macam itu, namun tak sama. Sekarang saya tak boleh kata dengan lebih terperinci lagi. Hanya nak beritahu kamu itu. Barangkali En. Voight nampak itu. Tapi kamu boleh tanya dia. (Ya, Guru.) Tapi barangkali itu apa yang dilihatnya. Sebab itulah dia begitu banyak diyakinkan (Ya.) tentang Presiden Trump. Sekarang oleh sebab situasi begitu mengelirukan dan terdesak, jadi dia perlu menyuarakan segalanya. (Ya.) Dia mengatakan segalanya tanpa menyembunyikan apa-apa pun, tanpa rasa keberatan. (Ya, Guru.)
Okey. Kerana dunia ini ialah domain maya, (Ya, Guru.) raja ilusi dan peringkat lebih rendah daripada semua peringkat kecuali neraka. Okey? (Ya.) Jadi kita, sesiapa saja yang turun ke sini dengan niat baik, Santo atau Orang Suci juga sangat banyak tertekan oleh tenaga dunia ini. (Ya, Guru.) Tertindas juga, dan beban karma dunia ini yang sangat berat, seperti menyelam ke dalam lautan yang dalam. Kita akan rasai tekanan di sekeliling kita jika kita tiada peralatan khas. (Ya, Guru.) Banyak penyelam, contohnya, penyelam berpengalaman atau penyelam profesional, jika mereka menyelam dalam sangat, sudah dengan oksigen pun... Tanpa oksigen, kita tak dapat. Dengan tangki oksigen dan mereka turun ke paras yang dalam untuk penyelidikan, keseronokan atau apa-apa pun, jika mereka kerap lakukan atau juga bergantung kepada masa berapa lama mereka berada di bawah sana, apabila menaik ke atas, mereka perlukan mesin khas untuk bantu mereka pulih ke ritma normal badan mereka. (Ya, Guru.) Kamu tahu itu tak? (Ya.) Bagaimana? Kamu menyelam? ( Tidak, saya pernah baca tentang penyelaman sebelumnya. ) Bagus. Sekurangnya saya tak silap dengan itu.
Ketika saya di Grand Cayman dekat Amerika... (Ya, Guru.) Sangat dekat. Kerana saya di Amerika tetapi tiada permit yang lama. Jadi jika saya di Amerika, di Miami, saya tinggal di salah sebuah pulau di Miami sebelumnya, (Faham. Ya.) kemudian sebelum tempoh tiga bulan tamat, saya perlu terbang keluar. (Ya.) Saya terbang ke Kepulauan Cayman, kemudian terbang balik ke Amerika. (Ya, Guru.) Saya di London, tanya kakitangan kedutaan sama ada mereka boleh berikan tempoh yang lebih panjang, seperti enam bulan. Mereka kata, “Tidak, tak perlu, kamu orang British. Kamu pergi ke sana, tak perlu.” Tapi setiap tiga bulan, mereka kata saya perlu keluar kerana mereka berikan begitu banyak saja. (Ya.) Jadi saya sentiasa masuk keluar. Saya pergi belajar menyelam. Saya tak dapat menyelam. Saya boleh berenang sikit. Saya boleh mengapung di atas air. Boleh kamu mengapung di atas air? (Ya.) Maksud saya tanpa apa-apa pun? (Ya.) Bagaimana kamu buat begitu? (Saya sendiri belajar. Mereka hanya kata masuk ke dalam air dan relaks, kemudian kita akan terapung. Itu apa yang saya lakukan.) Terapung secara meniarap? (Kita akan terapung ke atas. Saya boleh mengapung dgn kedua-dua cara.) Saya mengapung secara telentang. (Ya, itu menyeronokkan.) Kerana jika mengapung secara meniarap, mana boleh kita bernafas? Sukar! Setiap kali bernafas, kita bergerak, mungkin tenggelam semula, (Ya.) bukan tenggelam tetapi hilang keseimbangan. (Ya.) Saya mengapung di permukaan, jadi berenang sikit macam itu. Okey? Dan dengan gogal, saya boleh mengapung secara meniarap. (Ya.) Ya, menyeronokkan.
Kerana sewaktu saya pergi ke Kepulauan Cayman, saya tiada apa-apa untuk dibuat. Jadi kadangkala saya pergi ke pantai dan melakukan trik ini. (Oh!) Menunjuk-nunjuk kepada diri sendiri dan kanak-kanak di pantai. Saya tahu akan semua itu disebabkan itu. Kemudian saya belajar menyelam dengan seorang wanita di pantai. (Ya.) Dia berikan beg logam yang sangat berat kepada saya utk digantungkan di sekeliling pinggang supaya saya boleh tenggelam. Hanya lepas beberapa meter saja, saya dah tak tahan lagi walaupun saya dapat bernafas, dah tentu, ya? (Ya.) Saya kata, “Tidak. Saya tak dapat. Saya tak dapat. Saya perlu naik ke atas. Saya perlu naik ke atas.” Jadi saya mengapung ke permukaan semula. Tahu? Dan lari ke atas pantai. Saya alami serangan panik. Itu belum dalam sangat. Jadi bukanlah jika kita turun ke dasar laut dengan segala peralatan, kita sentiasa dapat hidup atau masa yang panjang, kan? Tidak. (Betul, ya.) Selepas kita kembali sebagai profesional pun, sesetengah daripada mereka perlu masuk ke dlm mesin utk dinyahmampat. Sesuatu macam itu. (Ya.) Mesin itu tinggi kosnya, setengah juta dolar. (Wau!) Sesuatu macam itu. Ya. Seseorang beritahu saya itu. Mungkin itu yang paling baik atau sesuatu. Mungkin kosnya boleh kurang sikit. Saya hanya dengar setengah juta, kemudian tak tanya lagi.
Apa yang saya nak katakan adalah meskipun seseorang bersifat baik, datang daripada latar belakang suci, namun turun ke peringkat kesedaran ini, dunia material sini, kemudian kita juga akan lupa akan banyak perkara tetapi tetap akan berbuat baik. Faham apa yang saya katakan? (Ya.) Sebaik yang boleh dengan segala tekanan di sekeliling kita dan pengaruh buruk. Okey? Dan makanan yang mereka berikan, ajarkan dan paksa kita makan sejak bayi lagi. (Ya, Guru.) Kemudian buat kita tak dapat mengawal diri sepenuhnya sebagaimana yang seharusnya kita lakukan, (Faham.) sebagaimana yang seharusnya atau sebagaimana yang kita mahu. Tapi begitu pun, kita boleh tahu seseorang buruk atau baik jika dia berbuat baik. Bukan hanya dia bercakap dengan baik. Semua orang boleh bercakap dengan baik. Saya dah dengar banyak kata-kata yang sangat baik. Okey? (Ya.) Cuma hampir seperti peniru atau kakaktua. Okey? Saya rasa sangat kosong. (Ya, Guru.) Tiada kuasa. Mungkin hanya belajar daripada kitab, kemudian hanya mengulanginya. (Ya.) Atau tambahkan sesuatu lagi tetapi tiada apa-apa pun kerana mereka tiada kesedaran di dalam.
Tapi sebaliknya, sesetengah orang berumah tangga datang dari peringkat yang lebih tinggi. Mereka turun ke sini, masih membantu dunia. Kita ada banyak pembantu di dunia. Kamu lihat di luar sana? Nampak tak? (Ya.) Seperti pertubuhan PETA (Orang untuk Perlakuan Beretika terhadap Haiwan), pertubuhan hak asasi manusia, sangat banyak pertubuhan dan kumpulan di dunia dan individu berjuang. Nampak tak? (Ya, Guru.) Mereka berlawan dengan kuasa gelap di dunia ini. Tapi biasanya sangat susah, banyak halangan bagi mereka. Tapi mereka tetap teruskan. (Ya.)