Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

‘Semua Alam Semesta meluluskan dan Tuhan mengurniakan Kuasa kepada seorang Buddha untuk selamatkan roh yang tidak terkira. Buddha, Guru Agung bukanlah hanya gelaran saja!’, Bahagian 2 daripada 10

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Buddha bukanlah suatu gelaran saja. Itu perkataan bagi gabungan pahala, pengorbanan, kasih sayang, belas kasihan yang amat besar, dan banyak lagi – kebijaksanaan juga. Itu bukan gelaran saja. Jadi walaupun Devadatta menggelar diri dengan gelaran ‘Buddha’, atau mana-mana anak murid bodoh yg mengikutinya dan bersetuju dgn itu, dia tiada apa-apa pun! Dia tiada Kuasa Buddha. Buddha berkati orang. Mereka menjadi bebas. Devadatta menggoda orang masuk. Mrk semua pergi ke neraka bersama dia! Semua pengikut harus ingat akan ini. Semua anak murid, anda harus tahu akan peringkat anda dan jangan bertindak memudaratkan orang lain dengan bercakap besar tentang pencapaian anda padahal anda belum capai itu lagi.

Dia (Devadatta) tak dapat buat apa-apa untuk bantu sesiapa pun. Dia tak dapat angkat satu bulu badan dari jauh di daerah yang sama pun, apalagi di negara-negara berlainan yang jauh. Tetapi itu Buddha. Buddha dapat lakukan semua itu. Sesetengah Bodhisattva pun sudah dapat. Kita ada segala jenis kisah dalam legenda Buddha. Saya dah baca banyaknya kepada anda. Begitu juga dengan banyak cerita rakyat agama baik yang lain. Kita ada banyak juga. Saya telah bacanya kepada anda. Jadi bukan Buddha seorang saja. Banyak Santo dan Orang Suci berkorban untuk kasih sayang kerana rasa bersimpati dengan orang dan juga kerana Tuhan mentakdirkan Mereka turun ke dunia yang susah dan menyeksakan untuk membantu saudara lain dalam sistem hierarki Tuhan.

Itu bukan gelaran saja. Ya Tuhan! Meskipun anda rasa anda ialah Buddha, anda orang kecil saja! Mana boleh anda menjadi Buddha semasa anda tak tahu apa-apa pun? Kadangkala anda boleh bergantung kepada sesuatu sistem untuk mendapat mesej daripada Buddha, contohnya, tetapi jika anda terlalu rendah, anda tak dapat dengar dengan jelas. Atau peringkat rendah anda akan menarik syaitan saja yang begitu gembira untuk memuaskan EGO besar anda dengan sampah, kemudian ketawai anda! Anda membuat segala kesilapan, salah dengar semuanya dan salah menyalin semuanya. Kemudian mungkin anda sebarkan yg salah semuanya kpd semua pengikut. Dan semua orang salah bersama. Itu masalahnya. Kerana jika kita tidak cukup tinggi dari segi rohani, kita buat banyak perkara yang salah.

Petikan daripada ‘BETUL KATA-KATA BUDDHA: Pengakhiran Dharma Mungkin Sudah Hampir Sangat’ BUDDHA HIDUP TELAH DITANGKAP : Dilahirkan di tanah Nepal yang indah dan penuh misteri, tempat lahir Buddha, Ram Bahadur Bomjon menjadi terkenal di seluruh dunia apabila dia meninggalkan rumah pada usia 16 saja untuk menjadi biksu. Terkenal dengan keupayaannya untuk bermeditasi tanpa bergerak selama enam bulan tanpa makan atau minum, Bomjon dianggap sebagai pemimpin spiritual Nepal. Beribu-ribu orang dari merata tempat datang bertemu dan memuja dia, anggap dia sebagai jelmaan semula Buddha dan memanggil dia sebagai ‘budak Buddha’. Namun, selepas 20 tahun, banyak orang terkejut apabila ‘budak Buddha’ ditangkap dan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun atas serangan seksual dan tuduhan tak dijangka yang lain.

Bomjon, sering dihormati sebagai Buddha hidup, ditangkap ketika cuba melarikan diri. Lelaki berusia 34 tahun itu hadapi tuduhan memperkosa seorang perempuan bawah umur yang sebelumnya tinggal di ashramnya sebagai biksuni. Polis menyatakan bahawa mereka telah mengawasi Bomjon dan menangkap dia ketika dia cuba melarikan diri. Mereka juga merampas lebih sepuluh telefon bimbit, lima komputer riba dan tablet, 30 juta Rupee Nepal (kira-kira AS$225,000) dan mata wang asing lain bernilai AS$22,000.

Petikan daripada ‘BIKSU DIHUKUM OLEH INSTITUSI BUDDHA’ Pada 19 Jun, Sangha Buddha Vietnam mengumumkan tindakan disiplin terhadap biksu Thích Chân Quang. Dengan itu, dia dilarang daripada berkhutbah dalam sebarang bentuk atau mengadakan perhimpunan besar di Tokong Thiền Tôn Phật Quang atau mana-mana lokasi lain selama dua tahun. Keputusan ini adalah berdasarkan pemberitahuan daripada Jawatankuasa Tetap Majlis Eksekutif Sangha Buddha Vietnam. Menurut pemberitahuan ini, Sangha Buddha Vietnam menerima banyak aduan daripada penganut Buddha, orang ramai dan media, menyatakan bahawa ajaran biksu Thích Chân Quang menyebabkan kekeliruan dlm masyarakat bangkitkan tindak balas masyarakat, hilangkan kepercayaan kepada agama Buddha dan rosakkan reputasi Sangha. Biksu Thích Chân Quang terkenal di media sosial dengan kenyataannya yang timbulkan kontroversi tentang karma, seruan untuk derma dan kritikannya terhadap biksu lain. Di platform sosial seperti YouTube, Facebook dan TikTok, adalah senang untuk cari kata-katanya yg timbulkan perbalahan. Antara kenyataan biksu Thích Chân Quang yang timbulkan kontroversi termasuk: “Kamu mesti cari wang kertas bernilai tinggi dan berikan kepada ketua biksu baru dapat ketua biksu menjalankan kerja agama,” “Mengapa kamu ada muka yang begitu cantik? Ini kerana dalam hayat lampau, kamu mengambil bahagian dalam upacara mengacu patung dan juga membuat tawaran,” “Mereka yang benar-benar hati beriman malah akan mendermakan rumah kepada tokong dan berpindah ke tempat lain,” dan “Mereka yang banyak bernyanyi secara karaoke ada risiko yang tinggi untuk menjadi hantu bisu selepas mati.” Jika En. Thích Chân Quang didapati telah melanggar peraturan, tindakan tegas akan diambil. Menurut akhbar yang sama ini, kenyataan biksu Thích Chân Quang dalam video dalam talian tidak konsisten dengan ajaran Buddha, undang-undang, tradisi budaya dan sejarah Vietnam, dan dia mengubah rukun dalam Sijil Tiga Permata agama Buddha. undang-undang, tradisi budaya dan sejarah Âu Lạc (Vietnam), dan dia mengubah rukun dalam Sijil Tiga Permata agama Buddha.

Pada 6 Jun, Sangha Buddha Vietnam mengenakan tindakan disiplin terhadap Biksu Thích Nhuận Đức, melarang dia berkhutbah dalam sebarang bentuk selama satu tahun. Menurut Sangha, banyak kenyataan dan khutbah Thích Nhuận Đức menghakis kepercayaan masyarakat kepada agama Buddha dan Sangha. Antara kenyataannya yang timbulkan kontroversi termasuk: “Sesetengah wanita begitu banyak melafazkan nama Buddha, kaki mereka menjadi letih. Sesetengahnya memakai seluar lebar. Apabila seseorang melepaskan burung, burung terbang ke dalam seluar mereka,” “Selepas melafazkan nama Buddha untuk masa yang panjang, kamu wanita menjadi begitu cantik. Apabila kamu duduk di depan saya, saya berliur tanpa dapat dikawal,” dan “Jika kamu membuat tawaran, tawarkanlah sesuatu yang sedap. Bukankah para biksu seronok menikmati makanan yang sedap?”

Biksu Thích Trúc Thái Minh, ketua biksu Pagoda Ba Vàng telah membuat banyak kenyataan, perbuatan dan aktiviti yang menyebabkan kekecohan orang ramai dalam tahun-tahun ini. Sebelumnya pada 2024, Biksu Thích Trúc Thái Minh telah ditegur oleh Sangha Buddha Vietnam kerana mengadakan pameran ‘Relik Rambut Buddha’. Selain itu, dia didenda 7.5 juta VND (AS$300) oleh Jawatankuasa Penduduk bandar Uông Bí di wilayah Quảng Ninh kerana melanggar Undang-undang bagi Kepercayaan dan Agama dengan mengadakan pameran ini. Berikutan kejadian itu, Biksu Thích Trúc Thái Minh dan Pagoda Ba Vàng diarahkan supaya tidak mengadakan sebarang aktiviti pertukaran antarabangsa di tokong itu selama satu tahun. Dalam tahun-tahun ini, Pagoda Ba Vàng telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti memanggil makhluk halus dan ‘membersihkan’ karma. Apa yang patut diberi perhatian, mereka yang ingin bersihkan karma perlu bayar jumlah wang yang besar. Aktiviti ini telah mencetuskan banyak perdebatan.

Sebab itulah kita perlu banyak bermeditasi, merendah diri, bersyukur sehingga Tuhan benar-benar beritahu anda bahawa anda ialah Buddha. Begitu pun, pergi menyelamatkan orang lain tak sentiasanya ialah kerja anda kerana tak cukup berkuasa. Mungkin anda dpt selamatkan satu atau dua orang, bergantung kpd berapa banyak pahala, berapa banyak kuasa yang anda ada dalam ‘akaun bank’ anda. ‘Akaun bank’ itu telah berkumpul di sana selama saya tak tahu berapa banyak eon. Jadi semua Guru perlu beramal secara berulangan selama sangat banyak eon dalam hayat-hayat jika Mereka bermula dari permulaan. Bukanlah anda capai Peringkat Kelima atau lebih rendah sikit pun, maka anda ada pahala untuk menyelamatkan dunia atau sekurangnya sebilangan orang.

Banyak orang yang alami pengalaman hampir mati kembali dan malah mengetahui bahawa itu Peringkat Keempat dalam sistem Lima Peringkat yang kita ada, yang boleh dicapai oleh manusia. Bukan semua peringkat di Syurga, Syurga yang lebih tinggi, boleh dicapai oleh manusia. Jadi ada Peringkat Kelima yang diwujudkan di sana untuk Guru. Banyak Guru perlu berehat di sana dan mempersiapkan diri jika Mereka ditakdirkan untuk menjadi Guru. Maka Tuhan akan berikan jauh lebih banyak Kuasa kepada Mereka supaya apabila turun ke sini, Mereka tidak dibunuh atau dicederakan dengan serta-merta dan dapat miliki modal yang mencukupi untuk menyelamatkan makhluk lain mengikut Perintah Tuhan dan juga mengikut karma mereka.

Jika anda mengorak satu langkah, Guru akan berjalan 99 langkah bersama anda, menuju anda dan bantu anda berjalan lebih jauh lagi. Jadi walaupun kita bermeditasi hanya satu persepuluh daripada sehari – dua jam setengah dalam masa 24 jam, itu satu persepuluh – itu sumbangan wajib yang sebenar. Bukanlah anda perlu berikan wang kepada gereja, tokong atau ashram baru berikan sumbangan wajib dengan betul. Tidak, tidak, bukan macam itu. Saya tak pernah dengar Lao Tzu sebut bhw anda perlu beri sumbangan wajib – satu persepuluh drpd pendapatan anda, satu persepuluh daripada harta anda atau apa-apa saja seperti itu. Tidak. Mungkin di sesetengah negara kemudiannya apabila mereka sangat memerlukannya dlm peperangan, kebuluran atau sesuatu, maka mungkin sesetengah Guru suruh anak murid berbuat demikian tetapi bukan untuk Dia makan, berbelanja atau hidup mewah.

Nabi Muhammad SAW, dalam Hadis, saya baca bahawa mungkin Baginda beritahu pengikut bahawa mereka boleh berikan, mereka panggilnya ‘zakat’. Hanya satu persepuluhan – berikan sebahagian daripada harta benda, wang, kekayaan anda kepada badan amal untuk bantu orang lain yang kurang bernasib baik. Ketika Nabi Isa masih hidup, Baginda tak pernah minta sumbangan wajib. Baginda tak pernah minta apa-apa pun. Baginda berjalan dengan berkaki ayam dan pakai pakaian yang sangat sederhana. Ketika Buddha masih hidup, tiada apa-apa yang diminta seperti itu. Jika sesiapa nak menyumbang kepada Sangha, maka mereka lakukannya saja. Jika tidak, Buddha gunakan kuasa ajaib untuk mengetahui di mana harta karun dan suruh penderma-Nya pergi mendapatkannya, misalnya macam itu, tetapi bukan supaya Buddha dapat hidup mewah – bukan, Baginda tinggal di pondok!

Mereka panggilnya bilik minyak wangi, sama seperti bilik lain atau pondok lain. Barangkali ia lebih terasing sikit, bukan di tengah-tengah Sangha atau orang ramai tetapi ia hanyalah sebuah bilik seperti setiap bilik lain yang boleh mereka miliki bagi Sangha. Kadangkala mereka tiada bilik yang mencukupi, jadi Buddha malah minta – atau mungkin Baginda tidak minta, tetapi biksu besar, biksu tua datang ke ashram di mana Buddha dan Sangha, biksu diami dan tiada bilik yang mencukupi. Jadi anaknya, Rāhula, mesti pergi tidur di dalam bilik air. Saya harap bilik air adalah baik pada masa itu. Rāhula yang kesian. Buddha sangat tegas dengan Dia kerana Buddha mahu Dia menjadi cemerlang, mengetahui bagaimana remaja dan kanak-kanak bereaksi. Saya bersimpati dengan anak Buddha juga kerana Dia masih muda tetapi perlu makan satu hidangan saja seperti semua orang yang lain. Saya memang bersimpati dengan Rāhula tetapi macam itulah. Buddha adalah adil dan saksama. Baginda tak memperlakukan sesiapa pun secara istimewa.

Ānanda pun – Ānanda ialah pembantu terbaik-Nya, sentiasa sangat dekat dengan-Nya, buat segala jenis kerja untuk Buddha, malah ingat akan semua kisah, semua khutbah Buddha – Buddha tidak memperlakukan Beliau secara istimewa. Ānanda juga tidak mahu diperlakukan secara istimewa. Jadi sebelum jemaah mengundi Beliau menjadi pembantu peribadi Buddha, Beliau meminta beberapa syarat sebelum Beliau menerima, seperti sebelum Beliau menerima jawatan ini untuk menjadi pembantu Buddha, Beliau beritahu jemaah bahawa Beliau tak dibenarkan untuk mengambil lebihan pakaian daripada Buddha atau yang diberikan kepada Buddha dan Buddha ingin berikan kepada orang, atau Beliau tak boleh makan dari mangkuk sedekah Buddha kerana di dalam mangkuk sedekah Buddha ada makanan istimewa atau mungkin makanan yang diberkati dan segala jenis makanan yang baik. Jadi Beliau tidak mahu makan dari mangkuk Buddha, misalnya macam itu – bermakna Beliau mahu jemaah tahu dan menerima syarat-Nya bahawa Beliau tidak mahu mendapat untung daripada jawatan sebagai pembantu Buddha kerana itu sangat penting. Itu satu-satunya jawatan dan Ānanda mendapatnya kerana Buddha suka akan Beliau. Bukanlah Buddha menyebelahi Beliau, cuma Mereka ada afiniti sesama Mereka untuk sangat banyak hayat.

Jika anda baca kisah Buddha, anda akan tahu bahawa Buddha dan Ānanda sering bersama, hayat demi hayat, membuat banyak kerja bersama untuk manfaat orang lain meskipun pada masa itu Buddha belum menjelma secara terbuka sebagai Buddha. Tetapi Buddha sudah menjadi Buddha sangat lama dahulu lagi. Devadatta juga dah lama bersama Buddha tetapi dia sentiasa berada di sana hanya untuk memudaratkan Buddha, menghalang Buddha, menimbulkan kesusahan untuk Buddha menjadi Buddha, atau ketika Buddha dalam perjalanan untuk menjadi Buddha, Devadatta sentiasa ada di sana dalam bayang atau sesuatu tempat berdekatan untuk memudaratkan Buddha. Dia buat banyak perkara yang lain seperti memfitnah Baginda, membuat propaganda buruk untuk menentang Buddha dan propaganda baik untuk diri sendiri, Devadatta, misalnya macam itu.

Barangkali itu hanya suatu sistem di dunia ini. Bagi sesiapa yang menjadi Guru, sentiasa ada orang bawahan maya yang ditempatkan dekat Dia, di sebelah Dia untuk menghalang Dia, menyebabkan neraka bagi hidup dan pencapaian spiritual-Nya juga. Sangat sukar untuk menjadi Buddha di dunia ini. Bukanlah Buddha belum menjadi Buddha tetapi Dia perlu turun ke sini dan menjalin afiniti dengan makhluk lain untuk kembali sebagai Buddha, kemudian apabila dah cukup berkuasa, Dia dapat bebaskan mereka. Itu sebabnya. Itu sebabnya sesetengah Guru berulang-alik – dari Nirvana ke Bumi semula, kemudian kembali ke Nirvana semula – dan sangat banyak menderita, penderitaan yang tak terkatakan tetapi tiada sesiapa yg dapat lihat… tak banyak.

Photo Caption: Khazanah dan Kecantikan Wira. Dalam Sejarah Hati!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (2/10)
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android