Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

‘Semua Alam Semesta meluluskan dan Tuhan mengurniakan Kuasa kepada seorang Buddha untuk selamatkan roh yang tidak terkira. Buddha, Guru Agung bukanlah hanya gelaran saja!’, Bahagian 9 daripada 10

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jadi sangat sukar bagi penganut ada keberanian, masa, ketenangan dan kedamaian yang mencukupi untuk pergi cari biksu yang benar-benar baik, paderi yang suci untuk dapatkan perlindungan, mempercayai, memimpin mereka ke arah kebaikan, belum kata lagi tentang Nirvana, Alam Buddha. Bagi penganut, adalah sukar bagi mereka mengenal pasti paderi yang mana benar-benar boleh dipercayai kerana begitu banyak ratus ribu kanak-kanak diperkosa dan wanita dirogol. Remaja lelaki dirogol di dalam gereja dan mana-mana tempat yang lain.

Media Report from Al Jazeera English – Oct. 5, 2021, Nick Clark: Jadi selepas hampir tiga tahun menyiasat Gereja Katolik Perancis, suruhanjaya berkata kira-kira 330,000 kanak-kanak menjadi mangsa penderaan seksual dalam masa 70 tahun. Laporan yang penting ini nyatakan kira-kira 3,000 pendera kanak-kanak, dua pertiga drpd mereka ialah paderi, telah beroperasi dalam Gereja sejak tahun 1950-an. Laporan ini memperincikan apa yang dipanggilnya “sikap tak peduli sepenuh” pihak Gereja terhadap mangsa.

Media Report from CNN – Sept. 17, 2010, Gary Tuchman: Lima puluh tahun yang lalu, ketika dia berumur 10 tahun saja, Terry yang pekak dihantar ke Sekolah St. John di Milwaukee, Wisconsin. Apa yang berlaku di sana kepada Terry dan sebanyak 200 budak pekak yg lain sekarang telah menjadi teras krisis penderaan seksual dalam Gereja Katolik. Terry Kohut tak pernah berkata secara terbuka tentang kegerunan yg dialaminya di St. John hingga sekrg. Apa yang dibuatnya terhadap kamu?

Terry Kohut: Kemudian pada petang itu, saya masuk ke dalam pejabatnya. Pintu ditutup dan Paderi Murphy berkata, “Turunkan seluar kamu.” Saya keliru dengan mengapa ini berlaku. Maksud saya, dia seorang paderi. Saya cuba memahaminya. Saya tak dapat percaya paderi boleh buat begitu.

Gary Tuchman: Paderi itu dipercayai memilih mangsa yang khususnya lemah atau sudah alami tragedi ketika masih kecil. Hari ini, Terry Kohut mendakwa Vatican atas apa yang Paderi Murphy buat terhadapnya di Sekolah St. John.

Media Report from CNN – Feb. 26, 2019, Amara Sohn-Walker: Salah seorang pegawai Vatican yang tertinggi telah didapati bersalah atas penderaan seksual kanak-kanak di Australia.

Australian Correspondent: Ini kisah utama yang telah dirahsiakan untuk beberapa waktu tetapi kita boleh laporkannya sekarang. Kardinal George Pell ialah orang yang ketiga terpenting dalam Gereja Roman Katolik di Vatican dan sangat rapat dengan paus sendiri. Sabitannya telah membawa skandal penderaan seksual global ke tengah-tengah Vatican.

Media Report from PBS NewsHour – June 12, 2019, Doris Wagner: Saya sertai biara pada 2003, dan dirogol pada 2008.

Christopher Livesay: Dirogol, katanya, oleh seorang paderi. Seorang Katolik yang taat dari Jerman, Doris Wagner berusia 24 tahun, tinggal dan bekerja dalam komuniti agama di luar Vatican saja ini.

Doris Wagner: Dia masuk ke dalam bilik, tutup pintu di belakangnya, duduk di sebelah kanan saya di atas sofa dan mula menanggalkan pakaian saya.

Christopher Livesay: Apabila dia beritahu superiornya, dia kata paderi itu tidak dihukum, membiarkan dia merogolnya secara berulang kali. Tetapi sepanjang masa ini, pelaku ini masih tinggal di tempat yang sama... (Ya.) Jadi sebenarnya kamu perlu lihat perogolmu… (Setiap hari.) Setiap hari.

Doris Wagner: Dia berkhutbah di gereja kecil. Dia beri saya Perjamuan Suci. Dia duduk semasa makan pagi, makan tengah hari, makan malam di meja yang sama. Sesiapa yang nak menjadi biarawati ingin berbakti dan memberikan diri kepada Tuhan. Sebab itulah begitu senang untuk mendera biarawati.

Christopher Livesay: Kisah demi kisah seperti Wagner telah memuncak. Di India, seorang biskop kini hadapi tuduhan atas secara berulang kali merogol seorang bekas ketua biarawati. Siasatan baru-baru ini oleh Associated Press mendapati ada kes penderaan di empat benua. Sekarang, Vatican tak boleh abaikan skandal ini lagi.

Media Report from CNN – Nov. 2019, Supporter of Sex Abuse Survivors (m): Bagaimana kamu boleh menjadi biskop dan perlu diberi pendidikan tentang rogol kanak-kanak?

Supporter of Sex Abuse Survivors (f): Mereka tahu lebih tetapi tidak buat dengan lebih baik.

Correspondent: Mangsa dera berkumpul untuk didengari, menuntut keadilan dan perubahan. Gereja Katolik telah mengeluarkan garis panduan baharu tetapi mangsa berkata mrk tidak buat dgn secukupnya. Terdapat perkara kabur yang membimbangkan.

Rakaman Rahsia daripada Seorang Wartawan Wanita tentang Gangguan Seksual oleh Biksu Thích Thanh Toàn – Oct. 7, 2019: Saya ada banyak anak murid tetapi saya tak pernah ada nafsu berahi. Tetapi saya ada nafsu itu dengan kamu. Sebab itulah saya kata saya mabuk cinta. Pada masa itu, saya beritahu kamu bahawa jika kamu berani, kamu boleh hantar foto bogel kepada saya.

Di sini saya beritahu kamu, sekrg saya tiba-tiba begitu berahikan kamu sehingga ‘organ lelaki’ saya menjadi keras. Saya tak dapat laraskannya supaya turun. Saya rasai emosi kuat yang begitu ganjil. Saya serius ini.

Petikan daripada ‘Laporan Siasatan: Salah Laku Seksual di Tokong Biện Sơn (Vĩnh Phúc)’ Temu Ramah dengan Mangsa Lelaki Ketua Biksu Thích Minh Pháp : Biksu Thích Minh Pháp, seorang anggota Jawatankuasa Budaya Penyebaran Pusat Sangha Buddha Vietnam, seorang anggota Jawatankuasa Tetap Persatuan Buddha Wilayah Vĩnh Phúc, ketua wakil agama Buddha di daerah Yên Lạc dan ketua biksu Tokong Biện Sơn yang merupakan tapak warisan negara yang terkenal. Kebenarannya betul-betul mengejutkan apabila wartawan secara berulang kali diminta supaya adakan hubungan seks, diganggu dan alami perbuatan yang tak boleh digambarkan dalam laporan ini. Malangnya, perbuatan dan tanda gaya hidup yang tidak tertib, menyimpang dan tidak terkawal ini dijumpai dalam diri biksu yang bertanggungjawab atas tokong ini, termasuk biksu yang merupakan ketua tokong yang terkenal ini. Namun, mesti ditekankan dari permulaan lagi bahawa ini kes yang terasing, satu orang yang buruk mempengaruhi semuanya, menjejaskan reputasi Sangha Buddha Vietnam.

Victim: Pendapat umum menunjukkan bahawa ini sangat tepat kerana apabila orang ini didekati, biksu tersebut juga bangkitkan isu sensitif dengan cara yang lembut, bercakap secara biasa dan menyentuh semua aspek anatomi organ seks. Ini bermakna jika dia lihat saya ada ciri yang disukainya, maka dia akan mengajak saya masuk ke dalam bilik peribadi. Dia beritahu saya, “Tanggalkanlah pakaianmu supaya saya dapat lihat.” Apabila saya mula tanggalkan pakaian hingga ke bahagian bawah, dengan serta-merta saya ada tindak balas dan berhenti. Saya berkata secara langsung bahawa jika macam ini, saya tak boleh menerimanya. Jika berterusan macam ini, saya akan hentikan perbualan. Situation itu sangat menjijikkan dan renungan itu adalah tidak wajar. Saya datang ke tokong, bukan kepada biksu ini. Tetapi saya rasa ini sangat meloyakan.

Siapa ada di sana untuk lindungi mereka? Bagaimana mereka nak buktikan bahawa ini benar-benar berlaku? Jadi mereka tak berani, terutama kanak-kanak. Mereka tak berani. Mereka tak tahu apa yg nak dikatakan! Jadi bagaimana? Bagaimana orang masih dapat percaya kepada Tuhan, Buddha, Santo, Orang Suci atau Guru? Itu suatu keajaiban. Sesiapa yang masih dapat percaya kepada mana-mana Buddha atau Guru, percayai mana-mana biksu untuk membuat tawaran atau percaya untuk masuki tokong dgn keselamatan, jaminan, kasih sayang dan kesucian, itu dah pun suatu keajaiban. Kerana jika anda hanya lihat orang buruk atau jahat pun, mereka sudah ambil banyak getaran baik daripada anda jika anda tidak cukup kuat untuk pengaruh gelap mereka!

Jadi saya tak menyalahkan orang apabila mereka tak dapat percayai saya. Saya hanya rasa sangat bersimpati, akan ada banyak penderitaan untuk mereka kerana saya tahu macam mana rupa neraka. Jadi tolonglah berpatah balik, anda semua, tolonglah. Begitu senang, hanya menjadi vegan dan bertaubat. Yang selebihnya, saya akan cuba bantu anda dengan Berkat Tuhan dan semua Guru yang bantu saya. Sebelum saya turun ke dunia ini, Mereka sudah bantu menjaga badan ini supaya saya ada cukup Kuasa yang diterapkan ke dalam diri saya, tenaga yg mencukupi untuk bantu anda – sesiapa saja yang benar-benar ingin dibantu, ingin diampuni, ingin berada di Syurga dan bukan neraka, atau sekurang-kurangnya kembali sebagai manusia tapi dlm keadaan baik – ada pahala yang mencukupi untuk menampung sepanjang hayat, ada sumber kewangan yang mencukupi dan ada segala kebahagiaan hidup manusia.

Tolonglah bertaubat saja. Mematuhi Lima Rukun atau Sepuluh Rukun agama Kristian dan agama lain. Bertaubat. Bertaubat kepada Pengasas agama anda, seperti jika anda penganut Zoroastrianisme, maka bertaubat, berdoa dan memuji Pengasas agama anda. Jika anda Muslim, bertaubat, berdoa dan memuji Nabi Muhammad SAW dan Allah. Jika anda beragama Kristian, maka berdoa kepada Tuhan, memuji semua Santo, berdoa kepada Nabi Isa dan bertaubat.

Jangan berbuat salah lagi, tahu apa adalah baik untuk dibuat. Jika anda tidak tahu apa, lihatlah saja Sepuluh Rukun agama Kristian dan agama lain, Lima Rukun daripada Buddha. Hanya tidak lakukan apa-apa yang tersenarai dalamnya utk tidak dilakukan, seperti: Anda jangan mencuri. Anda jangan membunuh. Anda jangan mengambil isteri orang lain. Jangan berjudi dan jangan mengambil intoksikan seperti najis dadah, dadah dan arak memabukkan yang buat anda menjadi lebih teruk. Saya ternampak kisah di mana seorang pemuda, selepas jadi mabuk, pulang ke rumah dan memukul ibu bapanya dengan teruk, ganas. Jika jiran tiada di sana, mereka telah mati kerana dia telah mabuk dan hilang fikiran.

Bagi saya, dunia ini sudah pun neraka, tak perlu bayangkan ada neraka lain yang menanti anda. Itu boleh 10,000 kali lebih teruk daripada dunia ini. Apa-apa yang anda lihat atau derita yang anda alami di dunia ini adalah tak seberapa saja berbanding dengan hidup selepas mati, dgn neraka. Jadi percayalah kata-kata saya. Anda tak perlu memuji saya atau apa-apa, hanya memuji Pengasas agama anda – beri pujian kepada Buddha, Nabi Isa, Nabi Muhammad SAW, Santo dan Orang Suci yang lain. Memuji, bertaubat dan menjadi vegan. Kita berada dlm bahaya yg telah hampir berlaku, tiada masa untuk dibuang jika anda masih nak terus hidup. Itu saja yang perlu anda buat.

Media Report from WION – Apr. 11, 2024, Esha Hanspal: Telah kesuntukan masa bagi umat manusia menyelamatkan Bumi. Dua tahun yg seterusnya adalah penting untuk mengatasi cabaran krisis iklim. Ini ialah kata-kata Ketua Konvensyen Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Simon Stiell. Beliau berkata, “Langkah segera diperlukan untuk menangani suhu yang semakin meningkat.” Jam berdetik dan dengan setiap hari yang berlalu, umat manusia kehilangan satu peluang untuk menyelamatkan Bumi. Kejadian iklim melampau dan pola cuaca tak menentu telah menjadi biasa. Dari makanan ke kesihatan ke ekonomi, bayang perubahan iklim telah membayangi setiap aspek hidup. Sekarang manusia hanya ada dua tahun yang tertinggal untuk hindari krisis ini.

Anda tak perlu mengikut saya, buat apa-apa dengan saya. Anda tak perlu percayai saya pun, tiada apa-apa pun. Hanya tahu bahawa apa yg saya katakan adalah baik untuk anda – memuji, bersyukur kepada Tuhan dan tidak cederakan mana-mana makhluk hidup yang lain, jadi anda menjadi vegan, tidak mencederakan orang-haiwan, secara tak langsung pun, kerana jika anda makan mereka, maka orang lain perlu cederakan dan bunuh mereka. Tolonglah hindari segala keganasan.

Photo Caption: Tanda Kasih Sayang pada Waktu Susah!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (9/10)
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android