Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

‘Semua Alam Semesta meluluskan dan Tuhan mengurniakan Kuasa kepada seorang Buddha untuk selamatkan roh yang tidak terkira. Buddha, Guru Agung bukanlah hanya gelaran saja!’, Bahagian 7 daripada 10

2024-08-28
Lecture Language:English
Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Setiap hari anda perlu berjaga-jaga. Tinggal di dunia ini ibarat tinggal di negara musuh. Undang-undang yg amat ketat dikenakan terhadap kita meskipun kita bukan warga dunia ini. Jadi meskipun kita seorang Bodhisattva atau Buddha yang turun ke dunia ini, kita akan menderita juga terutama jika kita campur tangan dalam karma orang lain, makhluk lain di planet ini. Jika kita cuba bantu mereka dgn sebarang cara, itu tak terlalu baik. Jadi banyak manusia mengasingkan diri. Mereka pergi ke gunung tinggi atau hutan tebal, tinggal di sana, amalkan meditasi atau baca kitab sendirian. Belajar sendirian sama ada dengan buku atau lepas itu di peringkat yg lebih tinggi, berhubung secara langsung dengan Makhluk Syurga atau Guru Ternaik dan belajar dengan Mereka. Walaupun mereka tak suka bergaul dengan manusia, mungkin kadangkala mereka buat begitu hanya untuk langsaikan karma dari hayat sebelumnya atau sesuatu, atau itu perlu menjadi suatu proses. Jadi kadangkala mereka berada di kawasan pergunungan, beramal selama mungkin sangat banyak tahun, dan kadangkala turun selama beberapa tahun, setahun atau beberapa bulan, bergantunglah, atau turun dan kembali semula.

Jika anda beramal macam itu, anda tak perlu risau tentang karma atau apa-apa pun kerana dalam jenis meditasi itu, jenis amalan itu, anda tak dibenarkan utk campur tangan dalam karma mana-mana makhluk di planet ini. Tidak sama sekali, karma cacing, karma kecil pun. Anda tidak beri makan kepada orang-burung pun. Anda tidak buat apa-apa pun. Anda tidak mengasihi. Anda tidak tunjukkan kasih sayang atau risau tentang sesiapa pun. Anda hanya risau tentang diri sendiri dan berhubung dengan Syurga di dalam sementara bermeditasi atau hidup berseorangan dalam usaha spiritual anda. Mungkin anda tinggal bersama dua atau tiga orang, mungkin bersama Guru dan beberapa orang saudara yang lain, bermeditasi bersama, makan dengan sederhan, atau kadangkala anda beramal dengan baik dan tidak makan lagi. Anda tidak perlu. Sesuatu macam itu – mungkin. Kemudian anda akan ada lebih banyak kuasa, sekurang-kurangnya, dan tak perlu mati pun, atau mungkin anda dapat hidup lama sekali. Seperti dalam sesetengah legenda lama, anda diberitahu dalam sesetengah cerita bahawa orang ini dan itu hidup selama-lamanya atau selama banyak ratus tahun! Hari ini, jika seseorang dapat hidup lebih seratus tahun, orang sudah meraikannya dan akhbar datang, televisyen ambil klip dan sebagainya.

Pada zaman dahulu, orang hidup lama sekali – beribu-ribu tahun. Itu biasa. Terdapat sesetengah orang yang masih amalkan kaedah sebegini. Kaedah Quan Yin adalah baik untuk anda – yang terbaik – kerana kita tiada banyak masa dalam kehidupan yang sibuk untuk mempelajari amalan sebegini. Buddha mempelajari amalan sebegini – salah satu amalan itu. Sebab itu Baginda beritahu Ānanda bhw Baginda dapat hidup selama-lamanya atau sekurangnya beribu-ribu tahun dengan badan-Nya dalam keadaan baik. Atau Babaji di pergunungan Himalaya juga dah hidup selama begitu banyak ratus tahun. Salah seorang Guru saya hidup selama empat ratus tahun lebih. Tidak lagi. Pada masa itu, sudah empat ratus tahun lebih. Sesetengahnya dapat hidup selama beratus-ratus tahun. Sesetengahnya tak nak hidup lebih lama.

Saya tak benar-benar nak hidup lebih lama. Jika perlu, saya akan buat begitu tetapi saya memang… Kadangkala, sesetengah hari, saya lebih suka pulang ke Rumah kerana kadangkala dah terlalu melampau bagi badan dan minda fizikal ini – memang macam itu. Bukanlah saya tidak kasihi anda tetapi dunia ini tiada banyak tarikan bagi saya. Meskipun saya dapat hidup lama sekali, beratus-ratus atau beribu-ribu tahun – dalam keadaan itu, jika saya dapat, jika saya memilih untuk buat begitu, barangkali itu disebabkan kasih sayang saja, dan hanya jika Tuhan mahu saya buat begitu. Jika tidak, saya lebih suka menjalani kehidupan manusia biasa saja, kemudian pulang ke Rumah. Jangan menyalahkan saya.

Adalah baik jika kita dapat hidup lama dan tak perlu risau tentang apa-apa pun tetapi di dunia fizikal ini, ada banyak perkara yang buat kita risau – peperangan, wabak dan orang kejam. Manusia! Bangsa manusia kita sendiri, jika mereka mendapati bahawa kita istimewa, ya Tuhan! Mereka akan gunakan segala cara untuk mengganggu, memfitnah kita. Meskipun kita tidak kenali mereka pun – kita tidak kenali mereka dan tak pernah buat apa-apa yang salah terhadap mereka – mereka akan menjejaki dan mengesan kita dan menyusahkan kita tanpa penghujungnya – berikan nama celaan kepada kita, memukul kita atau meracun kita, segala-galanya.

Milarepa ada anak murid yang sangat sedikit kerana Beliau dengar kata-kata Guru-Nya. Guru-Nya beritahu Beliau, “Engkau pergilah ke gunung saja. Bermeditasi sendirian. Usah pedulikan manusia kerana kebanyakan daripada mereka hanya mahukan benda material. Mereka hanya minta Engkau berkati mereka untuk benda itu, perkara duniawi, membuang masa dan tenaga-Mu. Usah pedulikannya.” Jadi kebanyakan masanya Milarepa hanya tinggal di kawasan pergunungan. Meskipun tiada apa-apa pun utk dimakan Beliau makan netel, saya rasa, tumbuhan yang ada banyak bulu yang mencucuk dan jika kita sentuhnya, kulit akan gatal. Itu boleh sangat tak selesa. Jika kita nak makan itu, kita perlu gunakan sarung tangan atau sesuatu untuk mengendalikannya. Selepas merebusnya, akan boleh dimakan Itu, saya rasa, salah satu sayur paling berkhasiat yang dapat kita peroleh, mungkin malah yang terbaik, antara yang terbaik, penuh berkhasiat. Jadi meskipun kita makan itu saja, kita akan dapat hidup, sama seperti Milarepa. Seluruh badan-Nya menjadi hijau kerana sentiasa makan itu saja. Ia mewarnai bulu badan-Nya hijau juga, jadi orang tanya Beliau sama ada Beliau tahu bahawa Beliau ialah manusia atau ialah syaitan atau hantu. Tetapi saya tidak nasihati anda supaya makan itu saja.

Di pergunungan Himalaya di mana Milarepa berada, biasanya sangat sejuk, tiada banyak daun sayur. Beliau berada di dalam gua di gunung tinggi. Ketika saya di pergunungan Himalaya, saya juga perlu cari sayuran liar, tumbuhan kecil yang bertumbuh di gunung tetapi tiada banyak di sana juga. Kita hanya makan secara mentah di sesetengah tempat kerana tak dapat memasak. Udara begitu nipis. Apabila saya cuba memasak, itu ambil masa selama-lamanya. Kelihatan macam ia tak nak menjadi panas pun. Kita perlu cari kayu yang sangat baik, benar-benar kering. Jika tidak, ia tak menjadi panas dan ambil masa selama-lamanya. Saya juga tiada periuk atau kuali leper yang baik atau apa-apa seperti itu. Saya dah beritahu anda bahawa saya ada satu pinggan kecil saja, sama seperti acuan untuk kek hari jadi, kek span. Jenis pinggan itu bertepi lebar, kemudian saya boleh memasak capati dengannya. Saya juga boleh jerang air utk diminum. Saya ada sebiji cawan kecil juga, sangat kecil. Kemudiannya saya lepaskan semuanya. Saya jualnya kerana tak dapat bawanya dengan terlalu lama ke dalam pergunungan Himalaya. Itu saja yang saya ada tetapi lebih gembira daripada sekarang.

Pada masa itu, saya tak nampak banyak penderitaan dunia kecuali ketika di pergunungan Himalaya, saya lihat buruh perlu mengangkat manusia – sesetengah manusia tua atau orang kaya tak nak berjalan atau takut nak berjalan – dan mereka perlu mengangkat orang-orang ini ke gunung yang tinggi di atas. Ais berada di bawah mereka dan kadangkala mereka tergelincir. Dahsyatnya itu. Kasut mereka koyak rabak. Bukanlah mereka ada kasut sukan yang baik seperti yang kita ada untuk mendaki. Meskipun kita ada kasut sukan seperti saya, ia menjadi basah kuyup lepas seketika. Kaki saya bengkak, basah dan sejuk. Setiap hari, jika kita berjalan di pergunungan Himalaya, kita perlu jangkakan itu kerana kita berjalan dalam salji. Sebahagian drpd salji masih ada di sana tetapi tidak tebal kerana tentera sudah bersihkannya. Tetapi salji baharu dan hujan datang, dan di sesetengah tempat masih ada salji dan ais, jadi air dari salji akan mencair ke dalam kaki kita dan basahi kita. Kita tak dapat berhenti di sana untuk tukar kasut. Saya tiada kasut lain. Saya lebih bertuah daripada buruh itu. Buruh itu hanya memakai kasut plastik dan koyak rabak. Oh, hati saya… Hanya pada waktu itu, hati saya terasa begitu sakit. Tetapi jika tidak, tiada apa-apa yang akan buat kita rasa menderita di pergunungan Himalaya di mana kita berjalan ke sana sini atau di ashram. Kita tak nampak banyak penderitaan.

Biasanya terasa sangat spiritual, ke mana-mana pun kita pergi di pergunungan Himalaya. Orang yang tinggal di sana pun sangat beriman juga. Sekurang-kurangnya mereka percaya kepada Tuhan dan berdoa atau membilang buah tasbih, dan seperti di Rishikesh, hanya vegetarian. Saya tak nampak telur juga, jadi orang vegetarian ini mungkin hanya minum susu, susu segar. Mereka memerah susu orang-lembu dengan tangan. Mungkin di bandar besar atau sesuatu tempat yang jauh, mereka ada ladang kilang orang-lembu atau sesuatu. Saya tak pernah nampaknya. Saya hanya nampak orang-lembu berjalan dengan bebas dan santai sekali di jalanan di mana-mana saja. Jika mereka berada di tengah-tengah lorong di sana, oh, kereta yang kesian, semuanya perlu berhenti hingga mereka bangun atau seseorang cuba buat mereka bangun dan berjalan pergi dari situ. Itu bagaimana saya lihat orang-lembu di India. Sebab itulah ketika saya di India, saya fikir orang minum susu tak mengapa Saya tiada wang yang banyak untuk beli susu tetapi kadangkala jika orang sudah membuat teh susu, saya minum sedikit kerana saya tak rasa bersalah atau apa-apa pada masa itu.

Saya tak tahu banyak tentang ladang kilang orang-lembu yang begitu banyak menyeksa mereka, mencangkuk mereka ke atas pada semua mesin dan memerahnya keluar, buat mereka bunting supaya ada susu lagi sehingga malah usus dan perut mereka terkeluar dan mereka tak dapat berjalan lagi pun. Begitu zalimlah kita manusia boleh jadi. Tolonglah fikir tentangnya dan jauhkan diri dari daging orang-haiwan, dari pembunuhan, pembunuhan makhluk tak berdosa seperti orang-lembu – mereka begitu manis, lemah lembut. Mereka besar. Mereka malah dapat bunuh kita dalam sekelip mata saja tetapi mereka tidak buat begitu. Jadi mengapa kita harus kurang mulia dan lemah lembut daripada orang-lembu yang ada segala kekuatan tetapi tidak gunakannya utk cederakan orang? Kita tiada kekuatan sebesar orang-lembu atau -gajah tetapi kita cuba siang dan malam, memikirkan cara untuk membunuh orang-haiwan yang tak berdosa ini untuk mendapatkan gading, kulit atau daging mereka dan makan mereka. Sesetengah orang malah makan secara mentah, darah menitis di dalam mulut macam itu. Siapakah kita macam itu? Tolonglah fikirkan diri anda yang mulia. Anda ialah anak Tuhan. Anda ada Sifat Buddha di dalam. Anda ialah Buddha masa depan. Tolonglah bertindak seperti itu!

Photo Caption: Yang Kuat Tidak Menindas yang Lemah Kita Kelihatan Berbeza tetapi Inti Pati Kita Sama.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (7/10)
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android